05 Disember 2018

KOMEN RUM MENGENAI KENYATAAN AKHBAR TUN MAHATHIR MOHAMED PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kesatuan Sekerja sentiasa menjalinkan kerjasama dengan majikan malah sentiasa mendahulukan keharmonian perusahaan.

Namun adakala Kesatuan Sekerja kena bertindak dengan mengambil tindakan perusahaan setelah melihat kepincangan dan kelemahan pengurusan dalam meningkatkan produktiviti atau dalam keadaan bila pengurusan tidak menitikberatkan kepentingan pekerja.

Adalah janggal sekiranya kesatuan sekerja berdiam diri dengan membenarkan pihak pengurusan membuat salah laku seperti korup atau apa jua yang boleh merosakkan kepentingan syarikat kerana setiap kelemahan pengurusan implikasinya adalah kepada pekerja itu sendiri.

RUM bagi contoh MAS, Utusan dan Media Prima yang mana Mas dan Utusan ramai pekerja telah diberhentikan manakala Media Prima pula dalam proses untuk memberhentikan pekerja, pada kacamata RUN kelemahan ini adalah berpunca dari pengurusan maka implikasinya adalah pembuangan pekerja.

Tidak salah seperti mana yang diperuntukan oleh undang-undang bahawa pihak kesatuan boleh mengambil tindakan piket cuma tindakan piket adalah jalan terakhir melalui satu tempoh yang munasabah setelah segala usaha yang dilakukan itu gagal.

Jadi untuk menekankan keharmonian perusahaan tanpa mengadakan tindakan perusahaan seperti piket maka pihak pengurusan juga perlu menjaga keharmonian perusahaan bukan hanya diletakan kesalahan semata-mata kepada kesatuan sekerja kononnya sengaja mengadakan piket.

Kesatuan Sekerja sentiasa bertoleransi tapi tidak sesekali jadi "yellow union".

Kerajaan juga perlu membantu kesatuan sekerja yang menghadapi masalah dalam mencari penyelesaian dan bukannya mengambil tindakan berat sebelah dengan menyebelahi pihak majikan, secara prinsipnya "win-win situation" adalah jalan penyelesaian.

Hentikan sikap kapitalis dan pekerja dianggap sebagai "hamba zaman moden" maka hubungan keharmonian pasti akan tercapai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB