RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 April 2017

MTUC garis 13 perkara bela pekerja, tuntut dividen KWSP lebih baik

Dalam memastikan keadilan ekonomi lebih baik, MTUC juga mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 manakala bayaran khas Cola RM300 diperkenalkan bagi pekerja-pekerja dalam kategori pendapatan B40 dan M40.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggariskan 13 perkara bagi memperbaiki nasib pekerja negara ini sempena sambutan Hari Pekerja 2017 termasuk gesaan supaya Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipinda.

Badan induk pekerja itu menegaskan Akta KWSP harus dipinda bagi memastikan caruman pekerja dalam badan berkanun itu tidak dilabur dalam entiti-entiti yang mengeksploitasi pekerja dan mengancam pergerakan kesatuan sekerja.

Pada masa yang sama MTUC mahu KWSP menyemak semula kadar dividen yang diisytiharkan bagi tahun 2016.

“Kami telah mengemukakan fakta dan telah berkomunikasi dengan perdana menteri (mengenai perkara ini).

“KWSP adalah satu-satunya faedah persaraan yang ada bagi pekerja-pekerja sektor swasta. Oleh itu, dalam konteks kos sara hidup yang terus meningkat, para pekerja perlu diberi nilai yang sebenar semasa mereka bersara,” kata Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon dalam perutusan sempena Hari Pekerja 2017 hari ini.

Hari Pekerja 2017 peringkat nasional membabitkan penyertaan kedua-dua sektor swasta dan awam akan disambut esok.
MTUC merujuk kepada kadar dividen KWSP bagi tahun 2016 yang diumumkan Februari lalu. Bagi tahun 2016, KWSP mengumumkan 5.70 peratus sedangkan tahun 2015 menyaksikan bayaran 6.4 peratus.

Kongres itu mendakwa KWSP yang mencatatkan pulangan yang lebih baik tahun lalu harus membayar kada dividen yang lebih baik berbanding 2015.

Dalam memastikan keadilan ekonomi yang lebih baik, Solomon berkata, MTUC juga mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 manakala bayaran khas Cola RM300 diperkenalkan bagi pekerja-pekerja dalam kategori pendapatan B40 dan M40.

“Ini akan membantu mengatasi masalah kos hidup yang semakin meningkat,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Kebangsaan Bank.

Malaysia mempunyai 14 juta pekerja tempatan dan 5 juta pekerja asing.

Dalam perutusan tahun ini, MTUC juga menggesa agar undang-undang perburuhan semasa dikaji semula bagi memperkenalkan pendekatan yang lebih prakmatik bagi mencapai persekitaran budaya kerja yang lebih baik.

Selain itu kata Solomon, Tabung Pembangunan Sumber Manusia harus diperluaskan membabitkan kesemua sektor pekerja manakala Akta Pendidikan dipinda bagi memperkenalkan silibus undang-undang dan hak perburuhan di sekolah agar pelajar akan faham dan menilai pekerjaan apabila memasuki pasaran kerja kelak.

Katanya, MTUC juga mahu aspek perumahan mampu milik dan pinjaman perumahan pada kadar rendah yang munasabah disediakan dengan segera.

Kata beliau, MTUC mahu penglibatan rakan-rakan sosial diperkukuhkan untuk memudahkan inisiatif dalam menyelesaikan isu-isu pekerja demi mewujudkan suasana yang jauh lebih baik dan meningkatkan produktiviti.

“MTUC juga mahu kriteria pelantikan pengerusi Mahkamah Perusahaan dikaji semula. Mereka mesti dilatih dengan betul dalam undang-undang perindustrian dan Amalan dan Taraf Buruh Antarabangsa,” katanya.

Mengenai kemajuan teknologi, kata beliau, penggunaan teknologi baru harus diperkenalkan bagi membawa penambahbaikan kepada pekerja, bukannya membuang mereka.

“Kemajuan teknologi dan kesannya kepada kehidupan pekerja adalah menakutkan dan akan membawa bencana jika langkah-langkah untuk mewujudkan satu jaringan keselamatan tidak diambil dengan segera,” katanya.

Mengenai kesan buruk bergantung kepada pekerja asing, Solomon menambah, pekerja tempatan tidak boleh digantikan dengan pekerja-pekerja asing sebaliknya, garis panduan bagi memastikan majikan hanya menggaji pekerja asing dalam perspektif yang betul harus digubal.
“Di samping itu, pekerja asing haus diberi hak sama rata serta hak untuk menyertai kesatuan,” kata beliau.

Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/30/mtuc-garis-13-perkara-bela-pekerja-tuntut-dividen-kwsp-lebih-baik/


28 April 2017

Selamat Hari Pekerja


BERAPA ANDAIAN SEWA SEBULAN BANGUNAN KTMB YANG PERLU DI BAYAR KEPADA RAC AKIBAT RNAA?

Teori RUM bila berlakunya RNAA sewa sebulan untuk bangunan KTMB ialah RM 2juta, setahun sebanyak RM  24juta, bayangkan itu untuk bangunan KTMB, kalau masuk sewa Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur dijangka RM 2juta sebulan, kos sewa yang dijangka untuk Ibu Pejabat KTMB dan KLO adalah RM 4juta sebulan, kalau setahun dah RM 48juta.

Itu baru 2 bangunan, kalau keseluruhan bangunan dan stesen keretapi seluruh rangkaian keretapi berapa pula? Tak larat nak kira.

Berapa pendapatan dari operasi KTMB dengan pengangkutan Kargo dan Penumpang? Lebih kurang RM 350 juta setahun.

Dalam keadaan sekarang KTMB mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM 200 juta setahun, maka dengan penyewaan bangunan sahaja, berapa kerugian KTMB masa akan datang?

Andai Ibu Pejabat KTMB dan Stesen KLO, KTMB tidak mampu bayar sewa?

Wow... inilah peluang keemasan, agar mudah Ibu Pejabat KTMB dan Stesen KLO dijual, yang sebelum ini RUM berjaya pertahankan dari diserahkan kepada YTL dan MMC.

Inilah rancangan RNAA, mempermudahkan jual segala harta benda KTMB.

Tak betul ke TEORI RUM ini?

Sendiri boleh fikir...

Kalau ada yang tak nampak lagi? RUM tak tau lah...

Owh... Kementerian Pengangkutan, sekilas ikan di air, RUM dah tau jantan ke betina!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


27 April 2017

RUM dah nyampah

RUM amat setuju dengan kenyataan ini, kenyataan terbaik dari penulis, penulis adalah seorang peguam, satu kenyataan tepat dan jelas, yang boleh mentafsirkan  tafsiran apa jua berkaitan peruntukan Akta adalah bidang kuasa Yang Arif Hakim.

Sekarang ramai yang syok sendiri cuba main bulldozed, dalam KTMB sendiri kot suka dia je, terutamanya GM TMOD, nak cakap bangang jawatan Pengurus Besar, gaji ribuan ringgit, tapi haram jadah satu pun tak tau, harap-harap Presiden KTMB baru nanti semak balik semua gred jawatan Pengurus Besar dari segi pengalaman, pengetahuan dan kelayakan, janganlah main tangkap muat, haprak jadinya, kalau tak de yang sesuai, suruh je letak jawatan atau jadikan "suplus", kali ni RUM nak sokong ambil orang luar.

RUM dah nyampahhhhhh....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PEKERJA KREATIF PENCETUS INOVASI "TEMA HARI PEKERJA 1 MEI 2017 RNAA

RUM tertarik dengan motto ini, malah motto ini memberi inspirasi kepada pekerja dalam membuat kerja-kerja yang lebih kreatif dan berinovasi, atau kerja-kerja yang lebih mencabar dalam situasi alaf baru yang berteknologi tinggi, motto ini memberi pengertian bahawa kerajaan berkehendakan kaum pekerja kreatif dan berinovasi, satu pengiktirafan dari kerajaan kepada kaum pekerja di Negara ini.

2. Sebenarnya KTMB dalam serba serbi kekurangan, kekangan kewangan, kekurangan alat ganti, kelengkapan peralatan kerja malah boleh disebut segala serba serbi kekurangan, ini menjadikan pekerja tanpa sedar menjadi lebih kreatif dan berinovasi demi kelangsungan kerja, mengunakan segala sumber yg ada agar tidak menjejaskan mutu kerja, berusaha dengan apa cara agar perkhidmatan berjalan dengan lancar dalam hal ini ramai diluar sana tidak sedar inilah kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja KTMB demi memastikan kelansungan perkhidmatan demi kepentingan pengguna.

3. Dalam KTMB sendiri kerja-kerja yang dilakukan sangat mencabar dalam kontek industri keretapi, pekerja-pekerja KTMB contohnya bidang teknikal mampu melakukan kerja-kerja diluar skop pekerjaan walaupun dalam keadaan serba kekurangan, dalilnya mereka mampu membuat kerja-kerja overhaul lokomotif malah membaikpulih set-set tren elektrik, katogeri kreatif dan berinovasi dilakukan oleh pekerja,  kemampuan yang dibuat seolah-olah tidak dipandang,  soalannya mengapa?

4. Begitu juga dari sudut perancangan contohnya sistem ticketing, yang mempunyai masalah, pernahkan bertanyakan kepada pekerja bagaimana mengatasi masalah dengan cara kreatif dan inovasi? Tetapi apa yang berlaku adalah dari satu sudut "one way" iaitu arahan yang dikeluarkan sehingga pekerja diambil tindakan tatertib.

5. Penutupan Depoh KL Central, membenarkan Syarikay Luar mengunakan Pejabat, Depoh dan Bengkel  dengan tujuan Syarikat Luar boleh beroperasi malah memberi secara percuma tanpa cas sewaan, adakah ianya satu idea kreatif dan berinovasi, kenapa tidak pejabat atau depoh atau bengkel dikembangkan projek yang baru dengan idea yang lebih kreatif dan berinovasi, begitu juga dengan outsorce F&B adakah ianya idea kreatif dan berinovasi sehingga pekerja yang terlibat jadi mangsa, makanya boleh dilihat pengurusan KTMB hanya mewujudkan idea "kitar semula" tanpa melihat kehendak KTMB yang memerlukan kepimpinan yang mempunyai idea kreatif dan berinovasi, slogan Hari Pekerja 1 Mei 2017 diharapkan satu titik tolak kepada pemangkin kesedaran.

6. Adakah kerana kelemahan urus tadbir atau adakah kekurangan experties atau adakah unsur-unsur sabotaj yang memungkinkan seolah-olah pekerja dalam bidang teknikal atau dari semua jabatan KTMB kononnya tidak kreatif dan berinovasi? Para 2 telah membuktikan bahawa pekerja sanggup melakukan kerja walau dalam keadaan serba kekurangan, mewujudkan idea kreatif dan inovasi demi kelansungan kerja.

7. Kononnya melahirkan kelemahan sebagai satu langkah menghalalkan cara dengan mewujudkan RNAA, kenyataan seperti ini pernah dikeluarkan oleh Pengurusan Tertinggi, tidakkan ianya ibarat "meludah ke langit" mengambarkan kegagalan dari sudut "kelemahan perancangan" dimanakah idea kreatif dan inovasi sebagai pengurusan tertinggi?

8. Dimana silapnya?
Kenapa kelemahan yang mungkin wujud tidak dapat dikesan?
Cara mana mengatasinya?
Apakan plan perancangan untuk mewujudkan daya kreatif dan berinovasi dari kalangan pengurusan?
Iya Plan Transformasi telah wujud, ini sebagai idea kreatif dan berinovasi tapi ianya dari satu sudut mewujudkan peluang perniagaan tapi tidak dari sudut membesarkan skop industri keretapi itu sendiri secara global.

9. RUM melihat aspek kreatif dan innovasi dari sudut pekerja KTMB secara keseluruhan adalah tidak timbul, sebalik kreatif sebenarnya datang dari pengurusan itu sendiri samada mampu atau tidak atau sengaja tidak mahu atau sememangnya lemah, kerana dari aspek pekerja KTMB, RUM yakin tahap kreatif dan berinovasi untuk melakukan sesuatu diluar kotak adalah tidak boleh diragui.

10. Maka itu RUM menekankan bahawa pekerja KTMB secara majoritinya dalam kepelbagaian bidang sentiasa mempunyai idea kreatif dan berinovasi cuma seperti yang RUM nyatakan ianya gagal dicungkil oleh pihak pengurusan atasannya atau pihak atasannya memandang rendah tahap kreatif dan inovasinya berdasarkan kekurangan atau kelemahan pekerja dari sudut akademiknya.

11. Begitu juga dengan RNAA adakan perancangan ini boleh disebut kreatif dan berinovasi?

12. Sempena hari pekerja ini dengan tema "PEKERJA KREATIF DAN BERINOVASI" maka semua pihak yang terlibat bukan sahaja dari golongan pekerja malah majikan dan juga kerajaan benar-benar mempraktiskan motto @ tema yang diwar-warkan, khususnya Pengurusan KTMB dan Kementerian Pengangkutan, bukannya mewujudkan kononnya idea kreatif dan berinovasi untuk kepentingan pihak tertentu, sebaliknya kreatif dan berinovasi bagaimana sebuah Negara China mampu mengeluarkan set trennya sendiri, mengapa tidak KTMB yang telah wujud lebih 130 tahun tidak boleh menjadi seperti Negara China dan bukannya mengagih-agihkan jabatan-jabatan KTMB kepada syarikat-syarikat swasta luar!

13 RUM amat berharap ianya bukan sekadar "slogan" tetapi semua pihak perlu bertanggungjawab mempraktiskannya, jangan sekadar cantik dengan make upnya, selepas cuci makeup nya, terlihat wajahnya seorang lelaki dan bukannya seorang perempuan yang benar-benar jelita.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


26 April 2017

PERJANJIAN BERSAMA KE 8 TOLAK RNAA PERMUDAHKAN PERTEMUAN DENGAN YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kita dapat faedah utama dalam tuntutan melalui Perjanjian Bersama yang ke 8 iaitu kenaikan Pelarasan Gaji sebanyak 13% yang akan di bayar bulan Apri 2017 manakala Gaji Minima RM 1200.00 berkuatkuasa Mei 2017. Syukur Alhamdulillah.

Namun adakah Perjanjian Bersama ke 8 ini yang "TERAKHIR?" Wallahualam.

RNAA adalah satu cabaran besar untuk semua warga KTMB, cabaran ini bukan sahaja menentukan KTMB itu Selamat atau Pekerja itu Selamat tapi "PERJANJIAN BERSAMA yang terbentuk selama ini hendaklah selamat, kalau "PERJANJIAN BERSAMA" gagal dapat diselamatkan maka faedah yang kita terima hari ini adalah "TERAKHIR" buat kita semua, tiada lagi "KUASA RUNDINGAN" tiada lagi "PEMBELA" nasib kita golongan "PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF", kita tidak mampu lagi "BERSUARA" kita telah tenggelam, yang ada "YES BOSS" atau "PAK ANGGUK", apa sahaja yang ditawarkan terima sahaja, "DONT TELL NO!" kita tidak mungkin mendapat sebaik ini lagi malah faedah yang kita terima melalui Perjanjian Bersama akan terhapus maknanya "KOYAK JE LAH BUKU PERJANJIAN BERSAMA TU"

Apa yang kita terima, kita sebagai "HAMBA ALLAH" hendaklah "BERSYUKUR" pada yang memberi" "KITA UCAPKAN TERIMA KASIH", "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA", cuma jangan kita sesekali terleka, terlena, alpa dan terbuai mimpi yang indah, "MALAPETAKA" melalui "RNAA" sedang menanti, ayuh kita terus "BANGKIT" berjuang "TOLAK RNAA", Kementerian Pengangkutan pencetus utama, maka kita akan berhadapan dengan Kementerian Pengangkutan.

Hari ini kita seluruh Warga KTMB khususnya kami kepimpinan RUM menaruh "HARAPAN YANG TINGGI" kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA yang telah merestui pemberian faedah TERBAIK kepada semua kumpulan Bukan Eksekutif pekerja KTMB, kini kami memohon  YAB DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA campur tangan dan sudi berjumpa KEPIMPINAN RUM, beri kami peluang menjelaskan "IMPLIKASI RNAA", kami yakin YAB DATO SERI PERDANA MENTERI dapat memberi ruang sedikit waktu kepada kami, nawaitu kami ikhlas berjuang demi "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".

Semoga dan harapan kami untuk bertemu dengan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA di permudahkan dan menjadi kenyataan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


25 April 2017

GAJI MINIMA RM 1200.00 UNTUK PEKERJA KTMB

Syukur Alhamdulillah perjuangan RUM sejak 6 tahun dulu memperjuangkan gaji minima setara penjawat awam, akhirnya berjaya, tiada ungkapan lain yang lebih sesuai selain SYUKUR, ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH.

RUM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, YB DATO IR Nawawi Ahmad, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB, SEMUA LEMBAGA PENGARAH KTMB atas penganugerahan ini selaras tuntutan RUM dalam Perjanjian Bersama yang ke 8, sesungguhnya kami amat menghargai atas keperihatinan Kerajaan khususnya kepada pekerja-pekerja KTMB.

Harapan RUM pada semua ahli-ahli RUM dengan pengenugerahan ini, malah baru-baru ini pengumuman mengenai Pelarasan Gaji sebanyak 13% kepada semua pekerja "bukan eksekutif", ianya sebagai satu pengiktirafan kepada kita selaku pekerja yang melaksanakan tugas-tugas di bawah "Perkhidmatan Sosial", RUM juga mengharap semua ahli-ahli RUM terus memberi khidmat bakti kepada KTMB & NITIZEN dengan bekerja bersungguh-sungguh dan berdedikasi.

Terima kasih sekali lagi khusus YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


24 April 2017

TERIMA KASIH UNI-GLOBAL/MTUC & SAHABAT RUM





Terima kasih kepada Uni - Global yang mengirim surat kepada YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Malaysia memohon satu temujanji untuk RUM.

Terima kasih kepada Malaysian Trade Union Congress (MTUC) yang juga telah menulis surat kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Pihak RUM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tertentu Sahabat RUM yang berusaha mengaturkan pertemuan dengan YAB Dato Seri Perdana Menteri dan YB Menteri Pengangkutan, kami amat hargai.

Usaha dari pihak RUM tidak akan henti untuk bertemu dengan YAB Dato Seri Perdana Menteri dan YB Menteri Pengangkutan bagi menjelaskan implikasi RNAA. Kami yakin bahawa dengan penjelasan kami bahawa implikasi RNAA adalah tidak sihat kepada organisasi KTMB, Pekerja, Rakyat dan Negara dari sudut jangka pendek dan sederhana.

In Syaa Allah RUM telah pun menerima mesej bahawa pada 21.4.17 akan ada satu pertemuan rasmi antara RUM dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan dalam awal bulan Mei 2017.

Namun harapan besar kami ialah untuk bertemu dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 April 2017

RUM-PERPINDAHAN JABATAN PENGURUSAN ASET KTMB/POHON PERPINDAHAN KTMB KE SEKTOR AWAM

Untuk tatapan umum kenyataan rasmi kesatuan (RUM)

Dengan segala hormat dan penuh takzim, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja Kesatuan yang bersidang pada 2hb. November 2010, memberi tekanan kepada pergolakan urus tadbir mutakhir syarikat KTMB atas perkara pemisahan urus tadbir “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” dari ‘KTMB’ ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK)”.

Sesungguhnya gerakan pemisahan urus tadbir sedemikian dirasai “sangat ketara”. Selari dengan “gerakan pemisahan” tersebut, majlis juga mengambil pendirian menyokong keputusan yang telah dibuat oleh beberapa mesyuarat Exco yang lepas sebagai suara sokongan kepada resolusi yang telah diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Yang Kelapan (ke-8) mengenai perpindahan syarikat KTMB dari “Sektor Swasta ke Sektor Awam”.

2. Pihak “Kesatuan” telah menilai dan memperhalusi punca hakisan kekuatan dan kekukuhan “tapak atau foundation” syarikat KTMB dilihat telah wujud rintangan sebagai indicator “cengkaman” ke atas syarikat melalui peraturan tertentu yang mengandungi inti “bunga-bunga permasalahan semasa” melalui “gerakan pemisahan” ini. Libatan rintangan ternyata akan menjadi beban yang tidak dapat dirahsiakan lagi sebagai penanda wajah yang mencerminkan “situasi yang tidak sihat” yang boleh mencalar keupayaan “KTMB di masa muka”. Pihak kesatuan sungguh sangsi tentang kestabilan urus tadbir organisasi ini khususnya dari aspek menambah-baikan syarikat diandaikan “dayanya” didapati ”gagal menterjemahkan kebaikan” atau “sekurang-kurangnya” dapat mengekalkan “dayanya” setaraf semasa era organisasi ini di bawah sektor awam (KTM) mahupun sekarang ini di bawah sektor swasta (korporat/KTMB). Pada kami, keretakan urus tadbir syarikat ini akan menambah sukar pada menggarapkan usahanya sebagai sebuah pengangkutan rel terpenting yang telah memberi sumbangan terbesar kepada negara dari sudut “Keperluan Rakyat” pada masa-masa lepas dan dengan ini timbullah persoalan adakah syarikat ini mampu melindungi kepentingan “WARGA KTMB”.

3. Pada realiti “daya KTMB” bertambah gusar dan kini berdepani dengan “permasalahan” atas pemisahan urus tadbir “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” dari ‘KTMB’ khabarnya berpindah urus tadbirnya ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK) atau “Railway Assets Corporation (RAC)”. Difahamkan langkah pengambilanalih urus tadbir ialah atas perakuan “Laporan Ketua Audit Negara” berkemungkinan gerakan ini ialah bagi memenuhi kehendak ‘Seksyen 89 (8)’ (Perbadanan Aset Keretapi (PAK)) yang berbunyi:-

Seksyen 89 (8);

(a) Untuk mengurus, mentadbir dan menyenggarakan:-
(i) segala harta dan hak Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 92 adalah terletakhak pada Perbadanan;
(ii) Segala harta yang terletakhak pada, atau dipegang atau diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 93 adalah terletakhak pada Perbadanan, dan untuk mengurus dan mentadbirkan segala liabiliti berkenaan dengannya;

(b) Untuk menggalakkan dan mengusahakan projek-projek bagi pemajuan atau pemajuan semula mana-mana infrastruktur atau kemudahan keretapi; dan
(c) Untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini.

4. Dimaklum bahawa dengan pengambilanalih urus tadbir “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” oleh “Railway Assets Corporation (RAC)”, maka bermulalah hakisan kekuatan “daya KTMB” dan ianya akan memberi “impact directly” ke atas “WARGA KTMB” kerana dibebani pelbagai permasalahan yang akan didepani dari masa ke semasa dan dijangka akan bertambah parah lagi.

5. Kesatuan ini difahamkan bahawa jumlah keseluruhan kakitangan di “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” ialah seramai 246 orang kakitangan dan bilangan ini adalah satu jumlah yang besar. Kami juga sedar “Railway Assets Corporation (RAC) ” atau “Perbadanan Aset Keretapi” telah ditubuhkan pada 30hb. Julai 1992 dan telah beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober 1992, tetapi “Jabatan Hartanah” sebagai jabatan yang dikenali pada masa itu masih di bawah kawalan ‘KTMB’. Dengan ini bermakna tempoh hampir selama lebih kurang sembilan belas (19) tahun lamanya ‘Jabatan Hartanah’ atau “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” yang dikenali sekarang ini “tidak pernah memberi gambaran tentang perjalanan pentadbiran jabatan ini dalam keadaan amat kucar kacir” dan fakta ini adalah persaksian sebagai bukti yang tidak boleh dipertikaikan.

6. Disedari walaupun “Akta Keretapi 1991” diwujudkan, namun dalam tahun 1992, apabila konsep “Pensyarikatan Malaysia” diperkenalkan oleh kerajaan, maka “KTM” secara langsung telah dipisahkan kuasa pentadbirannya dari “sektor awam” ke “sektor swasta” dengan pertukaran nama perniagaan dari "KTM" ke “KTMB”. Walaubagaimanapun pihak kerajaan telah memberi jaminan bahawa “kebaikan KTMB dan faedah yang dinikmati oleh kakitangan KTMB” tidak akan tergugat dan terhakis. Pertaruhan faedah ini telah "diikat kuat" melalui beberapa dokumen kerajaan dan juga melalui suara-suara rasmi dari perwakilan kerajaan yang diluahkan dalam “Dewan Rakyat”.

7. Dalam mesyuarat “Jawatan Kuasa Kerja Kesatuan” yang sama pada 2hb. November 2010, setelah menilai pro dan kontra, majlis mengambil keputusan untuk “MERAYU DAN MEMOHON KEPADA KERAJAAN” agar “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” tidak dipindahkan ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK)” kerana ‘KTMB’ mampu memikul tugas dan sedia mengalas tanggungjawab dengan baik mengikut kehendak semasa. Saranan fakta yang dijelas di para (5) di atas antara lain menyatakan tempoh lebih kurang selama sembilan belas (19) tahun hingga sekarang ini dari tarikh penubuhan “Perbadanan Aset Keretapi” pada 30hb. Julai 1992 dan beroperasi secara rasminya pada 1 Oktober 1992, didapati “Jabatan Hartanah” atau “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” yang dikenali sekarang ini “tidak memberi” sebarang gambaran yang boleh ditafsirkan sebagai “pincang” atau “keadaan kucar-kacir” dalam menjalankan urus pentadbirannya semasa dalam kawal selia ‘KTMB’.

8. Pihak kami menyusun sepuluh jari memohon YAB. DATO’ SRI selaku “Perdana Menteri” sudilah kiranya pihak YAB. DATO’ SRI memberi pertimbangan kepada permintaan kami agar “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” tidak dipindahkan ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK )”. Sebab-musebabnya telah diluahkan dalam surat ini.

9. Seandainya pihak kerajaan masih juga tidak dapat merestui permintaan kesatuan mengenai “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” agar tidak dipindahkan ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK)” atas sebab-sebab yang diketahui oleh kerajaan, maka sudah masanya pihak kerajaan merestui mengambil balik “organisasi KTMB” atau “perpindahan KTMB dari Sektor Swasta ke Sektor Awam” disebabkan pengangkutan rel KTMB hingga ke hari ini masih tidak dapat berubah wajah sebagai “Private Enterprise” dan masih menjadi “hak kerajaan”. Kerajaan sendiri telah memberi pengakuan dalam “Dewan Rakyat” bahawa “Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral kepada negara dan sedia memberi bantuan kewangan kepada syarikat KTMB”. Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar ekonomi sama ada dalam negara mahupun luar negara telah menunjukkan ianya tidak ada bukti muktamad bahawa urus niaga swasta adalah lebih cekap jika dibandingkan dengan pentadbiran awam. Sebaliknya apa yang disedari oleh masyarakat umum bahawa bayaran lebih mahal bagi perkhidmatan yang diswastakan. Penjelasan butiran fakta mengenai perpindahan ke “Sektor Awam” telah diluahkan dalam “Memorandum Perpindahan KTMB dari Sektor Swasta ke Sektor Awam” dan dokumen ini telah dihantar kepada kerajaan.

10. Sejarah telah terbukti bahawa pengangkutan rel KTM ini adalah penting, maka dalam tahun 1948 “ORDINAN KERETAPI” telah dikuat kuasakan dengan memperkenalkan “Malayan Railway” atau “Keretapi Tanah Melayu” dengan penubuhan “Lembaga KTM” yang bertanggungjawab ke atas semua urusan perkeretapian. Selepas “Merdeka”, pihak kerajaan telah menubuhkan “Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi” bagi mengemas-kinikan beberapa fungsi dari aspek “pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat serta kawalan disiplin”. Selang beberapa tempoh “Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi” telah dimansuhkan dan fungsi tersebut telah diambil oleh “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam”.

11. Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya pernyataan di atas menyusahkan YAB. Dato’ Sri. Disudahi dengan ucapan terima kasih dan percaya permintaan kami ini akan direstui oleh YAB. Dato’ Sri.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ABDUL RAZAK MD. HASSAN )
Presiden.


Pengangkutan terbaik dunia: PM dinasihat jangan 'syok sendiri'

Walaupun kajian yang dijalankan World Economic Forum (WEF) meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dalam infrastruktur pengangkutan awam dan swasta, namun tinjauan dibuat  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati 48% pengguna tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan.

Malah kerajaan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menyedari bahawa kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam juga telah merudum sebanyak 13.95% berbanding tahun sebelumnya.

"Ini kerana majoriti rakyat merasakan bahawa kos pengangkutan adalah mahal dan tidak menepati masa mengikut jadual yang dipaparkan," kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Dzulkefly menambah, kekhuatiran berlakunya penyelewengan dalam pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini semakin terasa dan beliau mendesak agar KTMB dan Kementerian Pengangkutan mendedahkan segera Laporan Tahunan KTMB bagi tiga tahun yang lalu.

"Ke mana perginya RM11.69 bilion wang rakyat dibelanjakan?" ujar beliau menyentuh peruntukan diberikan kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur keretapi negara.

Sehubungan itu, beliau menasihati kerajaan Najib agar tidak 'syok sendiri' dan kembali kepada realiti kesusahan yang dihadapi rakyat pada hari ini.

Menurut beliau, komponen pengangkutan adalah penting dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) yang terkini melonjak ke paras 5.1% pada bulan Mac lalu -- tertinggi sejak 2008 yang mencatat CPI ke tahap 5.8%.

Dr Dzulkefly turut menyarankan kerajaan mengenakan kos pengangkutan yang berpatutan mengikut tahap bebanan ekonomi rakyat.

"Seperkara lagi segera dedahkan laporan tahunan KTMB dan jangan berdolak-daleh lagi," tegas beliau.

Sumber: malaysiadateline.com


20 April 2017

PELANCARAN KVDT OLEH YB MENTERI PENGANGKUTAN.

Cuma terkejut.. kebetulan kot... hehe...

DS LIOW MoT.. tgk tu.. tarak perasan ka? Presiden RUM punya nama.. kihkihkih... wa mau turun Bentong lo.. wakakaka

Tkasih Dato Seri Raja Nong Chik yang mesej gambar ini pada saya... 3 tambahan gambar lagi dari ahli2 RUM.

Eh... jangan perasan lah... itu nama Allahyarham Tun Abdul Razak.. Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA (Pt 3) PRESIDEN KTMB BARU "JOB" SPECIFIKASI

RUM menyedari satu kelemahan pengurusan KTMB ialah kegagalan menyusun "job" spesifikasi dari jawatan tertinggi sehingga jawatan bukan eksekutif, dalilnya pihak pengurusan tidak mampu menunjukan kepada RUM mengenai "job" spesifikasi keseluruhan pekerja yang tepat malah juga gagal menunjukan kepada RUM carta organisasi sepenuhnya.

Penyusunan "job" spesifikasi yang bercelaru telah mewujudkan pertindihan kerja serta gagal menyelaraskan kerja-kerja secara betul malah mewujudkan kecelaruan tugas.

"Job" spesifikasi adalah sangat penting bagi memastikan penyusunan tugas bagi sesuatu individu pekerja seterusnya menjadualkan kerja pekerja mengikut garis masa yang ditetapkan bagi mengelakkan pembaziran.

Punca dari "job" spesifikasi yang bercelarulah maka kedudukan ketidakseimbangan jawatan antara eksekutif dan bukan eksekutif, bila ini berlaku maka carta organisasi tidak mampu dibentuk dengan kemas maka akan mewujudkan kepincangan organisasi. Sehingga ni selain dari kelemahan yang ada dan kekekangan kewangan masalah yang turut dikenalpasti adalah kegagalan mewujudkan "job" spesifikasi sehingga "carta organisasi" secara menyeluruh, difahamkan ianya "gagal diwujudkan" kalau ada masih tidak lengkap sepenuhnya, RUM rasa hairan peranan dan tanggungjawab consultant yang dilantik apabila setiap kali Presiden Baru hadir tidak dapat menyusun struktur "job"  spesifikasi termasuk carta organisasi yang boleh dianggap cacamerba atau mungkin consultant menilai dari sudut lain. Kecelaruan berlaku disetiap jabatan KTMB.

Justeru itu secara asasnya untuk membetulkan perancangan dan hala tuju  organisasi maka pembentukan asas perlu dikemas kini agar urusan pentadbiran tidak cacamarba kerana implikasinya kepada keseluruhan organisasi.

RUM secara ikhlas melahirkan pandangan ini demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja, pemberitahuan ini adalah satu pandangan dari kacamata RUM untuk bakal Presiden KTMB mengetahui serba sedikit kelemahan yang berlaku.

Sejujurnya setiap Presiden KTMB yang memasuki KTMB telah dimaklumkan kelemahan ini, agar diperbetulkan tapi dukacitanya ianya tidak berlaku kerana fokus kepada Presiden KTMB adalah mencari peluang perniagaan atau mengerakkan operasi tetapi gagal memperbaiki kelemahan asas, maka KTMB akan berterusan terlibat dengan pembaziran masa dan wang serta gagal meningkatkan produktiviti sebaliknya KTMB secara berterusan dirundung malang.

Harapan RUM kepada bakal Presiden KTMB mampu melihat semua ini, walaupun RUM menyedari bukan sesuatu yang mudah untuk dibetulkan kerana "tekanan banyak pihak" dalam masa yang sama pergerakan operasi perlu ditingkatkan.

Walaupun kenyataan ini hanya secara ringkas tapi kalau diperhalusi maka banyak punca kelemahan dari sini bermulanya pembaziran, seperti pihak RUM katakan bahawa aspek mengurangkan perbelanjaan pada asasnya bermula dari sini dan bukannya kepada aspek-aspek lain sehingga pemotongan air kuarters KTMB berlaku, bukannya dari aspek pemotongan kerja lebih masa, kegagalan pembayaran hutang tertunggak kepada klinik panel sehingga produktiviti merosot dan lain-lain, walaupun RUM tidak menolak ianya sebahagian dari penjimatan kos atau strategi pengurusan kewangan.

Asas kelemahan penyusunan struktur organisasi menjadikan masa terbuang serta kegagalan menyusun satu jadual kerja mengikut pengeluaran produktiviti, sekiranya dibetulkan maka penyusunan kerja lebih teratur, tenaga kerja boleh digunakan secara maksima, pengambilan pekerja baru dapat dielakan malah kenaikan pangkat yang tidak perlu berjaya dikurangkan,  kerja luar yang lebih bersistematik maka banyak kos pengeluaran wang dapat dijimatkan, produktiviti mampu meningkat, pembaziran dapat dielakan, secara otomatis kerja lebih masa yang wujud berdasarkan keperluan sahaja tanpa "terpaksa" menyekat kerja lebih masa.

Persoalan RUM adakah pengurusan tertinggi KTMB tidak sedar atau cuba menyorok mengenai perkara ini? Justeru itu maklumat ini disampaikan kepada bakal Presiden KTMB, yang pihak RUM tidak tahu siapakah gerangannya, mudah-mudahan bermulanya pemulihan KTMB dengan melihat perkara asas terlebih dahulu termasuk faedah kumpulan eksekutif dan bukan eksekutif kepada lebih baik bagi memastikan peningkatan produktiviti terus meningkat walaupun aspek-aspek tertentu yang dilakukan kini melalui penjimatan kewangan dikurangkan kononnya berjaya tapi sebenarnya hanya dari satu sudut iaitu akaun yang cantik tapi tidak dari sudut peningkatan produktiviti.

Diulangi kenyataan ini adalah sangat ringkas tidak secara terperinci kerana ianya berbentuk kenyataan terbuka, secara tersiratnya boleh dikaji dan diteliti secara mendalam bagi mengenalpasti maksud tulisan ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 April 2017

BELASAH/ TEMPOH/PEMAHAMAN KEPADA BOARD MEMBERS

RUM bukan saja-saja nak belasah tanpa sebab, RUM juga tidak sengaja untuk beri sokongan, semua itu ada sebab dan alasan yang munasabah.

Dari segi sokongan prinsip RUM adalah menitikberatkan "keharmonian perusahaan" sentiasa akan memberi sokongan waima sokongan 100% demi kebaikan bersama berlandaskan saling hormat menghormati antara kedua-dua pihak mematuhi peruntukan yang sedia ada seperti Perjanjian Bersama, Akta 177 dan Akta 262.

Sekiranya bertentangan dengan mana-mana peruntukan yang ada atau dengan sengaja melanggar peruntukan yang ada atau cuba menganiaya mana-mana pekerja, menganiaya kepimpinan kesatuan maka ianya boleh mencetuskan pergeseran malah mewujudkan pertikaian.

Pihak RUM selalu memegang perkataan "tempoh" iaitu satu "tempoh yang munasabah" atau "tempoh matang" selepas tamat tempoh maka RUM samada akan memberi amaran, bertindak balas, ugutan seterus akan mengambil tindakan perusahaan.

Ramai yang tidak faham "tempoh", serupa juga dengan pambayaran kereta yang tidak dibayar melebihi 2 bulan 21 hari, selepas itu surat amaran menyusul n kemudian beberapa proses diikuti seterusnya kereta itu ditarik. Begitu juga dengan RUM maka tempoh ini diberi atau satu tempoh yang munasabah, sekiranya melepasi tempoh, janganlah "SALAHKAN RUM" sebab ruang masa yang munasabah diberikan agar ada perundingan mencari penyelesaian.

Siapa yang nak masalah, semua tidak mahu masalah, sebaiknya masalah itu diselesaikan di  meja rundingan, bila dimeja rundingan ada pihak memberi alasan mengarut, sengaja melengahkan atau seperti yang dijanji tidak ditunaikan maka mestinya pegawai RUM yang terlibat itu naik angin, kalau dia tak naik angin maka dia bukan pemimpin kesatuan atau mungkin dia telah diletakkan "di bawah pengaruh", mungkin ada yang tidak faham apa itu "di bawah pengaruh", kalau tak tau kenalah rujuk Akta.

Kehadiran seorang pemimpin kesatuan berdasarkan "lesen" yang dibenarkan melalui "pengiktirafan", kehadiran pemimpin kesatuan dalam mana-mana mesyuarat atau mana-mana yang mewakili kesatuan sekerja "bukan atas status pekerja", kehadirannya di bawah satu organisasi di bawah Akta 262 bukannya di bawah Akta 125 itu sudah cukup membezakan dua (2) organisasi yang berbeza.

Maka itu sudut kefahaman mengenai Akta pada yang terlibat perlu dihadamkan bukannya sesuka hati boleh buat sesuatu ikut rasa hati,  kerana negara kita ada undang-undang, maka undang-undang hendaklah dipatuhi bukannya mengunakan undang-undang rimba.

Justeru itu pada yang terlibat sebelum buat sesuatu dapatkan nasihat pakar perundangan tapi janganlah cari pakar perundangan yang tak faham mengenai Akta 177, Akta 262 dan Akta 125, kerana ramai yang pura-pura jadi pakar selepas itu bayar kos, yang untung orang yang ambil kesempatan.

Kepada Board Members faham dulu kenyataan ini, kenyataan terbuka nak bagitau Board Members bukannya semua dia bijak, setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya, maka jangan buat silap sehingga tercetus pertikaian.

RUM cuma ingatkan saja...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


CERITA PETANG RABU

Minggu lepas jumpa dengan mantan presiden ktmb.. saja borak-borak kosong, tukar-tukar fikiran sambil menghirup kopi machiato, ish... nikmatnya rasa kopi machiato... ialah orang belanja... memanglah sedap... lebih sedap dari kopi o kaw....  hahaha..

Dalam borak-borak tu terceritalah mengenai board members.. katanya kalau KTMB nak ok.. semua board members kena tukar.... ish lagi dasyat... adalah alasan yang diberikan... bolehlah diterima alasan tu... apa alasan dia... tak yah lah citer kat sini... hehe...

So aku ni kira baik jugaklah.. tak delah semua board nak ditukarkan... 1, 2 je... yang agak2 dan nyanyuk... ish... celuparnya mulut... hahaha... dah mulut orang union... nk kata apa... hahaha..

Tapi tak pe lah... 7 hari bekerja belum berlalu.. cuma sekadar selingan petang ni... sekadar tangan ni nak menulis... opsss.... menaiplah.... hahaha...

Apa pun selamat menikmati keindahan petang... hujan pun dah mula reda... hati dah sejuk sikit... balik nanti kena cari kopi o kaw... hahaha...

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


GERAM

Sebenar 1 atau 2 board ni je yang bodohnya... yang bermasalahnya... dah bodoh tak boleh diajar, dah bodoh tak nak bertanya, dah lama sangat jadi board members pun... patut tambah pandai, tapi tambah bebal...

Maaflah pada board yang lain.. tapi implikasinya kepada semua board, sebab RUM benar-benar marah, dah jolok sarang tebuan... nak menyengat je lah...

Tunggulah kalau tak selesai dalam tempoh 7 hari bekerja bermula 14.4.2017, maka RUM akan bogelkan board pula...

Ugut ke ni? Iya ini Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB yang nama timang-timangannya RUM, kalau tak ugut jangan panggil Kesatuan Sekerja panggil je Persatuan Masak-Masak!

Eh.. kenapa tuduh Board... GM TMOD dah lepas tangan katanya "ARAHAN BOARD" tak kan nak belasah GM TMOD, memang GM TMOD ni pun "BEBAL" ikut je arahan BOARD, Akta 177 & Akta 262 tu nak buat apa... bakar jelah...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


NAMPAK GAYA RUM DALAM SATU TEMPOH AKAN SUNGKIT LEMBAGA PENGARAH KTMB

NAMPAK GAYA RUM DALAM SATU TEMPOH AKAN SUNGKIT LEMBAGA PENGARAH KTMB
KEMUNGKINAN PERANG AKAN DIISTIHARKAN!

3 HARI DAH BERLALU!

DINASIHATKAN LEMBAGA PENGARAH KTMB JANGAN MAIN API DENGAN RUM!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, TOLAK RNAA - PRESIDEN KTMB BARU: KAJI JUMLAH KEPERLUAN EKSEKUTIF

Semalam RUM menyarankan buat kajian tentang kedudukan Pengurus Besar, hari ini RUM menyarankan keperluan kumpulan Eksekutif dari Pengurus Kanan sehingga Eksekutif biasa mengikut keperluan dan kehendak KTMB itu sendiri.

RUM menyedari dalam tempoh 5 tahun kebelakang kenaikan pangkat dari kumpulan Eksekutif sehingga Pengurus Kanan termasuk jawatan "MEMANGKU" begitu rancak diadakan, adakah keperluan ini mengikut justifikasi keperluan kerja serta memenuhi kehendak carta organisasi.

RUM merasa kuatir bila pertambahan berlaku tanpa mengikut justifikasi yang tepat, mengikut prosedur yang betul maka akan berlaku limpahan pegawai kumpulan eksekutif sehingga tidak seimbang dengan jumlah kumpulan bukan eksekutif, sekiranya ini benar berlaku maka akan berlaku pembaziran tenaga kerja malah pengaturan pekerjaan juga akan berlaku serta bertindih, yang paling ketara adalah implikasi kewangan KTMB tanpa ada peningkatan priduktiviti.

Justeru itu satu kajian menyeluruh bagi memastikan setiap jabatan membuat kajian semula pembentukan carta mengikut kehendak organisasi.

Jabatan Modal Insan sebagai Pembekal Tenaga Kerja perlu melihat keseimbangan ini agar tidak wujud lebihan kumpulan eksekutif, kegagalan dalam merencana dengan betul dan tepat tanpa mengunakan tenaga manusia secara maksima akan menghakibatkan pembaziran.

Apa yang RUM lihat kawalan wang hanya menjerumuskan kepada kerja-kerja lebih masa dan kerja-kerja yang melibatkan kepentingan kumpulan ekselutif, seolah-olah pekerja bukan eksekutif yang mewujudkan pembaziran tanpa melihat pembaziran sekiranya berlaku adalah berpunca dari kelemahan perancangan.

Justeru dengan kehadiran bakal Presiden Baru KTMB, adalah wajar satu semakan dan rombakan secara keseluruhan melalui carta organisasi bagi memastikan tiada lobang yang boleh mencetuskan pembaziran, khususnya dari sudut lebihan kumpulan eksekutif.

RUM dengan niat ikhlas dalam pembaikpulihan KTMB perlu melihat kelemahan asas sebelum langkah seterusnya dapat dilakukan, pihak RUM sedar ada pihak tertentu tidak mengikut justifikasi yang telah ditetapkan sehingga kewujudan kelemahan perancangan dari sudut lebihan kumpulan eksekutif.

Tindakan RUM menyuarakan pandangan ini bagi memastikan SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


18 April 2017

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, TOLAK RNAA. PRESIDEN KTMB BARU. NAIB PRESIDEN KTMB.

Dari kacamata RUM, sekadar pandangan dan pengalaman selama 20 tahun menjawat Presiden RUM, maka RUM dapat sedikit sebanyak pengetahuan, pembelajaran serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang wujud.

Antara kelemahan besar adalah dari Pengurusan itu sendiri, RUM tidak berhasrat menjelaskan secara detail diruang terbuka ini, cuma tidak menafikan bahawa antara punca kewujudan RNAA adalah berpunca dari kelemahan pengurusan manakala Kementerian Pengangkutan "mengambil kesempatan" mewujudkan RNAA kononnya satu alternatif di bawah Plan Transformasi sedangkan banyak ruang lain yang boleh diperbaiki untuk pemulihan KTMB.

Dari sudut Industri Perkeretapian bukan semua orang mempunyai kemahiran, kecuali mereka benar-benar berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang industri perkeretapian, tidak dinafikan KTMB kehilangan tenaga "experties" kerana peluang-peluang kerja diluar KTMB banyak, ada yang berhenti kerana tidak berpuas hati dengan Presiden KTMB, ada yang bersara dan ada yang menerima tawaran luar kerana tawaran yang lebih baik berbanding dengan faedah yang diterima dalam KTMB, kecuali yang masih setia dengan KTMB terus kekal atau yang tidak berpeluang disebabkan tahap "experties" masih di bawah keperluan sebenar.

Namun hari ini Pengurus Besar KTMB yang ada hanya segelintir yang boleh dikatogerikan "experties" yang lain RUM menilai ianya tidak wajar dikatogerikan "experties" malah kewibawaan, keupayaan,kepimpinan boleh dianggap lemah dan boleh dipertikaikan.

Mungkin kenyataan ini terlalu drastik malah akan memalukan banyak pihak, bagi pihak RUM, walaupun pahit ianya terpaksa diluahkan, kenyataan yang mengatakan bahawa Pengurus Besar KTMB ini lemah bukan sahaja kenyataan dari RUM tapi selari dengan kenyataan-kenyataan mantan-mantan Presiden KTMB termasuk penjawat awam tertinggi di MoT dan MoF.

Satu ketika RUM sendiri mempertahankan semua Pengurus Besar KTMB, malah pihak Kementerian Kewangan mencadangkan kewujudan jawatan Naib Presiden KTMB, RUM membantah dan menolak berdasarkan ketika itu ramai dikalangan Pengurus Besar KTMB adalah golongan "experties", namun hari ini malah dalam pertemuan dengan MoT n MoF, RUM sendiri bersependapat dan melahirkan persetujuan mewujudkan jawatan Naib Presiden KTMB, persetujuan ini berdasarkan penilaian RUM terhadap Pengurus Besar KTMB demi Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja.

Tidak dinafikan masih ada yang dianggap "experties", tidak perlu RUM menghightlightkan mereka, demi kebaikan KTMB satu penilaian semula terhadap semua Pengurus Besar KTMB perlu dilakukan dari segi "qualification", pengalaman, KPI, kepimpinan dan semua sudut hendaklah dilakukan.

Beri tawaran baru kepada semua penyandang jawatan Pengurus Besar KTMB dengan jawatan "Naib Presiden" dengan "Kontrak 2 Tahun" serta faedah yang lebih baik berdasarkan "experties",  manakala dikalangan Pengurus Besar yang tidak melepasi kelayakan perlu di beri VSS, kerana KTMB perlu golongan yang benar-benar berkelayakan.

Pengisian kekosongan jawatan Naib Presiden yang dikosongkan hendakah dibuka melalui pengiklanan dengan tawaran yang lebih menarik, "experties" dari luar negara melalui bidang industri perkeretapian hendaklah diutamakan, sekiranya ini dapat dilakukan, KTMB mungkin boleh mencorak satu langkah yang baru, kerana jawatan Naib Presiden secara kontrak lebih mencabar berdasarkan tempoh perkhidmatan kontrak dua (2) tahun boleh disambung semula mengikut penilaian prestasi (KPI).

Perkongsian ini juga untuk makluman bakal Presiden KTMB agar sedikit gambaran mengenai pengurusan KTMB, agar mungkin Presiden KTMB yang baru nanti boleh mengambil perhatian dan menilai pandangan dari kacamata Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Coretan ini juga adalah satu pandangan ikhlas dari RUM berdasarkan pemerhatian RUM dari sudut pengurusan tertinggi, malah pandangan ini bertujuan untuk menolak RNAA, demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


17 April 2017

PRESIDEN KTMB BARU

Ramai yang mesej RUM mengenai kehadiran Presiden Baru KTMB malah pegawai-pegawai RUM juga bertanya, betulkah ada Presiden KTMB baru, malah ada pihak kementerian pun bertanya siapakah gerangannya?

Suka RUM jelaskan, adalah benar RUM juga turut mendengar khabar akan ada kehadiran Presiden KTMB yang baru, namun RUM tidak ada kepastian siapakah gerangannya, cuma RUM dapat rasakan bahawa kehadiran Presiden KTMB yang baru ini bukannya datang dari KTMB.

Tidak kesahlah siapa pun Presiden KTMB, bagi pihak RUM kita mengalu-alukan kehadiran Presiden KTMB yang baru malah akan memberi kerjasama yang baik dari aspek "Keharmonian Perusahaan", kita sentiasa mengharapkan hubungan yang baik demi kepentingan KTMB dan Pekerja.

Harapan RUM kepada Presiden KTMB agar benar-benar ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, malah berusaha sedaya upaya memulihkan KTMB serta berpendirian Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

RUM juga berharap bahawa Presiden KTMB yang baru seorang yang berani untuk menolak RNAA kerana KTMB berkemampuan melakukan semua kerja-kerja yang dicadangkan melalui RNAA malah kos yang dilakukan oleh KTMB jauh lebih murah berbanding dengan apa yang dicadangkan melalui RNAA. Presiden KTMB juga mesti berani mempertahankan kehendak KTMB (user), bukannya kehendak mana-mana pihak, sekiranya mengikut kehendak mana-mana pihak maka KTMB tetap akan bermasalah seperti apa yang berlaku hari ini.

Harapan RUM, Kerajaan bersedia membantu Presiden KTMB yang baru bagi mempermudah cara untuk memulihkan KTMB, yang penting Presiden KTMB yang baru ini akan lepas dari campurtangan Kementerian Pengangkutan, selagi campurtangan Kementerian Pengangkutan berlaku, siapa pun Presiden KTMB akan mengalami masalah dalam kegagalan untuk memulihkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 April 2017

SALAM BALIK TIANG

Sorrylah nak pinjam perkataan ni.. sebab menarik sangat, tengah-tengah duk makan roti canai n minum tea tarik tercetus guna tajuk ni selepas terbaca wall Dato' Zahrin.

Just nak bgtau... kalau nak salam balik tiang tu... dah lama salam dah, iya ke? Ish... tanyalah abg aziz tu? tak boleh nak salam... nanti naiya pekerja... cuma pekerja ni je.. tak nak faham-faham.. sedangkan untung besar salam balik tiang tau... hehehe...

Napa tak nak salam?
Ish.. mana boleh...
Nak jual periuk nasi pekerja ke?
Prinsip is prinsip...
Ini prinsip Kesatuan Sekerja!
Kena peganglah...
Ada bukti ke?
Memang tak de bukti pun..
Nama pun..
Salam balik tiang...
Kihikihkih..

Napa idea ni timbul?
Memang tak nak keluar pun.. tapi si yus ni mengatal... duk spin citer... tu yang rasa geram... so jangan salahkan saya .. saya hanya bertindak balas je... ada banyak lagi tau... hehe...

Cuma nak bgtau... ini bukan kenyataan fitnah, ini adalah cerita benar sebenar-benarnya... tak pe.. Allah Swt Maha Mengetahui.. tak betul n fitnah.. maka kemudian hari.. saya akan terima balasannya..

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 April 2017

ADAKAH LEMBAGA PENGARAH KTMB KEKAL BILA RNAA DIIMPLEMENTASIKAN?

RUM melihat dari sudut implikasi RNAA bukan sahaja dari Pengurus Besar KTMB, kumpulan Eksekutif KTMB dan kumpulan bukan Eksekutif KTMB tapi kedudukan semua Lembaga Pengarah KTMB termasuk sub committee Lembaga Pengarah KTMB.

Keperluan jawatan dalam Lembaga Pengarah KTMB dan Sub Committee Board KTMB akan dikecilkan malah Sub Committee Board sendiri tidak perlu banyak malah ada yang perlu dibubarkan berdasarkan skop awal pelaksanaan jangka pendek RNAA tidak memerlukan jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang ramai malah Sub Committee Board yang ada kini perlu dibubarkan kerana fungsi sub committee tidak wujud lagi.

Dari sudut jangka sederhana kewujudan Lembaga Pengarah KTMB tidak wujud sama sekali kerana KTMB telah pun tersembam.

Disinilah sewajarnya semua Lembaga Pengarah memainkan peranan Selamatkan KTMB, walaupun khidmat Lembaga Pengarah berdasarkan kontrak tapi peranannya adalah sangat besar bagi kesinambungan pengoperasian KTMB itu sendiri kecuali Lembaga Pengarah KTMB yang mempunyai kepentingan diri akan membenarkan RNAA dilaksanakan kerana semangat jati diri mempertahankan KTMB tiada apatah lagi semangat "darah keretapi" tidak wujud selain sekadar "aku hanya pekerja kontrak".

RUM yakin bahawa Lembaga Pengarah KTMB mampu mempertahankan KTMB, tidak ada sifat-sifat negatif seperti yang RUM nyatakan, perlu diingat amanah dan tanggungjawab kepada organisasi hendaklah diutamakan, sekiranya gagal, anda akan dipersoalkan dihari kemudian kelak.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 April 2017

AYUH BANGKIT & SEDARLAH

Assalamualaikum n Salam Sejahtera
"AYUH BANGKIT & SEDARLAH"

Bila ada admin remove (group whatsapp) ada yg marah.. ada yg merayu.. setakat membaca tapi tanpa sebarang komitmen... katanya memberi sokongan dan saya seorang ahli.

Sedarkah tanggungjawab seorang ahli?

Tanggungjawab seorang ahli  kesatuan sekerja bukan sekadar menjadi ahli, bukan sekadar menzahirkan sokongan tetapi bersama kepimpinan kesatuan melaksanakan aktiviti kesatuan selaras dengan perlembagaan kesatuan dan akta kesatuan sekerja.

Ramai yang beranggapan bahawa menjadi ahli kesatuan sekadar menjadi ahli.. sekadar merungut.. sekadar mengharap sesuatu.. sekadar mendesak kepimpinan kesatuan.

Ada kesatuan dipanggil yellow union ada kesatuan ibarat persatuan ada kesatuan yang jadi pak angguk atau bahasa undang-undangnya di bawah pengaruh kalau ini kesatuan yang sdr/i menjadi ahlinya, maka sdr/i perlu menukar kepimpinannya.

RUM tidak sebegitu.. kita bergerak atas landasan kesatuan sekerja tidak akan membenarkan RUM di bawah pengaruh tidak melaksanakan peranan seperti persatuan tidak sesekali disebut yellow union

Kita memegang prinsip keharmonian perusahaan kita bergerak berdasarkan tempoh kita akan agresif bila tempoh itu matang kita mampu bergerak sebagai militan kerana kita adalah kesatuan sekerja

Andai kita tidak bergerak sebagai kesatuan sekerja kita sebagai kuli akan diperkotakkatikan seperti mana zaman marak unggul

Hari ini RUM disegani di hormati di luaran malah diluar negara cukup mengenali RUM, ada yg irihati ada yang cemburu, malah lontaran fitnah kebelakangan ini juga cukup dasyat, gitulah asam garam perjuangan,  namun RUM tetap hebat dan berani.. tiada rasa gentar dan terus berjuang.

Tapi sayang segelintir ahli-ahli kita masih bercelaru, tidak bergerak seiring dengan kepimpinannya, masih percaya dengan anasir-anasir luar, masih takut, walaupun kita hari ini berada ibarat telur dihujung tanduk

Yang ada hanya memikirkan wang terus terang kami katakan... tanpa kekuatan rum sebelum ini sehingga hari ini...sdr/i tidak menikmati apa yang sdr/i nikmati seperti pelarasan gaji 13%.

Mungkin ada kata kami bohong, jangan percaya apa kami kata, telaahlah apa itu CA, telaahlah apa itu fakta, telaah dari sudut kewangan, telaahlah dari sudut CPI, telaahlah dari sudut kesatuan sekerja luar yang untung & rugi dan telaahlah apa yang terkandung dalam award mahkamah perusahaan, bagi membuktikan kenyataan kami salah.

Hari ni RUM kuat.. Hari ini RUM cukup disegani, tapi mungkin RUM tiada lagi, ketika itu sdr/i mungkin baru menyedari bahawa apa yang kami kata benar atau tidak, tika itu "nasi sudah jadi bubur".

Kami hanya ingin menyedarkan, tidak lebih dari itu, tiada sikap kepentingan diri, hanya melaksanakan tanggungjawab dan amanah, naluri hati hanya ingin berjuang, mungkin kami dilahirkan seorang pejuang.

Jujur tiada untung, tapi mencari kepuasan diri, gembira bila setiap kemelut melintasi dan mencapai kejayaan.

Alhamdulillah.. kepimpinan hari ini terbaik, mereka sedar erti perjuangan, mereka berjuang demi kaum pekerja, dari pegawai utama, majlis exco, kepimpinan cawangan malah kini ramai ahli-ahli RUM mendesak untuk mengambil tindakan agar memberhentikan RNAA, desakan ini adalah semangat untuk  kami  sentiasa bersiap sedia berjuang dengan jayanya.

Pada segelintir ahli-ahli, suka kami jelaskan bahawa perjuangan ini tidak akan berjaya merentangi arus yang kuat tanpa sokongan/ bersama 100% dengan kepimpinan RUM bagi menjalankan aktiviti kesatuan sekerja.

Ayuh bangkitkah.. sedarlah..

Perjuangan ini bagai hidup & mati tiada rasa selesa... bersama dan berjuang menolak RNAA

Selamatkan KTMB, Selamatlah Kita.

Semuanya tanggungjawab kita bersama.

Salam

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 April 2017

KENYATAAN FITNAH

RUM dapat mesej ini dalam group Whatsapp RUM, ada kenyataan sebegini rupa, (RUM paparkan untuk tatapan umum di bawah kenyataan ini)  bahawa kenyataan yang tersebar dalam banyak group whatsapp adalah satu kenyataan yang berbentuk "fitnah jahat", RUM melihat kenyataan ini dari pihak tertentu yang berkepentingan khususnya ingin memburukan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB, Presiden RUM dan memecahbelah perpaduan dan kekuatan ahli-ahli RUM.

RUM sedar dalam berhadapan dengan tentangan terhadap RNAA banyak pihak yang berkepentingan akan mencari jalan untuk "mengada-adakan cerita" agar RNAA dapat dilaksanakan, maka yang berkepentingan akan mendapat labanya, dalam hal ini hujah yang perlu dipaparkan adalah menolak IMPLIKASI RNAA, bukannya mengada-adakan cerita yang tidak benar dan merupakan fitnah.

RUM mendoakan kepada penulis ini diberi hidayah dan dilindungi Allah Swt.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc : Dato Ir Nawawi Ahmad
___________________________________________

Info terkini: confirm MMC akan ambil alih Cargo.Keputusan drp BOD keretapi yang sekarang ini RUM sokong. RUM kata BOD dan pengerusi ktmb adalah bagus dan cekap mentadbir ktmb berbanding dgn org ktmb. (Check fb RUM sebelum ini). Minggu ini MMC akan meeting dgn Cargo. Lepas ini ETS pula. Komuter akan diserah kpd Pasarana sikit hari lagi. Mengapa RUM tak bantai MOT lagi????.Akhirnya Pengerusi dan BOD yg RUM sokong ini BERJAYA membuat ktmb pecah!!!!.Siapa yg makan siapa sebenarnya??????
semua ni permainan Razak RUM yg bermuka2...
Razak RUM pernah ckap, Dato Salleh xboleh pegang KTM sbb terlalu lembut, masuk Dato Radzak Malek dia ckap terlalu garang orang KTM xboleh jadi MD, tukar orang luar Dr Aminuddin Adnan dikatakan habis duit kat perempuan, kemudian Dato Elias Kadir dikatakan habis joli enjoy duit KTM, yang terbaru Dato Sarbini Tijan yang paling kita sayangi dikatakan mahu menjual KTM. SIAPAKAH PUNCA SEGALANYA INI, JAWAPANNYA ADALAH RAZAK HASAN iaitu Presiden RUM. jika difikirkan semua BEKAS Presiden, Pengarah Urusan KTMB adalah orang2 yang bijaksana. Mengapa warga KTMB mudah terpedaya dengan Razak RUM yang sedangkan hanya jawatan Tukang K2 Kanan sahaja. Fikirlah apa yg terbaik wahai KTMB. CHAIRMAN dan BOD hanya memikirkan poket sendiri.


BIAR GAMBAR BERBICARA

BIAR GAMBAR BERBICARA


12 April 2017

JIKA RNAA DILAKSANAKAN NANTI

Bila RNAA di laksanakan.. inilah kemahuan Kementrian Pengangkutan.. btol x? Kenyang company Abu, Atan & Ali..kroni? Ada 20 company tgh tggu ni..  MOT ape citer ni?


WAHYU ANTARA PUNCA MASALAH KTMB PENYELESAIANNYA

Masalah yang berlaku adalah wahyu, kebiasaannya wahyu dalam KTMB datangnya dari Kementerian Pengangkutan, banyak cara yang digunakan, ada melalui proposal syarikat disokong oleh wahyu diikuti oleh surat penolong wahyu sebagai surat makluman sokongan.

Yang menariknya penjawat awam akan menghubungi pegawai KTMB mendesak supaya diterima, manakala pegawai KTMB pula terpaksa akur, katanya "terpaksa tak boleh melawan arus".

Disinilah punca masalah bila pegawai KTMB sebagai "user" tidak bertegas mengikut kehendak KTMB, sebaliknya akur setiap arahan yang diterima walaupun berbentuk "verbal" @ "lisan", seolah-olah pegawai KTMB ini "dayus@bacul" tidak berani menyuara atau bertegas dengan kehendak berdasarkan keperluan KTMB itu sendiri maka yang jadi mangsanya adalah KTMB, malah implikasinya kepada pekerja bila sesuatu masalah atau rungutan berlaku dari nitezen, nitezen terus menyalahkan KTMB dan Pekerja.

Asas atau puncanya adalah dari Kementerian Pengangkutan itu sendiri yang tidak memperdulikan kehendak KTMB, adakala walaupun ada pegawai KTMB yang berani bertegas, pihak yang berkenaan tetap menggesa sehingga pegawai KTMB terpaksa menerima.

Biarpun dokumen telah dikeluarkan oleh KTMB berdasarkan kehendak KTMB namun desakan demi desakan agar dokumen atas kehendak KTMB itu akhirnya terpaksa dilonggarkan demi kehendak Kementerian Pengangkutan.

Inilah antara punca masalah yang berlaku dalam KTMB, bilamana Kementerian Pengangkutan campurtangan maka hasilnya pembelian jentera-jentera untuk KTMB tidak berkualiti hasilnya KTMB dan Pekerja dipersalahkan oleh nitezen.

Masalah begini juga menghakibatkan hasil pendapatan KTMB turut berkurangan.

Penyelesaian masalahnya ialah Kementerian Pengangkutan tidak perlu campurtangan dalam KTMB diserahkan semua kuasa kepada Kementerian Kewangan buktinya Prasarana yang tiada campurtangan Kementerian Pengangkutan berjaya berjalan dengan lancar malah Prasarana yang kerugiannya lebih tinggi dari KTMB tidak dicadangkan RNAA.

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


11 April 2017

RNAA BENTONG DESTINASI KAMI!

YB Menteri Pengangkutan wajar dipersalahkan! Tindakan merancang RNAA adalah menganiaya KTMB dan Pekerja!

BENTONG 100% KAMI TARGET! KITA PASTIKAN MENTERI PENGANGKUTAN KECUNDANG PADA PRU 14!

300 majoriti.. kacang je... hahaha...
Ingat RUM main-main ke? We are really serius.. we will proof it...

THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA (RUM)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RAC BESAR KEPALA

Ikut maklumat RAC sekarang dah naik tocang... kalau bahasa pasarnya "BESAR KEPALA" ialah.. kononnya AKTA KERETAPI PINDAAN 1991 tu menunjukkan semua aset keretapi milik dia..

Macam RUM cakap tahun lepas... RAC "kulimutek"... haha... ramai tak tau apa itu "kulimutek" tak pelah... kalau ada kawan india... suruh dia translate... hehe...

Bila dah "kulimutek" apa lagi... jadi "puppet" ada "dalang" kat belakang"... haha...

Kau ambil satu (1)
Aku ambil satu (1)

Hahaha.....

Owh no!!!!

YB TIM MENTERI kata... kita nak buat anak Syarikat... hahaha....

Parlimen kata lain... kenyataan kata lain... owh biasa... lidah banyak cabang... kihkihkih...

Oklah... kita accept... anak syarikat...
Cadangan yang baik... kira betullah... ikhlaslah... kat parlimen tu... kenyataan tak betul..... hehehe...

Anak Syarikat siapa punya?

RAC punyakan...

Lepas tu?

Hahaha...

Im not stupid..
Never be stupid...

Eh... tak betul ke?

Jom debat....

Ada berani?

Opsssss... debat bukan jalan penyelesaian....

Its ok... awat sampai sekarang tak berani jumpa RUM?

Tak usah cakaplah....

RUM bercakap atas sifat...

BERANI KERANA BENAR!

Kaki pusing 360° main jauh-jauh...
Kaki fitnah main jauh-jauh...
Kaki cari makan main jauh-jauh...
Hahaha...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


10 April 2017

BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALA

Beginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh samasekali dicampuradukkan.

Satu yang boleh di puji... Pak Abas mantan Presiden RUM walau pun beliau telah meninggalkan RUM semenjak tahun 1992, beliau masih sayangkan RUM, tidak sesekali akan membenarkan sesiapa pun menjahanamkan RUM malah itulah pesanan Pak Abas kepada saya jagalah RUM ibarat nyawa sendiri.

Begitulah malangnya bila "BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI,
KASUT PAKAI KAT KEPALA"... Dasar Organisasi sanggup dijual, tanpa kita peduli dan berpegang bahawa organisasi bukan individu tetapi sebuah badan atau pertubuhan atau syarikat atau kesatuan sekerja yang mewakili SUARA AHLI-AHLINYA atau dengan lain perkataan menghina organisasi atau menjatuhkan  atau memperlekehkan organisasi atau apa jua perkataan yang boleh merosakkan organisasi adalah "PENGKIANAT ORGANISASI" kerana "ORGANISASI" sebuah badan yang mewakili ahli-ahlinya atau ahli-ahli yang berfaedah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
8/02/2016


KITA HADIR UNTUK BUAT KERJA

Jangan peduli apa orang kata..
Jangan peduli apa itu persepsi..
Jangan kesah..
Kita terus buat kerja...

Kita fikirkan pekerja...
Kita fikir masa depan pekerja..
Kita mahu kehidupan pekerja terbela..
Bukan teraniaya...

Kalau kita kesah...
Kalau kita peduli...
Kita tak boleh buat kerja...

Pokoknya..
Hanya untuk kaum pekerja...
Pastikan nasib mereka terbela..
Kita selaku pemimpin..
Kita selaku pekerja..
Kita selaku ahli kesatuan sekerja..
Terus berusaha..
Bukan dengan kata-kata..
Tapi...
Penyelesaiannya...

Lambat...
Itulah keluhan..
Bukan semua..
Tak semua bagai menjentik jari...
Tapi perpaduan..
Kekuatan...
Tempuh...
Biar seribu halangan..
Tiada rasa gentar...
Demi kaum pekerja..

Berusaha terus berusaha...
Sehingga berjaya...
Bukan dengan kata-kata...
Bukan janji...
Tapi penyelesaiannya...

Semua ini...
Adalah kepuasan...
Semua ini..
Amal jariah...

Terus berjuang..
In Syaa Allah..
Pasti menang...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Klinik atas koc keretapi tidak relevan

Malaysia tidak memerlukan seperti ini, hospital dan klinik yang disediakan oleh kerajaan disemua kawasan yang berhampiran dengan perkhidmatan Keretapi.

Kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik dari aspek penjagaan kesihatan untuk Rakyat Malaysia.


09 April 2017

1 MEI 2016 RNAA/ BERANI KERANA BENAR

Kenangan dianugerahkan antara pemimpin kesatuan yang terbaik yang disampaikan oleh YB Dato Seri Menteri Pengangkutan, tapi itu tidak penting, itu hanya sebagai satu pengiktirafan namun tanggungjawab mana-mana pemimpin tidak akan terhenti selagi ianya diberi tanggungjawab dan amanah.

Pertemuan dan kesempatan bertemu dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia ketika Majlis Hari Pekerja anjuran Uni-Global di Federal Hotel Kuala Lumpur dengan meminta penjelasan RNAA ini yang sangat penting, YB Dato Seri Menteri Pengangkutan telah menjelaskan sekali lalu dan selaku Presiden RUM yang mendapat mandat dari Majlis Exco telah melahirkan tidak bersetuju dengan perancangan RNAA.

YB Dato Seri telah mengelak untuk menjawab bila Presiden RUM cuba memberi alasan yang munasabah secara sepintas lalu, sebaliknya telah melahirkan kenyataan akan berjumpa dengan kepimpinan RUM secepat mungkin, dukacitanya bulan berganti bulan telah berlalu kini menjangkau hampir setahun menjelang Hari Pekerja 1 Mei 2017.

YB Dato Seri Menteri Pengangkutan hingga kini tidak berani bersemuka dengan kepimpinan RUM.

Nampaknya YB Dato Seri Menteri Pengangkutan merelakan kami turun ke Bentong untuk PRU 14 akan datang, kami pasti turun sekiranya RNAA tidak dihentikan, sebagai organisasi Kesatuan Sekerja ianya adalah satu langkah tindak balas berdasarkan RNAA menjerumuskan penganiyaan kepada KTMB & PEKERJA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


HUJAH / FAKTA / HUBUNGAN BAIK & KEKUATAN

Dalam perjuangan Kesatuan Sekerja kita berpendirian berdasarkan hujah dan fakta, tanpa hujah dan fakta kita akan diperlekehkan, namun begitu hujah dan fakta tidak mencukupi kerana ianya berdasarkan faktor tertentu misalnya dari sudut Perjanjian Bersama, faktor utama ialah kedudukan kewangan Syarikat, kalau kedudukan kewangan syarikat lemah amatlah sukar untuk pihak pengurusan, maupun Lembaga Pengarah malah Kementerian Kewangan mempertimbangkan sesuatu yang terbaik malah jalan terakhir yang ada ialah merujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Hak kesatuan berdasarkan tuntutan melalui fakta dan hujah hak majikan akan melihat dari semua sudut khususnya implikasi kewangan, Syukur Alhamdulillah dengan kewangan syarikat KTMB yang lemah seluruh pekerja menikmati pelarasan gaji melebihi Customer Prize Index (CPI) yang ditentukan oleh Bank Negara bagi tiga tahun kebelakang.

Namun dari aspek lain ialah hubungan baik, jangan sesekali menidakkan hubungan baik antara kesatuan, majikan maupun kerajaan, sikap "orang berbudi kita berbahasa" adalah juga kunci kejayaan.

Begitu juga dengan RNAA, RUM berhujah berdasarkan Hujah & Fakta. Berdasarkan kajian RUM sendiri mengenai Implikasi RNAA dari sudut jangka pendek & jangka sederhana, antara lain implikasinya melibatkan kedudukan pekerja serta KTMB. RUM telah jelaskan berulangkali dengan fakta dan hujah tapi tetap tidak dilayan kerana mereka tidak mahu melihat kepada kehendak hujah dan fakta.

Namun sudut kesatuan cukup luas dari aspek perundangan ianya bukan sekadar  hujah & fakta tetapi merangkumi dari sudut perpaduan dan kekuatan ahli-ahli dalam menyusun langkah, antara lain tindakan-tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang dalam menjana kekuatan yang ada untuk menentang pihak-pihak yang bertanggungjawab menolak hujah dan fakta, sekiranya hanya bersandarkan hujah& fakta maka kita yang berjuang berlandaskan organisasi Kesatuan Sekerja tidak akan kemana malah kita cukup mudah diperkotakkatikan serta teraniaya.

Justeru itu dalam organisasi Kesatuan Sekerja senjata utama bukan sahaja HUJAH/ FAKTA /HUBUNGAN BAIK tapi sejauh mana KEKUATAN KITA mampu tonjolkan,  sekiranya keempat-empat ini tiada dalam arena kesatuan sekerja jangan mimpikan mencapai bintang dilangit malah RNAA bakal menjadi kenyataan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 April 2017

KTMB Ucap Terima Kasih PM, Gaji Kakitangan Naik

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk semua kakitangan bukan eksekutif dan tujuh peratus kepada eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Pengerusi KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, kelulusan itu berdasarkan Perjanjian Bersama antara Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) dan Persatuan Pegawai-pegawai KTMB (SOA)

“Ini merupakan Perjanjian Bersama yang ke-8 antara KTMB dan RUM dan ke-6 antara KTMB dan SOA. Perjanjian Bersama ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2018,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nawawi berkata, KTMB menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan yang prihati dengan permintaan kesatuan pekerja KTMB untuk mendapat pelarasan gaji yang baik bagi meringankan kos sara hidup.

Menurutnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sangat prihatin terhadap golongan pekerja dan warga KTMB komited untuk terus memberi perkhidmatan terbaik. – MYNEWSHUB.CC


Kami Bukan Bacul

Jangan diusik & disentuh Railwaymens Union Of Malaya (RUM) makanya RUM akan bertindak balas, kami bukan bacul, kami Kesatuan Sekerja tidak boleh diletakan di bawah mana-mana pengaruh, kami akan bertindak balas dengan apa cara pun andai mengusik Pekerja/KTMB & RUM.

Kita akan lawan abis-abisan.

This is Railwaymens Union of Malaya

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KERANA KOPI RUM MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN (AKHIR)

RUM telah pun menjelaskan dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini bahawa pendirian RUM menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Malah dari sudut organisasi RUM, RUM banyak terhutang budi dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, penganugerahan Bantuan Khas Hari Raya, Bantuan Khas Persekolahan kepada Penjawat Awam dipanjangkan kepada Pekerja KTMB, ianya bukan perkara baru tapi semenjak YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak menjawat jawatan Perdana Menteri, malah masalah yang berlaku melibatkan organisasi RUM, YAB Dato Seri Perdana Menteri turut membantu bagi menyelesaikan masalah yang berlaku, sebagai insan yang tahu membalas budi maka RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja tetap akan membalas budi kebaikan yang diberikan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Persoalan yang berlaku hari ini adalah melibatkan Railway Network Access Agreement atau nama timang-timangannya RNAA, maka cetusan idea ini adalah datangnya dari Kementerian Pengangkutan yang diketuai YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia, RUM sendiri telah memaklumkan bahawa RNAA banyak implikasinya kepada KTMB, PEKERJA, RAKYAT dan NEGARA, pada dasarnya Kementerian Pengangkutan tetap ingin meneruskan hasrat ini yang boleh meranapkan KTMB/PEKERJA malah organisasi RUM itu sendiri.

RUM tidak pernah menyalahkan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia maupun Kerajaan Malaysia kerana RUM  sedar maklumat yang disampaikan kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak hanya dari aspek positifnya tapi tidak dari sudut implikasinya, maka pasti YAB Dato Seri Perdana Menteri menyetujuinya, tak kan lah YAB Dato Seri Perdana Menteri nak buat kerja ini semua, maka tanggungjawab berkenaan adalah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan, kalau semua YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak nak buat, baik bubarkan Kementerian Pengangkutan.

Dalam siri "ROADSHOW" ke seluruh cawangan RUM dengan tegas mengatakan bahawa RUM tidak pernah menyalahkan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia  mengenai RNAA malah dalam Roadshow RUM semua ahli-ahli RUM tetap melahirkan sokongan kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri namun dalam aspek RNAA kami tidak akan "compromise" dengan YB Menteri Pengangkutan beliau yang perlu bertanggungjawab mengenai perkara ini  sewajarnya kesalahan perlu diletakkan kepada YB Dato Seri Menteri Pengangkutan dan tindak balas RUM adalah turun padang di Parlimen Bentong untuk memastikan Ahli Parlimen Bentong tumbang pada Pilihanraya nanti.

Takkan sebagai pemimpin organisasi RUM sanggup membenarkan organisasinya tumbang atau melihat pekerja dibuang kerja atau Syarikat yang disayangi KTMB yang memberi rezeki kepada pekerja yang telah bertapak 130 tahun yang lalu tersembam ke bumi, dimana amanah kami, tanggungjawab kami untuk mempertahankan, dayuslah kami kepimpinan RUM sekiranya membenarkan, takkanlah keruntuhan RUM/PEKERJA DAN KTMB menjadi sejarah yang kami kepimpinannya gagal  mempertahankan, di mana maruah kami selaku seorang pemimpin.

Maka itu pendirian RUM jelas bahawa kita tidak berniat sama sekali menjatuhkan Kerajaan, kami menyokong penuh kepimpinan YAB Dati Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kami bertindakbalas adalah terhadap YB Dato Seri Liow Tiong Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong sebagai peneraju Kementerian Pengangkutan yang nencetuskan idea RNAA sehingga beliau kecundang dalam Pilihanraya 14 akan datang.

Maka dengan penjelasan ini, telah menjawab  kenyataan dari blogger berkenaan, kerana kenyataan beliau "berniat jahat" untuk mencemarkan imej RUM sebagai sebuah organisasi yang telah wujud lebih dari 50 tahun yang lampau.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 April 2017

KERANA KOPI RUM MAHU MENUMBANGKAN KERAJAAN

Tergelak besar bila baca kenyataan blogger ini jelas dan nyata "PAKAR FITNAH" yang boleh menjejaskan imej dan intergriti Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

RUM akui bahawa bila kita mula mengusik arena politik maka inilah natijahnya, permainan fitnah akan menjadi satu permainan samada untuk menjatuhkan atau memburukkan atau memporakperandakan mana-mana individu mahupun organisasi, tapi sebagai kesatuan sekerja kita tidak akan bermain seperti itu kita hanya berhujah berdasarkan fakta dan dalil kerana ianya tidak memberi sebarang pengertian untuk melawan mereka kerana menyedari mereka adalah pakar dalam bidang ini.

Walaupun mereka pakar dalam bidang ini, tapi mereka terlupa pembaca hari ini bijak menilai samada kenyataan yang dikeluarkan itu samada betul atau pun tidak, malah implikasinya juga kepada organisasi yang diwakili kerana kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas malah "ibarat meludah ke langit terpercik kemuka sendiri".

RUM tidak mahu melayan blogger seperti ini, walaupun peluang telah diberikan sekali namun apa jua hujah yang dibalas dengan alasan yang munasabah mereka tetap mewujudkan persoalan lain dengan tujuan mewujudkan persepsi atau ayat keraguan, ini satu strategi memerangkap, namun demikian mereka pasti tidak akan berhenti, tapi biarlah itu sebahagian "job specifikasi mereka".

Namun bagi menjawan hujah bahawa RUM tidak melayan nitezen yang merungut itu adalah fitnah, RUM sentiasa mengambil berat terhadap semua rungutan nitezen, cuma isu kopi itu aduannya biarlah bertempat, isu itu terlalu kecil dan boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat tapi ianya seolah-olah dengan niat memburuk-burukkan KTMB, ini tidak adil bukan! malah paling mudah pm atau inbox RUM, In Syaa Allah..  RUM akan ambil perhatian walaupun ianya bukan job speck RUM tapi demi kebaikan KTMB, RUM sentiasa membantu kerana secara tidak langsung kalau imej KTMB tercemar maka imej RUM juga turut tarpalit.

Di bawah ini satu contoh yang RUM ingin paparkan bagi menolak dakwaan RUM yang tidak melayan nitezen bagi tujuan menolak tomahan jahat yang dilemparkan kepada RUM.

Diharap penjelasan ini telah membuktikan RUM sentiasa mengambilberat setiap keluhan nitezen malah perjuangan RUM bukan sahaja untuk Pekerja/KTMB/Negara malah untuk semua rakyat malaysia khususnya pengguna perkhidmatan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 April 2017

PERJANJIAN BERSAMA KE 8 TERIMA KASIH YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Syukur Alhamdulillah Perjanjian Bersama yang ke 8 telah pun diluluskan dengan "Pelarasan Gaji Sebanyak 13%".

Pihak Kesatuan merakamkan ucapan "JUTAAN TERIMA KASIH" kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kelulusan ini mencerminkan YAB DATO SERI PERDANA MENTERI amat prihatin kepada kami gologan pekerja yang berpendapatan rendan serta melaksanakan tugas-tugas di bawah Perkhidmatan Sosial.

Terima kasih juga kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Semua Lembaga Pengarah KTMB yang merestui tuntutan RUM melalui Perjanjian Bersama yang ke 8.

RUM akan terus memberi sokongan seperti mana RUM telah melahirkan sokongan kepada YAB DATO SERI PERDANA MENTERI.

Sekali lagi bagi pihak seluruh warga KTMB kami merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


SENYUM

RUM tersenyum  mereka cuba attack RUM dalam satu kenyataan yang di tag, RUM accept tag tersebut...  banyak kenyataan provokasi dicetuskan malah persepsi yang sengaja diwujudkan untuk menjerat RUM, sayangnya mereka ini tidak buat kaji selidik, terus mengajukan soalan yang sama tanpa memahami maksud sebenar.

Mereka tidak fokus isu RNAA untuk diperdebatkan sebaliknya mereka menjuruskan kenyataan berbentuk politik, tak mengapa sebagai Presiden RUM saya cuba menjawab sebaik mungkin, tidak pernah lari dari tanggungjawab yang telah diamanahkan, tuduhan kata saya berlagak, maaflah... sapa saya nak berlagak... saya hanya pemimpin kecil datangnya dari seorang "KULI" saya juga sedar dan masih sedar sebagai seorang "KULI".

Janganlah risau pemimpin kecil ini tidak mampu menjerat sesiapa pun tidak mampu menjatuhkan sesiapa pun... pemimpin kecil ini dengan ahli-ahlinya hanya ingin menolak RNAA, hanya akan bertindak balas mengenai RNAA, hanya kepada individu yang mencetuskan idea RNAA.

Namun terima kasih pada semua yang mempopularkan Suara RUM walaupun namanya terpaksa ditukarkan kepada Presiden RUM, almaklum Presiden RUM adalah adminnya, pasti ketuanya akan jadi mangsa untuk di attack sama juga Kementerian Pengangkutan yang ketuanya Menteri Pengangkutan di attack, fair enough.

Sebagai pemimpin kecil kesatuan sekerja yang hadirnya dari seorang "KULI" tetap tidak pernah gentar, kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, alang-alang seluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Kami tetap berpendirian bahwa RNAA adalah satu penganiayaan kepada KTMB dan Pekerja malah implikasinya juga kepada rakyat dan negara, sekiranya kenyataan ini tidak benar, maka saya mengalu-alukan YB Menteri Pengangkutan berhujah dengan saya selaku Presiden RUM. Andai YB Menteri Pengangkutan boleh mematahkan hujah saya, saya akan maklumkan pada Majlis Exco bahawa kita sewajarnya menerima RNAA, andai tidak hentikan RNAA, mudah sangat matematiknya.

Pendirian kami

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB..

#JanganBlockSuaraRUM


KOPI O KAW (CERITA SANTAI PAGI INI)

Pagi-pagi ni pekena kopi secawan memang best, macam kata pak cik deputy... kalau tak de kopi kaw memang rasa lain macam, masa pergi outstation baru-baru ni, pak cik deputy kalau singgah mana-mana pun tetap dengan ordernya... "kopi o kaw 1".

Sampai admin pun terpengaruh nak "kopi o kaw"... tapi tak mainlah kopi 3 in 1... tak de taste langsung...

Bila pergi minum satu restoran.. yang kita order... adeiiii... punya lambat sampai.... rasa macam nak naik angin... tapi tak naik angin pun... sebab marah-marah pun tak guna... so kita borak-borak... lambat  minum pun bukannya boleh mati... tak delah sampai nak maki-maki... nak tulis dalam facebook... cuma gi kat kaunter... bagitau... "saya punya order belum sampai" tu sahaja...  sebab kita ada cara yang sesuai untuk berhemah, apatah lagi budaya kita sebagai orang melayu... tak lama lepas tu kopi o kaw pun sampai... taukey dia cakap... "sorry boss".. kita jawab... "its ok"...

Lepas tu kita pun minum kopi o kaw... dengan hati yang sejuk... nyaman.. menikmati kopi o kaw yang sedap sekali tanpa ada rasa marah-marah...

Tiada ego dalam diri.. yang penting kita kena sabar gunakan cara berhemah...

Nikmatnya "kopi o kaw"... tkasih pak cik intro kopi o kaw... terlupa lak nak minum "tea tarik" sekarang ni... hehe

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

*Cerita ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak samada hidup atau mati hanya sekadar pengalaman admin.


Pasal Taik Pun Mau Gadoh?

Salam,

Muzaffar shah izin kan saya menyiarkan sedikit coretan rasa dari sy insan biasa yang rendah pelajaranya, teringat saya dengan dialog filem p.ramlee "pasal taik pun mau gaduh ka sudah la aya nanti sampai esok x boleh tido."

Acc fb memang hak kamu dan kamu bebas mengutarakan apa sahaja yang terlintas di fikiran kamu,soal kamu mengunakan saluran media maya mengkritik itu pun hak kamu,soal pada saluran mana kamu nak menyampaikan kritikan itu pun hak kamu tuan punya badan.mungkin selepas sy pun hendak ikut cara kamu kalau jalan berlubang tidak perlu buat aduan ke jkr atau majlis perbandaran tags sahaja hello DS NAJIB kemudian complain dan kritik lepas ini segala jabatan yang khas untuk di buat pengaduan lebih baik di jumudkan boleh jimat belanja kerana kita boleh guna saluran fb dan tags sahaja menteri yang berkenaan.

Mungkin lepas ni bangunan parlimen pun tidak payah di gunakan kita buat sidang video dari rumah masing siar di fb untuk perbahasan di parlimen.saya sedih dan rasa kecewa dengan komen yang seperti hendak membunuh ktmb. Kamu memperlekeh seolah olah kami tidak bermaruah .

Bagaimana perasaan keluarga kami bila membaca komen komen kamu semua.biar lah rumah kami ada bocor di sana sini alhamdulilah syukur sangat masih ada tempat mencari rezeki.

Biar lah buta penglihatan jangan buta hati dan fikiran, biar miskin harta jangan papa adat dan bahasa.

Pengerusi RUM Cawangan Johor Bharu


05 April 2017

Tak tahu jangan nak komen

Kita tenguk komen ini... dia hentam KTMB, sebab apa... nak menghalalkan cara kononnya RNAA patut proceed, pengurusan KTMB lemah...

Sayang seribu kali sayang... mereka sepatutnya salahkan Kementerian Pengangkutan, kalau komuter masalah kenapa beli komuter yang bermasalah, siapa yang buat maintenance? Kalau sistem tiket bermasalah, siapa yang beli mesin tiket, KTMB ke yang beli?

Please bro, sebelum buat komen, buat sedikit homework, kelebek-kelebek kenyataan Suara RUM n suararum.blogspot.com, ada jawapan kat situ.

Back up lebih sangat... last sekali ibarat meludah kelangit...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


CAKAP POLITIK 5 BERJASA SOKONGAN TERBUKA UNTUK DATO SERI RAJA NONG CHIK

Dato Seri Raja Nong Chik adalah individu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan RUM malah orang yang sangat berjasa dalam membantu RUM khususnya kemelut pembuangan 97 kepimpinan dan ahl-ahli RUM. Jasa beliau tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

Seorang yang lembut dan sangat berdedikasi, sangat ramah dan baik hati, sangat senang dengan beliau.

"Orang Berbudi Kita Berbahasa"

Maka RUM sangat berharap beliau tetap sebagai calon Ahli Parlimen Lembah Pantai malah RUM sendiri akan turunkan jentera RUM untuk membantu beliau  sekiranya beliau calon lembah pantai, sokongan RUM adalah untuk Dato Seri Raja Nong Chik bagi calon Lembah Pantai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 April 2017

BLOCK SUARA RUM 2

Jentera-jentera MoT ibarat bacul, tak berani berdepan dengan RUM, tidak berani membenar Suara RUM bersiaran dengan bertindak memblock FB Suara RUM.

Mereka dah mula merasa gentar bila kenyataan-kenyataan Suara RUM berbentuk agresif malah telah menonjolkan beberapa kenyataan dari aspek bicara politik.

Kekecutan berlaku kerana isu RNAA telah menjadi hangat malah dalam 10 isu utama negara.

RUM sebagai Kesatuan Sekerja tetap menyuarakan HAK selaras dengan perlembagaan RUM yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja.

Tindakan mereka yang menyekat aktiviti kesatuan sekerja malah menyekat hak kebebasan bersuara selaras peruntukkan perlembagaan, niat mereka jelas berunsurkan "niat jahat", RUM tetap berpendirian menentang RNAA malah akan mengunakan apa cara sekalipun menentang cadangan ini terhadap Menteri Pengangkutan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


BLOCK SUARA RUM 1

BLOCK SUARA RUM 1

RUM terbaca kenyataan RAZIZ RASHID kononnya beliau telah menjawab semua komentar dari Presiden RUM dalam wall beliau sedangkan kenyataan beliau jelas tidak mampu berhujah dengan RUM, malah beliau menyatakan Suara RUM telah diactivate, sedangkan Suara RUM telah di block untuk bersiaran.

Jawapan beliau lebih kepada menegakkan benang yang basah malah kenyataan beliau jelas tidak mempunyai hujah dan fakta secara tidak langsung telah menunjukkan MoT mempunyai seorang Pegawai Khas yang sengaja ingin menjejaskan imej MoT itu sendiri.

Maka RUM berpendapat Pegawai Khas MoT sebenarnya tidak layak menduduki kerusi berkenaan kerana tidak mampu berhujah malah memberi ruang dan peluang untuk RUM attack Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pengangkutan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.