Kadang-kadang RUM nak mengamuk dan marah semua Pengurus Besar KTMB yang ada, puas RUM berceloteh, puas RUM memohon memberi kerjasama demi mempertahankan KTMB, malah RUM pernah bercakap bukan soal "UPAH" tapi demi "SAYANGKAN KTMB".
Mereka ini macam budak-budak kecil, tidak pro-aktif, tidak berfikir jauh diluar kotak, kalau belajar tinggi tapi sekadar ikut buku atau apa yang diajar oleh Pensyarah maka mereka ini tidak akan kemana, setakat itu sahaja, sekadar menerima arahan, kalau setakat terima arahan tidak membantu dari aspek "idea kreatif" maka itulah KTMB akan terus mundur.
RUM pernah katakan dengan KSU dan MKD yang merungut dengan Pengurus Besar KTMB (GM) dalam satu pertemuan, RUM terpaksa mengakui, walaupun pahit mengenang dikalangan mereka adalah kawan-kawan RUM, malah RUM terpaksa bercakap secara profesional demi KTMB, RUM menyatakan mereka yang gagal serta tidak mampu menjalankan tanggungjawab hendaklah ditamatkan perkhidmatan atau diberi kontrak selama dua (2) tahun sebagai peluang membuktikan kemampuan, sekiranya gagal, tamatkan kontrak mereka, seterusnya RUM mencadangkan ambil "experties luar" sebagai GM Kontrak atau dengan panggilan "Vice President" secara kontrak, dekat luar sana diperingkat antarabangsa ramai "experties" yang boleh dimasukkan demi kepentingan KTMB.
RUM dari dulu berjuang mempertahankan warga KTMB, malah CEO @ Presiden KTMB @ Pengarah Urusan KTMB hendaklah datang dari warga KTMB, malah ketika Marak Unggul Sdn Bhd ambilalih Pengurusan KTMB, ada GM yang kena cuci tandas, RUM pertahankan sampai dia dipulihkan jawatan kepada GM Fleet walaupun dia bukan berkelayakan sebagai "JURUTERA", RUM mempertahankan setiap inci untuk kepentingan warga KTMB tidak kira dari kalangan bukan "Bukan Eksekutif" maupun "Eksekutif".
Tapi hati ini, sejujurnya RUM kecewa dengan mereka secara majoriti, mereka seolah-olah hanya hadir sebagai seorang pekerja yang "makan gaji" tanpa sedikit pun perasaan "sayangkan KTMB".
Pernah RUM jumpa seorang Mantan GM, RUM bertanya "abang, saya nak rekemen abang jadi Presiden KTMB, tahu apa dia jawab? "Adik maafkan abang, kalau GM ini semua masih ada, mati abang, tak yahlah rekemen abg". (Ketika zaman kemelut Datuk Elias Kadir sebelum aku membuat "last decision" untuk memberi sokongan pada Tuan Haji Sarbini Tijan, kini bergelaran Dato' sebagai Presiden KTMB, MAAF TERPAKSA walaupun akhirnya aku di sebut "KUTIP")
Memang pahit nak luahkan, tapi apakan daya, demi KTMB dan warga pekerja yang sayangkan KTMB, RUM luahkan perasaan ini dengan harapan kesedaran akan timbul untuk kembali kepangkal jalan demi mempertahankan KTMB sebagai warisan negara.
Sedarlah wahai rakan-rakan ku GM, bangkitlah, bersama dengan En Rani CEO KTMB, untuk mencorakkan kembali kegemilangan KTMB, kalau kita lemah, ambil mudah, maka jangan salahkan sesiapa, kerana kita sendiri yang mengancurkan KTMB, kita sendiri yang mengancurkan warisan negara, nama kita akan ditinta sebagai pengkianat dan pemusnah warisan negara.
Mari kita bersama membangunkan Keretapi "TANAH MELAYU" warisan negara kita, Sayangi KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#AhliRumDilarangKomen