RUM ingat bila Peneraju RAC lama bersara, digantikan Peneraju RAC Baru, jangkaan RUM RAC ni akan berwajah baru, idea baru, berinovasi, bervisi...
Tapi bila kenyataan akhbar 17hb Januari 2019 dikeluarkan, RUM terkejut... tidaklah sampai melompat... terkejut ketawa terbahak-bahak.. kihkihkih... rupanya termasuk "GENG CD CETAK ROMPAK"... adeiiiiiii.....
RUM terfikir apakah alaf baru menjelang 2020, adakah Malaysia ini mula ketandusan pakar-pakar idea berinovasi, atau mungkin meletakkan individu-individu yang "BLANK" tidak mampu mencetuskan idea yang berinovasi, kalau ginilah caranya makanya RAC kekal sebagai "wal hasil balik asal".
RUM sentiasa menekankan RAC tidak diperlukan seperti mana kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, kerana tugasan RAC adalah kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh KTMB malah KTMB jauh berkemampuan dari RAC.
Kalau dari segi kos pengurusan kewujudan RAC ianya boleh dianggap pembaziran berbanding dengan apa yang telah terwujud dalam KTMB, maka itu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan perlu mengkaji kedudukan RAC semula, cadangan RUM adalah RAC perlu dibubarkan seperti mana SPAD dan diletakkan di bawah KTMB, RUM yakin KTMB mampu mengendalikan RAC seterusnya mencetuskan idea-idea baru dari pembangunan hartanah seperti mana kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh En Rani Samsuddin CEO KTMB dalam kenyataan akhbar pada awal tahun lepas.
Kerajaan perlu berani merubah dasar lama kepada dasar baru dan bukannya terus terima pakai dasar lama, kerana dasar lama telah dikesan banyak kelemahannya yang perlu diperbaiki.
Tambahan info yang dapat dikesan ialah pihak-pihak tertentu sedang beriya-iya melobi untuk mendapatkan pengunaan tanah di bawah kawal selia RAC samada untuk pembangunan seperti kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh RAC atau untuk pengunaan dan kepentingan pengusaha operator kargo, malah RUM juga dapat menghidu bahawa usaha-usaha gigih pihak tertentu serta ada kemungkinan kalangan pihak tertentu yang telah termakan budi berdasarkan pelaburan yang telah dibuat sebelum ini.
Justeru itu kita berharap seperti yang diwar-warkan oleh YAB Tun Mahathir Mohamed Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan ini bersih hendaklah dikekalkan, bukannya sekadar indah khabar dari rupa, RUM bergerak sebagai "watch dog" tidak akan berdiam diri malah akan bangkit menyuarakan tentangan sekiranya ada perkara yang melibatkan kepentingan KTMB, RUM tidak gentar untuk terus berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB