07 Julai 2014

CERITA SEBENAR PERLANTIKAN DATUK ELIAS KADIR SEBAGAI PRESIDEN KTMB PART 1

Presiden KTMB, Elias Kadir
Assalamualaikum
Cerita Sahur Lagi...
Selamat Bersahur...

CERITA SEBENAR
PERLANTIKAN DATUK ELIAS KADIR SEBAGAI PRESIDEN KTMB

PART 1

Bersambung kembali mengenai cerita benar ini, seorang lagi yang menerima call/sms/pertemuan dari RUM agar Datuk Elias Kadir dilantik sebagai Presiden KTMB ialah Dato Seri Ir Mohd Zin, Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Dato Seri Ir Mohd Zin juga memainkan peranan merekemendasi Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri, itu pun kerana RUM selalu menghubungi Dato Seri. (Maaf Dato Seri Zain, RUM terpaksa luahkan, supaya Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB jangan "menongkat langit" berbangga bahawa pelantikan atas kehendak YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA) kononnya membawa visi misi YAB Dato Sri Perdana Menteri, jangan mengarut lah Datuk Presiden KTMB tanpa RUM hari ini Datuk Elias Kadir bukan sebagai Presiden KTMB, so jangan nak berlagak!

Samada di pihak RUM maupun Dato Sri Ir Zain malah Lembaga Pengarah KTMB mengharapkan perubahan kerana kuasa pelaksanaan adalah kuasa Presiden Eksekutif, kerana di kaca mata Lembaga Pengarah ketika itu juga melihat Datuk Elias Kadir mempunyai potensi untuk memulihkan KTMB sekiranya menjawat jawatan Presiden KTMB. Ini telah diminta oleh seorang Lembaga Pengarah kepada saya selaku Presiden RUM menyatakan agar RUM memberi kerjasama dan sokongan kepada Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB yang baru dilantik, dalam tempoh 18bulan RUM telah membuktikan bahawa hubungan berjalan dengan baik sentiasa menitikberatkan "keharmonian perusahaan".

(Pada Dato Sri Ir Mohd Zin, kami sedar kami khilaf, kami sangka permata rupanya kaca, kami andaikan "jauhari mengenal manikam" tapi jauhari tersalah kenal... terkenal maniam", kerana kami semua dikaburi oleh "wayang tinggi production", justeru itu RUM ambil tanggungjawab ini untuk memperbetulkan keadaan, biarpun RUM tergugur di medan perang)

Lebih menarik pada awal kemasukan Datuk Presiden KTMB sebagai Presiden KTMB, Datuk Presiden KTMB telah mewujudkan masalah dengan YAB DATO' SRI PERDANA MENTERI dan YB Dato Seri Mantan Menteri Pengangkutan, isu itu betul - betul hangat hingga menjadi "market talk", hebat tika itu nak jadi hero sehingga silap hari bulan boleh mencetuskan "kontroversi". RUM ada dokumen tu, saja simpan buat kenang - kenangan. 

Simboliknya jangan nak berlagak lah Datuk Presiden KTMB, ingat keluar surat notis tunjuk sebab tu boleh menakutkan kami, malah kami juga faham permainan Datuk Presiden KTMB untuk menakut-nakutkan pegawai kesatuan dan ahli-ahli RUM sebab surat surat tunjuk sebab akan dihantar kepada peserta piket tidak lama lagi.(Kenyataan akan dikeluarkan kemudian)

Kami akan beri tekanan secara maksimum sehingga Datuk Presiden KTMB menyembah bumi.

Mohon maaf pada umum, disedari tika ini bulan ramadhan, adalah tidak wajar mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, tapi itu individu, ini adalah tanggungjawab atau sebahagian dari job spesifikasi RUM, kerja kami tak kira masa dan tika, kerja kami "round the clock", seperti mana dikatakan kenyataan ini adalah kenyataan rasmi RUM sebagai sebuah organisasi yang mewakili 3500 ahli di bawah payung Railwaymen Union of Malaya. 

Perang tidak kira masa, sekali istihar perang kita perang abis-abisan. (That's is RUM)

Ikuti sambungannya....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB