RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

23 Januari 2018

IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN PART 4 (AKHIR)

26. Majlis Exco yang bersidang pada 15/1/2018 telah membincangkan mengenai penangguhan ini secara serius telah melahirkan bahawa penangguhan ini sebagai pembuktian hujah-hujah yang dipapar antara lain ialah niat tersirat dan tidak kemampuan RAC sehingga membuatkan ianya tertangguh maka itu Majlis Exco mengambil pendirian tetap mengemukakan bahawa PEMBATALAN RNAA HENDAKLAH DILAKSANAKAN, justeru itu Majlis Exco mengambil ketetapan tetap meneruskan usaha untuk mengambil tindakan perusahaan seterusnya akan membantu pihak lawan dalam PRU 14 di Parlimen Bentong.

27. Penangguhan ini bukan satu alasan untuk menyedapkan hati kami, sesekali tidak boleh diberi gula-gula untuk kami menarik atau menangguhkan keputusan kami, kami akan tetap berpendirian untuk mempertahankan Keretapi "TANAH MELAYU" dari pihak-pihak yang berkepentingan, warisan negara tidak sesekali boleh dikuburkan.

28. Demi kepentingan KTMB dan Warga KTMB kami bersedia berdepan dengan apa jua cabaran, prinsip kami sebagai pejuang kaum pekerja kami akan mempertahan pekerja, syarikat yang kami sayang malah akan mempertahankan kepentingan pengguna dan perkhidmatan sosial.

29. Maka itu Majlis Exco berpendirian akan berusaha menjatuhkan Yb Menteri Pengangkutan sehingga beliau kecundang di PRU 14.

30. Kami tetap menaruh harapan untuk berjumpa dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, beri ruang kepada kami untuk menjelaskan implikasi RNAA, kami yakin dengan campurtangan YAB Dato Seri Perdana Menteri RNAA akan dibatalkan.

31. Kami menuntut RAC diletakkan di bawah pentadbiran KTMB, kerana RAC hanya sebuah cabang jabatan KTMB yang dipinda melalui pindaan Akta Keretapi 1991.

32. Dengan kemasukkan RAC di bawah pentadbiran KTMB, KTMB mampu menguruskan dengan baik malah membantu KTMB dari sumber pendapatan aset, ianya juga adalah hasrat CEO KTMB untuk membangun aset yang ada untuk kepentingan KTMB yang boleh memberi pulangan yang baik.

33. Menyedari kos subsidi yang ditanggung oleh KTMB maka melalui perancangan pembangunan aset KTMB melalui keuntungannya akan mampu menampung perbezaan kos tambang yang disubsidikan kepada pengguna.

34. Sekiranya semua cadangan ini diterima dan diimplementasikan maka Kerajaan boleh melihat bahawa KTMB tidak lagi bergantung kepada suntikan sebaliknya KTMB mampu berdikari.

35. RUM amat berharap cadangan dari kami iaitu RAC diletakkan di bawah pentadbiran KTMB dapat direalisasikan hanya dengan campurtangan YAB Dato Seri Perdana Menteri ianya menjadi kenyataan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Januari 2018

IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN PART 3

18. Namun dalam hal lain ada beberapa syarikat telah kecewa dengan pengumuman ini, kerana hasrat mereka untuk mengambilalih bidang-bidang tersebut tertangguh, namun pasti mereka tetap tidak berputus asa untuk meneruskan hasrat mereka.

19. Mereka tiada hujah maupun mempunyai fakta yang kukuh untuk menolak hujah-hujah RUM, mereka hanya ada hujah berunsurkan temberang.

20. Masalah berlaku mengenai RNAA ini juga ada kaitan dengan pengurusan KTMB yang gagal berhujah secara kukuh dan menerangkan implikasi RNAA malah pengurusan KTMB gagal mempertahankan kehendak (needs) KTMB, RUM tidak menolak pengurusan KTMB tidak berani atau terpaksa mengikut kehendak MoT.

21. Surat yang dikeluarkan oleh RAC kepada KTMB sama maksud yang terkandung dalam warta kerajaan 1992, maka andai pengurusan KTMB berani sikit maka dokumen RNAA tidak perlu ditandatangani, menandatangani dokumen RNAA secara rasmi menyerah hak kepada RAC dan membatalkan warta kerajaan 1992, maka itu penekanan dari MoT kepada KTMB bahawa dokumen RNAA telah ditandatangani kononnya tidak boleh buat apa-apa.

22. Fakta kukuh dari CEO KTMB yang memainkan peranan utama sehingga ianya ditangguhkan, fakta yang diutarakan oleh CEO KTMB membuat pihak RAC terkapai-kapai dan akhirnya menangguhkan RNAA.

23. Antara hujah RUM ialah KTMB akan kerugian besar sekiranya RNAA dilaksanakan ianya telah diakui oleh CEO KTMB.

23. Kalau KTMB mempunyai CEO awal seperti En Mohd Rani Samsuddin maka isu RNAA pasti tidak akan wujud, namun masih tidak terlambat untuk membatalkan RNAA.

24. Usaha Yb Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB melalui caranya juga menjadikan RNAA ditangguhkan.

25. RUM pada dasarnya lega pada peringkat awalannya dengan penangguhan ini, namun pendirian RUM ialah membatalkan RNAA.

#bersambung

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


21 Januari 2018

IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN (PART 2.)

8. RAC sebenarnya tidak mampu untuk menjalankan apa-apa tugas berkaitan industri perkeretapian, mereka tidak memahami atau mengetahui apa jua kerja-kerja yang dilakukan oleh KTMB, dalilnya projek Skypark bermasalah seperti lapuran audit negara.

9. Keputusan mewujudkan RNAA adalah satu tindakan tergesa-gesa atas desakan pihak-pihak tertentu sehingga memaksa pihak pengurusan dan board KTMB terpaksa menyetujui, mereka mengambil kesempatan terhadap kelemahan KTMB, sedangkan kelemahan berpunca dari mereka.

10. Perancangan awal dengan mewujudkan RNAA adalah untuk mengoutsorcekan semua jabatan KTMB, satu perkiraan "mudah kerja" dan mengambil kesempatan oleh pihak tertentu, kononnya dengan mewujudkan RNAA maka KTMB sebagai operator boleh mencapai keuntungan.

11. Kononnya lagi dengan semua bidang teknikal yang dioutsorcekan tidak membebankan KTMB ini akan menguntungkan KTMB.

12. Gangguan atau desakan dari pihak kontraktor untuk mengambilalih projek-projek tertentu.

13. Kepentingan peribadi menjadikan RNAA dicetuskan dengan mengatakan idea ini terbaik malah pihak-pihak berkenaan menyembunyikan fakta implikasi demi menjayakan RNAA.

14. Mereka target Januari 2018 (idea awal) boleh beroperasi dengan menyerahkan kepada syarikat-syarikat tertentu, dengan desakan RUM yang memecahkan strategi perancangan mereka, mereka terkedu  pilihan yang ada ialah menangguhkan.

15. Malah perancangan awal mereka telah target sekurang-kurangnya 4000 orang pekerja akan ditamatkan perkhidmatan, mereka terkedu bila RUM membangkitkan isu ini.

16. Sekiranya dilaksanakan RNAA pada Disember 2017, maka KTMB pada 1 Januari 2018 tidak boleh beroperasi, malah semua perkhidmatan tergantung maka akan jadi isu negara kerana RAC masih teraba-teraba untuk melaksanakan semua yang tersebut dalam dokumen RNAA.

17. Penangguhan ini boleh dianggap bersifat sementara kerana PRU 14 akan tiba, ianya mengelakkan isu terus dibangkitkan.

#bersambung

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Januari 2018

IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN

1. Syukur Alhamdulillah implementasi RNAA telah ditangguhkan, usaha semua pihak khususnya sokongan dari ahli-ahli RUM dalam memperjuangkan penolakkan RNAA fasa awalan telah berjaya dengan penangguhan ini, terima kasih khusus kepada CEO KTMB yang gigih mempertahankan KTMB dan seluruh warga KTMB.

2. RNAA yang dijadualkan berkuatkuasa akhir Disember 2017 telah ditangguhkan selama dua tahun.

3. Surat telah dikeluarkan oleh RAC mengenai penangguhan tersebut kepada CEO KTMB.

4. Semua aktiviti yang dilaksanakan oleh KTMB akan terus dijalankan oleh KTMB sendiri.

5. Tiada sebarang penyewaan yang perlu dibayar kepada RAC dalam tempoh 2 tahun.

6.  Dalam tempoh 2 tahun semua pekerja berada dalam kategori selamat.

7. RUM akan menulis secara berperingkat mengenai perkara ini dan akan melahirkan pendirian RUM seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Exco baru-baru ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#bersambung


18 Januari 2018

MESYUARAT OSHEN INDUK

Mesyuarat Oshen  Induk yang berlangsung hari ini, telah kembali kepada sistem seperti satu ketika dahulu, bernas, tepat dan siap dengan keputusan, tidak tertangguh, siap dengan time frame dan target date, terima kasih CEO KTMB, yang memfokuskan Keselamatan aspek utama bukan sahaja untuk Pekerja, KTMB, semua yang terlibat dengan KTMB tapi keutamaannya adalah Nitezen.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


14 Januari 2018

PENGHARGAAN ANUGERAH PEKERJA KTMB

Terima kasih kepada Kelab Rotary yang memberi penghargaan anugerah kepada pekerja keretapi, penghargaan ini telah membuktikan pekerja keretapi berada ditahap kecemerlangan, ianya juga satu suntikan semangat kepada pekerja-pekerja untuk terus berdedikasi memberi perkhidmatan yang lebih baik seterusnya meningkatkan prestasi perkhidmatan KTMB.

Penghargaan ini juga membuktikan bahawa pekerja KTMB sentiasa berusaha gigih dalam berusaha menjadikan KTMB sebuah Syarikat berdaya maju, maka alasan untuk mewujudkan RNAA adalah satu perkara yang tidak sewajarnya diteruskan, kerana kemampuan ini telah dibuktikan dengan penyampaian penghargaan oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia melalui Majlis Penganugerahan Kelab Rotary.

Terima kasih kepada Kelab Rotary.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RNAA MALAPETAKA YANG DUWUJUDKAN OLEH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN.

RUM tidak pernah marah malah kami menyokong kepimpinan YAB DATO SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, dalam beberapa pertemuan sebelum RNAA di cetuskan banyak isu RUM dengan campurtangan YAB Dato Seri Najib dapat diselesaikan malah setiap perkara mengenai tuntutan RUM termasuk kelulusan CA dan BONUS diluluskan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Masalah yang berlaku adalah pihak-pihak yang tertentu yang berkepentingan memberi salah maklumat malah cuba menghalang kami kepimpinan RUM untuk berjumpa dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak walaupun kami telah berusaha sedaya upaya melalui pihak-pihak tertentu untuk mengaturkan pertemuan untuk kami.

Persidangan Perwakilan yang ke 13 tahun lepas sebulat suara melahirkan sokongan kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, itu buktinya kami menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Perdana Menteri, yang boleh membatalkan sokongan ini hanya Persidangan Perwakilan kerana ianya kuasa tertinggi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Kami tahu bagaimana membalas budi, atas jasa dan sumbangan yang diberikan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, prinsip kami orang "Orang Berbudi, Kita Berbahasa".

Namun masalah sebenar adalah pihak-pihak yang tertentu yang beriya-iya mahukan RNAA, malah dihalang dari kami berjumpa dengan Dato Seri Perdana Menteri untuk kami beri penjelasan keburukkan RNAA.

Kenapa mereka halang? kerana mereka gentar dengan hujah kami, mereka tidak mampu untuk mengatasi hujah kami, yang ada fakta temberang mereka, mereka hanya berkepentingan bukan untuk kepentingan rakyat@pengguna apatah lagi untuk KTMB dengan nama Keretapi "TANAH MELAYU" malah kami pekerja yang dianggap seorang "KULI" tidak perlu dilayan tapi kami ada maruah yang tidak boleh digadai dengan sebegitu mudah, kami pejuang kaum pekerja, kami bersedia untuk berperang dengan MENTERI PENGANGKUTAN & TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN  kerana kami SAYANGKAN KTMB, kerana kami PEJUANG KAUM PEKERJA.

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 Januari 2018

KUARTERS/ RNAA

RUM menyedari bahawa betapa sukarnya pekerja swasta lain yang bergaji RM 2.000.00 atau sekurang-kurang bergaji minima RM 1000.00 yang tiada rumah kuarters terpaksa menyewa rumah, kalau dilembah klang sewa rumah yang paling murah dengan nilai RM 500.00 itu pun bukan mudah nak dapat.

Ada yang bernasib baik dapatlah rumah PPR dengan kos sewa RM 124.00 itu pun bukan mudah nak dapat, ada yang minta rekemen VVIP pun belum tentu dapat.

Pekerja KTMB yang bernasib baik akan dapat kuarters KTMB dengan kadar sewa paling murah iaitu RM 30.00, pergilah cari kat mana pun tak dapat tambah-tambah yang duduk di Lembah Klang.

RUM mempertahankan kenaikan harga sewa kuarters kerana RUM amat memahami dengan kadar upah yang diterima oleh pekerja KTMB khususnya yang berpendapatan rendah, kemudahan yang diterima ini semenjak zaman british lagi berdasarkan keperluan di bawah perkhidmatan sosial.

Bayangkan bila rumah kuarters diletakkan di bawah harga pasaran, tambahan di bawah RNAA kuarters adalah milik RAC maka pasti RAC akan mengenakan kos sewa mengikut harga pasaran, mampukah kamu wahai pekerja KTMB? Malah kini RAC sedang mendesak KTMB untuk menaikkan kadar sewa kuarters, manakala sejauh mana pengurusan KTMB mampu mempertahankan?

Bayangkan hari ini sdr/sdri menikmati kadar sewa rumah RM 30.00 + RM 15.00 penyelenggaraan, selepas ini kadar sewa rumah di naikkan kepada harga sewa rumah paling murah di Lembah Klang iaitu RM 500.00, RM 500.00 - RM 45.00 = RM 455.00, sdr/sdri telah kehilangan pendapatan@upah dari gaji sebanyak RM 455.00.

Cuba bayangkan kehilangan RM 455.00 yang sdr/i terima dari upah, sebelum ini RM 455.00 sdr/i boleh atau mampu untuk membeli barang-barang keperluan, mana nak ganti RM 455.00 yang telah hilang kerana membayar kenaikan sewa kuarters?

Sedarlah sdr/i bahawa RNAA adalah satu malapetaka yang dicetuskan oleh Kementerian Pengangkutan, mereka tidak peduli kesusahan pekerja seperti kita yang berpendapatan rendah, mereka hanya fikir "perut" mereka, soal kita selaku pekerja hanya terletak kepada kita.

Itu baru satu sudut yang dipanggil faedah "kuarters" untuk pekerja KTMB dan belum lagi faedah-faedah yang lain seperti termaktub dalam Perjanjian Bersama, maka andai kita rasa selesa, leka, maka janganlah terkilan bila kita kehilangan banyak faedah yang telah kita nikmati hari ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Januari 2018

KERAS HATI

"Kemenangan dimiliki oleh pemimpin-pemimpin yang keras hati",

Tidak seorang Pemimpin boleh GAGAL, kalau mereka mempunyai ketetapan hati yang kuat, akan terus berjuang, terus dan terus sehingga mencapai sasaran.

Seperti Pelaut yang berpengalaman tahu bahawa dirinya bukanlah tandingan Samudera, tetapi ia juga tahu bahawa ia mampu menakluki samudera. Sebagai pemimpin kita juga perlu bangkit untuk meneruskan perjuangan menentangan nadai yang sedang menuju untuk menghancurkan Majikan dan Kesatuan Sekerja.

Apakah kita sebagai Pemimpin akan berjaya ?????

Kita pasti akan Berjaya sekiranya kita mempunyai "ketahanan mental" yang kuat, dan dengan memiliki "ketekunan hebat", dengan adanya ciri-ciri ini maka kita telah bersedia untuk mengharungi laut yang penuh dengan badai.

Bangkit...Bangkit...Bangkit Generasi Muda, meneruskan Perjuangan menentang sesiapa sahaja yang cuba merosakkan Majikan KTMB dan Warga KTMB.

"Tuhan,berilah kami keteguhan hati dalam mempertahankan Organisasi KTMB dan Warga KTMB.

Setiausaha Agung
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


PELUANG (OPPORTUNITY) KONTRAKTOR & PIHAK BERKUASA

Sebagai kontraktor mereka akan mencari "peluang" bagaimana untuk mendapatkan projek, kebiasaannya mereka akan mengunakan "pintu belakang", bagi menjayakan hasrat mereka akan mencadangkan "idea" kononnya ini adalah yang terbaik untuk syarikat, kerana ianya boleh membantu syarikat untuk mencapai keuntungan. Peluang ini akan dimainkan oleh para kontraktor walaupun ianya terpaksa mengancurkan periuk nasi pekerja syarikat yang bakal menawarkan kontrak, yang penting mereka dapat peluang perniagaan.

Ada pihak-pihak tertentu pula akan mengambil kesempatan kerana "peluang" dari "pintu belakang" datang, kerana "peluang" ini sungguh lumayan malah ada yang "demand", maka pihak tertentu pula akan menyatakan bahawa "idea" ini adalah terbaik kerana mampu menyelamatkan syarikat malah kononnya syarikat tidak perlu bergantung kepada "pemegang saham".

Antara strategi yang bakal diwujudkan ialah dengan melemahkan organisasi syarikat dengan menyatakan bahawa pekerja tidak produktif, kesatuan menuntut yang melampaui kemampuan, kegagalan pengurusan dari segi pentadbiran, menyekat urusniaga dan pelbagai lagi.

Peranan inilah yang selalu dimainkan oleh pihak tertentu malah akan menghighlightkan bahawa perancangan yang telah dibuat kononnya lebih baik untuk negara sebagai contoh yang akan diperkatakan ialah kononnya peluang pekerjaan akan diwujudkan, pengangkutan lori dilebuhraya dapat dikurangkan dan lain-lain, tujuannya untuk mengaburi mata umum bahawa ianya adalah satu perancangan yang terbaik.

Strategi begini adalah satu taktik atau strategi untuk kepentingan kontraktor, kontraktor sebegini tidak peduli walaupun ianya akan merosakkan kepentingan syarikat penawar kontrak, malah dari sudut implikasi  jangka panjang untuk rakyat maupun negara juga tidak penting kepada mereka, pada mereka bagaimana untuk mendapatkan kontrak dan meraih keuntungan.

Matlamatnya untuk dua (2) pihak iaitu kontraktor dan pihak berkuasa meraih keuntungan bukannya untuk kepentingan pekerja, syarikat, rakyat malah negara.

RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja yang melihat kepentingan pekerja dan keseluruhannya justeru itu tidak boleh membenarkan, tindak tanduk mereka telah dapat dikesan melalui perancangan yang mempunyai agenda seperti yang diperkatakan.

RUM perlu melihat kepentingan pekerja dari sudut jangka panjang malah tanggungjawab RUM adalah untuk memastikan Syarikat (KTMB) sebagai sebuah syarikat berorientasikan "perkhidmatan sosial" memberi sumbangan terus kepada rakyat dan negara.

Maka itu perancangan Railway Network Access Aggrement (RNAA) perlu ditolak tanpa ada sebarang alasan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Januari 2018

DOKUMEN PEMULIHAN JAWATAN (PEMBUANGAN KERJA 97 ORANG)

RUM ingin memaklumkan dokumen yang ditandatangani oleh 96 orang pegawai dan ahli-ahli RUM untuk pemulihan jawatan kecuali Presiden RUM yang tidak menandatangani kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan "TELAH TERBATAL" dengan sendirinya bila pihak pengurusan KTMB mengeluarkan surat rasmi bertarikh 6 Mei 2015 dengan melahirkan "KEMAAFAN" & "BEBAS" secara langsung "MENGAKUI" bahawa tindakan RUM adalah "BENAR" berlandaskan peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


MELAYU SEDARLAH (DAH 2018 BEB!) (RNAA)

Kalau kata Melayu yang menjahanamkan Melayu... Boleh ke tidak? ialah kalau tenguk idea RNAA dari idea kepala otak Melayu... yang jadi Barua pun Melayu... yang untung sapa?

Ish... aku melayu.. kondem melayu.. apa punya melayulah aku ni... tapi kena bebel jugaklah... demi melayu...

Apa nak jadilah wahai melayu... melayu ni citer bagai nak rak... macam keris terhunus.. citer hebat saja.. tapi sebenarnya penyamun... eh... marah orang kalau cakap penyamun... tak betul ke? ialah tak betul... mudah je.. hentikan RNAA.... yang sebuk kata dah sign (tandatangan) bukan isu pun... semudah menjentik jari untuk membatalkan...

Eh... mana boleh batal.. kan melayu ni egonya tinggi... kalau batal malulah... malu? Ish... ini bukan soal malu beb.. ini soal pusaka Melayu... patutnya aku bangga jadi Melayu nak selamatkan khazanah Melayu... bukan pemusnah khazanah Melayu...

Entah apa-apa punya Melayulah... tak kan semua dah musnah baru nak sedar beb! Takkan semua dah tergadai baru nak bangkit beb! Bangunlah... Sedarlah... kita ni pewaris bangsa... bukannya pemusnah@penghancur bangsa... belum terlambat beb... belum terlambat...

Kita bukan mahu bercakap berdegar-degar.. kita bukan mau citer macam aku sahaja yang hebat... tapi kita mahu melihat yang nyata demi pembelaan bangsa Melayu... Warisan Melayu... Nama Melayu...

Tahun 2017 dah berlalu beb... tahun 2018 baru muncul... yang buruk yang hampeh... tu buangkan... buka buku baru.. semangat baru... baru itu satu perubahan... baru itu satu transformasi... baru orang respect beb... nanti nasi dah jadi bubur... apa pun tarak....

Orang sekarang tak buta beb... orang sekarang dah celik beb... so hentikan RNAA... janganlah bodoh-bodohkan orang... cukup-cukuplah temberang... kaya@duit tak boleh bawa mati beb... tapi  bangsa Melayu@nama Melayu jangan dihilangkan beb...

Kami marah beb!!!!

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB