27 Oktober 2018

KEAHLIAN / SIASATAN DALAMAN JOM SERTAI RUM

RUM sedar masih ramai yang tidak menjadi ahli samada tidak memahami apa itu Kesatuan Sekerja atau mungkin termakan hasutan @ fitnah dari puak-puak yang tidak gemar dengan RUM.

Kepada pekerja "bukan eksekutif" KTMB samada yang telah berkhidmat lama atau baru menyertai KTMB, saudara/i adalah dialu-alukan menjadi ahli RUM, kerana RUMlah organisasi yang mampu membela nasib saudara/i , ketika saudara/i berada dalam keadaan bermasalah khususnya saudara/i yang disabit kesalahan sebagai "tertuduh" dalam siasatan dalaman makanya pegawai-pegawai RUM yang terlatih akan mewakili saudara/i dalam kes siasatan dalaman malah RUM akan menjadi "consultant" memberi khidmat nasihat dalam semua sudut khusus melibatkan perundangan mengenai pekerja, mendengar khidmat nasihat yang bukan dari mereka yang "pakar" akan menghakibatkan saudara/i jadi mangsa keadaan.

Justeru itu RUM menasihatkan setiap pekerja berjumpa mana-mana pegawai RUM untuk mendapatkan borang menjadi ahli, jangan dengar hasutan sebelah pihak kerana yang susah kemudian adalah saudara/i sendiri yang tidak menjadi ahli RUM, malah hasil usaha mendapat faedah yang baik adalah hasil titik peluh perjuangan organisasi kesatuan sekerja iaitu RUM.

Nasihat RUM "jangan dah terantuk baru nak terngadah" kerana kebelakangan ini banyak kes melibatkan "tertuduh" dalam kes siasatan dalaman adalah "bukan ahli RUM".

Jom sertai RUM, kita "BERSATU", kita KUAT, kita mampu mendapat "FAEDAH YANG LEBIH BAIK", semuanya ditangan "KITA".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB