Penganugerahan ini memberi pengertian kepada kami warga KTMB yg sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepad pengguna selaras dengan KTMB sebagai perkhidmatan sosial.
Kami akan terus meningkatkan prestasi kerja kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, kami berkeyakinan dengan teraju Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB, kecemerlangan KTMB akan mengambil tempat selaras dengan plan pemulihan yang diutarakan.
Malah tahun ini dijangka kos kerugian dapat dikurangkan berbanding tahun lepas RM 220 juta.
Terima kasih jua kpd Dato Sri Ir Mohd Zin, Pengerusi Lembaga Pengarah, KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB yang juga memberi sokongan untuk mendapatkan BONUS/EXGRTIA.
Terima kasih yang tidak terhingga khususnya Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB yang sentiasa prihatin dengan non eksekutif yang berpendapatan rendah. Sokongan kuat Datuk dalam mendapatkan Bonus/Exgratia ini amat dihargai.
Terima Kasih kpd Datuk Isa MKD org yang sangat bertanggungjawab sehingga berjaya Bonus/Exgratia ini dinikmati oleh warga KTMB.
Syukur Alhamdulillah.
Semua yg berlaku dgn izin Allah Swt.
RUM