Mesyuarat Ajk Kerja semalam 11.12.17 dengan mandat Majlis Eksekutif telah memutuskan untuk mengadakan Piket pada 20.12.17 di perkarangan Stesen Keretapi Batu Gajah berikutan kehadiran Yb Dato Aziz Karpawi untuk satu majlis di MYRA Batu Gajah berikutan pelaksanaan RNAA.
Atas saranan YBhg Encik Rani Samsuddin CEO KTMB malam tadi setelah dimaklumkan bahawa RUM akan mengadakan Piket membantah RNAA maka RUM menghormati saranan demi hubungan baik antara RUM dan CEO KTMB malah penjelasan beliau sedang berusaha gigih untuk membaikpulih KTMB seterusnya berusaha menolak RNAA bagi pihak KTMB, justeru itu Jawatankuasa Kerja hari ini 12.12.17 telah mengambil ketetapan menangguhkan tindakan Piket yang dijadualkan pada 20.12.17.
RUM tetap berpendirian akan terus membantah RNAA demi memastikan KTMB diselamatkan malah RUM tidak teragak-agak untuk berbuat demikian kerana PIKET adalah hak Kesatuan Sekerja yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) sebagai aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja.
Namun RUM sangat dukacita terhadap Yb Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan yang sangat berkeinginan perancangan RNAA khususnya larian "SECOND OPERATOR" yang mana bakal menandatangani perjanjian dengan Syarikat Asia Freight Railway (AFR) dalam waktu terdekat, usaha yang dilakukan adalah titik tolak penghancuran Keretapi "TANAH MELAYU"
RUM tidak akan memaafkan Yb Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan yang bertindak sedemikian rupa terhadap KTMB dan seluruh warga KTMB
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
---------
*gambar hiasan - Admin