Awal tahun ini banyak kes-kes melibatkan salah laku pekerja hingga dipanggil untuk siasatan dalaman.
Ini melibatkan golongan minoriti yang mungkin melakukan "kesilapan - kesilapan" atau mungkin ada yang jadi "kambing hitam" atau mungkin ada yang bersifat "membalas dendam" atau mungkin disebabkan "sengaja mencari salah", apa pun RUM bertanggungjawab untuk membela setiap "ahli berfaedah" untuk membuktikan setiap tertuduh "tidak bersalah", kepada "bukan ahli" RUM tidak dapat membantu, kerana tanggungjawab RUM adalah hanya kepada ahli-ahli yang berfaedah selaras dengan peruntukan Peraturan Kesatuan (Perlembagaan RUM)
Alhamdulillah ada kes yang lepas, ada yang sepatutnya mendapat hukuman berat tapi berjaya diringankan, usaha-usaha ini berdasarkan pengetahuan tinggi pemimpin-pemimpin RUM yang terlatih dalam mewakilkan tertuduh dalam kes-kes siasatan dalaman, pihak RUM akan berusaha sehingga berjaya bagi membuktikan tiada kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.
Ada kes melibatkan pindaan pertuduhan berulangkali, sehingga mengambil masa hampir setahun, tindakan ini amat mendukacitakan, kerana ada unsur yang tidak sihat, pihak RUM juga mengenal pasti individu-individu yang sengaja mewujudkan salah laku, walaupun tiada bukti kukuh yang dapat diutarakan, kes-kes sebegini amat dipandang serius oleh kepimpinan RUM, ada juga pihak pengurusan yang baik hati memberi peluang berdasarkan "amaran" agar tidak mengulangi kesilapan, RUM merakamkan ucapan terima kasih, kerana ada kes-kes tertentu perlu ada sifat budibicara berbentuk "memaafkan", agar kes salah laku tidak diulang lagi.
Namun dalam apa kes pun, pasti ada "puncanya", secara keseluruhan dalam kajian RUM bahawa puncanya ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, RUM tidak berniat untuk menghighlightkan secara terbuka, cuma untuk pengetahuan perkara ini telah dimasukkan dalam kertas kerja Majlis Bersama Pusat yang dijadualkan pada 12/2/2019, demi memastikan jangka masa panjang tiada kes-kes lagi melibatkan berlakunya penangkapan pekerja berdasarkan "salah laku" sehingga diambil tindakan tatatertib, namun kita juga perlu akui, setiap insan tidak lari dari membuat kesilapan, justeru itu setiap pekerja dinasihatkan tidak melakukan sebarang kecuaian atau sengaja mengambil kesempatan.
RUM sentiasa mengambil berat setiap perkara melibatkan setiap individu "ahli berfaedah" malah tetap mengambil berat setiap perkara melibatkan kepentingan warga KTMB, namun diulangi bahawa RUM tidak akan mewakili pekerja yang berstatus "bukan ahli" untuk siasatan dalaman.
Kepada pekerja khususnya ahli-ahli RUM harus memastikan bahawa kita yang diamanahkan dengan tanggungjawab perlu menjauhkan diri dari setiap "kecuaian" atau sebarang "salah laku" bagi mengelakkan tindakan tatatertib, semua pekerja KTMB tertakluk dengan Prosedur Tindakan Tatatertib seperti termaktub dalam Perjanjian Bersama.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB