"RATING" PENGANGKUTAN AWAM
(berdasarkan laporan Sustainable Cities Mobility Indeks 2017)
No 1 - HONG KONG
No 8 - SINGAPURA
NO 89 - INDONESIA
No 95 - MALAYSIA
Tak pelik kalau "rating" di Hong Kong dan Singapura peliknya "rating" di Indonesia berbanding Malaysia, sedangkan satu ketika Malaysia ke hadapan kini Malaysia ke belakang.
Contoh KTMB jauh ke hadapan berbanding Indonesia bukan sahaja dari sudut sistem keretapi malah dari sudut gaji antara pekerja keretapi Indonesia dan pekerja KTMB, kini bukan sahaja KTMB tertinggal malah gaji pekerja KTMB juga rendah berbanding pekerja keretapi Indonesia.
RUM sendiri telah berjuang sejak lama untuk meningkatkan produktiviti KTMB malah memberi banyak idea untuk kemajuan KTMB, sehingga kewujudan pertikaian antara RUM dengan mantan-mantan Presiden KTMB, berpuluh-puluh pucuk surat dihantar sehinggalah 97orang pemimpin dan ahli RUM dibuang kerja.
Kementerian Pengangkutan yang ada seperti tiada sekadar bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu, kewujudan SPAD juga mewujudkan pertindihan tugas sedangkan kuasa pemilikan adalah hak Kementerian Kewangan, maka bercelarulah pentadbiran KTMB.
Kini idea RNAA tercetus, puas sudah RUM merayu malah sudah sampai keperingkat menggesa membatalkan RNAA, apa RUM keluhkan tiada pihak yang ambil kesah, seolah-olah mereka terlalu bijaksana sehingga tidak memperdulikan keluhan RUM, sedangkan idea mewujudkan RNAA boleh dicabar dari sudut implikasinya.
RUM bukanlah bijak tapi RUM cukup pengalaman dalam hal ehwal KTMB, malah tujuan RUM semata-mata untuk melihat KTMB mampu bersaing dengan sistem perkeretapian diperingkat antarabangsa, pasti dalam satu kejayaan organisasinya maka faedahnya turut dinikmati oleh pekerja malah rakyat juga menikmati kemajuan dari sudut keselesaan dan ketepatan waktu.
Bukan itu sahaja rangking pengangkutan keretapi@perkhidmatan awam mampu melonjakkan nama negara.
Justeru itu RUM amat menekankan bahawa RNAA "hendaklah" dibatalkan demi kebaikan semua pihak yang terlibat khususnya demi Rakyat dan Negara.
Janganlah diibaratkan "TIKUS MEMBAIKI LABU"!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB