RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

22 Mei 2017

PENGURUS BESAR MODAL INSAN TUAN HAJI HELMI HASSAN HENDAKLAH DITUKARKAN!

RUM telah menerima surat jawapan balas hari ini, surat berkenaan membuat RUM "amat terkilan dan tidak berpuas hati".

Maka...

RUM akan menulis surat rasmi kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB menggesa Tuan Haji Helmi Hassan Pengurus Besar Modal Insan KTMB hendaklah ditukarkan dengan kadar segera, kenyataan RUM ini berdasarkan beberapa salah laku mengenai perlanggaran Akta dan tidak menghormati penyandang jawatan Setiausaha Agung RUM dengan mendefinasikan Setiausaha Agung RUM yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan Sekerja selaras dengan Perjanjian Bersama, Akta 177 dan  Akta 262 sebagai "Pekerja @ Pemandu Lokomotif".

Juateru itu RUM bersedia mengambil tindakan PIKET sekiranya Tuan Haji Helmi Hassan tidak ditukarkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari surat yang akan dikeluarkan hari ini, maka RUM akan mengistiharkan "PERTIKAIAN".

RUM mencabar pihak yang mana berkenaan mendifinasikan Perjanjian Bersama, Akta 177 dan Akta 262 yang telah pihak RUM mengeluarkan surat sebelum ini.

Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Dato Ir Nawawi Ahmad mohon semak kembali "qualification, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang "SUMBER MANUSIA" khususnya melibatkan Perjanjian Bersama, Akta 177 dan Akta 262. Beliau tidak mempunyai sebarang kelayakkan.

Usik mana-mana Pemimpin RUM maka telah mengusik dengan sengaja organisasi RUM, maka RUM akan bertindak balas.

Kalau pakai songkok kat kaki, anda tidak layak 100% jadi Pengurus Besar Modal Insan!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 Mei 2017

COOLING- OFF PERIOD

Assalamualaikum n Salam Sejahtera

Hari ni RUM paparkan komen Pengerusi RUM Cawangan Johor Bharu dalam group whatsapp.

Dalam masa yang sama, RUM nak maklumkan bahawa sepucuk surat kepada YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia mengenai pertemuan  bersama dengan RUM dikeluarkan hari ini.

RUM buat masa ini dalam situasi "cooling- off period" untuk satu tempoh pendek sebelum menulis kembali mengenai RNAA bagi menghormati pandangan YB Dato Seri Menteri Pengangkutan, justeru itu pada sahabat-sahabat RUM mohon sebarang kenyataan tidak dikeluarkan mengenai RNAA atau Kementerian Pengangkutan direhatkan sedikit masa sehingga Jawatangkuasa bersidang kembali membuat keputusan selanjutnya.

Namun semangat perjuangan terus dikekalkan, sedikit rasa alpa jangan sekali, perjalanan kita masih jauh untuk mencapai matlamat kita TOLAK RNAA, SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Mei 2017

KENYATAAN AKHBAR: PERTEMUAN DENGAN YB MENTERI PENGANGKUTAN

4hb Mei 2017 Pertemuan dengan YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dengan pihak Kesatuan telah berjalan dengan harmoni, turut hadir bersama dalam pertemuan tersebut ialah YB Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin Bin Hj. Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Perbadanan Aset Keretapi (RAC), PEMANDU dan Pegawai Kanan KTMB, bagi pihak Kesatuan diwakili oleh kepimpinan tertinggi Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB (KPPKTMB).

YB Menteri dalam mukadimahnya telah menjelaskan ianya sebagai Plan Transformasi KTMB yang mana niat Kerajaan adalah untuk membantu KTMB supaya mencapai keuntungan, dengan Plan Railway Network Access Agreement (RNAA) ini maka KTMB boleh beroperasi dengan lebih efektif lagi.

Pihak Kesatuan dalam mukadimahnya telah menjelaskan bahawa implikasi kepada Railway Network Access Agreement (RNAA) mewujudkan KTMB dikecilkan dari sudut carta organisasinya yang mana-mana jabatan – jabatan akan diambilalih oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) berdasarkan kononnya semua harta adalah milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Pihak Kesatuan turut menjelaskan kewujudan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) adalah sebagai pemegang amanah berdasarkan KTMB telah diswastakan pada 1hb Ogos 1992 manakala aset telah dipindahmilik kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) berdasarkan pindaan Akta Keretapi 1991 namun melalui Warta Kerajaan ketika itu semua aset diserahhak kembali kepada KTMB tanpa pemilikan hak.

Kini melalui Plan Railway Network Access Agreement (RNAA) yang dijadualkan akan dilaksanakan oleh KTMB akan menyaksikan semua aset dikembalikan kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) manakala KTMB hanya berperanan sebagai pengendali atau operator, semua aset yang dikembalikan kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) akan disewa kembali kepada KTMB. Harus disedari bahawa RAC tidak mempunyai kepakaran dalam industri keretapi, maka jalan yang ada ialah mengoutsorcekan semua jabatan keretapi yang telah diserahhak kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC), tindakan sedemikian adalah satu idea miskin yang tidak mencerminkan Plan Teansformasi ke arah kreatif dan berinovasi, cadangan ini juga menimbul implikasi yang besar kepada Pekerja/KTMB malah dari sudut perkhidmatan sosial dan kepentingan negara Malaysia itu sendiri. Kesatuan juga dalam penjelasannya menjelaskan perbezaan KTMB dan PRASARANA dari banyak sudut serta melahirkan KTMB dianaktirikan.

Pihak Kesatuan menekankan bahawa semua yang ada beroperasi seperti biasa dan strategi perniagaan diperluaskan malah dari sudut kendalian penyenggaraan "Maintenance, Repair & Overhaul" (MRO) dilakukan oleh KTMB sendiri kerana KTMB mempunyai tenaga pakar malah usaha perpindahan teknologi perlu diperkemaskan agar KTMB mampu mengeluarkan produknya sendiri antara pandangan Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB (KPPKTMB) rombakan perlu dilakukan terhadap pengurusan KTMB dari sudut struktur organisasinya malah Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB (KPPKTMB) mencadangkan kepakaran luar perlu diambil bagi memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan KTMB.

YB Menteri pada dasarnya bersetuju dengan pandangan Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB (KPPKTMB) dan merumuskan untuk mengkaji semula dengan membuat bengkel yang akan melibatkan RUM bersama Pemandu dan KTMB, bengkel ini bagi mencari solusi terbaik bagi membantu KTMB dalam memastikan KTMB mampu berkembang dan memperolehi keuntungan, dijangka bengkel tersebut akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini.

Pihak Kesatuan pada dasarnya bersetuju dengan cadangan YB Menteri dan bersedia memberi kerjasama namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada hari ini telah memutuskan bahawa Railway Network Access Agreement (RNAA) “hendaklah dibatalkan” terlebih dahulu sebelum satu bengkel bagi mewujudkan idea yang lebih baik dari Railway Network Access Agreement (RNAA), pihak Kesatuan bersedia memberi kerjasama demi kebaikan KTMB seterusnya bersama Kerajaan untuk Plan Transformasi baru KTMB yang lebih berkesan demi kebaikan rakyat dan negara, surat Kesatuan mengenai perkara ini akan menyusul kepada YB Menteri Pengangkutan.

Sekali lagi kami kepimpinan Kesatuan merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri kerana membuka ruang perbincangan seterusnya bersetuju untuk mewujudkan bengkel yang melibatkan kepimpinan Kesatuan dalam Plan Transformasi yang lebih baik dari Railway Network Access Agreement (RNAA).

Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

(ABDUL RAZAK BIN MD HASSAN)
Presiden
Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB
012 - 3073731

"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"


04 Mei 2017

SEDARLAH RNAA

Bila kita nak kekal kerja, bila kita kata sayangkan kerja kita, bila kita kata sayangkan KTMB, bila kita kata kita nak Selamatkan KTMB, kita kena cari@wujudkan kerja, kita cetuskan idea kreatif dan inovatif dalam keadaan apa pun kita berusaha gigih dan berdedikasi untuk melaksanakan kerja.

Kerja sambil lewa,  tuang kerja, pocop, datang lambat, malas kerja, MC palsu atau apa jua yang boleh disebabkan kesalahan disiplin hendaklah dihentikan, zaman itu telah berlalu, kalau ingat masih ingin lakukan, jangan lakukan dalam KTMB, pergi cari kerja lain, RUM tidak mahu kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

Begitu juga dengan pengurusan kalau ada sikap sebegitu hentikanlah, kita kena bergerak selangkah kehadapan, bukan lagi bersikap sambil lewa, bukan lagi kata aku makan gaji, bukan lagi kata aku kecewa atau bukan lagi rasa selesa atau apa jua sebutan.

Fokus apa itu Selamatkan KTMB,  Selamatlah Pekerja, slogan ini terlalu banyak maksud tersirat yang memberi pengertian yang sangat mendalam bagi   yang memahaminya.

Hari ini kita berdepan dengan RNAA, satu isu yang sangat besar ibarat hidup atau matinya PEKERJA/KTMB & RUM, kalau kita masih diambang negatif, kita akan kecundang, fikir positif bahawa tiada yang sukar untuk kita berubah untuk menjadi yang terbaik, kita terus bangkit merobah diri kita dengan bertanggungjawab kearah peningkatan produktiviti, kita harus buktikan kita pekerja terbaik dari semua sudut, apatah lagi kita telah diberi peningkatan gaji melalui pelarasan gaji sebanyak 13% dan gaji minima sebanyak RM 1200.00 tiada alasan lagi untuk kita tidak mampu memberi komitmen terhadap KTMB.

Justeru itu harapan besar RUM pada semua Warga KTMB khususnya Ahli-Ahli RUM kita mampu mempertahankan KTMB sekiranya semua perkara di bawah tafsiran Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja kita lakukan dalam masa yang sama tidak kira apa gred perlu bersatu untuk bersama mempertahankan KTMB, andai kita gagal, kita leka, kita selesa tanpa ada kebangkitan semangat berjuang maka "NASI TELAH JADI BUBUR"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


01 Mei 2017

SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2017

Salam Perjuangan

RUM mengucapkan Selamat Hari Pekerja/Buroh pada semua pekerja KTMB dan semua warga pekerja Malaysia. Bagi Pekerja KTMB khabar berita gembira turut diterima pada masa yang sama berada dalam dilema berita buruk melalui RNAA.

Alhamdulillah bagi pekerja KTMB hadiah paling berharga sempena Hari Pekerja 2017 adalah penganugerahan Pelarasan Gaji 13% dan Gaji Minima RM 1200.00, kita rasa bersyukur dan gembira pada Hari Pekerja ini.

Namun dalam kita bergembira kita jangan lupa bahawa saat getir yang bakal kita hadapi dengan RNAA, cabaran besar sedang menanti kita.

Sempena Hari Pekerja 2017 marilah kita sama-sama berusaha meningkat tahap kecergasan bekerja malah meningkatkan tahap dedikasi kita melebihi apa yang telah kita lakukan sebelum ini bagi memastikan ianya selaras dengan slogan RUM, Selamatkan KTMB.

Dalam masa yang sama kita juga perlu meningkatkan tahap kekuatan kesatuan secara maksima dengan dimulai "Bersatu" khususnya semua ahli-ahli RUM, semangat yang tinggi dalam berjuang, mental yang kuat, tanpa rasa gentar dan takut, malah berusaha sedaya upaya membangkitkan semangat perjuangan selaras dengan slogan RUM, Selamatkan Pekerja (KITA).

Justeru itu kita perlu sentiasa "bersiap sedia untuk berjuang dengan jayanya", Hari Pekerja ini sebagai pemangkin perjuangan kearah "TOLAK RNAA", "AYUH KITA KE BENTONG", matlamat utama kita adalah dengan apa cara sekali pun RNAA hendaklah "DIHENTIKAN".

Sekali lagi bagi pihak kepimpinan RUM kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA/BUROH kepada semua warga Pekerja KTMB dan Seluruh Warga Pekerja di Negara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB