RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 Julai 2017

PENGANGKUTAN KARGO KTMB "AVAILABILITY" LOKOMOTIF & WAGON ADAKAH UNSUR SABOTAJ? PT 1

Kegagalan mewujudkan "availability" Lokomotif secara maksima khususnya menjadikan Kargo KTMB seolah-olah hidup segan mati tak mahu, mungkin ada pendapatan yang baik ketika ini, berdasarkan akaun yang lepas sekiranya itu dibuat perbandingan maka pengurusan beranggapan sudah mencukupi kerana mempunyai alasan yang munasabah, kalau ini dianggap satu jawapan maka jawapan ini adalah "SILAP".

Perbandingan yang perlu dilakukan ialan berapa jumlah lokomotif yang KTMB ada, KTMB mempunyai Lokomotif Kelas 23, 24, 25, 26 dan 29, berapa keperluan "availability" dari keseluruhan jumlah lokomotif hidup? Minima ialah 80%, sekiranya semua 80% "availability" lokomotif digerakkan sepenuhnya berapakah jumlah pendapatan boleh didapati? Ini yang perlu kita buat penilaian dari segi perbandingan.

Manakala sekiranya kita lari dengan jumlah Lokomotif melalui larian tren kargo yang rendah tapi pendapatan boleh dianggap tinggi hanya kerana ada kenaikan tambang kargo, ini bukan jawapannya, kerana pendapatan tidak mampu ditingkatkan sebaliknya kita masih ditakuk lama!

Boleh diandaikan larian tren kargo hanya dalam lingkungan  40% - 50% dari jumlah lokomotif yang hidup, maknanya KTMB telah hilang pendapatan berdasarkan kekurangan larian sebanyak 30% berdasarkan kurang larian tren, maka dari segi pendapatan berapakah jumlah RM yang telah hilang?

Dari sudut 30% lokomotif yang tidak dijalankan, maka KTMB juga telah hilang berapa ramai customer? Maka customer ini siapa yang bakal curi? maka andaian RUM "second operator" sedang menanti untuk mengambil kesempatan dari kelemahan samada secara sengaja atau tidak sengaja dari pihak pengurusan KTMB.

Kalau dari aspek di atas RUM beranggapan ada unsur sengaja, andai ada unsur sengaja maka ianya seolah-olah "sabotaj", kalau tiada unsur-unsur sabotaj kenapa tidak memastikan jumlah lokomotif ditingkatkan, andai ada masalah untuk meningkatkan "availability" lokomotif maka masalah yang wujud itu perlu diatasi dengan kadar segera, isu yang berlaku bukan perkara baru, zaman YBhg Datuk Elias Kadir berpucuk-pucuk surat mengenai isu yang sama gagal diselesaikan, maka itu pihak pengurusan perlu beri tumpuan  khusus untuk memastikan perkara ini diselesaikan jangan sampai tuduhan menyatakan ada "unsur-unsur sabotaj" bagi membenarkan "second operator" diwujudkan kemudiannya customer akan lari berpunca dari pengurusan itu sendiri!

KTMB yang kami pertahankan akan musnah maka pekerja jadi mangsanya, RNAA kita sendiri yang memberi ruang!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


28 Julai 2017

PENGANGKUTAN KARGO KTMB "AVAILABILITY" LOKOMOTIF & WAGON

RUM ingin menekankan kepada Pengurusan KTMB beri keutamaan kepada Pengangkutan Kargo, pengangkutan kargo sumber pendapatan utama KTMB.

Pokok kepada pengangkutan kargo adalah lokomotif maka availability lokomotif hendaklah mencapai tahap maksimum, wagon juga mesti mencapai tahap maksimum, sekiranya ini dapat dicapai maka larian kargo akan menjadi rancak.

Bila rolling stock ini mencukupi maka Jabatan Kargo dari sudut marketingnya perlu lebih agresif untuk mencari customer, kalau lokomotif tidak mencapai tahap maksimum jabatan kargo juga tidak mencapai tahap kerja yang maksimum, maka marketing boleh duduk santai kerana kurang pekerjaan.

RUM menyedari bahawa pengurusan KTMB terlalu menumpukan pengangkutan penumpang atas dasar rasa takut dengan rungutan pengguna, maka tumpuan lebih diberikan kepada pengangkutan penumpang, tindakan sedemikian akan melibatkan kerugian pendapatan KTMB kerana penggantungan semata-mata kepada pengangkutan penumpang akan menjejaskan pendapatan KTMB.

Dari sudut lain RUM juga boleh mengandaikan seolah-olah ada pihak yang mungkin cuba melemahkan pengangkutan kargo tanpa memperdulikan keperluan availability bagi memberi laluan kewujudan "second operator atau multiple operator" sekiranya ini benar maka RUM beranggapan ada unsur-unsur sabotaj dengan tujuan memberi ruang kewujudan "second operator atau multiple operator" seperti dalam perancangan RNAA, apatah lagi proposal penawaran sebagai "second operator" yang telah dikemukakan kepada MoT.

RUM juga menyedari bahawa dengan ketiadaan Presiden KTMB, KTMB seolah-olah kehilangan hala tuju atau mungkin operasi KTMB yang dilakukan kini sekadar melepaskan batuk ditangga, namun demikian sekiranya kita melaksanakan penuh rasa tanggungjawab, ketiadaan Presiden KTMB bukanlah satu alasan yang boleh menyebabkan kita tidak memperdulikan pengangkutan kargo.

RUM amat berharap kesungguhan dari semua pihak yang terlibat termasuk pekerja bekerja secara agresif bagi memastikan pengangkutan kargo sebagai sumber pendapatan utama, maka itu harapan RUM availability lokomotif dan wagon dapat ditingkatkan secara maksimum.

Hanya dengan sumber pendapatan yang rancak maka kita mampu memulihkan KTMB, usahakanlah tanpa mengenal erti lelah demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KECELARUAN BIDANG KUASA, KONONNYA! JANGAN ULANGI KESILAPAN SEPERTI PENGSWASTAAN KTMB!

Kononnya mewujudkan RNAA adalah kerana kecelaruan bidangkuasa Perbadanan Aset Keretapi berdasarkan Akta Keretapi 1991, itu yang dikatakan melalui surat yang diterima oleh YB Dato Seri Menteri Pengangkutan.

RUM nak jelaskan bahawa tiada kecelaruan peranan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), tafsiran RUM jelas dari aspek pengswastaan KTMB maka KTMB tidak berhak untuk memiliki aset berdasarkan KTMB telah diswastakan, maka pegangan aset perlu diletakan di bawah agensi kerajaan, maka itu terwujudnya pindaan Akta Keretapi 1991 dimana Perbadanan Aset Keretapi (RAC) diwujudkan selaras dengan pindaan Akta Keretapi 1991.

Dari sudut kewujudan ini boleh dianggap (RAC) hanya sebagai "pemegang amanah" bagi memberi hak sebagai "pemilik aset", namun ianya melalui dokumen tertentu telah mengesahkan bahawa ianya diserahkan kepada KTMB dengan pajakan RM 1.00, asas dan tujuannya ialah KTMB adalah "perkhidmatan sosial".

Dalil kepada perkhidmatan sosial KTMB tidak mampu berorientasikan perniagaan berdasarkan harga tambang di bawah  kos operasi, manakala harga tambang dikawal oleh kerajaan, maka disinilah punca utama kegagalan pengswastaan yang mengheret KTMB kekancah kerugian.

Tindakan mewujudkan RNAA kononnya berperanan untuk memastikan bidangkuasa RAC adalah satu alasan untuk mengaburi mata tetapi tersiratnya adalah untuk tujuan tertentu bukannya dengan niat kononnya ingin membantu KTMB.

Penyusunan KTMB selepas Pindaan Akta Keretapi 1991 melalui dokumen yang ditandatangani Mantan Menteri Pengangkutan ketika itu Y. A. Bhg. Tun Ling Liong Sik, Unit Perancang Ekonomi yang dipersetujui oleh YAB Dato Seri Perdana Menteri ketika itu secara langsung telah menjelaskan peranan RAC itu sendiri dan mengatasi hak Akta Keretapi pindaan 1991, maka tiada sebarang kecelaruan timbul peranan RAC itu sendiri, surat YB Dato Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan adalah meleset kerana kerana gagal membuktikan kewujudan kecelaruan kuasa RNAA!

Justeru itu kewujudan RNAA  bertujuan untuk menidakkan dokumen 1992 sebagai satu langkah yang "berniat jahat" untuk menghancurkan KTMB yang telah terwujud sejak 130 tahun dulu.

Pihak RUM tidak akan berhujah sekiranya tanpa fakta malah bersedia berdepan dengan mana-mana pihak demi SELAMATKAN KERETAPI "TANAH MELAYU".

Janganlah hanya kepentingan pihak tertentu maka Keretapi "TANAH MELAYU" tersembam dibumi sendiri, janganlah kesilapan Tun Mahathir Muhammad Mantan Perdana Menteri Malaysia yang mengswastakan Keretapi Tanah Melayu pada 1.8.92 diulangi lagi malah lebih buruk dari perancangan yang di buat oleh Mantan Perdana Menteri.

Hasil Pengswastaan Keretapi Tanah Melayu semua aset berbentuk hartanah telah tergadai kini dengan perancangan RNAA maka aset yang ada di bawah pembiayaan kerajaan iaitu "wang rakyat" turut tergadai, lihatlah Indonesia melalui Keretapi Indonesia yang masih memiliki semua asetnya malah mampu meraih keuntungan.

Jujur dan amanah dalam menjalankan tugas maka semua ini tidak akan berlaku malah KERETAPI "TANAH MELAYU" akan tersergam dengan sejarahnya tersendiri sebagai satu identiti untuk Bangsa Melayu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


27 Julai 2017

TERBAKAR HATI

Tenguk gambar ini yang dikirimkan oleh rakan yang katanya diambil dalam wall fb RAC jelas mereka dah menyimpan hasrat untuk meletakkan logo RAC ke Lokomotif, buktinya gambar yang dipaparkan.

Keretapi Tanah "MELAYU" dah punah!!!! Mana "MELAYU" nya? "MELAYU GELAK BESAR" !

"ANAK KECIL MAIN API"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Julai 2017

KENYATAAN YANG BERHATI2

RUM nasihatkan pada Pengurusan KTMB agar berhati-hati mengeluarkan ungkapan/ucapan dan kenyataan melibatkan RNAA, RUM tidak teragak-agak menelanjangkan mana-mana Pengurusan KTMB.

Perlu disedari setiap ungkapan/ucapan dan kenyataan pasti akan disampaikan kepada kepimpinan RUM, maka RUM akan marah kerana perjuangan menolak RNAA bukan hanya untuk ahli-ahli RUM sahaja tapi untuk semua warga KTMB.

Sewajarnya kita bersama mengharungi pertarungan ini demi Selamatkan KTMB!. Selamatnya KTMB, Selamat seluruh warga KTMB, malah kita berjaya menolak permainan untuk kepentingan pihak tertentu! Janganlah kita pula bersekongkol mengiyakan bahawa RNAA itu terbaik.

RUM nak bagi tahu dari sudut kajian Antarabangsa melalui pakar pengangkutan awam juga menyatakan bahawa sistem seumpama RNAA yang digunakan adalah tidak bagus malah menimbulkan banyak implikasi kepada pekerja dan pengguna dari sudut perkhidmatan sosial.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


21 Julai 2017

TANDA NAMA RAC TELAH DIPADAMKAN DI STESEN KTMB KRAI (RNAA)

Selepas kenyataan yang dikeluarkan dan diviralkan, Tanda Nama RAC di Stesen KTMB Krai telah dipadamkan.

Lucu dan sangat pelik apabila tiada yang sedar malah mengikut info yang diterima pihak pengurusan KTMB sendiri tidak mengetahui dengan adanya tanda nama RAC.

Mengikut info yang diterima selepas Stesen KTMB Krai, stesen berikutnya adalah Stesen Manik Urai pula akan dimasukkan nama RAC.

Ketua Pengarah RAC yang baru cukup bijak untuk membuat "TEST MARKET", kenapa masa berdepan dengan RUM didepan YB Dato Seri Menteri Pengangkutan membisu seribu bahasa, kalau hebat berdepanlah dengan RUM, bukan stail tindakan "TEST MARKET", itu "BACUL" namanya.

RUM tetap berpendirian tidak akan berganjak  bahawa RNAA hendaklah dihentikan, niat mewujudkan RNAA adalah "NIAT JAHAT".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KURSUS LUAR NEGARA

RUM pun hairan bila kursus luar negara melibatkan latihan untuk pekerja @ pegawai KTMB dari sudut latihan teknikal, maka MoT n TDA ada nama yang nak terlibat, mereka pun bagilah beberapa alasan untuk terlibat.

Latihan keluar negara melibatkan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh KTMB yang lain tu untuk hadir buat apa? Kalau nak pergi atas tanggungan sendirilah bukan dalam pakej yang ditawarkan, walaupun alasan itu dilihat munasabah tapi praktikalnya dilakukan oleh KTMB sedangkan mereka yang ingin terlibat hanya dari aspek lain yang perlu ditanggung oleh organisasi mereka sendiri.

RUM beranggapan mereka ini mengambil kesempatan bukan melihat kepentingan KTMB. Justeru kewajaran untuk ke luar negara adalah tidak munasabah, munasabahnya adalah untuk KTMB samada dari segi teori dan praktikalnya kerana ilmu yang didapati semata-mata untuk kegunaan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


20 Julai 2017

STESEN KERETAPI TAMAN DATO HARUN TIDAK DIBENAR MENGUNAKAN LOGO KTMB RNA

STESEN KERETAPI TAMAN DATO HARUN
TIDAK DIBENAR MENGUNAKAN LOGO KTMB
RNAA

RUM baru mendengar khabar berita bahawa Stesen Keretapi Taman Dato Harun tidak dibenarkan mengunakan "LOGO KTMB" sebaliknya akan mengunakan "LOGO RAC" tindakan sedemikian adalah seolah-olah kewujudan "RAMPASAN KUASA".

Percubaan ini adakah mungkin untuk cuba menonjolkan langkah awal dengan menyatakan KTMB bakal dihapuskan? Langkah permulaan pelaksanaan RNAA.

RUM tegaskan bahawa RUM tidak akan berdiam diri malah seperti perancangan awal bahawa TARGET ke BENTONG tidak pernah terpadam malah masih dalam Minit Mesyuarat Exco.

RUM akan menghantar surat bantahan mengenai perkara ini malah bersedia untuk berpiket di Stesen Dato Harun untuk melahirkan bantahan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Julai 2017

MRT SUNGAI BULUH - KAJANG Menteri Pengangkutan Malaysia RNAA

RUM mengucapkan Tahniah atas pembukaan  larian Tren MRT Fasa 1 sehingga ke Kajang, pembukaan ini satu aspirasi peningkatan pengangkutan awam yang lebih maju.

YB Dato Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan Malaysia dalam kenyataan akhbarnya telah mengangkat YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai "BAPA PENGANGKUTAN AWAM" satu penganugerahan dan bagi pihak RUM ianya amat tepat kerana pegangkutan awam dinegara ini agak lambat pergerakannya berbanding negara-negara Eropah, usaha YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia adalah amat dialu-alukan.

Namun dalam merancakkan pengangkutan awam melalui sistem keretapi baru seperti MRT maka jangan dipinggirkan KTMB yang telah terwujud lebih 130 tahun.

YB Dato Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan perlu lebih bertanggungjawab dengan KTMB dengan meningkatkan keperluan seiring apa yang telah dinikmati melalui sistem pengangkutan baru MRT, sekiranya dibandingkan dengan apa yang dinikmati oleh KTMB maka boleh dikatakan seolah-olah KTMB dipinggirkan atau dianak tirikan.

Melaksanakan RNAA kononnya untuk membantu KTMB adalah satu idea yang terkebelakang atau dengan sifat kepentingan diri walaupun alasan yang digunakan untuk menyusun hak dan kepentingan RAC melalui Aktanya.

RUM ingin menegaskan bahawa idea RNAA sendiri akan merosakkan kepentingan KTMB dalilnya sistem MRT yang baru semua asetnya dikendalikan oleh pengurusan MRT sendiri sebaliknya KTMB melalui RNAA semua asetnya dikendalikan oleh RAC dengan meletakkan kadar pajakan@sewaan yang perlu ditanggung oleh KTMB. Idea berkenaan bukan sahaja akan membebankan KTMB malah akhirnya KTMB akan musnah malah pekerja KTMB akan turut jadi mangsa.

Justeru itu RUM ingin menasihatkan YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia mengkaji sistem pengurusan aset seperti MRT dan pengurusan tren-tren lain yang di bawah pengendalian Prasarana sebelum mengemukakan idea seperti RNAA.

Sepatutnya YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan sedar sistem yang digunapakai oleh MRT maupun Syarikat Keretapi di bawah Prasarana adalah sistem KTMB lama yang mana pengendalian aset dikendalikan oleh KTMB sendiri.

Hentikanlah permainan yang boleh merosakkan kepentingan KTMB/ RAKYAT/NEGARA dan khususnya kami kaum pekerja yang amat menyayangi KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERHATI TKSU (KEBAL BETUL TKSU INI)

RUM dah lama perhati seorang yang bergelaran Dato berjawatan Timbalan KSU sebuah kementerian.

Boleh dikatakan beliau adalah "mastermind", pernah mendapat surat pertukaran dua (2) tahun dahulu, malah Majlis Perpisahan (farewell) telah pun dibuat, disaat akhir pertukaran dibatalkan, khabar berita KSU dan KSN juga tidak mampu berbuat apa2.

Selagi beliau berada dalam Kementerian maka selagi itu KTMB akan bermasalah kerana desakannya mengikut kehendak beliau, malah beliau tidak peduli dengan kehendak KTMB maka pengurusan KTMB yang tiada pendirian/takut bakal ikut sahaja kehendak beliau. TKSU ini kuat mendesak pengurusan KTMB kononnya perlu mengikut kehendak kementerian sedangkan keperluan sebagai "user" adalah mengikut kehendak KTMB.

Pleaselah tukarkan sahaja, kalau tak betul apa yang RUM cakapkan please check samada betul atau tidak beliau pernah dapat surat pertukaran tapi beliau berjaya dikekalkan disaat akhir melalui pembatalan pertukaran sebaliknya seorang KSU yang berpendirian boleh ditukarkan.

KSN please kaji semula kedudukan beliau!

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


10 SET ETS MAINTENANCE

RUM terpanggil untuk menyatakan apa perlunya Joint Venture untuk melaksanakan kerja-kerja maintenance 10 set ETS, bukankah lebih baik dibuat sendiri cuma keperluan ialah meminta pembuat tren ETS dari CHINA untuk memberi latihan/khidmat nasihat dan kepakaran bagi memastikan proses maintenance dapat dilakukan sendiri malah pertukaran teknologi lebih kukuh dari Joint Venture berdasarkan hasrat hanya menghantar beberapa pekerja untuk mendapat kepakaran.

Bertambah pelik bahawa peruntukkan diminta oleh KTMB sebanyak RM 130 juta, sedangkan peruntukan itu sekiranya diminta dengan mengunakan teknik buat sendiri dengan membayar kepakaran/latihan dan khidmat nasihat kosnya lebih murah malah kebaikan untuk jangka panjang lebih terserlah malah kepakaran pekerja yang terlibat jauh dapat ditingkatkan.

Siapa sebenarnya yang memberi idea ini? Siapa dibelakang perkara ini? Siapa yang beriya-iya tentang JV ini? Siapa yang mendesak agar proses ini dilakukan?

RUM selalu menekankan bahawa kita perlu memikirkan kehendak KTMB bukannya kehendak pihak luar yang berkepentingan, malah tindakan seperti inilah akan menghakis kepakaran yang sedia wujud malah peningkatan kepakaran dari aspek pertukaran teknologi gagal dilakukan hanya cantik di atas kertas bagi mengaburi perkara sebenar selain menyakinkan pihak yang mana berkenaan dari segi tuntutan bajet.

Harapan RUM adalah menekankan agar pihak pengurusan melihat kembali agar setiap kerja dapat dilakukan sendiri tanpa ada JV atau apa sahaja sebutan, jangan jadi seperti mana maintenance SCS tanpa ada pertukaran teknologi, belajarlah dari kesilapan dan fokus kepada bagaimana KTMB mampu dilonjakkan kemahirannya ditahap yang lebih tinggi.

Lihat sejarah KTMB, kembalikan Sejarah KTMB menjadi seperti mana sejarah yang tertinta, kerana setiap teknologi baru melalui pertukaran teknologi telah dilakukan oleh KTMB sejak dulu lagi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 Julai 2017

DEPOH KL CENTRAL BAKAL DIBUKA 1

Ramai yang gembira bila mendengar khabar berita Depoh KL Central Dibuka (KLSD), malah mereka menaruh harapan tren-tren intercity seperti Ekspress Langkawi/Ekspress Wau dll dapat digerakkan semula.

KLSD memainkan peranan besar dalam membaikpulih lokomotif, koc-koc keretapi, power unit car (pgc), pembaikpulihan ini memainkan peranan penting untuk kegunaan tren-tren intercity.

KLSD mungkin dilihat dari satu skop kononnya untuk fleet n maintenance tetapi ia memainkan peranan penting kepada pekerja dijabatan lain untuk mendapat peluang pekerjaan sebagai contoh sekiranya KLSD memainkan peranan yang tepat membaikpulih maka lokomotif dan koc yang rosak mampu diperbaiki maka larian tren-tren intercity dapat dilarikan maka faedahnya kepada Pemandu Lokomotif, Pembantu Trafik dan lain-lain jabatan kerana peluang pekerjaan telah ditambah.

Dari skop pengguna maka pengguna akan mendapat faedah dari perkhidmatan larian tren tersebut.

Namun pihak RUM menyedari bahawa larian tren-tren Intercity bukanlah menguntungkan malah setiap larian tren Intercity yang dilarikan menghakibatkan kerugian besar kepada KTMB.

Namun dalam hal ini perlu disedari bahawa KTMB adalah "perkhidmatan sosial" maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menanggung perbezaan kos yang diberi subsidi kepada pengguna atau setidaknya mengantibalik kerugian setiap larian tren atau kerajaan sendiri harus membenarkan kenaikan harga tambang berdasarkan kos operasi, maka setidak-tidaknya KTMB tidak mengalami kerugian dalam menjalankan operasi tren Intercity dari skop orientasi perniagaannya.

Pihak pengurusan pula harus berani dan menyakinkan kerajaan dalam menekankan kehendak pengguna dengan menjelaskan kepada kerajaan berdasarkan keperluan perkhidmatan sekiranya penekanan tidak dibuat maka pihak kerajaan beranggapan bahawa ianya bukan satu keperluan.

RUM pernah mendengar satu presentation yang dibuat oleh satu pegawai kanan KTMB dalam Plan Transformasi, presentation yang dibuat boleh dianggap sekadar membaca tetapi tidak memberi fokus bagaimana nak menyakinkan audien, bila ini berlaku maka audien kurang yakin  malah beranggapan fakta yang diberikan tidak begitu menyakinkan, persepsi RUM terhadap pegawai KTMB ini boleh dianggap sebagai benar, apabila ianya juga diperkatakan oleh Pegawai Tertinggi dalam MoT.

RUM juga berharap pihak kerajaan perlu melihat kehendak pengguna yakni rakyat, bukan sekadar mendengar penjelasan pengurusan KTMB kemudian persepsi yang dicetuskan adalah dengan mengatakan pengurusan KTMB lemah, malah ianya sangat mudah dengan mentafsirkan apa itu perkhidmatan sosial.

RUM akui bahawa Pegawai Tertinggi Kerajaan yang terdahulu adalah lebih baik berbanding Pegawai Tertinggi Kerajaan kini, dalilnya adalah melalui pengalaman yang ada bahawa Pegawai Kerajaan Terdahulu lebih memahami apa itu KTMB, sekarang ini agak sukar kerana mereka tidak mengenali KTMB apatah lagi dengan PEMANDU yang rata-rata generasi baru yang tidak mengenali KTMB secara langsung dan hanya melihat dari segi akaunnya tapi tidak melihat dari sudut masalah dan cara mengatasinya.

Pihak pengurusan juga harus sedar nyawa KTMB adalah pada "LOKOMOTIFNYA" tanpa lokomotif maka KTMB tidak mampu menghasilkan pendapatan maka penekanan perlu dilakukan secara "agresif" bagi memastikan tren-tren dapat dilarikan secara maksima.

Harapan RUM sangat tinggi kepada Pengurusan KTMB agar bergerak secara agresif bagi memastikan KTMB mampu kembali kegemilangannya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Julai 2017

DEPOH KL CENTRAL BAKAL DIBUKA SEMULA

Terima kasih kepada pihak pengurusan KTMB yang bersetuju membuka kembali Depoh KL Central untuk beroperasi semula.

Depoh KL Central adalah sangat penting dalam membaikpulih loko/koc dan pgc. Usaha pembukaan ini adalah demi mengembalikan pembaikpulihan terutamanya tren2 intercity.

Harapan RUM pihak pengurusan mampu merancang dengan baik bagi memastikan pengunaan Depoh KL Central beroperasi seperti sedia kala malah mampu mengoptimumkan Depoh KL Central yang telah ditutup operasinya lebih dari setahun setengah.

Gambar di bawah pekerja sedang bergotong royong memperkemaskan Depoh KL Central.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad.


12 Julai 2017

PERNIAGAAN KTMB / TOLAK RNAA / IDEA RUM

1. Perniagaan utama KTMB adalah pengangkutan Keretapi iaitu Penumpang dan Kargo.

2. Hasil pendapatan utama KTMB adalah dari tren-tren penumpang dan kargo.

3. Kalau nak cari pendapatan lebih maka perlu banyakkan set-set tren penumpang dan kargo.

a. Apa jenis tren penumpang yang ada

i. ETS
ii. SCS / Komuter
iii. Tren Intercity - Lokomotif dan Koc

5. Kalau nak cari pendapatan lebih maka perlu banyakkan larian tren-tren kargo.

a) Apa jenis tren kargo?

i. Lokomotif
ii. Wagon

6. Sekiranya semua tren-tren penumpang seperti di para 4 mencukupi maka banyak masalah yang terdapat dalam KTMB berjaya diselesaikan iaitu dari segi pendapatan dan rungutan pengguna, kedudukan tren penumpang yang terdapat dalam KTMB adalah sangat minima dan tidak memenuhi kehendak pelanggan.

7. Sekiranya lokomotif dan wagon mencukupi maka larian tren kargo akan menjadi rancak serta boleh meningkatkan hasil pendapatan yang banyak. Tren kargo boleh menjadi punca kepada pendapatan utama malah boleh mengasilkan pendapatan sehingga KTMB mencapai keuntungan.

8. Masalah utama siapa?

a. Kementerian Pengangkutan yang sangat perlahan / amat lembab / lebih kepada berkepentingan.

b. Pengurusan KTMB gagal merancang dengan baik @ takut.

c. Pengurusan KTMB tidak efektif

d. Pengurusan KTMB tidak bertindak sebagai "USER"

e. Pengurusan KTMB hilang fokus.

f. Cukup setakat 5 perkara di atas.

9. Solusi kepada masalah utama ini para 8 yang dicetuskan oleh Kementerian Pengangkutan adalah Railway Network Access Aggrement (RNAA) adalah untuk menutup kelemahan yang ada, mengunakan alasan untuk mengemaskini bidang kuasa Perbadanan Aset Keretapi (RAC) serta berkepentingan manakala pihak pengurusan KTMB yang lemah pula mengambil pendekatan "mudah" menutup segala kelemahan yang ada dengan menyetujui perancangan Kementerian Pengangkutan iaitu RNAA.

10. Pihak RUM sangat tegas dalam perancangan RNAA dengan berpendirian "MENOLAK RNAA" dalilnya 10 buah cawangan RUM dalam Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali baru-baru ini telah memutuskan membantah dan menolak RNAA melalui resolusi yang dipersetujui secara sebulat suara.

11. Adakah pihak RUM mempunyai solusi mengatasi masalah RNAA?

a. Iya, pihak RUM mempunyai solusi mengenai penyelesaian ini.

b. Solusi ini adalah yang terbaik dari RNAA dengan tetap mempertahankan Keretapi Tanah Melayu dan seluruh warga KTMB malah ianya memberi manfaat kepada Rakyat/Pengguna dan Kerajaan Memerintah.

12. Pihak RUM amat berbangga dengan mengistiharkan bahawa menyokong "TRANSFORMASI" tetapi " MENOLAK RNAA"

13. Pihak RUM bersedia memberi hujah solusi kepada Kementerian Kewangan sebagai pemilik KTMB.

14. RUM berpendirian akan mengambil sebarang langkah yang dibenarkan melalui undang-undang berkaitan Kesatuan Sekerja sehingga RNAA dihentikan

15. Akhirnya RUM amat berharap idea RUM  melalui solusi yang ada dapat disampaikan kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Julai 2017

INI BUKAN BOHONG!

Sebab dia orang dari CHINA tak tau Bahasa Inggerris maka peluang orang yang tidak tahu berbahasa CHINA adalah "NIL" malah tiada pertukaran teknologi... malah mereka akan bawa seberapa ramai pekerja dari CHINA manakala kuota untuk pekerja Malaysia hanya sekadar memenuhi syarat.

RNAA?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Julai 2017

PERKAP - RUM TIDAK CAMPURTANGAN

RUM terpanggil setelah mendapat aduan dalam inbox/whatsapp malah ada yang komen dalam wall RUM (telah didelete) menyalahkan RUM mengenai isu pinjaman kewangan Public Bank yang diuruskan oleh PERKAP.

RUM ingin menjelaskan, bahawa RUM tidak akan campurtangan dalam sebarang masalah melibatkan ahli-ahlinya mengenai isu berkenaan.

Harus disedari bahawa RUM tidak berhak mencampuri hal ehwal Perkap kerana Perkap adalah sebuah organisasi didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan yang tidak ada kena mengena dengan organisasi RUM.

Justeru itu sebarang aduan/rungutan melibatkan isu yang dibangkitkan tidak akan dilayan.

Adalah tidak wajar mencampuri urusan rumahtangga orang lain, sebaliknya RUM sentiasa menghormati mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh KTMB.

Sekian, Terima kasih.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


03 Julai 2017

TARIK BALIK NOTIS 30 HARI (PIKET)

Alhamdulillah masih lagi dalam Aidil Fitri, maka ianya satu anugerah kebesaran Aidil Fitri bila syarat yang dituntut melalui Notis 30 hari untuk berpiket melalui tuntutan RUM telah dipenuhi.

Maka RUM mengambil ketetapan menarik balik "NOTIS 30HARI" untuk memgambil tindakan perusahaan (Piket)

Pihak RUM merakamkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih khusus kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB atas campurtangan beliau maka isu yang wujud telah diselesaikan.

Terima kasih jua kepada semua Lembaga Pengarah KTMB yang turut memainkan peranan sehingga isu ini berjaya diselesaikan, usaha ini sangat bijak demi memastikan hak undang-undang dipatuhi selain bersama mewujudkan keharmonian perusahaan.

Terima kasih, kami kepimpinan RUM sentiasa memegang prinsip keluhuruan undang-undang maka kami jua sentiasa berharap keharmonian perusahaan terus terjalin demi kepentingan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.