RUM sememangnya menentang sekeras-kerasnya kewujudan "second operator", mengikut maklumat yang RUM terima perjanjian antara Syarikat AFR Sdn Bhd dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang mungkin akan disaksikan oleh Yb Dato Aziz Karpawi akan diadakan dalam waktu terdekat.
Persoalannya mengapa ianya tidak melalui "TENDER TERBUKA"? Apa motif pula dalam keadaan tergesa-gesa tandatangan perjanjian dilakukan? Sedangkan RNAA melalui "consept paper" baru ditandatangan, sedangkan appendix 11 RNAA yang perlu dimuktamadkan masih tergantung berdasarkan RAC tidak mampu memberi gambaran jelas pelaksanaan RNAA.
Keraguan timbul bila ianya dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa malah mengikut maklumat yang diterima ada desakan melalui pihak tertentu agar menyegerakan perjanjian ini, malah RUM melihat "TIADA KETELUSAN" Kementerian Pengangkutan dalam soal ini.
RUM menyedari bahawa kewujudan RNAA sememangnya mempunyai agenda tersirat, dalilnya memberi kuasa penuh kepada RAC dalam melaksanakan seperti mana terkandung dalam appendix 11 RNAA, sekiranya dipersetujui dan ditandatangani, manakala ini akan memberi ruang pelaksanaan agenda tersirat dengan campurtangan "TANGAN GHAIB" khususnya dari Kementerian Pengangkutan dalilnya perjanjian antara Syarikat AFR Sdn Bhd dengan RAC yang dijadualkan dalam waktu terdekat tanpa pengetahuan banyak pihak dibuat dengan begitu terancang , namun maklumat bocor juga bila sampai kepengetahuan RUM.
RUM berharap agar Kementerian Pengangkutan lebih telus dan berintergiti dalam pelaksanaan projek-projek samada mengunakan peruntukan yang diberikan atau projek berdasarkan "atas kertas" kepada Kementerian Pengangkutan, kerana RUM sendiri melihat bahawa amalan Kementerian Pengangkutan tidak mengunakan "TENDER TERBUKA" mahupun "TENDER TERTUTUP", bila sistem ini dilakukan maka persepsi akan terwujud bahawa Kementerian Pengangkutan bukanlah satu kementerian yang berintergriti.
RUM dalam pertimbangan untuk membuat lapuran polis dan kemudiannya mengadu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk menilai kembali kemungkinan-kemungkinan ada penyalahgunaan kuasa yang dilakukan.
Kami Majlis Eksekutif RUM tidak akan berdiam diri dengan apa cara pun berusaha untuk menghentikan perancangan RNAA demi Selamatkan KTMB dan Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB