RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

13 April 2014

Kuat & Bersatu padu

Kita kuat..
Kita bersatu..
Kita bersemangat..
Kita lontarkan satu suara..
Kita gegarkan pada mereka...
Dengan Semangat Donald Uren yang terus membara...
9 Mei 2014!
Kita buktikan RUM adalah suara kesatuan sekerja!
Suara Pekerja Suara Keramat!


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

12 April 2014

Ahli RUM Tumpat tekat turun 9 Mei

Ahli Kesatuan Pekerja-Pekereja Keretapi Tanah Melayu Berhad Cawangan Tumpat bersemangat untuk turun ke Kuala Lumpur pada 9 Mei ini.


HEBAT AHLI-AHLI RUM CAWANGAN TUMPAT!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

11 April 2014

LUPA DIRI

Lawatan ke Pantai Timur 
(LUPA DIRI)

Dalam lawatan ini, banyak lapuran dan aduan diterima, rupanya banyak masalah, masalah sebenarnya ialah sikap, keegoaan dan nak tunjuk jadi boss (segelintir atau bukan semua, ada yang boleh dipuji)

Dalam banyak-banyak yang berlaku ialah pegawai yang dilantik dari kalangan bukan eksekutif, mereka cuba tunjukkan taring, tapi lupa asal usul datang dari mana, seolah-olah mereka tidak pernah menjadi orang bawah atau pekerja biasa, mereka seolah-olah tiada budibicara, mereka kononnya dah jadi "boss besar", maka mereka ingin tunjuk kuasa.

RUM mohon pada mereka ini, kembali berpijak dibumi nyata, bersikap adil dan bertimbangrasa, tolonglah, hentikan sikap negatif, pulihkan kepada sikap positif.

Janganlah RUM bertindak, nanti mereka akan susah, RUM tidak mahu mengusik mahupun menyentuh mana-mana warga KTMB, kecuali keadaan mendesak, justeru itu RUM memohon kerjasama dari semua pihak, matlamat kita adalah untuk kepentingan KTMB, mari kita sama-sama berganding bahu untuk memajukan KTMB, kerana kita semua warga KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

GEN SET

GEN SET ini digunakan untuk larian tren 82, di ambil gambar di stesen Gya Musang sebentar tadi.

Mengunakan Gen Set ini adalah satu idea yang tercetus oleh Mantan Pengarah Urusan KTMB bagi mengatasi kekurangan Power Generator Set (PGC), tindakan ini adalah satu langkah yang bijak bagi mengatasi masalah kekurangan PGC dengan menyewa Gen Set pada ketika itu, tindakan ini pada dasarnya bersifat sementara tapi terus digunakan sehingga hari ini.

Setelah 4 1/2 tahun digunakan, ianya masih terus digunakan tanpa mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.

Apakah KTMB masih berterusan mengunakan sistem bantuan ini dengan mengunakan gen set, tanpa mengembalikan PGC untuk mengunakan jana kuasa eletrik kepada koc, seolah-olah kita ketandusan idea sehingga berterusan mewujudkan pembaziran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

10 April 2014

Cawangan RUM Kuala Lipis


Cawangan RUM Kuala Lipis dah bangkit.... Ini kali mau turun ramai-ramai di KL.

ANDAIAN DAN KOMEN RUM

Andai RUM jadi Presiden KTMB, pasti RUM tidak akan letak jawatan atas desakan kesatuan sekerja, buat apa nak letak jawatan, RUM SIAPA? 

RUM hanya akan bersedia letak jawatan sebagai Presiden KTMB setelah mengadap YAB Dato' Sri Perdana Menteri, sekurang-kurangnya boleh minta dengan YAB Dato' Sri Perdana Menteri jawatan lain.

Kalau letak jawatan kerana RUM, mana boleh.... nanti akan menunjukkan RUM yang berkuasa di KTMB.

Komen RUM

Itu sebab RUM akan mengunakan pendekatan"MENDESAK" dengan mengadakan PIKET untuk meminta Kerajaan menamatkan perkhidmatan Presiden KTMB, kerana RUM tak nampak hala tuju KTMB, tempoh 2 tahun Datuk Presiden KTMB, KTMB hilang arah, so lagi lama Datuk Presiden KTMB berada di KTMB akan lagi bermasalah, yang jadi mangsa ialah pekerja, warga KTMB dan penumpang yang juga rakyat Malaysia.

Tak kan Kerajaan nak duk diam melihat KTMB terus begini tanpa sebarang pembaharuan dan pemulihan, nanti rakyat cakap kerajaan tak ambil peduli mengenai KTMB, maknanya seolah-olah kerajaan tak ambil peduli kepentingan rakyat Malaysia.

RUM buat sedemikian bukan kerana nak tunjuk kuasa RUM, tapi RUM SAYANGKAN KTMB, RUM mahu melihat KTMB dipulihkan! Kalau RUM berdiam diri, maka RUM seolah-olah bersekongkol untuk menjatuhkan KTMB!.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

09 April 2014

KITA KATA

KITA KATA KITA NAK ITU...
KITA KATA KITA NAK INI..
KITA KATA TAK PUAS HATI TENTANG ITU...
KITA KATA KITA TAK PUAS HATI TENTANG INI..
KITA KATA PEGAWAI ITU TAK BETUL..
KITA KATA PEGAWAI INI TAK BETUL..
KITA KATA KITA GAJI KECIL..
KITA KATA NAK MAKAN PUN TAK CUKUP...
KITA KATA TERPAKSA KERJA LUAR...
KITA KATA TERPAKSA KENE KERJA LEBIH MASA SEBAB TERPAKSA GAJI TAK CUKUP...
KITA KATA GAJI KITA BAWAH PASARAN...
KITA KATA BARANG NAIK...
KITA KATA KTMB MERUDUM...
KITA KATA MACAM-MACAM KATA...

KALAU DAH BANYAK DENGAN KATA-KATA...

APA KATA KITA TURUN PADA 1 MEI 2014

DIDATARAN PETALING JAYA...

LEPAS TU KITA TURUN PADA 9 MEI 2014

DI PEKARANGAN BANGUNAN IBU PEJABAT KTMB

KITA BUKTIKAN DENGAN KATA-KATA MAKA KITA TUNJUKAN SATU SUARA...

SUARA PEKERJA!!!!!!!

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA ANJURAN MTUC 1 MEI 2014

MTUC anjurkan pada semua rakyat Malaysia, tak kira ahli kesatuan atau pun bukan ahli kesatuan, sebagai kesatuan gabungan adalah wajar melibatkan diri bagi menunjukan kekuatan kaum pekerja, RUM akan terlibat sama sebagai kesatuan gabungan MTUC, malah mengambil kesempatan untuk mengadakan "PRA PIKET RUM" sebelum "PIKET RASMI PADA 9 MEI 2014", sehubungan dengan itu tak kira siapa yang bergelar pekerja atau pun bekas pekerja juga boleh hadir bagi meramaikan perhimpunan, malah semua individu pekerja rakyat Malaysia diharap dapat hadir di perhimpunan hari pekerja MTUC.

Adalah menjadi harapan setiap individu pekerja dapat menghadirkan diri dalam perhimpunan ini, demi kepentingan kaum pekerja di negara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja- Pekerja KTMB

PEKELILING LAGI

Bila pekeliling berkuatkuasa adakah Datuk Presiden KTMB tahu implikasinya, adakah Datuk Presiden KTMB sedar berapa perbelanjaan yang perlu dikeluarkan? Adakah KTMB mempunyai wang secukupnya untuk memperbaiki semua perkara yang terkandung dalam "work to rule". Dalam masa yang sama sedarkah berapa kerugian dari segi perbelanjaan, adakah Datuk Presiden KTMB sedar semua ini.

Tidak kah setiap keputusan perlu dikaji dengan teliti malah menyusun perancangan yang rapi bagi memastikan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kepada keburukan boleh diatasi atau dikurangkan

Tak kanlah semua kerja main bulldozed Datuk Presiden KTMB, tak kan...tak sedar... Dalam merancang sesuatu perlu mengambil kira semua aspek.

APAKAH DATUK PRESIDEN KTMB TIDAK MEMAHAMI PERKHIDMATAN SOSIAL ATAU JABATAN PERLU DAN KEPENTINGAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH???????????

U Failed!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Perjanjian bersama 1 Januari 2013 - 31 Disember 2015.

Mahkamah Perusahaan Malaysia menerusi surat bertarikh 2 April 2014 yang menyatakan pengiktirafan kepada Perjanjian Kolektif bertarikh 27 Januari 2014 antara KTMB dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB. Perjanjian bersama 1 Januari 2013 -  31 Disember 2015.






08 April 2014

HARI PEKERJA ANJURAN MTUC

RUM akan bersama dengan MTUC menyambut Hari Pekerja di Dataran Petaling Jaya (di hadapan Amcorp Mall) pada 1 Mei 2014, jam 8pagi.

Ahli-ahli RUM yang ingin menyertai sila beri nama pada Sdr Rasul, Penolong Setiausaha Agung RUM atau setiausaha cawangan sentul, pelabuhan klang dan Kuala Lumpur.

Ahli-ahli yang menyertai akan dibekal t-shirt bercolar (RUM limited edition) yang cantik pada 100 ahli yang pertama yang memberi nama untuk menyertai hari pekerja berkenaan.

Tshirt berkolar ini akan di berikan pada hari berkenaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Temuduga Penyelenggara Landasan/Am


Berbaris beratur untuk menjalani temuduga terbuka yang dijalankan pada hari ini hingga 10 April untuk mengisi jawatan Penyelenggara Landasan / Am di KL Central.

KAKI BODEK

Kaki bodek membodek ini sebenarnya tidak yakin dengan kemampuan fikirannya sendiri, Lepas itu mengharapkan orang yang dibodek agar menjadi "jesus the saviour" atau pemberi Rahmat kepada mereka.

Orang yang membodek berlindung dari sebalik tabir kepatuhan, nampak macam bagus, tapi sebenarnya mempunyai maksud tersirat.

Ada pula yang suka dengan kaki pembodek, tapi kedua-dua ini sebenarnya bersifat "penipu", menipu diri sendiri dan menipu orang lain.

Sebagai seorang yang berpendirian "genuine" maka perlu mengenal pasti siapa suka dibodek atau membodek, kerana kedua-dia sikap ini adalah orang yang tidak boleh dipercayai kerana bersikap penipu.

Lokomotif Ircon

Pemeriksaan Tempoh dan Pemeriksaan Harian untuk lokomotif IRCON siapa mengesahkan atau mengeluarkan sijil kelayakan untuk memastikan semua aspek seperti pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD dengan arahan Presiden KTMB dipatuhi.

Langkah yang tepat pemeriksaan bagi lokomotif ircon ialah dari pegawai KTMB sendiri, kerana sijil kelayakan bagi memastikan tahap piawaian keselamatan menepati garis panduan, perlu disedari bahawa pekerja yang memandu Lokomotif Ircon ialah pemandu Lokomotif KTMB sendiri dan bukannya pemandu made in India, malah bukan sahaja pemandu jajaran tren lain turut melibatkan pekerja pelbagai gred malah penumpang yang mengunakan perkhidmatan tren.

04 April 2014

Renungan dan Jawapannya!!

Nah!!!!!!

Andai kita sudah tahu siapa diri kita, kita sudah hala tuju kita, kita sudah tau...apa mahunya kita, kita sudah tau dimanakah kita...

Ayuhhhhh...... 9 Mei 2014.... Kita tunjukan kekuatan kita sebagai suara Rum yang sejak dulu sentiasa hebat kumandangnya....

Kita gegarkan Suara Kita, Kita Nyahkan Mereka, Kita Tunjuk Kuasa Kita, Kita Mahu Hak Kita!!!!

Kita lawan abis2an!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

RENUNGAN

Kita tanya diri kita...
Apa yang kita nak sebenarnya?

Kita tanya diri kita...
Apakah kita hanya "like" kerana wang sahaja?

Kita tanya diri kita..
Apakah matlamat kita sebenarnya?

Kita tanya diri kita...
Kearah mana yang kita tuju?

Kita tanya diri kita...
Mampukah kita bersatu?

Kita tanya diri kita..
Apakah pengorbanan kita sebagai ahli Kesatuan?

03 April 2014

The Star: KTMB on collision course with union

PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) and its workers’ union are on a collision course after the rail company threatened to sack anyone found to be responsible for breakdowns in its intercity train service.

The warning was contained in a March 27 circular issued by KTMB talent management and organisation department general manager Sharifah Mohd Sharif.

Sharifah did not say if any incident led to the ruling but KTMB trains have been involved in a few recent accidents.

In February, a goods train derailed near Bukit Mertajam, causing its containers to be thrown off the track. In November last year, a Komuter train jumped off the rails near Rawang while a locomotive caught fire near Kuala Kangsar.

KTMB is also making adjustments to its intercity routes in May.

The circular, which was made available to The Star, says: “Stern action up to dismissal, according to disciplinary procedures, will be followed through if the concerned departments or staff involved in the handling of the rail car stock fail to perform their tasks leading to train service failure,” said the circular, .

Sharifah said the fleet maintenance and engineering department must make sure the intercity coaches and locomotives were in the “best” possible condition.

02 April 2014

Sessi bertemu ahli

Pegawai-pegawai utama Kesatuan akan ke cawangan-cawangan RUM untuk sessi bertemu ahli-ahli Kesatuan bagi menerangkan perkembangan terkini. Harap ahli-ahli dapat menghadirkan diri ditempat yang telah ditentukan.

Nasihat sebelum ahli komen di FB SUARA RUM

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Suka dijelaskan setiap kenyataan dalam wall Suara RUM mempunyai kaitan diantara satu sama lain, pembaca khususnya ahli RUM sebelum buat komen, dipohon untuk membaca semua tulisan RUM, kerana tanpa pemahaman yang jelas atau membaca sekerat-sekerat atau hanya membaca satu topik, pembaca tidak akan dapat memahami maksud sebenar, berkemungkinan agak sukar untuk mencari dalam wall Suara RUM, sdr juga boleh membaca semua kenyataan RUM melalui http://suararum.blogspot.com./ 

Sekiranya ada pertanyaan sila kemukakan dalam inbox, sdr juga boleh berjumpa dengan mana-mana pegawai kesatuan atau bertemu dengan pegawai utama dalam sessi lawatan pegawai utama ke cawangan-cawangan. 

Petang ini, 2 April 2014 di Pelabuhan Klang, Jam 5 petang, dijemput ahli-ahli hadir.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

01 April 2014

KTMB TIADA WANG

Gambar Hiasan
Benar! KTMB tiada wang, cukup bulan nak bayar gaji pun payah, apatah lagi untuk membayar pada kontraktor, yang difahamkan KTMB berhutang berjuta-juga ringgit dengan kontraktor, bertambah masalah bila nak membeli alat ganti, membaiki koc, overhaul loko, membaiki landasan semuanya berpunca kerana KTMB tiada wang.

SO......

1. Siapakah yang bertanggungjawab mencari wang?
2. Bagaimana mencari wang?
3. Apakah formula mencari wang dan menambah perniagaan?
4. Apakah cara yang sesuai menjalankan operasi dengan penggunaan wang yg minima/optima"
5. Rancangan perniagaan apakah yang sesuai untuk menjana pendapatan agar boleh menjadikan wang?

Inilah persoalan yang perlu difikirkan oleh Presiden KTMB, job speck Presiden KTMB, adakah job speck ini terlaksana? Jawapannya tidak, justeru itu jawapannya DATUK PRESIDEN KTMB GAGAL MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PRESIDEN KTMB!

9 MEI 2014 ?????? 

Kenyataan Kesatuan Pekerja2 KTMB