RUM melihat dan meneliti perkembangan MTUC secara dekat yang kebelakangan ini berlaku pertelagahan dipucuk kepimpinan MTUC.
Sesungguhnya pertelagahan ini telah menghakibatkan kesan besar kepada Kesatuan Gabungan serta seluruh warga pekerja dinegara ini yang terhimpit dengan kepelbagaian isu.
RUM merasa sedih dan amat malu sebuah organisasi yang mewakili semua Kesatuan Gabungan yang merangkumi keseluruhan ahli-ahlinya melebihi 600,000 malah mewakili seluruh warga pekerja telah berlaku kemelut pertelagahan pucuk kepimpinan MTUC.
MTUC diwujudkan adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Solidarity dari kalangan semua gabungan kesatuan sekerja serta menjalinkan persaudaraan dikalangan semua gabungan serta kepimpinan, kewujudan perpecahan ini telah melahirkan kecacatan Solidarity seterusnya mencetuskan perpecahan dikalangan kepimpinan gabungan kesatuan sekerja
RUM berpendirian tidak akan memihak kepada mana-mana kumpulan yang bertelagah dalam kepimpinan MTUC, tindakan tidak memihak ini adalah tidak mahu bersekongkol dengan mana-mana pihak yang boleh mencetuskan perpecahan dan menghakiskan kekuatan Kesatuan Sekerja di negara ini.
RUM menyeru kedua-dua pihak maupun siapa yang terlibat dalam kemelut ini kembali kepangkal jalan dan menyelami asas penubuhan MTUC itu sendiri, seterus RUM amat berharap agar semua pihak yang terlibat hentikan pertelagahan ini dan kembali kemeja rundingan untuk satu perdamaian demi kepentingan oganisasi yang bergabung dan keseluruhan warga pekerja di negara ini.
Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, cuma hentikan keegoaan maupun sifat kepentingan diri, sebaliknya fokus kerana kehadiran kita selaku pemimpin adalah untuk membela nasib kaum pekerja.
RUM menyeru kepada semua kepimpinan MTUC hentikan pertelagahan ini, masing-masing dah berusia, masing-masing boleh fikir dengan waras demi kembalikan MTUC ke jalan yang betul dan bukannya menjadikan MTUC makin hari ibarat "hidup segan mati tak mahu".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB