28 Februari 2017
RNAA : BAGUS (BILA GAMBAR BERBICARA)
27 Februari 2017
RNAA : ROAD SHOW RUM SATU KEJAYAAN
Pertemuan degan ahli RUM di JB |
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".
"Alang-alang mandi, biar sampai basah"
"Kami tidak takut bermain dengam ombak"
"THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"
26 Februari 2017
25 Februari 2017
RNAA: ROAD SHOW JOHOR BHARU
RNAA ROAD SHOW GEMAS
Selepas kemelut RUM pada 2014, tiada sebarang lawatan ke Cawangan Gemas malah cawangan Gemas boleh dianggap lumpuh berikutan berlaku kemelut dalaman dimana ada dikalangan kepimpinan hilang hala tuju perjuangan kesatuan sekerja.
Alhamdulillah kehadiran pegawai utama RUM di Cawangan Gemas selepas kemelut yang berlaku telah menampakan kesedaran dan kebangkitan, ahli-ahli kembali bersatu untuk bersama berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja, kini Cawangan Gemas pulih 100%.
Kini pilihan yang ada untuk menolak RNAA adalah dengan BERSATU, hanya BERSATU maka KEKUATAN itu terwujud, KEKUATAN itulah senjata utama Kesatuan Sekerja, inilah harapan kepimpinan Kesatuan untuk meneruskan perjuangan menolak RNAA.
Terima kasih semua ahli-ahli RUM yang terus berjuang untuk Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja, terus berjuang pasti menang.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
RNAA ROADSHOW SELATAN GEMAS/JOHOR BHARU
Ayuh sahabat-sahabat ahli-ahli RUM, bersama kepimpinan RUM mendengar, memahami apa itu RNAA dan implikasinya.
ROAD SHOW terakhir setelah Utara, Tengah dan Pantai Timur kini kami turun ke Selatan.
Ini bukan isu remeh, ini bukan isu boleh buat ketawa, ini bukan isu main-main, ini isu "PERIUK NASI ANDA" dan masa depan KTMB.
Dengar cakap orang, percaya cakap orang, tanpa menilai dan mengkaji secara mendalam akan merosakkan pemikiran sendiri, malah jangan sampai sendiri masukkan pasir dalam periuk nasi, kerana menyesal kemudian sudah tidak berguna, nasi sudah pun menjadi bubur.
Kita turun padang untuk menjelaskan bersama bukti dokumen agar sdr/i sedar dalam satu tempoh sdr/i mungkin salah seorang yang kehilangan kerja, kita bersatu dan bersama menolak RNAA.
Kami lakukan kerja dan tanggungjawab kami... tanggungjawab anda adalah bersama kami atau tidak jangan salahkan kami...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
RNAA MENARIK SOKONGAN NGO DALAMAN & LUARAN KTMB
RUM sedang memikirkan perancangan selanjutnya untuk mendapat sokongan dari semua pihak samada dalaman dan luaran dalam menentang perancangan RNAA sehingga RNAA dibatalkan.
Ianya adalah kerana RNAA bukan sahaja masalah KTMB maupun pekerja @ RUM tetapi ianya melibatkan kepentingan rakyat dan negara dari sudut kedudukan KTMB sebagai khazanah negara dan memberi perkhidmatan sosial kepada rakyat.
Kewujudan RNAA memberi kesan negatif serta implikasi yang besar sekiranya dikaji secara mendalam malah RUM juga perlu mendapat pandangan dari semua pihak samada dalaman maupun luaran setelah taklimat diberikan kepada mereka, sokongan dari luaran terhadap KTMB sangat penting kerana ianya juga melibatkan kepentingan rakyat dari sudut perkhidmatan sosial apatah lagi KTMB yang telah wujud lebih 130 tahun boleh dianggap sebagai khazanah negara dengan nama "Keretapi Tanah Melayu" yang perlu dipertahankan.
Perancangan ini sangat penting agar semua yang terlibat nanti akan memahami masalah KTMB selepas pengswastaan dan mereka boleh membantu RUM untuk mempertahankan KTMB dari tersembam setelah KTMB diwujudkan dinegara ini 130 tahun yang lampau.
RUM akan bergerak dari semua sudut untuk mendapatkan sokongan untuk membantah RNAA sehingga RNAA dibatalkan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
17 Februari 2017
Lama tak update?
InsyaAlllah, admin dayakan semampu yang boleh, diwaktu-waktu yang mendesak ini... penyaluran maklumat amat perlu kepada semua ahli.
PERJUANGAN
Perjuangan bukan untuk kepentingan peribadi..
Perjuangan kami..
Untuk kaum pekerja..
Yang ditabur pasir periuk nasinya..
Mereka ini "pembohong"..
Mereka ini hanya untuk kepentingan peribadi..
Mereka menganiaya kita..
Kau terleka...
Kau alpa...
Kau percaya pada mereka..
Kau pekerja yang menjadi mangsa...
Andai kau merasa ini semua mainan...
Andai kau rasa kau selamat..
Andai kau percaya dengan gula-gula..
Sudah terlambat...
Bukan gaji..
Bukan CA..
Tapi..
Adakah esuk aku masih bekerja lagi?
Bangkitlah...
Sedarlah...
Hanya RUM...
Jalan terakhir...
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja
'Kau usik KTMB, RUM, langkah mayat aku dulu'
16 Februari 2017
RNAA ROAD SHOW LEMBAH KLANG
Persatuan pekerja tuntut janji Tiong Lai bincang isu KTMB
15 Februari 2017
RNAA ROAD SHOW SENTUL/KUALA LUMPUR & P.KLANG
ROAD SHOW esuk 16/2/2017 jam 3 petang di Dewan NUBE Brickfield sangat menarik kerana menghimpunkan 3 buah cawangan serentak.
Pihak RUM akan menerangkan mengenai Transformasi KTMB, RNAA dan implikasi RNAA kepada ahli-ahli yang hadir malah tetamu istimewa yang dijemput dan telah mengesahkan kehadiran ialah:-
- YBrs Sdr Abdul Halim Mansor
- Presiden MTUC
- Bro J. Solomon
- Setiausaha Agung MTUC
- YBhg Datuk Haji Shafiee BP Mammal
- Presiden Uni - Global
RUM berharap semua ahli dapat menghadirkan diri dalam ROAD SHOW ini, tugas kita berhimpun untuk mendengar taklimat RNAA seterusnya melahirkan BANTAHAN DAN MENOLAK RNAA.
Kehadiran ini sungguh penting bagi menunjukkan kepada Kementerian Pengangkutan idea RNAA adalah mengancam KTMB dan Pekerja.
Berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Kita (Pekerja)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
RNAA LAWAK BINGAI
SEKARANG dan kahwin... kelakarkan...
SEKARANG nak ucap pegilah... kelakarkan...
SEKARANG kita lawan... kelakarkan..
SEKARANG RNAA.. kelakarkan...
SEKARANG Pak Menteri cari makan... kelakarkan..
SEKARANG kita nak kena buang kerja...
Kelakarkan...
SEKARANG Pak Menteri buat untuk sendiri...
Kelakarkan...
SEKARANG Pak Menteri kata Melayu tak perlu ditolong.. kelakarkan...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
RNAA
Macam budak sekolah rendah diajarnya...
Wa nak cakap..
Lu cari makan...
Pekerja jadi mangsa...
Poraaaaahhhhhhhhh.....
Dont think we stupid...
Dont think when we friend...
U can influence me...
Dont try to buy me...
Aiyaaaa...
We unionist...
We fighter...
n
This is RAILWAYMENS UNION OF MALAYA