RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

21 Jun 2017

BERPERIKEMANUSIAAN

GM TMOD ni macam bukan seorang manusia, tindak tanduknya dah ibarat tidak berperikemanusiaan, tidak ada sedikit pun pertimbangan untuk merasa belas kasihan boleh dikatogerikan zalim.

Kes terbaru seorang pegawai kanan KTMB telah ditamatkan kontrak semalam seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri, memanglah syarat kontrak telah termaktub bahawa penamatan kontrak adalah hak majikan seperti mana terkandung dalam syarat-syarat kontrak, tapi kita ni seorang Insan ada rasa simpati, ada perasaan belas ehsan, ada akal untuk berfikir dengan waras agar sesuatu keputusan dibuat dengan tindakan yang munasabah tapi tidakan yang dibuat seolah-olah tidak matang, sesuka hati, seolah-olah GM TMOD ni tiada perasaan seorang Insan.

Tak boleh ke kalau nak tamatkan kontrak tunggu selepas raya lagi pun tinggal beberapa bulan lagi kontrak nak tamat malah sewajarnya tunggulah kontrak yang tak berapa bulan tu tamat kemudian tidak perlu sambung kontrak., RUM dah banyak kali bagitau GM TMOD ni tak layak jadi GM TMOD sebab dia tak tau apa itu "pertimbangan yang munasabah dan apa itu perikemanusiaan".

Bukan ahli RUM pun seorang dari kumpulan pengurusan tapi atas dasar kemanusiaan dan sesama insan, RUM merasa amat dukacita dengan tindakan sedemikian.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Jun 2017

RUM pening dengan perancangan KTMB

Duk byk iklan jawatan kosong dibuka.. dari jawatan SVP,  GM smpi non exec..

Terus terang RUM makin pening dengan perancangan KTMB. Hala tuju makin bercelaru... nk salahkan sapa kali ini... dimana perancangan sebenar.. malah RUM berani kata job spec pun depa ni tak tau... baru nk semak.... adeiiii.... please... please... jgn rojakkan KTMB lg... makin haru biru...  tah apa-apa tah..

EXCO BOARD PUN JANGAN DUK CELARU... AWAT HANGPA NI SEMUA PENING KA... TAK DAPAT  PEKENA KETUM KA?    ADEIIIIIIII....

Mampuih.... haru biru....  RNAA lah... GM lah... SVP Businees.... tu dia... makin lawak... awaatt depa ni tk tgk tang mana masalah sebenar.... adeiiii....

RUM kalau tulis ni.. buat cerita bersiri... mau Exco Board tak tidoq mlm...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 Jun 2017

3OHARI NOTIS

Jangan ingat RUM duk diam..

1. Batalkan surat!
2. Keluarkan Tuan Haji Helmi Hassan GM TMOD dari TMOD.

Lepas 30 hari... RUM akan bagi makluman tarikh berpiket"

NO COMPROMISE

GM TMOD PERLU DISINGKIRKAN, KTMB TAK PERLU PEGAWAI BANGANG! "NOT FIT@ UNQUALIFIED" & TOTALLY FAILED"

Kalau "BOARD INI BIJAK"... GM TMOD boleh diambil tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah "BUANG KERJA" tapi RUM ada lagi pertimbangan hanya "TUKARKAN" sebelum lagi parah!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB