RUM menyedari bahawa kebelakangan ini banyak rungutan dari pengguna mengenai perubahan penjadualan tren di lembah klang, rungutan yang RUM baca secara umumnya ramai yang tidak berpuashati kerana menganggu situasi pengguna yang menganggu penjadualan waktu pengguna dari sudut jadual harian.
RUM amat memahami rungutan pengguna malah amat bersimpati namun kekangan permasalahan ini adalah demi kebaikan pengguna itu sendiri untuk memastikan keselesaan dimasa hadapan.
Gangguan ini disebabkan pembaikpulihan landasan seluruh kawasan Klang Valley Double Track (KVDT) bagi memastikan semua landasan dibaikpulih mengikut jadual malah RUM sendiri amat berharap ianya dibaikpulih mengikut jadual atau disegerakan namun tetap memastikan piawaian keselamatan tiada kompromi.
RUM menyedari bahawa kedudukan landasan khususnya KVDT berada dalam keadaan "tidak selamat" malah ada lokasi-lokasi tertentu perlu dibaikpulih dengan kadar segera, sekiranya gagal berbuat sedemikian maka ianya bukan sahaja menjadi risiko berbahaya kepada KTMB dari sudut kerugian malah dari sudut keselamatan akan memberi implikasi kepada pengguna itu sendiri.
RUM sendiri telah menghighlightkan isu keselamatan KVDT malah demi kebaikan dan kerancakkan perkhidmatan masa depan perlu dilaksanakan dengan kadar segera, walaupun sepatutnya pembaikpulihan ini sepatutnya dilakukan 7 - 10 tahun dahulu, syukur kerana kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar bernilai berbillion RM untuk membaikpulih landasan KVDT melalui Fasa 1 dan Fasa 2.
Kerajaan juga telah pun membeli sejumlah 19 set ETS yang dijangka sampai pada tahun 2019, malah difahamkan kerajaan akan menambah lagi set-set train bagi merancakkan perjalanan tren maka sudah pasti pembaikpulihan KVDT ini amat diperlukan, sekiranya tidak dilaksanakan pembaikpulihan KVDT maka ia akan menganggu gugat kerancakkan perjalanan tren pada masa hadapan.
Justeru itu RUM amat memahami keluhan setiap pengguna, namun ianya adalah demi kebaikan pengguna itu sendiri pada masa hadapan, RUM tidak menafikan dalam tempoh ini akan menimbulkan kesusahan kepada pengguna itu sendiri, RUM memohon agar pengguna dapatlah kiranya bersabar demi kebaikan masa hadapan, ibarat kata "susah dahulu senang kemudian".
RUM juga akan memantau syarikat berkenaan bagi memastikan semuanya dibaikpulih mengikut jadual, kerana RUM mendapati ada beberapa lokasi yang boleh dianggap perlahan, kerana setiap kelewatan yang dilakukan bukan sahaja menyusahkan KTMB dari sudut kerugian pendapatan, pekerja akan dicemuh dengan teruk malah ada kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja turut terganggu dan yang paling penting jangan menyusahkan pengguna.
RUM merakamkan terima kasih kepada pengguna yang terus bersabar demi kebaikan masa depan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang mula memandang KTMB untuk membaikpulih KTMB, kepada Kementerian Pengangkutan RUM harapkan lebih telus demi kebaikan KTMB/ Pekerja dan Rakyat khususnya pengguna KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB