RUM merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah meluluskan Bantuan Khas Hari Raya kepada semua Pekerja KTMB.
Rakaman terima kasih juga disampaikan kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB.
Terima kasih tidak terhingga kepada YBhg Dato Sarbini Tijan yang berusaha sehingga Bantuan Khas Hari Raya Aidil Fitri dianugerahkan kepada semua Warga KTMB.
RUM amat menghargai pemberian ini, semoga Hari Raya Aidil Fitri ini memberi keceriaan kepada semua Warga KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
30 Jun 2016
BANTUAN KHAS HARI RAYA
24 Jun 2016
Inilah wajah GM TMOD..
Inilah wajah GM TMOD..
1. Apa QUALIFICATION GMTMOD mengenai HUMAN RESOURCE?
2. Apa pengetahuan GM TMOD mengenai IR?
3. Apa pengetahuan GM TMOD mengenai CA?
4. Apa pengetahuan GM TMOD mengenai Akta Kerja atau semua undang2 berkaitan..
5. Apa pengalaman dan berapa tahun pengalaman GM TMOD ini dalam bidang HUMAN RESOURSE?
Kalau kelima-lima ini GM TMOD ini tidak ada? Adakah beliau layak memduduki kerusi GM TMOD, bayar gaji ribuan ringgit tapi hanya memberi sampah sahaja, satu pembaziran kepada KTMB.
Wajarkah KTMB simpan GMTMOD ini dalam KTMB sekiranya 5 perkara di atas tidak dipenuhi?
Adakah mungkin GM ini yang menjadikan KTMB berada ibarat telur dihujung tanduk?
RUM akan sambung menulis mengenai GM ini selepas Raya...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB
# Ahli RUM dinasihatkan tidak membuat sebarang komen...
# Rum nak bagitau... RUM bukan kaki ampu @ angkat beg!
Ini RUM lah...
RUM tidak pernah gentar dan takut... kau nak main api dengan RUM... silakan... RUM sambut dgn simbah MINYAK...
Alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan....
Ini RUM lah...
Presiden RUM
MUKA SAMPAH (GM TMOD)
Sebentar lagi RUM akan paparkan "MUKA SAMPAH (GM TMOD)" dalam SUARA RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMBA
Musuh No 1 RUM
Haji Helmi Hassan
Pengurus Besar
GM TMOD
TUNGGU LEPAS RAYA...
RUM akan serang anda abis-abisan...
ANDA MUSUH RUM NO 1!
Anda SAMPAH KTMB!!!!!
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKEEJA PEKERJA KTMB
Cc
Sarbini Tijan
Ahli2 RUM diminta jgn buat sebarang komen...
21 Jun 2016
TELEFON/ MESEJ @ WHATSAPP
Kegunaan terkini penghubung kekeluargaan, persahabatan, tugasan dll... inilah kemudahan yang telah menjadi keperluan...
Tapi dukacitanya pakai telefon canggih-canggih... nak menerima call pun payah, nak menjawab mesej pun malas, sound ringstone di silentkan atau hanya gegar.
Orang-orang macam ni boleh dikatogerikan..
1.Ada skandal
2.Takut Bini
3. Ego @ Bongkak
4. Lupa diri
5. Sombong
6. Pemalas
7. Along @ Ceti Call
8. Eksyen je pakai telefon...
9. Takut Boss Call, kena panggil kerja..
10. Kalau "LEADER" lebih baik jangan jadi "LEADER", sebab orang macam ni complete seperti 3, 4, 5 dan 6.
Inilah ragam manusia...
Bukan susah.. sebuk dgn meeting.. lepas meeting replylah.. mesej lah.. susah ke... "i call u later"... tak boleh pagi.. call tengahari.. atau tak boleh tengahari... call malam... tak boleh call... balas mesej... tapi kalau semua pun tak boleh... adeiiii.... campak buanglah telefon tu....
Teguran dan untuk mengingatkan saya...
Presiden RUM
CUTI ISTERI BERSALIN (PART 1)
Semua komen menjerumuskan TMOD tidak mengeluarkan pekeliling, maka kalau itu komen semua, maka semua pegawai TMOD termasuk GM TMOD ada baiknya letak jawatan dari makan gaji buta dan menyusahkan orang.
Penjelasan RUM adalah jelas bahawa "clarification" melalui perbincangan CA ialah 7 hari bekerja, semua panel pengurusan akui mengenai perkara ini, malangnya TMOD tidak mengeluarkan pekeliling berkaitan tafsiran Cuti Isteri Bersalin.
Kita bagi satu tempoh pada GM TMOD untuk menyelesaikan perkara ini, kalau tak selesai, jom yang mana tak puas hati... lepas raya nanti RUM akan letak 1 tarikh... kita PIKET ramai2 kat pejabat GM TMOD.
Setiausaha Agung RUM akan menulis surat secara rasmi mengenai perkara ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
19 Jun 2016
CUTI ISTERI BERSALIN
RUM menerima banyak rungutan mengenai "Cuti Isteri Bersalin", kekeliruan berlaku bila pelaksanaan "Cuti Isteri Bersalin" yang dilakukan oleh "PENYELIA" dalam jadual (roaster) memasukkan Cuti Kelepasan Am atau Cuti Mingguan atau Cuti Hari ke Tujuh (7).
Suka RUM jelaskan Cuti Isteri Bersalin yang dinikmati oleh Suami tidak termasuk Cuti Kelepasan Am, Cuti Mingguan atau Cuti Hari ke Tujuh (7), perkiraan peruntukan 7 hari adalah bermaksud "HARI BEKERJA".
Justeru itu adalah diharapkan penyelia yang bertugas tidak memotong "Cuti Isteri Bersalin" yang jatuh pada Cuti Kelepasan Am atau Cuti Mingguan atau Cuti Hari ke Tujuh (7).
Harapan saya pihak TMOD segera mengeluarkan makluman kepada penyelia mengenai perkara ini.
Untuk makluman perkara ini telah diputuskan justifikasinya melalui perundingan Perjanjian Bersama.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
17 Jun 2016
draf untuk Suara RUM
Panjang dah aku draf untuk Suara RUM dalam "NOTE", ada yang nak dijadikan bahan untuk dihentam... nanti... tak tidur malam si polan tu... adeiii... rasa tak sampai hati... masih ingat sebagai kawan... so aku dah arahkan pegawai aku bertemu dengan dia.. ingatkan dia... supaya perbetulkan kelemahan... demi kebaikan dia sendiri malah untuk kepentingan KTMB, sikap acuh tak acuh... please... buang jauh-jauh... kerja mau serious bro...
Please.... aku cuba mengelak untuk menulis apatah lagi menghentam dalam bulan Ramadhan ni... bulan ramadhan ni "colling period".. tolonglah... jangan memaksa aku... huhuhu
Presiden RUM
16 Jun 2016
GAJI MINIMA
RUM tetap berpendirian Gaji Minima yang sewajarnya dilaksanakan oleh KTMB ialah RM 1.200.00 seperti mana yang dinikmati oleh Penjawat Awam maka ianya hendaklah dipanjangkan kepada pekerja KTMB.
Namun demikian, besarlah harapan RUM seperti pengumuman kerajaan bahawa pekerja di negara ini yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan gaji minima RM 1.000.00 dapat dilaksanakan kepada semua pekerja KTMB yang terlibat
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
15 Jun 2016
Bantuan Khas Hari Raya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bulan Ramadhan ni, saya kurang menulis, kurang menulis tidak bererti, RUM tak buat kerja, cuma rehat seketika untuk menulis.
Dalam masa yang sama, ramai bertanya mengenai Bantuan Khas Hari Raya, untuk makluman, pihak RUM telah mengutus surat kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia, semua yang berkaitan dengan KTMB termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB dan Datuk Presiden KTMB sehari selepas pengumuman YAB Dato Seri Perdana Menteri Bantuan Khas Hari Raya Aidil Fitri kepada Penjawat Awam.
Mudah-mudahan kita semua Warga KTMB turut menerima Bantuan Khas Hari Raya. RUM yakin bahawa semua yang terlibat khususnya YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia amat memahami kedudukan pekerja KTMB bukan sahaja bekerja di bawah gaji pasaran tapi adalah golongan berpendapatan rendah.
Semoga dan harapan Bantuan Khas Hari Raya yang dinikmati oleh Penjawat Awam dipanjangkan kepada Warga KTMB, sama-sama kita mendoakan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 Jun 2016
PRODUK DARI CHINA
Terbaca bila scroll kat wall..
38 set SCS ni citer lama...
Kepoh gak kejap..
Tak tau lah... betul ke tak... apa yang diperkatakan dalam link yang dishare tu.. just share je kan....
Biasalah KTMB...
"LAMBAKAN PRODUK TANPA TENDER DARI CHINA"
KTMB beli SCS lepas tu ETS...
La ni... 2 E - LOKO bagi "cuba-try n test" selama 2 tahun.. Bengkel CSR mengeluarkan tren kat Batu Gajah dah pun siap... siap bagi tanah free lagi....
Hahaha.. ni dgr citer... MoT tengah duk berkira-kira lagi dengan CSR untuk beli 30 lokomotif tanpa TENDER.... adeiiiii... MoT... owh... MoT.... just to say... RUM not STUPID... Lokomotif 29 kelas dari China mempunyai record paling buruk, sila check record semenjak pembelian set 29 kelas... kalau ada org kata 29 kelas terbaik.... RUM nak gelak besar.... OEM?????? hahahaha....
Sorrylah RUM tak bangga pun produck dari CHINA...
Kulit je cantik....
Belilahlah melalui "TENDER TERBUKA" lebih telus, harga munasabah, berkualiti, pertukaran teknologi yang ori, boleh guna utk jangka panjang dan rakyat pun suka...
Lampiran: https://suarakami3.blogspot.my/2016/06/bongkar-penyelewengan-rm500-juta-dalam.html?m=1
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#batalrac
#taksetujurac
#racpunyapasalrumbukaciter
#adarumkesah
03 Jun 2016
BUDI TERPUJI TKASIH INA (KERANI KAUNTER KTMB)
RUM merakam jutaan terima kasih atas budi bahasa dan murah hati seorang pekerja KTMB kepada pelanggan KTMB. Sikap inilah yang perlu ditunjukkan oleh semua pekerja KTMB di frontliner.
Walaupun seorang berjawatan "kerani kaunter" pekerja yang bergaji rendah, tapi hati budinya sangat terpuji. Bukan mudah berdepan dengan pelanggan, yang selalunya dicemuh dan dimaki, perlu mempunyai sifat kesabaran yang sangat tinggi, dalam apa keadaan... kena senyum selalu... tapi Sdri telah melangkaui semua sifat keperluan pelanggan dengan menaikkan imej KTMB, SEKALUNG TAHNIAH diberikan.
Semoga Allah Swt membalas jasa baik dan pertolongan sebegini, tidak kira siapa, membantu itu sungguh murni sifatnya.
Terima kasih INA!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Cc
YB Dato Ir Nawawi Ahmad
YBhg Dato Sarbini Tijan
SIJIL CUTI SAKIT PALSU
Saja nak share di bawah ini, nak ingatkan jangan gatal-gatal beli SIJIL CUTI SAKIT PALSU, RUM dah berulangkali ingatkan, kebetulan ada dalam akhbar, tlg baca.. kalau ada yang degil... gatal2 lg beli Sijil Sakit Palsu... sendiri mau ingatlah... jgn nak rayu2... sendiri cari sakit... sendiri tanggung... sendiri buat hal... sendiri mau ingatlah.... jgn byr yuran pada RUM, maka boleh buat sesuka hati... lepas tu cakap...
"RUM ada... aku bayar yuran... kalau tidak buat apa aku bayar yuran"
"sendiri mau ingat lah!, lu buat salah... lu tanggunglah... cermin kasi tenguk... jgn pandai salah orang lo...."
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
______________________________________
30 Mei 2016 5:47 PM
Tiga penjawat awam guna sijil cuti sakit didakwa
SEREMBAN 30 Mei - Tiga penjawat awam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk menipu majikan mereka, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), sejak dua tahun lepas.
Mazlan Ahmad, 48, Rosyanizam Yahya, 38, dan Muhamad Hafiz Mohamad Sarpan, 33, yang didakwa secara berasingan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Rahimah Rahim.
Mazlan menghadapi tiga pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu itu untuk menipu JHEAINS di antara 2 November 2015 hingga 12 Disember 2015 manakala Muhamad Hafiz menghadapi empat pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk tujuan sama di antara 27 Februari 2014 hingga 11 November 2015.
Rosyanizam pula menghadapi 13 pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk menipu jabatan agama itu di antara 22 Disember 2014 hingga 18 April lepas.
Mereka masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Rahimah membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,200 hingga RM1,700 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Keluarga kesemua tertuduh membayar ikat jamin itu dan mahkamah menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula kes.-BERNAMA
01 Jun 2016
JAWAPAN BALAS KEPADA RAC
RUM telah menerima screenshot dalam group Whatsapp yang telah tersebar meluas kononnya jawapan balas dari pihak RAC, oleh kerana ianya ada logo RAC maka RUM beranggapan jawapan itu adalah jawapan rasmi RAC, justeru itu bagi mengelakkan keraguan, maka di bawah ini jawapan balas dari RUM.
RUM juga berharap pihak RAC membaca jawapan balas dari RUM.
Jawapan Balas
1. RUM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan RAC seolah-olah akan mengambil kontrak pengurusan KTMB seperti Marak Unggul. Sila kemukakan bukti kenyataan bahawa RUM telah mengeluarkan kenyataan tersebut?
2. Pernyataan RUM adalah membantah sebarang pengambilalihan aset keretapi dan memulangkan kembali kepada KTMB melalui pindaan Akta Keretapi 1991 maksudnya isu ini tiada kena mengena dengan RAC sebaliknya dengan pembuat dasar dengan mengemukakan rayuan.
3. Isu Multiple Operator dan pengambilalihan OMC apakah ianya kenyataan yang tidak berasas? RUM nak bagitau kepada penulis tersebut, isu ini bukan RAC yang perlu jawab, seperti RUM katakan ianya tiada kena mengena dengan RAC, yang perlu menjawab kepada RUM ialah Kementerian Pengangkutan.
4. Melihat dari sudut pengambilalihan aset keretapi sepeti lokomotif dan lain2, boleh atau tidak? apakah kemampuan RAC untuk mengendalikan pembaikpulihan loko dan sebagainya? Tidak mustahil kewujudan outsource berdasarkan RAC tidak mempunyai kepakaran hanya sekadar dari sudut pentadbirannya boleh ditafsirkan sebagai pemegang amanah sahaja. Isu ini juga tiada kena mengena dengan RAC, yang perlu menjawab ialah Kementerian Pengangkutan.
5. RUM tidak pernah menafikan aset di bawah RAC seperti mana termaktub dalam Akta Keretapi 1991, surat RUM kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri, sesalinan kepada MoF, Mot dan juga sesalinan kepada Pengurus Besar RAC telah menjelaskan. (Mungkin admin yang menjawab kenyataan ini tidak membaca surat berkenaan)
6. Apa kena mengena CA 8 dengan RAC? RUM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa CA 8 ada kene mengena RAC. Sila kemukakan bukti yang RUM ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Kesimpulan
Harap jawapan ini telah menjelaskan, RUM juga tidak tahu siapakah bagi pihak RAC yang menulis kenyataan @ jawapan yang berkemungkinan ada seseorang yang kemukakan, apa yang boleh diperkatakan individu yang bertanyakan soalan adalah seorang yang "cetek pengetahuan @ buta isu", manakala penulis yang menjawab bagi pihak RAC ini seorang yang tidak cukup berpengetahuan untuk menjawab bagi pihak RAC malah tidak mengetahui isu sebenar sehingga mengeluarkan jawapan balas sedemikian.
Andai ini jawapan yang diberikan oleh RAC maka kita boleh menilai tahap dan kemampuan RAC, sungguh memalukan "kecetekan kemampuan".
Satu ulasan dari pihak RAC yang jauh menyimpang.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB