13 Julai 2014

Ulasan RUM terhadap komen yang dipaparkan sebelum ini.

Ulasan RUM

RUM mengulas komen sahabat RUM yang telah dipaparkan sebelum ini.

Rum benar-benar tertarik komen tersebut, diakui benar juga tiada perancangan konkrit di bawah pentadbiran Presiden KTMB, di manakah hala tuju KTMB, di manakah masa depan KTMB, apa kah sebenarnya di sebalik permainan ini.

Benar sekali lagi, kerajaan telah melabur berbillion ringgit untuk infra KTMB, bagaimana infra ini digunakan secara maksimum, maka apa yang perlu ialah idea yang kreatif, inovatif ini lah perlu ada pada mana-mana CEO/Presiden. 

Rum tertarik dengan lawatan ke Glasgow oleh penulis tersebut, itulah cadangan RUM Multiple Operator. 

Sebenarnya ianya satu perkara yang perlu difikirkan kerana, kerajaan hanya memperuntukkan kewangan membangunkan infra, selanjutnya kerajaan pula perlu menyediakan set - set komuter, lokomotif, koc, wagon dll, sekiranya tidak apakah langkah alternatif? 

Menyedari bahawa kekerapan laluan tren boleh dilarikan setiap 7 minit, maka kelompongan dalam tempoh 24 jam perlu diisi dengan larian tren, bermakna infra yang telah siap boleh digunakan secara maksimum. 

Apakah perancangan ini telah dilakukan, iya kemungkinan ada, iaitu pembelian 10 set ETS dari CSR China yang kini dalam pembinaan, diikuti dengan rancangan - rancangan pembelian dengan CSR China berdasarkan "direct-nego" seperti dilihat dalam kenyataan akhbar bahawa majlis tandatangan MOU di China dengan kehadiran YAB PM, MOU diantara CSR dan NAZA. (RUM don't like direct-nego)

Namun prospek ini masih tidak mencukupi kerana masih banyak ruang dan perancangan perlu disegerakan demi memastikan KTMB terus relevan pada masa depan.

Ianya tidak semata-mata mewujudkan idea mengatasi masalah jangka pendek tapi jangka panjang, kita perlu melihat semua sudut bagi memastikan infra digunakan sepenuhnya maka KTMB mampu bersaing hebat.

RUM suka melihat bagaimana Indonesia yang dulu terkebelakang dari pengangkutan keretapinya kini boleh dilihat bahawa Indonesia telah jauh ke depan, keberanian ini terbukti bilamana Indonesia mampu membeli 150 lokomotif untuk mengerakkan operasi tren secara maksima, kerajaan Indonesia begitu berani melabur untuk mengembalikan prospek perkeretapian yang lebih inovatif.
Malah difahamjab kini bank - bank Indonesia lebih berani menawarkan pinjaman kepada keretapi Indonesia kerana yakin perkeretapian di Indonesia mempunyai prospek yang tinggi.

Mungkin pembaca mengatakan bahawa Indonesia tidak boleh disamakan dengan Malaysia, kerana lebuhraya yang ada di Malaysia menjadi sebab utama bersaing sehingga menjejaskan KTMB. 

Andaian ini sangat lemah kerana prospek perkeretapian di negara ini sebenarnya sangat luas, malah lebih jauh ke depan sekiranya ianya dikaji dengan teliti serta melihat prospek jangka panjang, tapi persoalannya siapakah yang ingin melihat prospek ini, siapakah yang ingin mengkaji prospek ini.

Sejujurnya MIGHT ada usaha membuat kajian tetapi kajiannya kepada Rolling Stock melalui cara MRO malah SPAD juga berminat apa yang dibuat oleh MIGHT, seolah-olah SPAD dan MIGHT tiada idea yang lebih inovatif sebaliknya kalau diteliti ada unsur yang tersirat, maknanya tidak jujur dalam kajian. (dah berebut lah pulak)

Kenapa tidak difikirkan satu idea yang lebih mencabar sesuatu yang boleh membawa kemajuan kepada keretapi dan negara yang faedahnya boleh diturunkan kepada rakyat, kerana rakyat perlukan pengangkutan yang baik dan selamat, bukannya idea-idea yang lemah tak mampu memberi kesan yang baik.

Kelemahan SPAD sendiri tidak meluaskan skop yang diberikan, yang ada mengunakan kuasa DIKTATOR, sedangkan mencari suatu solusi yang memberikan kebaikan bagi tempoh jangka pendek dan panjang secara kreatif tidak mampu dilakukan, perlu disedari bahawa SPAD dicetuskan berdasarkan Transformasi di bawah NKRA. (no komen)

Kerajaan perlu mewujudkan kumpulan pemikir untuk mengkaji sistem perkeretapian di negara ini dengan skop yang lebih luas, mengkaji dari sudut sejarah seterusnya kepada masa kini dan masa depan, ketiga tiga perlu dirangkumkan bagi mencari titik penemuan yang lebih mencabar dan berani, iaitu dalam mewujudkan satu era pembaharuan kepada negara maju, keretapi maju, selesa selamat asasnya perkhidmatan sosial perlu dititikberatkan. 

Konklusinya siapakan yang benar-benar jujur untuk mengkaji pemulihan KTMB serta pembangunan perkeretapian di negara ini?

Hentikan buat poket money!

Komen RUM

RUM menaruh harapan dan keyakinan kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, yang RUM lihat komitmen dan kesungguhan yang ada, cetusan idea kreatif, malah seorang pendengar yang baik, mudah2an Dato Pengerusi KTMB mampu membuat sesuatu untuk mengembalikan zaman kegemilangan KTMB 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB