Bila kita sebut solidarity, maknanya sokongan moral terhadap rakan seperjuangan, memberi kerjasama yang baik dan saling bantu membantu, apatah lagi ianya disebut rakan walaupun bukan sahabat, sebaiknya susah sama susah, senang sama senang berlandaskan satu skop perjuangan yang sama, tiada perasaan irihati sebaliknya saling membantu.
RUM tidak pernah mengusik mana-mana organisasi atau mana-mana pihak, kalau ada masalah RUM terus hubungi pihak yang betul, kalau ada rakan, RUM minta tolong atau minta penjelasan bagi mendapat kepastian, sesekali tidak akan mencampuri rumahtangga orang, cuma RUM bertindakbalas sebab kenyataan tersebut mengusik organisasi yang RUM pertahankan, jangan pula RUM bertindak balas lebih agresif sehingga membogelkan kehancuran organisasi mereka kerana gagal disebabkan kelemahan pentadbiran kepimpinan itu sendiri.
Bila mengusik organisasi KTMB, kononnya melepaskan geram, sedangkan mereka tahu apa masalah dalam KTMB, adalah satu tindakan "bermotif jahat", sedangkan RUM berhempas pulas mempertahankan KTMB dari semua sudut demi kepentingan pekerja, bila disebut "pekerja" maka secara umumnya rakan yang dikatogerikan sebagai rakan seperjuangan yang kononnya memperjuangkan kepentingan pekerja secara tidak langsung telah merosakkan hubungan baik dan menganiya perjuangan kaum pekerja itu sendiri.
Inilah mentaliti kepimpinan yang merosakkan perpaduan dan kesatuan dikalangan perjuangan memertabatkan kaum pekerja itu sendiri.
Selagi sikap ini wujud maka perjuangan kaum pekerja tidak akan kemana dan semudah menjentik jari memberi peluang keemasan kepada musuh-musuh yang mahukan kesatuan sekerja hancur dibumi Malaysia, malah hari ini telah membuktikan bahawa kesatuan sekerja dalam negara ini tidak sekuat mana yang ada bertelagah sesama sendiri.
Cuma nak pesan pada mereka (segelintir) yang kononnya berjuang untuk kaum pekerja, sesekali jangan usik KTMB maka usik KTMB maka telah menyentuh RUM, KTMB adalah periuk nasi pekerja yang juga ahli-ahli RUM, maka RUM akan bertindakbalas/ lawan dan tibai balik! Dalam keadaan menghadapi halangan besar, kita tidak kesah siapa anda!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB