19 Disember 2018

SIJIL CUTI SAKIT PALSU (RUPANYA ADA LAGI KES BELI MC PALSU)

Cerita beli sijil sakit palsu ini tak abis-abis, dengar cerita masih berlaku lagi.

Nasihat RUM... nak cari kerja bukan mudah... dah dapat kerja... jagalah kerja baik-baik...

Dalam Perjanjian Bersama (CA) dah diberikan "CUTI REHAT", malah kalau benar-benar sakit pergi jumpa Doktor Bertauliah (Panel Klinik) peruntukan untuk "CUTI SAKIT LUAR" ialah 28hari setahun cuma Sijil Cuti Sakit ini adalah dari Doktor Bertauliah sahaja.

Yang gatal-gatal beli "SIJIL CUTI SAKIT PALSU" tu apa pasal? Ingat pengurusan itu bodoh sangat ke? Sampai tidak boleh kesan "CUTI SAKIT PALSU", kena tangkap "BUANG KERJA" tau... tak sapa boleh tolong... bawa mahkamah pun kalah...

Ada juga yang menipu pergi klinik panel, memang betul dapat "Cuti Sakit", malangnya terlampau bijak... diubahnya tarikh "CUTI SAKIT atau ditambahnya jumlah cuti sakit... macam RUM katalah pengurusan bukan bodoh tak kan tak boleh kesan pindaan atau tambahan tarikh tu... iya... kalau tak kena tangkap... untunglah.. kalau kena... nangis beb...

Macam RUM pernah tulis dalam Suara RUM sebelum ini... "kira pengurusan KTMB ini kira baik, tidak buat aduan ke pihak Polis, kalau bawa ke pihak Polis... dah lah kena buang kerja, masuk dalam pulak tau kerana "menipu".

RUM nak nasihatkan samada Ahli RUM maupun bukan Ahli RUM tidak kiralah siapa pun, asal nama pekerja, jangan beli "Sijil Sakit Palsu" dan janganlah "Pinda Tarikh Cuti Sakit" nanti bukan sahaja sendiri susah, nak cari kerja lain pun susah, Mak Bapak pun Malu...

Hentikan gejala tidak sihat ini!!!

Sebagai Kesatuan Sekerja (RUM) perkara-perkara sebegini adalah sangat mendukacitakan, kerana ianya perkara yang memalukan dan tidak berintergriti, malah RUM sendiri tidak akan mempertahankan mana-mana pekerja yang jelas dan nyata menipu Syarikat, kita sebagai pekerja perlu "JUJUR" pada Syarikat kerana inilah "PERIUK NASI KITA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB