Menteri Pengangkutan kata pengunaan landasan keretapi yang ada sekarang adalah sebanyak 40%?
Persoalan kenapa 40%?
Adakah kajian telah dibuat secara menyeluruh dari semua sudut? Dari sudut pengunaan landasan yang kini sedang "rehab" yang menganggu pengunaan tren, kedudukan jumlah lokomotif, kedudukan jumlah ETS/ SCS/ Komuter dan lain-lain.
Kenapa pula jumlah tidak mencukupi? (Tulisan RUM sebelum ini pernah menghuraikan)
Jangan buat perkiraan dari sudut pengunaan tren yang dilarikan kini tapi kajian perlu dilakukan sekiranya semua tren mencukupi adakah ruang "second operator" mampu diwujudkan?
Malah kajian juga perlu dibuat dari landasan "double track" yang ada dari sudut kekerapan tren/ ketepatan masa berjadual yang melibatkan tren penumpang, mampukah kewujudan "second operator" untuk membuat larian bila ianya mungkin menganggu perjalanan tren penumpang, kerana kita juga perlu tahu bahawa pembekalan set ETS sebanyak 19set lagi akan siap pada 2019 dan 13 set DMU akan juga siap pada 2019, kehadiran set baru akan merancakkan perjalanan tren penumpang.
Manakala lokomotif yang sedia ada iaitu kelas 26 & kelas 29 sekiranya dimaksimumkan "availabilitynya" maka jumlah tren Kargo KTMB akan bertambah, difahamkan kehadiran CEO baru telah berjaya meningkatkan larian tren kargo KTMB setelah beliau berusaha memastikan lokomotif sedia ada bertambah "availability".
Perlu disedari bahawa hanya set tren ETS yang mampu mencapai keuntungan manakala set tren penumpang yang lain adalah pengangkutan rugi maka larian tren kargo adalah penting buat KTMB untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung kerugian tren-tren penumpang khususnya di Lembah Klang dan di Pantai Timur.
Sekiranya KTMB mempunyai tambahan 30 - 40 lokomotif dan wagon dengan jumlah yang mencukupi maka pengunaan landasan telah dimaksimakan, maka keperluan mewujudkan "second operator" adalah tidak diperlukan sama sekali, difahamkan peruntukan telah ada untuk membeli 30 buah lokomotif.
Justeru itu kewajaran untuk mewujudkan "second operator" yang beriya-iya sangat oleh Menteri Pengangkutan adalah tersasar jauh tanpa melihat keperluan sebenar KTMB.
Perlu disedari bahawa "pemain industri kargo" adalah "customer KTMB" maka pencurian "customer" akan berlaku maka KTMB akan menangggung beban bila pencurian customer dilakukan, impak kepada pencurian customer ialah pendapatan KTMB akan berkurangan maka KTMB tidak mampu menampung kos perbelanjaan tren-tren penumpang yang mana KTMB memberi subsidi kepada pengguna.
Maka kewujudan "second operator" adalah satu malapetaka kepada KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB