RUM telah berusaha sebaik mungkin dengan kepelbagaian cara untuk menolak RNAA demi Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja, malah usaha ini tidak pernah diiringi dengan putus asa, ianya satu perjuangan tanpa mengerti penat dah lelah, dua (2) perkara menarik telah berlaku semalam.
1. Resolusi RUM dalam forum Tokyo semalam telah diluluskan sebulat suara oleh perwakilan ICLS memberi sokongan solidarity menolak RNAA.
Terima kasih kepada ICLS
2. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah membentangkan isu RNAA yang dibawa oleh YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik. YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik telah membentangkan keluhan RUM mengenai RNAA di hadapan semua Majlis Tertinggi dan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Presiden UMNO, YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik memohon YB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dapat kiranya berjumpa dengan kepimpinan Kesatuan dan disokong oleh kebanyakkan Majlis Tertinggi UMNO.
Terima kasih yang tidak terhingga YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik.
Hari ini mesyuarat ITF Railway Section Asia Pacific, RUM akan memohon ITF Railway Section Asia Pacific membawa isu RNAA ke ITF London untuk memohon sokongan solidarity agar RNAA yang dicetuskan idea oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia di batalkan.
Usaha terus berusaha sebahagian dari lirik lagu RUM, kita terus berusaha bagi memastikan RNAA dibatalkan, RUM telah berusaha kurang lebih selama dua (2) tahun usaha ini bukan sesuatu yang mudah namun tidak juga menjadi sukar sekiranya kita BERSATU PADU mengerakkan seluruh jentera yang ada untuk menolak RNAA.
Harapan kita kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dapat bertemu dengan kepimpinan RUM untuk mendengar keluhan dan alasan kenapa kami menolak RNAA, semoga YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dapat meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan kepimpinan RUM.
Sama-sama kita berdoa kehadrat Allah Swt, agar usaha kita diberkati dan RNAA dihentikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB