Saya duduk dalam banyak group, termasuk group politik, saya membaca dan kurang buat komen, sesekali sekiranya perlu.
Dalam group-group berkenaan hanya menceritakan soal "FITNAH" termasuk mereka mengunakan nas maupun apa sahaja ayat yang memperkatakan "FITNAH" itu berdosa besar.
Dalam facebook juga sebegitu, banyak yang dibaca samada berbentuk kenyataan maupun komen, berkaitan perkara sama iaitu "FITNAH", memang tidak menafikan bahawa trend hari ini "FITNAH" amat berleluasa, kadang-kadang boleh mengelirukan pembaca. Cuma saya tidak berminat mengenai "FITNAH", kerana saya mempunyai akal dan fikiran yang dianugerahkan oleh Allah Swt untuk berfikir dan menilai, yang mana satu betul dan mana satu tidak.
Biarlah mereka berkata apa jua, namun kita diberi akal mampu berfikir dengan waras samada ianya berbentuk samada fitnah atau pun tidak, malah paling tepat jangan percaya bulat-bulat.
Berbalik kepada soal RNAA, adakah kenyataan ini "FITNAH?" atau apa jua kenyataan yang dikeluarkan dalam laman SUARA RUM, adakah ianya berbentuk "FITNAH?", RUM sesekali tidak akan menulis sekiranya ayat yang terkeluar itu berbentuk "FITNAH", tambahan pula, setiap perkataan adalah "BLACK & WHITE", mungkin mereka boleh menafikan kerana ingin "MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH", sekiranya penafian dibuat dengan mengatakan kenyataan itu merupakan "FITNAH", maka itu satu alasan "MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH" maka penafian itu satu "PEMBOHONGAN" tetap dikategorikan "BERDOSA".
Tapi inilah berlaku dialaf baru, dunia sudah berubah, pembawa fitnah telah bermaharajalela, pombohong juga bermaharajalela, maka gunakanlah akal dengan bijaksana fikir dengan waras, nilailah, sesekali pesan pada diri sendiri jangan kerana kepentingan diri @ imbuhan kita sanggup "MEMFITNAH", kita sanggup "BERBOHONG" kita sanggup "MENGANIAYA" kerana setiap perbuatan yang kita lakulan tetap akan "dI HISAB", hari ini kita terlepas mungkin esuk kita terima pembalasannya.
Wallahualam.
Presiden RUM