RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

24 Ogos 2018

DASAR LAMA/ DASAR BARU

ECRL bila baca komen politik kita akan bercelaru... tapi tak kesah, RUM bukan parti politik..  kepentingan RUM adalah menjaga kepentingan pekerja dan KTMB, soal politik kita ketepikan, soalnya KTMB telah lama dianaktirikan, "time" sekarang kita nak tenguk pula sejauh mana kerajaan baru mengambil berat tentang KTMB, berusaha membantu KTMB, malah RNAA pula hendaklah dibatalkan, andai dasar lama diikuti seperti pelaksanaan RNAA, maka tiada bezanya kerajaan lama dan baru.

Kita juga sedar bahawa 100 hari khususnya Kementerian Pengangkutan menumpukan agensi lain terlebih dahulu, mengenai KTMB... RUM belum nampak secara sepenuhnya dalam melaksanakan dasar baru yang mampu molonjakkan KTMB kearah yang lebih baik.. kita masih tunggu dan lihat kearah mana hendak dituju, kita tidak melompat untuk segera , kita tidak melompat untuk tempoh 100hari maupun setengah (1/2) penggal atau pun tahun pertama kerana kita faham dalam sesuatu perubahan yang dilakukan ianya perlu kajian yang mendalam malah pada RUM kita perlu memberi ruang untuk satu tempoh yang munasabah. RUM sentiasa bersabar demi  menaruh "HARAPAN" yang mampu membawa perubahan.

Namun RUM tetap berhati-hati, memantau setiap pergerakan bagi memastikan KTMB mampu diselamatkan dari mereka yang berkepentingan, kerana dasar yang ada KTMB adalah perkhidmatan untuk rakyat, maka pilihan yang ada ialah Kerajaan hari ini perlu melihat kepentingan rakyat dari sudut pengangkutan awam khususnya di bawah "perkhidmatan sosial", justeru itu kami RUM mengharapkan Kementerian Pengangkutan akan melihat dan membantu KTMB secara telus demi pekerja, rakyat dan negara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Ogos 2018

RUM MENYOKONG ECRL DIBATALKAN

RUM tetap menyokong projek ECRL dibatalkan, KTMB yang perlu diberi perhatian, keutamaan tetap keutamaan, kemudian tetap dikemudiankan, bukan dianak-tirikan, kerajaan yang memerintah perlu membuka lebaran baru dengan mengutamakan KTMB, bukan projek mega yang mempunyai maksud tersirat.

Maka itu RUM amat menyokong pendirian kerajaan membatalkan projek ECRL, malah kenyataan Yb Menteri Pengangkutan untuk menaiktaraf landasan Pantai Timur amat kami alu-alukan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Ogos 2018

Selamat Hari Raya Haji


21 Ogos 2018

KERJA DENGAN CEMERLANG ITU "BULLET"

RUM selalu mengharapkan semua pekerja tidak kira apa gred menunjukkan komitmen kerja 100%, tiada kecuaian, malas, disiplin yang baik, berdedikasi, bekerja melintasi job speck atau luar biasa, ini akan membuktikan kita bersungguh-sungguh untuk berkhidmat demi KTMB malah memberi "bullet" pada RUM yang pekerja KTMB bekerja dengan sepenuh hati dan layak menerima faedah yang terbaik.

Namun RUM akan rasa amat dukacita@demam sekiranya ada pekerja yang melakukan kesilapan@kecuaian, ianya akan menjejaskan nama baik RUM serta akan menghakibatkan implikasi kepada pekerja secara keseluruhan, kita tidak mahu hanya kerana "nila setitik rosak susu sebelanga".

Justeru itu, RUM menyeru semua pekerja terus berbakti dan berkorban bukan sekadar "makan gaji" tapi beranggapan bahawa KTMB ini "milik kita" kerana kita harus berjuang dalam semua bentuk demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Mari kita bersama membangun seterusnya memajukan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


17 Ogos 2018

100 HARI TEMPOH PEMBAHARUAN

RUM amat memahami dari sudut logik mana-mana janji dalam tempoh 100 hari tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan dalam usaha mana-mana peneraju untuk membetulkan organisasi yang organisasinya berada dalam keadaan "TENAT".

Dalam KTMB contohnya, RUM melihat bukan sahaja 100hari, setengah (1/2) penggal maupun tiga suku (3/4) penggal bagi menilai perancangan maupun perubahan yang dilakukan malah setiap tahun yang berlalu, RUM tetap buat penilaian dari semua sudut untuk menentukan apakah perubahan yang telah dilakukan.

Namun dalam memastikan tempoh-tempoh ini, kita juga perlu melihat apakah organisasi ini sememangnya mempunyai masalah yang kritikal yang sukar untuk dipulihkan atau memakan masa yang lama atau kedudukan kewangan yang kritikal atau tidak dapat bantuan yang diperlukan, terlalu banyak aspek perlu dinilai namun tetap perlu melihat berapa peratus (%) perubahan dapat dilakukan dalam tempoh-tempoh kebiasaannya dipantau.

Pada RUM sesuatu yang mustahil untuk mengharapkan sesuatu perubahan dapat dilakukan dalam tempoh 100hari, RUM amat memahami apatah lagi bahasa mudah "mencuci tahi", ianya sesuatu yang sukar untuk dilakukan, malah apatah bila berjanji pada satu ketika sebelum melihat kedudukan sebenar sebuah organisasi, maka janji itu biasanya tidak boleh diharap sangat, malah janji-janji sebegini perlu diteliti dan tidak boleh dianggap sebagai "percaya" kerana kita mampu berfikir agar tidak mudah diperdaya.

Pokoknya dalam usaha untuk memulihkan tetap ada tempoh yang munasabah untuk ditunaikan, sebaiknya jangan mengunakan perkataan "JANJI" ayat yang lebih sesuai "BERUSAHA" paling tepat "IN SYAA ALLAH".

RUM sendiri dalam sebuah organisasi yang mengadakan pemilihan setiap tiga (3) tahun tidak pernah mengunakan perkataan "JANJI" kerana RUM sedar kuasa "BUDIBUCARA MUTLAK" adalah "HAK MAJIKAN".

Kita hanya berusaha dan terus berusaha memberi kebaikan dan meningkatkan faedah yang lebih baik kepada semua ahli-ahli RUM kerana kita sedar bahawa kalangan pekerja yang berpendapatan rendah dengan kos sara hidup yang tinggi, maka perjuangan secara berterusan tanpa mengenal erti putus asa perlu diterapkan dalam jiwa, kerana kami tahu tanpa perjuangan yang kental kami golongan kuli mudah diperkotak-katikkan.

Semuanya berdasarkan pada "tempoh-tempoh yang munasabah", kegagalan "mengenal tempoh" maka sudah sampai "satu tempoh" untuk bertindak, maka ketika itu jangan salahkan kami kerana tempoh yang munasabah telah diberikan, maksudnya "tempoh dah matang".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 Ogos 2018

BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA KE 9

Sejujurnya satu perkara yang menarik adalah sifat kekeluargaan, gaduh, marah... tapi ada rasa kasih sayang.. itulah kelebihan yang ada bila semua berkumpul bersama, ibarat satu keluarga yang ditetak air tidak akan putus... matlamat hanya satu (1) perjuangan!

Dihati kecil rasa sedih akan perpisahan, masing-masing ada tanggunjawab dan keluarga, namun hakikatnya matlamat utama sentiasa berusaha memberi kebaikan kepada kaum pekerja, naluri hati alangkah gembiranya semua dapat bersama.

RUM bukan kesatuan yang kaya hanya bergantung dengan kutipan yuran, ilmu itu sentiasa perlu dipelajari, biarpun sampai kenegeri China, semangat perjuangan sentiasa perlu diterapkan demi kebaikan untuk ahli-ahli berfaedah.. syukur kehadiran semua peserta merapatkan hubungan, sebagai satu kekeluargaan, mengeratkan silatulrahim dalam satu matlamat perjuangan kesatuan sekerja.

Terima kasih semua, pesanan saya agar kita terus bersama dalam satu perjuangan, bukan kerana pangkat, bukan kerana kepentingan diri tapi kita pemimpin ibarat bagaikan sebuah lilin, menerangi kehidupan walaupun membakar diri...

Terus berjuang, ini amal jariah kita, pedulikan apa orang kata.. pokoknya nawaitu... pokoknya memberi yang terbaik kepada semua ahli-ahli kita (RUM) terus berjuang, mari kita bersama berjuang demi "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"

Rindu pada semua pejuang RUM, Rindu semua kerana kita mempunyai satu pemufakatan untuk berjuang demi Kaum Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 Ogos 2018

BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA (CA) KE 9

Alhamdulillah Bengkel CA 9 telah pun selesai semalam, terima kasih kepada semua peserta dari kalangan Majlis Exco /Pengerusi /Setiausaha Cawangan /Jawatankuasa Belia /Jawatankuasa Wanita  yang terlibat yang memberi komitment dalam  mengemukakan hujah serta berbahas demi menyediakan Draf Cadangan CA ke 9, komitmen, pengorbanan masa dan keluarga malah tanpa sebarang elaun demi kepentingan ahli-ahli RUM amat dihargai.

In Syaa Allah kita (RUM) akan mengantar Draf ini kepada Pengurusan KTMB pada 1 Oktober 2018 seperti peruntukan dalam artikel Perjanjian Bersama ke 8.

Sama-sama kita berdoa agar usaha kita ini akan membuahkan hasil yang baik untuk kepentingan semua Warga RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


10 Ogos 2018

BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA (CA) KE 9

Bengkel CA 9 akan diadakan bermula pada 12/8/2018, ianya adalah proses terakhir untuk menyediakan Draf Perjanjian Bersama ke 9 yang akan diserahkan kepada pengurusan KTMB mengikut peruntukan dalam artikel CA dimana pihak kesatuan boleh mengantar Draf CA seawal 1 Okt 2018 sebelum berakhirnya CA 8 iaitu pada 31 December 2018.

Proses Bengkel CA ini adalah satu bentuk simulasi yang mana wakil pekerja akan mengemukakan tuntutan dan berhujah dengan pihak pengurusan, pihak pengurusan dalam simulasi ini akan diwakili oleh Pegawai Utama yang dipimpin oleh Sdr Mokhtar Timbalan Presiden, kedua-dua pihak akan berdebat dengan hujah-hujah untuk memastikan tuntutan yang dibuat adalah munasabah dan mempunyai fakta yang kukuh agar cadangan yang dibawa boleh diangkat untuk dimasukkan dalam draf Perjanjian Bersama ke 9.

Jawatankuasa Penilai akan menentukan samada cadangan yang benar-benar mempunyai fakta dan hujah akan membuat rekemendasi kepada Majlis Exco untuk kelulusan dan diangkat sebagai Draf CA 9, Jawatankuasa Penilai diketuai Sdri Suraya Pen. Bendahari Agung manakala jawatankuasanya adalah terdiri satu (1) Pengerusi Cawangan , satu (1) Setiausaha Cawangan, dua (2) Ahli Majlis Eksekutif dan (2) ahli biasa, jawatankuasa ini tidak boleh dipengaruhi demi memastikan penerimaan cadangan berdasarkan hujah-hujah yang dibentangkan.

Presiden dan Setiausaha Agung tidak akan terlibat dalam simulasi ini dengan tujuan memberi kebebasan berhujah, kedua-duanya akan bertindak sebagai penasihat bagi memastikan simulasi ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Kebaikan kepada simulasi ini adalah untuk melahirkan teknik perbincangan yang berkesan dikalangan peserta,  diperingkat ibu pejabat akan mendapat input untuk mengukuhkan hujah dalam perbincangan CA 9 dengan pihak pengurusan malah disini dapat melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang bijak dalam berhujah serta mengetengahkan isu-isu pekerja seterus mampu melahirkan solusi yang baik.

RUM berharap proses ini akan berjalan lancar demi memastikan faedah ahli dapat ditingkatkan seiring dengan kadar kos sara hidup yang meningkat, kita RUM sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk ahli-ahlinya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


09 Ogos 2018

Perpindahan Aset KTMB Akan Membunuh Syarikat - PH

Setahun yang lalu.. mudah-mudahan apa yang diperkatakan ditunaikan... kita sabar menanti..

Perpindahan Aset KTMB Akan Membunuh Syarikat - PH 


03 Ogos 2018

KAYUH LAJU-LAJU 3 MEROYAN DEPOH KL CENTRAL

Mesej mudah masa perancangan mewujudkan idea DEPOH KL CENTRAL, anda juga adalah seorang Pengurus Besar, maka sebagai seorang Pengurus Besar maka anda terlibat dalam setiap perancangan yang dibuat oleh Pengurusan KTMB termasuk kewujudan Depoh KL Central dimanakah anda untuk membangkitkan keberkesanan atau relevannya mewujudkan Depoh KL Central atau anda hanya ibarat "rumah siap, pahat berbunyi".

Tiada mana Mesyuarat Jawatankuasa Induk Oshen yang anda terlibat sebagai Jawatankuasa membangkitkan isu Depoh KL Central, malah anda pernah pegang jawatan Pengurus Besar Oshen apa yang anda bentangkan dalam Mesyuarat Induk Oshen, ketika anda jadi Presiden KTMB dimanakah peranan anda untuk membangkitkan dan membentangkan isu Depoh KL Central?

Kalau ada isu keselamatan apakah jalan penyelesaian, pasti ianya boleh diangkat dalam Mesyuarat Induk Oshen untuk dibincangkan tapi anda mengambil ketetapan untuk menutup Depoh KL Central, adakah itu jalan penyelesaian, dimanakan anda untuk membuat kajian seperti kehendak KTMB dari sudut kepentingan operasi maupun dari sudut kepentingan Fleet n Maintenance.

Malah selepas ianya ditutup mengikut maklumat diterima bahawa ada pihak ingin menyewa lokasi Depoh KL Central, selepas itu sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembaikpulihan landasan boleh mengunakan aktiviti didepoh KL Central.

Tak kesahlah semua itu, tapi jelas dan nyata seingat kami tiada agenda atau dalam minit untuk membincangkan isu Depoh KL Central dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Oshen, justeru itu tak sewajarnya anda meroyan secara terbuka menunjukan kehebatan anda, zaman anda dah berlalu, kami tak rela anda bersama KTMB lagi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Ogos 2018

LEMBAGA PENGARAH KTMB MENGUNDURKAN DIRI

RUM pada dasarnya amat bersetuju dengan Lembaga Pengarah KTMB mengundurkan diri, ini satu kebaikan kepada KTMB, cuma RUM rasa sedih Dato Ir Nawawi Ahmad yang pada dasarnya telah menjalankan tugas dengan baik serta mempunyai hubungan harmoni dengan kepimpinan RUM yang cukup tinggi, tapi apakan daya keadaan sudah berbeza, Terima Kasih yang tidak terhingga Dato Ir Nawawi Ahmad.

Memang pahit untuk diluahkan, namun bicara jujur perlu diutarakan tanpa berselindung kerana rasa bersyukur dengan perletakan jawatan atau tamat kontrak Lembaga Pengarah KTMB, terima kasih kerana mengambil keputusan yang bijak.

Dari kacamata RUM Lembaga Pengarah KTMB yang lain sebenarnya daripada ada baik tiada, kalau ada pun tak berfaedah, tidak memberi kebaikan masih idea lapuk yang tidak membawa apa-apa makna, malah dari sudut RNAA mereka bersetuju dan tidak mempertahankan KTMB, manakala dari sudut lain mereka sendiri tidak faham Bahasa Keretapi malah tidak melihat kehendak (needs) KTMB mungkin pihak lain tidak mampu berbicara hal ini, tapi yang mengetahui pasti tersenyum gembira.

Justeru itu RUM amat mengalu-alukan perletakan jawatan mereka, namun tetap merakamkan ucapan terima kasih dari sudut lain dalam memberi perhatian mengenai faedah pekerja.

RUM juga berharap kecuali lantikan penjawat awam yang mewakili Kementerian juga hendaklah melepaskan jawatan, tidak perlulah sampai tamat tempoh kontrak yang berakhir pada bulan September ini.

Semoga dengan ketiadaan mereka ini semua RUM berharap perlantikan baru nanti dari kalangan profesional yang mampu mencambah idea kreatif untuk membangunkan KTMB serta memberi kebaikan kepada keseluruhan warga pekerja serta KTMB itu sendiri, RUM tidak mahu perlantikan nanti dari kalangan yang tidak memberi sebarang kebaikan atau hanya sekadar bermesyuarat kerap kali semata-mata kutip elaun, paling penting dapat memainkan peranan bagaimana boleh mempengaruhi kerajaan untuk membantu KTMB, jangan jadi seperti yang lepas, seronok bermesyuarat, entah berapa banyak "sub board committees" tapi hasilnya tiada.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB