RUM melihat ini satu "wayang" atau mungkin satu "lawak jenaka" bila Pemuda MCA membuat demontrasi terhadap NAZRI.
Kononnya MCA adalah jaguh kepada "bangsa cina", sedangkan kes hanya melibatkan "individu" atau kalau ada isu pun hanya sekadar "isu lemah" yang tidak perlu sehingga melakukan Demontrasi, ianya boleh diselesaikan melalui perundingan dalaman.
Kenyataan NAZRI juga berasas walaupun "pedas" tak sewajarnya membiarkan sebarang kenyataan dari mana-mana pihak yang menyentuh kerajaan atau parti memerintah, sebagai kepimpinan Melayu, Nazri berhak menyuarakan pandangan beliau kerana ianya telah mengusik Parti Memerintah apatah lagi dari individu yang menjadi kaya raya hasil dari kerajaan memerintah, soal yang menulis kenyataan itu berbentuk fitnah tidak timbul, masakan tiada angin pokok bergoyang.
RNAA adalah isu nama "TANAH MELAYU" di bawah Kementerian Pengangkutan yang Menterinya adalah Presiden MCA, di usik malah dipinda sehingga wujudnya RNAA, jangka panjang atau secara tersiratnya satu hari nanti nama Keretapi "Tanah Melayu" itu terkubur, secara simboliknya identiti "Tanah Melayu" itu akan hilang, maknanya Presiden MCA sudah mengusik identiti "TANAH MELAYU, malangnya tiada siapa pun berani mempertahankan kerana "MENJAGA HATI".
Kini dengan berani NAZRI membuat komen mengenai kenyataan individu "RAJA GULA", maka MCA keluar menjadi HERO dengan DEMONTRASI meminta NAZRI meminta maaf, apakah kepimpinan Melayu akan terus "MENJAGA HATI?" sedangkan kenyataan NAZRI boleh dianggap kenyataan yang benar.
Udahlah tu, henti-hentikanlah "MENGAMBIL HATI" adakah MCA ada mengambil hati Melayu, hati bangsa Cina pun mereka tidak ambil tahu sehingga undi Cina berubah haluan malah mengikut info di Bentong 90% undi Cina tidak kepada MCA, MCA hanya dapat undi dari Melayu dan India, malah dijangkakan MCA akan jadi seperti Parti Gerakan pada PRU 14 ini.
RUM sendiri akan mengesa ahli-ahli RUM malah akan meminta ahli-ahli RUM berkempen kepada saudara dan kenalan dimana ada calon MCA jangan mengundi mereka, kerana kami marah dengan kewujudan RNAA.
Cuma kepada Parti Memerintah Utama beranilah mempertahankan hak melayu jangan membenarkan waima sekadar nama hilang ditelan bumi semata-mata "MENJAGA HATI", kami memerhati jangan sampai kami terasa hati, ingatlah lagu yang didendangkan "ANAK KECIL MAIN API".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB