30 September 2014
BANTUAN PERUBATAN/BANTUAN PINJAMAN
Selasa, September 30, 2014
union busting
Pada semua yang terlibat dengan kes "pembuangan kerja tanpa notis" berhak untuk membuat tuntutan wang perubatan dengan mengemukakan resit perubatan, (Had Maksima RM 500.00)
Pada semua yang terlibat dengan "pembuangan kerja tanpa notis" dan "gantung kerja yang tidak menikmati gaji bulan September" layak untuk membuat "Pinjaman" berjumlah maksima RM 1.000.00, borang boleh didapati di Ibu Pejabat Kesatuan. Tujuan Bantuan Pinjaman ialah bagi menampung perbelanjaan kerana kehilangan pendapatan. (Pembayaran balik selepas dipulihkan kerja atau telah menerima wang tunggakan gaji").
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA
Selasa, September 30, 2014
union busting
KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA
BANGKIT....
BANGKIT....
BANGKIT....
Mana mungkin dibiarkan 35 Pemimpin RUM dibuang kerja....
Bangkit...Bangkit.... Bangkit...
Kita lawan abis-abisan....
Tidak sekali akan berundur..
Tidak sekali akan beralah...
Kita Bangkit menentang...
Kezaliman perlu dihapuskan...
Maruah RUM perlu dijaga..
Kita tentang abis-abisan....
Presiden KTMB hendaklah disingkirkan....
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA
BANGKIT....
BANGKIT....
BANGKIT....
Mana mungkin dibiarkan 35 Pemimpin RUM dibuang kerja....
Bangkit...Bangkit.... Bangkit...
Kita lawan abis-abisan....
Tidak sekali akan berundur..
Tidak sekali akan beralah...
Kita Bangkit menentang...
Kezaliman perlu dihapuskan...
Maruah RUM perlu dijaga..
Kita tentang abis-abisan....
Presiden KTMB hendaklah disingkirkan....
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
KEKEJAMAN PRESIDEN KTMB
Selasa, September 30, 2014
union busting
Setakat ini, lapuran yang diterima seramai :-
- 35 Pegawai RUM & Ahli RUM telah "dibuang kerja tanpa notis".
- 16 Pegawai & Ahli RUM di gantung kerja.
Lihatlah dunia kezaliman Datuk Elias Kadir Presiden KTMB menzalimi pemimpin kesatuan dan ahli-ahli RUM.
Kejam....kejam...kejam...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
29 September 2014
Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters
Isnin, September 29, 2014
union busting
Dipaparkan untuk Pengetahuan Ahli-Ahli dan Umum Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil : (05) dlm RUM 011/01
Tarikh : 29 September 2014
Kepada :
Puan Norhayah Deris
Pengurus
Kebajikan dan Perhubungan Pekerja
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
DAN
YB. DATO’ SRI Ir. HJ NAWAWI BIN HJ AHMAD
PENGERUSI
LEMBAGA PENGARAH KTMB
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50621 KUALA LUMPUR
YB Dato’ Sri / Tuan,
NOTIS PENGOSONGAN KUARTERS KTMB.
Surat Tuan bertarikh 19 September 2014 kepada Abdul Razak Md Hassan, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dan R.Subramaniam Timbalan Presiden, Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dengan no rujukan KTMB/HR/ERW/QRTS/LA/BLK E1-1 dan KTMB/HR/ERW/QRTS/LA/BLK B-11 adalah dirujuk
2. Dukacitanya dinyatakan bahawa tindakan Tuan mengeluarkan arahan notis pengosongan kuarters KTMB adalah tidak munasabah berdasarkan pembuangan kerja yang dilakukan oleh pihak Tuan bertarikh 29 Ogos 2014 adalah “tidak sah”.
3. Keputusan Tindakan Tatatertib terhadap Presiden Kesatuan dan Timbalan Presiden Kesatuan pada 29 Ogos 2014 adalah satu “kesalahan dan bertentangan” dengan Perjanjian Bersama dan Akta Perhubungan Perusahaan, maka “pembuangan kerja tanpa notis adalah tidak sah” justeru itu arahan “pengosongan rumah kuarters juga adalah tidak sah”, surat kesatuan bil 18 dlm RUM 025/02 dan bertarikh 3hb September 2014 adalah dirujuk untuk senang rujukan.
4. Pihak kesatuan ingin menegaskan bahawa pihak kesatuan juga telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan mengenai perlanggaran Seksyen 4 dan 5, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) terhadap pihak Tuan yang telah sewenang-wenangnya mengambil tindakan pembuangan kerja kepada Pemimpin Kesatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja serta mencampuri urusan kesatuan dan cuba meletakkan kesatuan di bawah pengaruh majikan. Ditegaskan bahawa sehingga kes ini masih di bawah Jabatan Perhubungan Perusahaan dan sehingga keputusan di Mahkamah Perusahaan “diawardkan” maka semua pembuangan kerja yang dilakukan oleh pihak Tuan terhadap semua pemimpin kesatuan dan ahli-ahli kesatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja adalah “tidak sah”.
5. Justeru itu “semua pemimpin kesatuan dan ahli-ahli kesatuan” yang menjalankan “aktiviti – aktiviti kesatuan sekerja sekerja” serta telah “dibuang kerja tanpa notis”, yang disebut sebagai “pembuangan kerja tanpa notis tidak sah” maka semua yang terlibat, telah diarahkan oleh pihak kesatuan selaras dengan keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali ke 12 yang bersidang pada 23 - 25 September 2014 dengan ini “tidak akan mengosongkan rumah kuarters” sehingga badan kehakiman Mahkamah Perusahaan memutuskan keputusan.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan tugas
(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden
Sk : -
Semua Menteri Kabinet
Y.BHG. DATO’ DR. MOHD IRWAN SERIGAR BIN ABDULLAH
KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
KEMENTERIAN KEWANGAN
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
ARAS 11, BLOK TENGAH
NO. 5, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
62592 PUTRAJAYA
Y.BHG. DATUK SERI LONG SEE WOOI
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
ARAS 7, PARCEL D5, PARCEL D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62616 PUTRAJAYA
Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4
Isnin, September 29, 2014
union busting
Dipaparkan Untuk Pengetahuan Ahli-ahli dan Umum Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil : ( 05 ) dlm RUM 029/01
Tarikh : 29hb. Sept. 2014
Kepada:
Y.Brs. ENCIK FONG KHEI POR
Ketua Pengarah
Jabatan Perhubungan Perusahaan
Kementerian Sumber Manusia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62503 Putrajaya
Salinan / Tindakan
YB. Datuk Richard Riot Jaem
Menteri Sumber Manusia
Aras 6-9,
Blok D3, Parcel D,
Pusat Pentadiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya
dan
Y.Bhg. Dato’ Thomas George a/l M.S George
Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Tuan,
ADUAN PERLANGGARAN SEKSYEN (4) - ‘HAK- HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’
Surat kesatuan ini di bawah rujukan ‘Bil (3)’ dalam siri yang sama bertarikh ‘14h. Julai 2014’ atas perkara ‘ADUAN PELANGGARAN SEKSYEN 5(1)(d)(ii)’, ada kaitan. Di sini kami ingin kaitkan satu lagi ‘ADUAN PELANGGARAN’, tetapi kali ini ‘PELANGGARAN’ ke atas ‘SEKSYEN (4)’ di bawah ‘AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967(AKTA 177)’ seperti pernyataan topik di atas.
2. Pada ‘KESATUAN’ ini ‘tiada sebarang keraguan lagi (beyond any shadow of doubt) bahawa pengurusan KTMB telah melanggari ‘SEKSYEN (4)-Hak-hak pekerja dan majikan - KLAUSA 4(1)’ secara sengaja. Suara arahan ‘secara terangan’ telah dijelaskan di bawah ‘KLAUSA 4(1)’ sebagai ‘perintah mutlak atau perintah dimestikan’’ tidak boleh campurtangan oleh sesiapa pun bagi menjamin persoalan maruah ‘KESATUAN’ agar tidak diletak di bawah pengaruh ‘majikan’ yang boleh mengakibatkan nanti ‘hilang penghormatan’ sedangkan ‘KESATUAN’ adalah sebuah ‘pertubuhan berasingan’ berintegriti yang ada hubung kait dengan ‘perundangan’ tetapi ‘for sure’ bidang kuasanya bukan di bawah ‘kawalan majikan’. Di bawah ini dipetikan (quote) pernyataannya sebagai berkata:-
‘(1) Tiada sesiapa pun boleh campurtangan dengan, menghalang atau memaksa seorang pekerja atau seorang majikan dalam menjalankan hak-haknya untuk menubuh dan membantu penubuhan dan memasuki suatu kesatuan sekerja dan untuk menyertai aktivi-aktiviti yang sah’.”
3. Komitmen ‘mendedah maklumat ’ sama ada secara ‘terbuka mahupun tidak’ adalah aktiviti daripada beberapa ‘AKTIVITI KESATUAN’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’ ke atas organisasi pekerja dan telah dijanjikan juga kebenaran aktiviti sedemikian oleh ‘PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN’. Disedari ‘pendedahan maklumat secara terbuka’ kepada pihak luar akan memberi kesan tambahan yang ‘lebih effektif’ khususnya atas perlakuan ’PENGURUSAN / MAJIKAN’ bertindak membelakangkan undang-undang yang boleh menghasil ‘salah laku atau penyelewengan’.
4. Dalam erti kata lain bahawa ‘gerak aktiviti kesatuan’ adalah ‘luas dan ia bukan hanya tertumpukan kepada masalah tertentu sahaja’. Malahan ‘AKTIVITI KESATUAN’ adalah satu program pelbagaian atas perkara ‘kebolehjangkaan (predictability)’ selaras dengan kehendak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ .
5. Jaminan ‘tanpa diskriminasi dan bias’ sebagai penghakiman ke atas ‘TUJUAN-TUJUAN AKTIVITI KESATUAN’ telah diyakini suaranya dalam ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dijelaskan di bawah ‘SEKSYEN (2)-Tafsiran’ dipetik sedikit butiran mustahak sahaja yang berkaitan dengan subjek ‘KESATUAN’ menyatakan antara lain ialah :-
‘kesatuan sekerja’ atau ‘kesatuan’ ertinya apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut yang berkenaan:- (a) dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa, dan (b) sama ada sementara atau tetap, dan (c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut:- (bermula dari (i) dan (ia) dan (ii) dan (iia) dan (iii)).
6. Di sini ‘KESATUAN’ ini perlu mempertahankan kebenaran pernyataan hujah yang ‘bertanda garis di bawah perkataan (underline)‘ ’’ sebagai pernyataan penting ‘perundangan’ berkata ‘(c)yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut’. Dalam kontek ini jelas mana-mana pihak tidak perlu secara sengaja mereka-rekakan ‘argumentasi’ sama ada melalui hujahan dalam ‘sebarang perbahasan’ mahu pun melalui tulisan seperti ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ kononnya bertujuan menentang peruntukan ‘AKTIVITI KESATUAN’ ini. Sikap prasangka yang diamalkan oleh ‘Pengurusan KTMB’ telah terbukti wujud penafian kebenaran hak ‘AKTIVITI KESATUAN’ melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) bahawa ianya adalah peruntukan yang dijaminkan oleh ‘AKTA’ selaku undang-undang tertinggi.
7. Dalam menentukan letak-duduknya isu ini jelas pihak ‘MAJIKAN KTMB’ telah mencabuli urusan hak ‘AKTA’ dengan mengenakan ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ kepada ‘Seratus Lapan Belas (118)’ pekerja-pekerja kerana ‘BERPIKET’. Bersama-sama ini dikepilkan sesalinan dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ yang ditujukan ke atas salah seorang mangsa daripada kesemua mangsa seramai ‘Seratus Lapan Belas (118)’ orang bagi tujuan keterangan ‘sebagai bukti kukuh’ yang ’Pengurusan KTMB’ telah ’campurtangan’. Perlakuan ini jelas mencerminkan menghalang ahli-ahli kesatuan menyertai ‘aktivi-aktiviti yang sah’.
8. Pihak ‘KESATUAN’ pasti mempertahankan kebenaran ‘hak peruntukan AKTA’ dengan ’memberi jawapan secara hitam putih’ sebagai respon kepada ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ dengan menyatakan bahawa kejadian seperti dinyatakan dalam dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ adalah ‘AKTIVITI KESATUAN’ di atas ‘platform KESATUAN SEKERJA’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’.
9. Kesimpulannya pihak ‘Pengurusan KTMB’ gagal mentadbirkan syarikat KTMB bukan ditegakkan atas landasan ‘meneladani secara tertib dan beradab’ sebaliknya menghasilkan kes terus terang atau kes tidak boleh berdalih ‘SALAHGUNA KUASA’ melalui ‘penyelewengan atau pelanggaran SEKSYEN (4)-Hak-hak pekerja dan majikan’.
10. Dalam kontek ‘mencari kebenaran’ atas perkara ‘fundamental’ tentang kebenaran ‘hak Akta yang kuasanya secara mutlak tidak bersyarat (Absolute and unqualified)’, maka ‘KESATUAN’ ini tiada pilihan lain melainkan menyahut seruan dan maksud ‘SEKSYEN (8) - RUJUKAN ADUAN KE MAHKAMAH PERUSAHAAN’ khususnya perhatian diberi pada ‘KLAUSA (2)’ atas perkara ‘suai-manfaat untuk menyelesai aduan’.
11. Akhir kata, ‘KESATUAN’ ini merakamkan ‘ucapan terima kasih’ dan berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.
Terima kasih.
Yang benar,
(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden
USUL PERSIDANGAN PERWAKILAN (SAMAN)
Isnin, September 29, 2014
union busting
Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Kali Ke 12 telah memutuskan :-
1. Surat saman KTMB melalui peguam KTMB telah diputuskan secara sebulat suara menolak semua pernyataan "defamatory letters", pihak RUM bersedia berdepan di Mahkamah berdasarkan peruntukan Akta Kesatuan Sekerja.
2. Persidangan juga memutuskan secara sebulat suara mengambil tindakan "Saman" terhadap KTMB, PRESIDEN KTMB, PENGURUS BESAR KORPORAT, PENGURUS KANAN TEKNIKAL, PENGURUS BESAR BAKAT & PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN PENGURUS KANAN BAKAT & PEMBANGUNAN ORGANISASI. Tindakan sedemikian akan diambil berdasarkan kesesuaian waktu dan perkembangan terkini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PERJUANGAN DITERUSKAN
Isnin, September 29, 2014
union busting
Minggu lepas kesibukan dengan Persidangan Perwakilan, maka kini kembali "all out" untuk mengerakkan kerja mengatasi masalah kemelut yang berlaku dengan "MENENTANG KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB".
Pihak - pihak antarabangsa telah pun menghubungi RUM mengenai apa yang berlaku, mereka mula memandang serius mengenai "pembuangan kerja tanpa notis" terhadap kepimpinan kesatuan yang berpiket menjalankan "aktiviti kesatuan sekerja", mereka kini sedang menunggu lapuran lengkap dari pihak RUM mengenai tindakan yang dilakukan oleh Presiden KTMB untuk "membunuh kesatuan" (union busting). RUM akan menghantar lapuran lengkap bila sampai tempoh yang telah ditetapkan bagi mencari ruang penyelesaian dalaman.
Sokongan "solidarity dari kesatuan gabungan di Malaysia" juga sedang bergerak, malah difahamkan tindakan-tindakan tertentu sedang diambil, tindakan "union busting" adalah satu tindakan yang "paling keji" dilakukan oleh mana-mana majikan, maka RUM mengalu-alukan semua sokongan solidarity dari kepimpinan kesatuan sekerja di Malaysia.
In Syaa Allah hari ini pihak RUM akan membuat "aduan rasmi" kepada Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan mengenai perlanggaran Akta di bawah "seksyen 4", tindakan sedemikian perlu diambil untuk mengajar "majikan khususnya Datuk Elias Kadir Presiden KTMB" yang cuba meletakkan RUM di bawah "pengaruh majikan".
RUM juga akan bergerak lebih jauh selaras dengan keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12, yang telah diputuskan secara "sebulat suara", maka gerakan - gerakan yang dibenarkan melalui peruntukan Akta akan diambil melalui satu tempoh yang telah diputuskan.
"KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB" perlu ditamatkan segera demi mengembalikan "situasi aman" dan "keharmonian perusahaan" terwujud kembali seperti zaman mantan-mantan Pengarah Urusan KTMB yang terdahulu.
Matlamat RUM secara jelas dan nyata demi "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja" maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB perlu disingkirkan dari KTMB, "KEZALIMAN DAN PENGANIAYAAN" yang dilakukan terhadap "kepimpinan kesatuan" tidak boleh "DIMAAFKAN", justeru itu semua tindakan yang dibenarkan akan diambil tanpa teragak - agak.
Semua ahli-ahli RUM hendaklah bersiap sedia tanpa rasa gentar dan takut, "hak berkesatuan" hendaklah terus dipegang erat tanpa membenarkan sebarang anasir yang berkepentingan untuk menjahamkan atau memusnahkan Kesatuan Pekerja2 KTMB ( RUM ).
"Alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"
RAILWAYMEN UNION OF MALAYA tidak akan sesekali berganjak, darah yang mengalir dalam kepimpinan RUM adalah mewarisi "DARAH PAHLAWAN", "DONALD UREN" sentiasa terpahat dihati kami, kami adalah pejuang "GENERASI RUM ABAD INI".
Barisan kepimpinan RUM tetap berdiri megah berjuang menegakkan kebenaran dan mengancurkan "kezaliman".
"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
28 September 2014
27 September 2014
Latest News (KEZALIMAN)
Sabtu, September 27, 2014
union busting
Gambar Hiasan |
Kezaliman terus berlaku, "gantung kerja" & "buang kerja tanpa notis" terus bertambah.
Tindakan Zalim "Datuk Presiden KTMB" dan "Yang Bersubahat" terus mengunakan undang-undang rimba.
ZALIM SEZALIM-ZALIM MANUSIA!!!!!!!
Ibu Pejabat RUM akan update setiap masa mengenai perkembangan terkini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
26 September 2014
KEYAKINAN
Jumaat, September 26, 2014
union busting
RUM sentiasa yakin bahawa kemelut ini dapat diselesaikan dalam sedikit waktu, usaha-usaha gigih dengan bantuan pihak pihak tertentu dan sahabat akan membuahkan hasil.
Keyakinan RUM sangat tinggi berdasarkan pertemuan dengan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa senyum, walaupun tidak memberi jawapan balas, kerana pertemuan itu di hadapan khalayak ramai. "SENYUMAN" YAB Dato Sri memberi pengertian yang sangat bermakna kepada kami pemimpin RUM.
Keyakinan RUM juga berdasarkan kepada KTMB adalah milik Kementerian Kewangan Di Perbadankan, secara langsung adalah di bawah tanggungjawab Menteri Kewangan, maka Menteri Kewangan Malaysia adalah juga YAB Perdana Menteri Malaysia, justeru itu keyakinan sangat kuat, bahawa YAB Dato' Sri Perdana Menteri "pasti" tidak akan merestui tindakan "ZALIM" yang dicetuskan oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan pembuangan kerja Pemimpin Kesatuan.
Maka itu Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12 memberi keyakinan kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak mencampuri dengan segera bagi menyelesaikan kemelut ini dengan segera, demi memberhentikan tindakan "ZALIM" ke atas pekerja KTMB yang menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
25 September 2014
SUMBANGAN
Khamis, September 25, 2014
union busting
Terima kasih kepada Presiden Uni- Global, yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas atas rasa simpati kepada Sdr Foad yang telah "kerja tanpa notis" bagi meringankan beban membiayai wang perubatan.
Kekejaman dan Penganiayaan Dato Elias Kadir Presiden KTMB ke atas Sdr Foad dan sahabat-sahabat yang menjalankan aktiviti Kesatuan Sekerja telah mengakibatkan kehilangan faedah hospital.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TERIMA KASIH
Khamis, September 25, 2014
Bagi pihak Perwakilan RUM saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kehadiran :-
Dato Mohd Nor Idrus - Mantan Pengerusi Exco KTMB
Dato Mohd Salleh Abdullah
Mantan Pengarah Urusan KTMB
Dato Abdul Radzak Abdul Malek
Mantan Pengarah Urusan KTMB
Mantan-mantan Pengurus Besar KTMB
Yang hadir ke Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12 di Regency Hotel pada 23.9.2014 untuk memberi sokongan moral kepada perjuangan RUM untuk SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
Kami amat menghargai tokoh-tokoh KTMB di atas kehadiran ini.
Dato Mohd Nor Idrus - Mantan Pengerusi Exco KTMB
Dato Mohd Salleh Abdullah
Mantan Pengarah Urusan KTMB
Dato Abdul Radzak Abdul Malek
Mantan Pengarah Urusan KTMB
Mantan-mantan Pengurus Besar KTMB
Yang hadir ke Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12 di Regency Hotel pada 23.9.2014 untuk memberi sokongan moral kepada perjuangan RUM untuk SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
Kami amat menghargai tokoh-tokoh KTMB di atas kehadiran ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Mahkamah Rayuan ketepi pendaftaran Mayneu, batal keputusan DGTU
Khamis, September 25, 2014
Pada 17 September 2014 Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk membatalkan keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (DGTU) bertarikh 3 Januari 2011, menurut Seksyen 12 (1) Akta Kesatuan 1959 dan juga mengetepikan pendaftaran Mayneu sebagai Kesatuan Sekerja - kesatuan dalaman di Maybank. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja telah menerima pendaftaran Mayneu tanpa berunding dengan NUBE.
Keputusan mahkamah menunjukkan bahawa keputusan DGTU mendaftar Mayneu adalah salah dan keputusan itu dibatalkan.
Dalam membenarkan rayuan NUBE, Mahkamah Rayuan, antara lain telah mengatakan bahawa kedua-dua Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 hendaklah dilihat sebagai undang-undang sosial untuk mempromosi, memelihara dan melindungi hak pekerja dan majikan bagi mewujudkan apa yang kita sering sebut sebagai 'keharmonian perhubungan perusahaan' demi 'pembinaan negara'.
Mahkamah Yang Mulia juga telah mengingatkan tentang aspek perantaraan dalam proses membuat keputusan. Ianya menegaskan bahawa terdapatnya hak untuk sesebuah jabatan awam bertindak sebagai perantara dalam menguruskan aduan atau rayuan dan kelekaan bertindak atau bertindak dengan segera oleh pihak pembuat keputusan awam itu merupakan satu musibat bagi perhubungan perusahaan dan atau perundangan industri.
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan NUBE dengan mengarahkan DGTU dan Mayneu masing-masing membayar kos guaman RM20,000.
Keputusan yang dinanti-nantikan ini merupakan hadiah kepada pihak NUBE yang telah didiskriminasi sejak tahun 2011. Keputusan ini adalah satu rahmat yang sangat baik untuk semua kaum pekerja bank bukan eksekutif untuk bersatu supaya kita boleh menjaga kepentingan kita dan menyumbang kepada 'pembangunan negara'.
NUBE mempelawa pekerja bukan eksekutif yang telah meninggalkan NUBE selepas dipengaruhi bagi memecahbelahkan perpaduan NUBE agar menyertai kembali NUBE demi Satu Kesatuan Yang Bersatu, yang boleh berkhidmat dengan berkesan demi ahli - tidak lain tidak bukan - NUBE, yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti.
Mereka bukan eksekutif dalam Maybank yang mungkin telah meninggalkan NUBE ekoran nasihat yang salah kini boleh menghubungi Pegawai Cawangan berhampiran atau Cawangan NUBE untuk membuat persiapan yang perlu untuk diambil sebagai ahli NUBE.
Biar pekerja bukan perkeranian, perkeranian, perkeranian Gred Khas dan lain-lain bergerak bersama supaya masa depan anak-anak kita dan kita akan lebih dilindungi dan terjamin dalam industri perbankan.
Bersatu Kita Bergerak Bercerai Kita Roboh.
J SOLOMON
Setiausaha Agong
24 September 2014
Perwakilan Mendengar taklimat perundangan dari Timbalan Presiden
Rabu, September 24, 2014
union busting
23 September 2014
Stop KTMB’s sacking spree, trade union tells Najib
Selasa, September 23, 2014
union busting
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has been urged to step in to put a stop to the spree of sacking by Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), in his capacity as the Minister of Finance which overseas the rail company, said Malaysian Trade Union Congress (MTUC) vice-president J. Solomon.
Solomon said Malaysia does not have a positive image in terms of how employers' treatment of their workers, especially foreigners.
"In past international labour conferences, Malaysia's image and reputation has taken a battering as it has been ridiculed at these events," he added.
Earlier this month, The Malaysian Insider reported that KTMB had sacked two top Railwaymen's Union of Malaya officials, for participating in a picket against the company president.
Since then, KTMB has sacked 27 union members and suspended 18 others, while 88 other union members have been issued showcause letters.
They participated in a picket on May 9 to pressure KTMB president, Datuk Elias Kadir, to step down due to perceived non-performance.
RUM president Abdul Razak Md Hassan, among the first to be terminated by KTMB, said it was clear that Elias was abusing his powers.
"Elias was appointed by the MoF, how can he take such cruel measures against the very staff who want KTMB to improve after years of decline?
"The sackings have had an adverse effect on the families of those involved, including one case where a worker's wife suffered temporary insanity.
"The worker's wife ran off and left him, and when she was later located, she had to be admitted into hospital for observation and treatment."
Razak said the sackings not only meant the loss of employment, but of accommodation and medical benefits, which was a huge blow to the terminated workers.
"The staff whose services were terminated by KTMB had been with the company for more than 20, 30 years. They had sterling service records with KTMB."
Solomon said KTMB was a case study for Putrajaya.
"If the government could not protect its own workers, what more private and foreign workers?
"The Human Resources Ministry has been conspicuous by its silence on the KTMB issue, despite media coverage of the incident," Solomon said.
MTUC president Mohamad Khalid Atan said as a last resort, they would file a complaint with the International Labour Organisation.
"The ILO is a tripartite body which comprises government, employer and employee. They can advise Putrajaya to resolve the issue," Khalid said.
Razak revealed that RUM had personally passed a memorandum to Najib on September 14 in Langkawi, urging him to intervene in the issue.
"I am confident that Najib will be able to resolve the issue as he is also the Finance Minister," Razak said.
"Lives have been turned upside down following the sacking spree by KTMB. One of the affected workers' wife went to the KTMB headquarters to seek an explanation.
"However, she was not allowed to see the KTMB top management and was instead chased out of the building by auxiliary policemen."
Khalid, Solomon and Razak were at the Regency Hotel in Kuala Lumpur to officiate the opening of RUM's triennial assembly.
"Sacking should be a last resort, instead, KTMB has resorted to sacking as the first resort," Khalid said.
"The tamest mammals in the world are Malaysian workers, that is why they get pushed around so much by their employers.
"Employers only pay lip service to their workers being assets, but they do not respect their workers rights."
Razak said he believed that Putrajaya would not keep quiet and allow Elias to oppress KTMB workers.
"We are fighting for the company's future, for our colleagues, for the next generation.
"It is a long and heavy struggle, but we will continue our fight, we will fight till the very end!" he said to applause from colleagues.
Razak said Elias was driving KTMB "into the ground".
"The current dire straits KTMB finds itself in is testament to that," he added.
He said an audit conducted in 2011 showed that the company suffered RM100 million in losses, which nearly tripled to RM280 million in 2012.
"The sacking is not justifiable because we were participating in one of RUM's activities," Razak said.
"Under Section 4 of Act 177 of the Industrial Relations Act 1967, it is clearly stated that no person shall interfere or coerce a workman from participating in union activities.
"We were clearly carrying out RUM activities during our picketing to agitate for the removal of Elias as KTMB president," he told The Malaysian Insider.
Razak pointed out that between 1961 and 1963, KTMB workers picketed for 23 days, bringing the railway operations to a complete halt.
"Nobody was sacked or subjected to disciplinary action during the picket. It was a rough time for KTMB.
"Our picketing was mild compared to what had occurred almost 50 years ago. So what is KTMB's justification for sacking me and Subramaniam?" he asked.
Razak claimed that the safety of workers, train crews and passengers were at an all-time low, with the KTMB locomotives overdue for an overhaul.
"If you use a car for 10 to 15 years, even the engine would give way eventually. But KTMB has only carried out minor repairs on the locomotives."
He said it was the same for the passenger coaches and the power generator cars, all of which were long overdue for major repairs.
He said the railway tracks were also in a bad shape, which forced trains to travel at the minimum speed. – September 23, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Kementerian Pengangkutan, Sumber Manusia Diminta Selesai Isu Pembuangan Pekerja KTMB
Selasa, September 23, 2014
union busting
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) meminta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia campur tangan selain segera menyelesaikan kemelut KTMB, terutama isu pemberhentian 27 pekerjanya tanpa notis.
Presiden KPPKTMB, Abd Razak Md Hassan berkata isu itu perlu diselesai segera kerana 15 lagi telah digantung kerja manakala 88 orang menerima notis tunjuk sebab.
Pada 9 Mei lepas, sejumlah 27 pekerja diberhentikan kerana dikatakan terbabit dalam piket menuntut Presiden KTMB, Elias Kadir meletak jawatan.
"Tindakan memberhentikan pekerja dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana kami juga mempunyai tanggungan keluarga, saya juga seorang daripada pekerja yang telah dibuang," katanya.
Abd Razak berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Perwakilan KPPKTMB ke-12 yang disempurnakan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan di ibu negara, Selasa.
Beliau berkata tindakan piket itu sah di sisi undang-undang dan cara kesatuan sekerja menuntut hak mereka.
--BERNAMA
22 September 2014
PERJUANGAN
Isnin, September 22, 2014
Tentu ada onak dan duri...
Perjuangan tidak pernah kenal erti kalah, apatah lagi menentang kezaliman dan penganiayaan.
Perjuangan tidak mengangkat senjata...
Perjuangan tidak perlu sampai mengadaikan nyawa...
Perjuangan menutup periuk nasi...
Perjuangan Dibuang Kerja...
Hanya berbentuk kezaliman dan penganiayaan...
Maka tidak perlu gentar...
Kezaliman pasti dihancurkan...
Sama - sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt...
Semuanya akan tamat dengan segera...
Terus Berjuang...
Demi KTMB...
Demi RUM...
Demi Pekerja... (khususnya ahli-ahli RUM)
In Syaa Allah kezaliman akan disingkirkan.
Perjuangan tidak pernah kenal erti kalah, apatah lagi menentang kezaliman dan penganiayaan.
Perjuangan tidak mengangkat senjata...
Perjuangan tidak perlu sampai mengadaikan nyawa...
Perjuangan menutup periuk nasi...
Perjuangan Dibuang Kerja...
Hanya berbentuk kezaliman dan penganiayaan...
Maka tidak perlu gentar...
Kezaliman pasti dihancurkan...
Sama - sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt...
Semuanya akan tamat dengan segera...
Terus Berjuang...
Demi KTMB...
Demi RUM...
Demi Pekerja... (khususnya ahli-ahli RUM)
In Syaa Allah kezaliman akan disingkirkan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
20 September 2014
MELANCUNG
Sabtu, September 20, 2014
union busting
Dalam keadaan KTMB kritikal..
Dalam keadaan kemelut yang begitu besar sehingga penutupan periuk nasi seorang kuli...
Dalam keadaan kemelut yang begitu besar sehingga kuli dihalau keluar dari rumah kuarters...
Difahamkan Presiden KTMB boleh "MELANCUNG KE BERLIN iaitu "RAILWAY EXHIBITION INNOTRANS MTG".
"MENGHABISKAN WANG KTMB".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
19 September 2014
KEKEJAMAN PRESIDEN KTMB
Jumaat, September 19, 2014
union busting
PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN RUM TELAH DIARAH MENGOSONGKAN RUMAH KUARTERS!
DIPAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM DENGAN IZIN KESATUAN PEKERJA2 KTMB.
DIPAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM DENGAN IZIN KESATUAN PEKERJA2 KTMB.
KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA
Jumaat, September 19, 2014
union busting
Maklumat yang diterima ialah saya selaku Presiden RUM akan menerima surat mengosongkan rumah kuarters sebelum 30 September 2014, maka selepas ini semua yang menerima "buang kerja tanpa notis" juga akan menerima nasib yang sama, ada yang belum beli rumah, ada yang tidak berkemampuan beli rumah, maka kami yang "dibuang kerja tanpa notis" akan merempat, ini lah nasib kami yang berjuang untuk SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA.
Perjuangan sentiasa ada cabaran, maka cabaran kami sebagai PEJUANG RUM akhirnya akan merempat di tanah air tercinta.
Syukur Alhamdulillah, semua yang berlaku pasti ada hikmah, semangat juang semakin tinggi, biar kami merempat, Demi KTMB dan Pekerja kami rela terkorban, kerana kami adalah "UNIONIST".
TERIMA KASIH KERANA TERUS MENZALIMI KAMI.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
18 September 2014
LAGI SATU KERJA MUDAH PRESIDEN KTMB DIKESAN.
Khamis, September 18, 2014
union busting
RUM tidak pernah ALPA, dalam menjalankan aktiviti-aktivii RUM walau dalam keadaan sebuk mengendalikan Kemelut Pembuangan Kerja Tanpa Notis dan sedang membuat persediaan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali kali ke 12, demi memastikan KTMB selamat, kerana setiap kesilapan yang dilakukan implikasinya kepada masa depan pekerja serta merugikan wang rakyat.
Justeru itu satu surat bantahan akan dikeluarkan demi menghalang "kerja-kerja bodoh" yang merugikan KTMB dan implikasinya kepada pekerja.
Justeru itu satu surat bantahan akan dikeluarkan demi menghalang "kerja-kerja bodoh" yang merugikan KTMB dan implikasinya kepada pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PERKEMBANGAN TERKINI KEMELUT KESATUAN PEKERJA2 KTMB (RUM) DENGAN DATUK ELIAS KADIR, PRESIDEN KTMB.
Khamis, September 18, 2014
union busting
Sehingga petang ini, Ibu Pejabat Kesatuan telah menerima makluman seramai dua puluh empat (24) Pemimpin dan Ahli Kesatuan telah "dibuang kerja tanpa notis"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Surat dari UNI - GLOBAL memberi sokongan Solidarity kepada RUM.
Khamis, September 18, 2014
union busting