Tidak kira dimana kedudukan jawatan kita, samada jawatan kita sebagai Bapa atau sebagai Ketua Organisasi atau sebagai Ketua Majikan atau sebagai Ketua Kerajaan kita bertanggungjawab terhadap anak kita, kita bertanggungjawab terhadap ahli/ kepimpanan di bawah kita, kita bertanggungjawab terhadap pekerja/pegawai kita, kita bertanggungjawab terhadap rakyat/kepimpinan di bawah kita, ini prinsip asasnya.
Andai anak kita salah, andai ahli/kepimpinan kita salah, andai pekerja/pegawai salah sesebuah syarikat salah maka asas utama ialah:-
1. Memberi kesedaran/kursus
2. Penguatkuasaan
3. Kaunseling
4. Siasatan Dalaman
5. Tindakan tatatertib
Lima (5) perkara ini adalah praktis yang perlu diamalkan bagi semua kepimpinan agar ianya memberi penitikberatkan dalam semua sudut kehidupan organisasi dan keselamatan organisasi, sekiranya lima (5) perkara ini tidak diamalkan maka akan pincanglah organisasi, maka kesalahan itu wajar diletakan kepada kepimpinannya.
Sebagai anak/pekerja/pegawai maupun rakyat dalam apa sudut kena patuh dan hormat ketuanya, bagi memastikan sesebuah organisasi itu kukuh, kuat dan disegani malah dari sudut syarikat ianya akan mampu meningkatkan produktiviti yang tinggi serta aspek keselamatan yang terjamin dalam menyelamatkan harta benda maupun nyawa.
Tidak juga menjadi salah andai anak menegur bapa/ tapi tetap salah bagi pekerja menegur pegawai atau atasannya, peranan anak inilah yang dimainkan oleh RUM kerana RUM ada lesen yang sah, maka itu RUM membuat teguran bagi membela nasib anak-anak RUM @ pekerja.
Maka dalam hal ini setiap individu ada peranannya sendiri dalam memastikan organisasinya kukuh dan selamat, andai tidak imej segala sudut akan tenggelam.
Ramai yang tidak sedar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Oshen secara lisan/tersirat bil 1/ 2018 telah dimaklumlan tentang beberapa perkara yang melibatkan keselamatan khususnya memohon untuk jawatan tertentu menghadiri kursus ulangkaji, tapi pergerakanya amat perlahan walaupun dilaksanakan, malah antara lain tujuan kursus itu mempunyai maksud tersirat demi kebaikan semua dari sudut pekerja/pegawai/pengurusan tertinggi, cuma mungkin idea yang dilontarkan agak "basic" kerana tidak secara mendalam demi menjaga keharmonian namun tersiratnya cukup mendalam bagi mengatasi masalah yang mungkin datang.
Dari sudut RUM, RUM lebih menitikberatkan kelemahan-kelemahan yang wujud agar dapat diatasi kerana sekiranya kelemahan ini tidak diatasi pekerja/ahli RUM akan jadi mangsa kerana kesilapan adalah berpunca dari kelemahan pengurusan itu sendiri, kerana lima perkara itu tidak dipraktiskan secara keseluruhan, bila nasib tidak menyebelahi atas kelemahan pengurusan maka pekerja akan alpa, maka berlakulah kejadian yang tidak diingini dan akhirnya pekerja jadi mangsa keadaan, ibarat anak yang selalu perlu dipantau dan ditegur agar menjadi insan berguna.
Tidak mengapa, ianya satu pengajaran sebagai tauladan agar kita sentisa memikirkan sesuatu risiko yang belum berlaku dapat ditangani dengan segera, kita sama-sama belajar dan mendalami proses, kesilapan itu adalah ilmu pengajaran paling berguna untuk kita tidak mengulangi pada masa depan.
Sama-sama kita berusaha meningkatkan imej prestasi organisasi kita, tidak kira apa organisasi yang kita pimpin.
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB