ITF
Pendedahan dunia luar ini sangat penting, agar kita tahu setiap perkembangan yang berlaku khususnya dalam arena perkeretapian maka ITF Congress dan ITF Railway Section Conference banyak membantu dari segi pengetahuan dan berkongsi pengalaman. Solidarity dari seluruh anggota gabungan ITF memberi kita satu kekuatan untuk terus berjuang diarena perjuangan kaum pekerja khususnya Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) yang tidak pernah berhenti menghadapi pelbagai cabaran.
Isu Penswastaan / Outsourcing adalah bualan hangat dari setiap kepimpinan kesatuan sekerja dari bahagian perkeretapian diseluruh dunia tidak kira apa gred jawatan yang semuanya membantah/menentang dan tidak bersetuju sama sekali, KTMB sendiri telah diswastakan pada 1/8/1992 namun masih milik Kementerian Kewangan Diperbadankan, kegagalan Marak Unggul sebagai kontrak pengurusan selama lima (5) tahun adalah dalil kurangnya kemampuan atau tidak dapat menghasilkan keuntungan dalam industri operator keretapi begitu juga syarikat-syarikat keretapi metro yang diwujudkan dalam malaysia oleh syarikat-syarikat swasta telah di "bailout" oleh kerajaan kerana mengalami kerugian kini diletakan di bawah prasarana yang miliknya Kementerian Kewangan, umum mengetahui Prasarana kini rugi lebih RM 20 Billion semenjak ditubuhkan pada tahun 1995 berbanding KTMB yang diswastakan pada 1992 dengan kerugian terkumpul sebanyak RM 2.8B.
Penswastaan jelas dalam industri perkeretapian akan merugikan namun tiada pihak mampu mengakui, di london sendiri bila metro satu ketika dulu diswastakan telah diistiharkan "bangkrup" yang jadi mangsanya adalah kaum pekerja bila strategi yang diolah oleh Bank Dunia diterima pakai oleh kebanyakan kerajaan didunia.
Sehingga hari ini tiada mana kerajaan mengakui bahawa pengswastaan dalam industri perkeretapian itu merugikan sebaliknya mereka menyembunyikan fakta kerana malu mengakui kesilapan atas pelaksanaan penswastaan.
Kini idea baru yang muncul ialah Railway Network Access Agrement yang sangat baik dikatakan, analisis RUM adalah jelas bahawa keuntungan boleh dinikmati oleh sebelah pihak iaitu pelabur yang mengeluarkan modal untuk mengambilalih jabatan-jabatan KTMB yang mana Perbadanan Aset Keretapi (PAK) sebagai pemilik aset secara sah melalui dokumen RNAA yang telah diserah secara mutlak dan membatalkan dokumen warta kerajaan yang ditandatangani Menteri Pengangkutan terdahulu boleh membenarkan pemain industri untuk mengambilalih jabatan-jabatan keretapi seterusnya menjadikan satu bidang perniagaan yang mana PAK sebagai orang tengah atau berperanan sebagai "broker" mengambil untung atas angin dengan mencas setiap pengunaan aset keretapi maka KTMB sebagai operator akan membayar dua (2) kali iaitu kepada pemain industri dan broker iaitu PAK dalam masa yang sama KTMB tidak mampu menaikan harga tambang kerana kos tambang dikawal oleh kerajaan, mangsanya adalah KTMB sebagai "kambing hitam".
Dari sudut lain bahawa KTMB tidak mampu dikembangkan kerana ianya terikat dengan perjanjian RNAA malah ianya tidak selari dengan asas penubuhan KTMB yang boleh mempelbagaikan peluang perniagaan industri keretapi seperti mana Jepun, Korea dan China yang begitu pesat membangun sehingga menjadi pengeluar set-set tren, KTMB bukan sahaja ketingalan tapi tenggelam malah boleh bakal pupus dengan teknik penswastaan.
Justeru itu kerajaan perlu memikirkan kembali strategi baru yang mampu memperkembangkan perniagaan keretapi, banyak ruang dan pilihan yang ada, banyak strategi perniagaan yang ada, jangan biarkan pemikiran jumud sedangkan industri perkeretapian cukup luas kalau kita bijak melakukan.
Silap percaturan maka akan mewujudkan kerugian jangka panjang yang mana boleh menimbulkan implikasi kepada KTMB, Pekerja, Pengguna malah dari sudut kewangan kerajaan sendiri akan tanggung kerugian yang kita semua tahu apa yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kedudukan kewangan negara kini berada dalam keadaan tenat.
Semoga kerajaan baru, berwajah baru mampu mencetuskan idea baru malah secara terbuka mampu mendengar keluhan RUM dalam memberhentikan RNAA, ingatan sekali lagi bahawa idea dari mereka yang mewujudkan RNAA perlu disingkirkan kerana idea mereka adalah idea "ambil mudah" atau "tak mahu kerja susah" atau bukanlah seorang yang benar-benar bersifat seorang "pejuang" yang berani menyambut cabaran demi kepentingan negara pada masa depan, mereka adalah kumpulan "pengecut" yang tidak berani kedepan untuk setanding dengan negara-negara maju sebaliknya mereka inilah akan menyebabkan Malaysia terus kekal sebagai negara dunia ketiga.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#itfcongresssingapore