RUM kerap marah dengan Menteri Pengangkutan Yb Dato Seri Liow Tiong Lai, malah Majlis Exxo telah buat keputusan untuk turun ke Bentong berusaha membantu pihak lawan sehingga Yb Dato Seri Liow Tiong Lai kecundang di PRU 14, sebagai tindak balas melaksanakan RNAA.
Kini pertama kali RUM secara terbuka melahirkan perasaan dukacita terhadap Yb Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan.
Kenapa RUM melahirkan perasaan dukacita?
1. Beliau seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan wajar memberhentikan RNAA, pejuang bangsa Melayu tidak sesekali membenarkan nama "TANAH MELAYU" terkubur.
2. Mustahil sebagai Timbalan Menteri tiada suara membantah!
3. Seingat kami dalam ucapan dalam Majlis Kesyukuran RUM pada 25/5/2015 yang dihadiri Yb Dato Aziz Karpawi telah mengungkapkan dalam ucapannya untuk melaksanakan "second operator" kononnya itu "idea" beliau, maknanya beliau telah menghighlightkan dua setengah (2 1/2) tahun yang lepas.
4. Diakui benar saya selaku Presiden RUM memang mengenali beliau, tapi sayang... just boleh katakan "I KNOW U, U KNOW ME!"
5. RUM benar-benar kecewa iaitu orang@individu yang kami hormati tidak mampu mempertahankan KTMB, malah beliau beriya-iya mahukan "second operator" malah dalam satu pertemuan yang tidak rasmi, beliau meminta saya "bersetuju", wajarkah saya selaku Presiden RUM bersetuju sedangkan saya dilantik oleh ahli-ahli RUM, malah secara peribadi saya "sayangkan ktmb".
6. Kepada Yb Dato Aziz Karpawi, tidak sewajarnya kita bermusuh, sebaliknya dengarlah keluhan kami, hentikan RNAA, demi Keretapi "TANAH MELAYU" demi 90% pekerja melayu.
7. Kami merayu kepada Yb Dato Aziz Karpawi yang saya secara peribadi kenal baik dan sangat hormati, tolong hentikan RNAA dan hentikan "Second Operator".
8. Saya kenal Dato, Dato juga kenal saya, bersaksikan Dato Mejar, saya tidak boleh dipergunakan, kerana saya diberi "amanah" oleh ahli-ahli saya, saya bertanggungjawab kepada organisasi saya, ahli-ahli saya dan seluruh warga KTMB.
9. Tolonglah Yb Dato Aziz Karpawi, jangan buat begini... walaupun Dato pernah katakan, pedulikan pasal pekerja, fikirkan diri kau... thats not me... Dato... please...
10. Harapan besar kami, ikhlas Demi Allah, kami hanya fikirkan KTMB, warga KTMB dan Keretapi "TANAH MALAYU", kalau kami boleh fikir sebegini rupa, kenapa tidak Dato.
11. Maafkan RUM Dato Aziz Karpawi, kami ada "PRINSIP!", tidak sesekali mengadaikan ahli-ahli RUM dan perjuangan kesatuan sekerja.
Abdul Razak Md Hassan
PRESIDEN RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#TolongCopyPasteKenyataanIniPadaDatoAzizKarpawi