Walaupun Mesyuarat MKT telah membawa isu RUM antara lain YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang juga Presiden UMNO telah bersetuju untuk menemui RUM dengan mencadangkan satu pertemuan diadakan terlebih dahulu diantara MOT, MOF & RUM sebelum pertemuan dengan YAB Perdana Menteri dilakukan, keputusan ini telah dibuat pada Mesyuarat MKT pada September 2017.
Sehingga hari ini tiada sebarang Mesyuarat diadakan seperti mana keputusan yang tercatat dalam Minit Mesyuarat MKT.
RUM tidak hairan kenapa keputusan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat MKT tidak terlaksana sehingga hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia kerana RUM sedar bahawa MoT tidak bersedia untuk bertemu dengan RUM malah tidak mampu berhujah dengan RUM, malah kami sedar bahawa tindakan keputusan MKT khususnya YAB Dato Seri Perdana Menteri yang tidak mahu membelakangkan Kementerian Pengangkutan, kalau dilihat dari sudut tempoh melangkaui tiga (3) bulan atau sudah melebihi seratus (100) hari, seolah-olah Kementerian Pengangkutan tidak ambil peduli dengan keputusan MKT.
Namun kami tetap bersabar dan mengharapkan walau tanpa pertemuan antara MoT dan MoF, YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sudi menemui kami beri kami peluang menjelaskan implikasi RNAA, andai pertemuan diantara MoT, MoF dan RUM diadakan dalam waktu terdekat kami juga bersedia untuk hadir, tiada masalah untuk kami berdepan dengan MoT.
Kami sedar hanya YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sahaja yang mampu menyelesaikan masalah kewujudan RNAA, kami tetap tidak berputus asa untuk menemui YAB Dato Seri Perdana Menteri untuk kami menjelaskan implikasi RNAA.
Semoga pertemuan yang kami harapkan dipermudahkan, kami terus bersabar dan tidak sesekali berputus asa untuk menghentikan RNAA.
Harapan kami sangat besar demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.