01 Januari 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019 HAPPY NEW YEAR 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

2018 dan berlalu, cerita-cerita 2018 tinggal memori, kini tiba tahun baru 2019, maka kita buka buku baru, cerita baru dengan azam baru.

RUM sendiri menaruh harapan isu-isu tertunggak dapat diselesaikan dengan jayanya, harapan dari pekerja untuk menerima faedah yang lebih baik melalui Perjanjian Bersama ke sembilan (9) adalah satu harapan yang tinggi tambahan kos sara hidup tiada banyak bezanya seperti sebelum ini, kehidupan tetap sama cuma andai Perjanjian Bersama ke 9 ini dapat ditingkatkan kos sara hidup yang menjadi beban akan dapat dikurangkan.

RNAA satu cabaran buat RUM yang sentiasa menekankan agar RNAA dapat dihentikan, RUM bergantung harapan dengan YB Menteri Pengangkutan.

Generasi muda khususnya perlu bangkit sedar tentang kepentingan kesatuan sekerja, mereka tidak boleh alpa atau ambil mudah atau terus merasa selesa, keadaan ekonomi masih tiada ketentuan maka kekuatan kesatuan sekerja dikalangan ahli maupun pekerja perlu ditingkatkan kita tidak boleh anggap bahawa tidak mungkin berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, utusan dan media prima satu contoh yang perlu kita lihat sebagai sempadan.

Kita juga berharap KTMB dapat mengorak langkah dengan lebih bergaya, idea-idea baru perlu dicungkil agar dapat menjana perniagaan yang lebih terancang, lokomotif dan wagon sebagai sumber pengangkutan kargo perlu diberi perhatian utama, pemasaran yang bijak mesra pelanggan agar mampu menarik sumber pendapatan yang lebih malah usaha terancang ini akan mampu menolak second atau multiple operator.

Desakan kepada kerajaan untuk terus membekal lokomotif dan wagon perlu dijadikan agenda utama, andai gagal alternatif dengan mengusahakan pinjaman bank untuk mendapatkan lokomotif dan wagon baru perlu diberi perhatian kedua, agar kerancakan industri kargo sebagai pendapatan utama KTMB dapat direalisasikan.

Kita sedar keutamaan rakyat adalah pengangkutan awam, penilaian umum terhadap KTMB adalah pengangkutan awam seperti komuter dan ETS, maka disini menjadi fobia kepada pengurusan KTMB sehingga menjadi penyebab mungkin pengangkutan kargo menjadi pilihan kedua dari sudut pendapatan (ravenue) hingga menjadi kegilaan pihak-pihak tertentu untuk menceburkan diri dalam industri rail kargo KTMB.

Namun 2019 akan memberi cahaya dengan penambahan set-set ETS dan DMU maka larian pengangkutan penumpang yang hambar akan kembali rancak, satu kebaikan kepada pengguna yang mengunakan perkhidmatan KTMB.

Perlu diberi ingatan tumpuan pada penumpang adalah melalui jabatannya, manakala penumpuan pada kargo pula melalui jabatannya justeru itu jabatan masing-masing wajar menentukan hala tuju agar tidak tengelam atau leka.

RUM juga perlu menegaskan sudah sampai masa penstrukturan carta organisasi KTMB diperbetulkan, carta organisasi di bawah Straregi Business Unit (SBU) perlu dibubarkan dengan mewujudkan carta yang lebih dinamik bagi memastikan hala tuju jabatan-jabatan lebih terarah, kepincangan di bawah carta organisasi telah menonjolkan keserabutan pentadbiran.

Kedudukan jabatan-jabatan perlu dikecilkan, kedudukan jawatan Pengurus Besar yang ramai perlu dikecilkan, jawatan-jawatan yang tidak perlu yang mewujudkan pertindihan tugas perlu ditangani dengan segera, struktur organisasi yang ada telah banyak menimbulkan kekeliruan perlu dikaji semula demi memastikan pengurusan pentadbiran terurus, sekiranya perlu pakar (experties) dari luar negara perlu diambil untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun untuk membantu serta menurunkan pengetahuan kepada pakar (experties) KTMB yang mungkin kurang keilmuan industri perkeretapian, usaha berani ini perlu dilakukan demi melonjakan KTMB kembali.

Tidak menolak dari aspek keselamatan yang menjadi agenda utama, penguatkuasaan terhadap keselamatan, kesihatan, persekitaran dan pekerjaan yang menjadi benteng kepada kelancaran operasi malah ianya merangkumi semua aspek material, hartabenda, nyawa setiap insan.

Sifat kerjasama dengan semua pihak yang berkentingan dengan KTMB hendaklah dilaksanakan secara profesional, sifat iri hati dengki atau berbentuk penganiayaan hendaklah dihentikan, matlamat utama adalah untuk kepentingan KTMB, semua ini sekiranya ada perlu dihentikan, kemajuan KTMB terletak kepada tahap perfesionalism yang kita sendiri susun aturkan.

Perjanjian Bersama adalah kitab untuk pengurusan dan pekerja kepada kedua-dua pihak pengurusan maupun pekerja agar patuhi dan tidak sesekali melanggar apa yang telah dipersetujui

Sedikit pandangan yang dilontarkan ini bukan berniat mencampuri urusan pengurusan tetapi adalah niat untuk memastikan satu perubahan pada tahun 2019 dengan satu langkah yang berani dan drastik demi kepentingan pekerja dan KTMB itu sendiri.

RUM juga berharap kepada Kerajaan memerintah dapat kiranya memberi perhatian yang lebih agar KTMB yang telah wujud lebih seratus tiga puluh (130) tahun terus kekal dipersada negara sebagai sebuah pengangkutan terulung yang sebelum ini sebagai anak tiri.

"To Asean and Asia Pacific Railway comrade we wish u Happy New Year 2019 with solidarity, successful and happiness, we will continue fight for workers railway right, unity make us strong".

Akhir sekali RUM mendoakan tahun 2019 ini memberi satu cahaya untuk menemukan kejayaan bukan sahaja pada individu pekerja tetapi kepada organisasi KTMB, malah 2019 dengan penuh yakin kita melangkah memberi perkhidmatan yang selamat dan terbaik kepada pengguna.

Kita juga berharap tahun 2019 akan memberi kesihatan yang baik, keharmonian perusahaan, produktiviti yang meningkat seterusnya kita akan menjadi seorang insan yang dirahmati Allah Swt.

Semoga 2019 adalah awalan kegemilangan untuk kita semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB