RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

15 Mac 2017

CERITA PETANG RABU

Alkesah mad dipanggil boss untuk membincangkan hal kerja...

BOSS : Mad aku nak kau kaji samada outsorce F & B ini merugikan atau menguntungkan? (Ayat arahan)

MAD : Napa boss?

BOSS : Ada proposal masuk ni, kalau boleh outsorcelah... buat pening-pening kepala kita je... (dalam hati berdoa.. "mad kau terimalah arahan aku.. dapat aku masyuk sikit... hehe")

Mad : Baik boss (dengan bersemangat)
(Dalam hati aku dah nak pencen, lantaklah... kerja aku lagi senang...)

BOSS  : GOOD JOB MAD ( dalam hati boss lega.. "apa lah bodoh si Mad ni... agaknya kalau aku suruh makan tahi pun dia makan.... hahaha..." dengan gelak jahat)

Mad : Terima kasih Boss... (Dengan senyum lebar mad balik opis dia untuk prepare apa dokumen yang perlu... dalam hati... "aku ikut arahan..." sambil senyum berlalu pergi..)

#Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena samada yang hidup ataupun mati.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


MESEJ LUAHAN HATI

RUM tidak berniat nak komen mesej yang diterima, RUM amat memahami isi hati penulis,  cuma berasa sedih bila baca kenyataan ini "LOA" telah ditandatangani, kalau benar apa yang tertulis dalam mesej ini.

HAK MAJIKAN! Untuk menyerahkan kepada mana-mana Syarikat!

Apa lagi nak kata?

Nantilah RUM olah satu kenyataan mengenai "PENGURUSAN KTMB PEMALAS"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RUM bukan "TUNGGUL KAYU"

TERIMA KASIH GM TMOD
F & B

Pihak RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada GM TMOD yang telah mengambil keputusan membatalkan pertemuan antara pekerja F & B dengan Syarikat Brahmin dalam mesyuarat tergempar pagi yang turut dihadiri oleh GM INTERCITY.

Suka RUM nasihatkan GM INTERCITY jangan sekadar "BULLDOZED" atau kononnya ikut arahan, arahan boleh diikuti dengan syarat semua kehendak Perjanjian Bersama dipatuhi.

Jangan cari penyakit, RUM bukan "TUNGGUL KAYU" nak main langgar atau dengan niat "TEST MARKET".

Kalau ingat macam tu, maknanya memang sengaja nak cari penyakit.

Satu mesyuarat akan diadakan kemudian untuk membincangkan isu F & B pada jumaat ini  17.3.2017, yang mana mesyuarat ini telah ditentukan sebelum kes ini berlaku, maka adalah diharapkan GM INTERCITY menjelaskan secara terperinci apa yang diminta oleh RUM, saya sendiri selaku Presiden RUM berhasrat untuk hadir, maklum dah lama tak mengadirkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat yang lepas, nak juga bersua muka sambut Salam Perkenalan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


LANGGAR

RUM selalu pesan setiap perkara bawa bincang, setiap perancangan yang melibatkan implikasi pekerja bincang dengan RUM, RUM boleh dibawa berbincang, cuma RUM akan banyak mengemukakan soalan dalam setiap satu perancangan yang bakal dibuat bagi memastikan ianya benar-benar memberi faedah kepada KTMB malah kepada pekerja.

RUM tidak sesuka hati untuk menolak setiap perancangan, RUM bukan dengan sengaja hendak membantah atau menganggu urusan majikan malah RUM akan menyokong mana-mana perancangan yang memberi faedah kepada KTMB dan Pekerja dalilnya Plan Transformasi KTMB, RUM memberi sokongan penuh kecuali Railway Network Access Agreement (RNAA)

F & B satu usaha "BERNIAT JAHAT" dengan satu lagi percubaan "MELANGGAR RUM" seumpama dengan "OUTSORCE 24 KELAS", tindakan sedemikian jelas membelakangkan "PERJANJIAN BERSAMA" dalam sesuatu perkara hendaklah dibincangkan dengan Kesatuan Sekerja.

RUM berulangkali samada secara lisan, bertulis maupun dalam SUARA RUM, telah mengingatkan tapi inilah sikap Pengurusan yang tidak pernah mau cuba duduk semeja untuk berbincang dan menjelaskan duduk perkara sebenar seolah-olah menyembunyikan satu agenda demi mencapai matlamat.

RUM suka kalau sama-sama duduk berbincang, samada secara kedai kopi maupun secara rasmi, agar setiap permasalahan dapat dirungkaikan bagi memastikan hak pekerja terpelihara malah terjamin, RUM sesekali tidak akan berkompromi kalau ada sesuatu agenda tersirat yang boleh mengancam periuk nasi pekerja.

Justeru itu RUM memohon agar setiap perkara yang memberi implikasi kepada pekerja sila maklumkan kepada RUM dan kita duduk berbincang sama-sama, bagi RUM faham sefaham-fahamnya dari sudut kebaikan jangka pendek, jangka panjang malah menjelaskan segala keraguan yang timbul serta bagaimana mengatasi kekusutan dari sebarang persoalan yang timbul bukannya bila RUM berhujah jawapan yang diberi adalah "longgar" atau "sekadar melepaskan batuk ditangga" atau langsung tidak buat sebarang persediaan.

RUM harap antara Kesatuan dan Majikan sentiasa memegang prinsip Keharmonian Perusahaan janganlah hanya sebelah pihak sahaja, kerana RUM tidak akan "Melompat" sekiranya pihak pengurusan tidak mulakan dulu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Mac 2017

BRAHMIN nak jumpa staf KTMB

MESEJ DITERIMA
F&B

PERSOALAN

1. Siapa BRAHMIN nak jumpa staf KTMB

2. Perbincangan tempoh hari telah menjelaskan mengenai perkara ini malah belum ada sebarang keputusan dibuat.

3. Apa dah jadi dengan Pengurusan KTMB?

4. Pengurus Besar Intercity... What the hell?

Di bawah ini mesej yang diterima oleh RUM

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Brahmin akan mengadakan sesi perjumpaan dengan semua kru F&B kontrak di bilik Impian di stesen KL Sentral mulai 15 -18 Mac 2017 dari jam 0900 hingga 1700.

Semua kru diminta dapat melapangkan masa untuk  berjumpa dengan pengurusan Brahim bagi hala tuju masa hadapan semua.

Sekian terima kasih.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Mac 2017

PERKEMBANGAN RNAA

Pihak RUM masih menunggu temujanji dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Difahamkan pengaturan sedang diaturkan dengan kehadiran YB Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan dan YBhg Dato Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Kita harap pertemuan ini bisa menjadi kenyataan.

Namun harapan besar RUM ialah amat berharap dapat berjumpa dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Harapan ini amat penting sebagai satu usaha RUM untuk menjelaskan implikasi RNAA kepada kerajaan, mudah-mudahan usaha ini berjaya.

Terus berusaha sampai kami tidak dipersalahkan...
Matlamat kami...
Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 Mac 2017

Kita Patut Tiru China, Bukan Beli Dari Dia: Kesatuan KTMB

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) berpendapat kerajaan tidak perlu membeli lokomotif daripada China, sebaliknya meniru apa yang dilakukan negara itu terhadap perkhidmatan kereta apinya.

Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil langkah ke belakang dengan mementingkan pihak lain untuk mendapatkan bekalan.

“China tak swastakan keretapi dia, lokomotif dia mampu buat sendiri. Kenapa nak jadikan kita lebih rendah martabatnya? Kita mampu tambah baik perkhidmatan KTM. Kalau betul nak pandang China, kita tiru dia, bukannya beli dari dia.

“Saya kaji China cara dia buat dan bangunkan. Enjin dia dapat dari Eropah, beberapa perkakas lain dari Jepun, tetapi body, wiring dan frame dia buat sendiri.Kita pun boleh buat, kenapa kita taknak buat? Menteri Pengangkutan berfikiran ke belakang, mementingkan pihak lain untuk outsource.

“Orang patutnya pandang ke depan, dia ni pandang ke belakang, saya tak faham kenapa,” katanya dalam temubual eksklusif bersama ismaweb.net.

Semalam, ismaweb melaporkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) melalui Perbadanan Aset Keretapi (RAC) cetusan idea Tiong Lai bakal menghapuskan sepenuhnya syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), jika ia dilaksana.

RNAA akan memberi hak kepada kerajaan untuk campur tangan dalam operasi KTMB, termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.

Tahun lalu, kerajaan menerusi syarikat RM2, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan firma dari China – China Communication Construction Company Ltd (CCCC) – bagi melaksanakan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

China juga kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi, di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada ‘wilayahnya’ di bawah projek ‘one belt one road’ (Obor).

Di bawah projek Obor inilah China sangat agresif memasarkan teknologi kereta apinya kepada Malaysia dan Singapura serta memberi pinjaman berbilion ringgit bagi melaksanakannya, yang mana laluan kereta api akan berakhir di Beijing.

Abdul Razak berkata, perjanjian itu bakal memberi pelbagai impak yang amat negatif terhadap KTMB, termasuk pemberhentian pekerja.

Justeru, beliau berharap mendapat kesempatan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu ini.

“KTMB tidak perlu campurtangan RAC. Kembalikan KTMB kepada sektor awam. Sebab dalilnya, KTMB ini adalah perkhidmatan sosial. Saya tidak mahu penumpang terasa rugi apabila perkhidmatan sosial ini dihentikan.

“Implikasi ini tidak diterangkan kepada Datuk Seri Najib kerana beliau hanya mendengar dari perspektif positif. Saya tidak salahkan beliau. Kalau kerajaan boleh dengar pandangan saya, kami mahu terangkan mengenai implikasinya. Kalau fakta berkenaan RNAA boleh patahkan hujah saya, maka boleh teruskan. Berhujahlah dengan saya, sekiranya saya salah, buktikan saya salah,” katanya.

Mengenai kelewatan tren, Abdul Razak kesal apabila masyarakat sering menyalahkan pengurusan KTMB ketika berlaku kelewatan serta kerosakan tren tanpa mengetahui masalah sebenar yang dihadapi mereka.

“Bila keretapi lambat, selalu rosak, orang salahkan KTMB. Sedangkan orang tak tahu, kita punya koc tak cukup. Saya bagi contoh, ETS dari Ipoh ke Padang Besar, dengan jarak lebih 300 km, hanya dibekalkan 10 set sahaja. Berbanding dengan MRT, jarak 51 km, dibekalkan dengan 58 set.

“Orang awam akan melihat MRT lebih baik. Ya, memang, lihat sahaja berapa set yang dibekalkan pada mereka, dan lihat berapa yang dibekalkan kepada kami,” katanya.

Mengulas isu itu, Abdul Razak berkata, masalah berkenaan boleh diatasi dengan membeli set lokomotif sekurang-kurangnya 30 hingga 50 set.


07 Mac 2017

KTMB Bakal Lenyap Jika RNAA Terlaksana: RUM

KTMB bakal lenyap jika RNAA terlaksana: RUM
March 7, 2017 Berita Utama, Utama 0

Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api idea Liow Tiong Lai beri impak negatif, termasuk pemberhentian pekerja, hilang perkataan Melayu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) melalui Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bakal menghapuskan sepenuhnya syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jika ia terlaksana, kata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM), Subramaniam a/l M Ramakrishnan.

Beliau berkata, kewujudan KTMB di tanah air selama 130 tahun ini akan terus lenyap begitu sahaja sekiranya perjanjian ini berjalan dan tiada tindakan daripada kerajaan untuk membanterasnya.

“Kalau Keretapi Tanah Melayu ini pun dah tak ada, nanti dah tak ada perkataan Melayu dalam mana-mana jabatan kerajaan.

“Itu antara apa yang mengkhuatirkan kita. Persoalannya sekarang ialah, apa agenda sebenar Menteri Pengangkutan di sebalik perjanjian ini?,” katanya dalam temubual eksklusif Ismaweb.net, hari ini.

Perjanjian yang merupakan idea cetusan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga, katanya, bakal memberi impak yang amat negatif terhadap KTMB, termasuk pemberhentian pekerja.

“Bila kita study, ia tak mendatangkan sebarang hasil kepada KTMB dan warga kerja keseluruhannya. Sebaliknya, hanya mengecilkan skop perniagaan di syarikat KTMB. Pekerja juga akan berkurangan iaitu daripada seramai 5,000 pekerja sehingga hanya sekitar 1,000 bahkan mungkini 500 sahaja,” katanya.

RNAA akan memberi hak kepada kerajaan untuk campur tangan dalam operasi KTMB, termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.

Tahun lalu, kerajaan menerusi syarikat RM2, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan firma dari China – China Communication Construction Company Ltd (CCCC) – bagi melaksanakan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

China juga kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi, di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada ‘wilayahnya’ di bawah projek ‘one belt one road’ (Obor).

Di bawah projek Obor inilah China sangat agresif memasarkan teknologi kereta apinya kepada Malaysia dan Singapura serta memberi pinjaman berbilion ringgit bagi melaksanakannya, yang mana laluan kereta api akan berakhir di Beijing.

Sementara itu, Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan juga memaklumkan bahawa pihaknya pernah menulis beberapa pucuk surat kepada Tiong Lai, namun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada menteri itu.

Sebaliknya, hanya Ketua Setiausahanya (KSU), Datuk Seri Saripuddin Kassim yang memberi maklum balas.

Namun demikian, tiada apa tindakan yang boleh dilakukan daripada pihak KSU kerana segala keputusan terletak di tangan menteri itu sendiri, kata Abdul Razak.

Beliau juga pernah bertemu Tiong Lai di satu majlis pada tahun lalu dan mengajukan soalan berkenaan perjanjian itu.

Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, air muka menteri berkenaan terus berubah apabila mendengar soalannya dan mengelak dengan berjanji untuk mengadakan satu pertemuan lain bagi membincangkan isu berkenaan.

Sehingga kini, Abdul Razak memaklumkan bahawa tiada sebarang khabar berita daripada pihak Tiong Lai dan RUM masih menunggu tarikh pertemuan yang dijanjikan.

KTMB diswastakan sejak 1992, namun ia masih dimiliki sepenuhnya Kerajaan Persekutuan.

Sejak tahun lalu, RUM kerap melakukan bantahan dan desakan mengenai isu RNAA dan RAC bagi menegakkan keadilan bukan sahaja buat KTMB, tetapi juga rakyat Malaysia khususnya pengguna.

[http://www.ismaweb.net/2017/03/ktmb-bakal-lenyap-jika-rnaa-terlaksana-rum/]


BR1M KECOH TAK DAPAT SATU PANDANGAN DARI RUM

Bila RUM scroll Facebook terlalu ramai yang marah kerana permohonan BR1M ditolak (reject) ada yang menyalahkan YAB Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, ada juga yang menyalahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDM), ada juga yang menyalahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ada juga yang menyalahkan Rakyat yang memerlukan BR1M kerana tidak membuat kemas kini, malah dalam group Whatsapp RUM juga ramai yang marah-marah kerana BR1M ditolak, malah mereka ada asas untuk marah-marah dan diakui pula ahli-ahli RUM adalah golongan berpendapatan rendah.

RUM terfikir salah siapa? untuk mencari salah memanglah mudah, persoalannya ialah penyelesaian namun sebelum mencari penyelesaian kenapa semasa pertama kali wujud BR1M masalah ini tidak berlaku, dulu lebih ramai yang layak menerima BR1M tanpa ada prosedur "cerewet", kenapa wujud prosedur cerewet? Adakah peruntukan terhad? atau mungkinkah ramai yang menipu?  Persoalannya berapa ramai yang menipu berbanding berapa ramai rakyat yang berpendapatan rendah kehidupannya yang susah. Adakah wang BR1M kalau ditipu mampu jadi kaya? Itu dari satu sudut.

Gayanya hari ini BR1M dah jadi satu keperluan, kalau bukan jadi satu keperluan kenapa mahu marah-marah?
Ini juga satu sudut yang boleh dikaji.

Dari sudut kesatuan sekerja, RUM melihat BR1M sudah menjadi satu keperluan, bukan salah rakyat yang menerima BR1M tapi yang menganugerahkan BR1M pada awalnya yang menjadikan ianya kini sebagai keperluan malah dalam situasi kos harga barang yang meningkat ianya telah menjadi keperluan.

Bila sebut keperluan maka apa punca lain yang menjadikan ianya keperluan, puncanya selaras dengan asas BR1M adalah bantuan kepada pekerja atau rakyat yang berpendapatan rendah khususnya yang bergaji di bawah RM 3000.00, kononnya meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah kerana banyak subsidi yang telah wujud sebelum ini telah ditarik balik, sekurang-kurangnya BR1M dapat mengantikan wang subisidi yang telah ditarik balik.

Namun demikian rungutan dan kemarahan ini tidak boleh disalahkan kepada rakyat @ pekerja yang berpendapatan rendah, rata-rata pekerja yang berpendapatan rendah tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan harga barang, malah baru-baru ini harga kawalan seperti "GULA" telah dinaikkan, malah RUM yakin akan banyak lagi harga kawalan bakal dinaikkan berdasarkan kejatuhan RM berdasarkan wang US, maka yang menjadi mangsa ialah pekerja berpendapatan rendah.

Dari sudut ini maka jelas RAKYAT mungkin sejuk sedikit kerana ada BR1M, walaupun kos harga barang meningkat, tetapi dengan mengetatkan penerimaan BR1M akan menjadikan rakyat marah, janganlah salahkan rakyat@pekerja.

RUM memang tidak bersetuju dengan BR1M tapi lebih menekankan subsidi, tapi apakan daya subsidi telah banyak ditarik balik maka BR1M mungkin satu pilihan yang baik bagi golongan yang berpendapatan rendah tapi tetap juga tidak mampu mengatasi kos sara hidup yang meningkat.

Pada pandangan RUM, penyelesaian BR1M sebaiknya berbentuk "kopon" bukan wang, kopon atau satu kad berbentuk smartkad atau kad pengenalan yang boleh didebitkan wang sebagai kopon diberikan kepada rakyat yang  berpendapatan rendah untuk membeli barangan dengan kadar murah khususnya pemegang kad ini dikecualikan dari cukai GST, pembelian minyak petrol diberi potongan 10%-30% pembelian barangan kawalan yang telah dinaikkan harga di beri potongan sebanyak 10%-30%, pengangkutan awam diberi potongan 10% - 30% dan lain-lain.

Cara ini lebih berkesan untuk mengelakkan penipuan malah boleh membantu rakyat yang berpendapatan rendah yang kos sara hidup yang kian meningkat, malah penapisan kepada yang layak boleh dibuat lebih terperinci, manakala yang berpendapatan sederhana maupun tinggi perlu dikenakan GST yang lebih tinggi maupun segala faedah yang bersubsidi perlu ditarik balik kepada golongan yang berpendapatan tinggi, pandangan ini berdasarkan kepada asas kerajaan berdasarkan mewujudkan BR1M untuk mengurangkan tekanan peningkatan kos sara hidup kepada golongan rakyat@pekerja yang berpendapatan rendah.

Ini sekadar pandangan RUM kerana sewajarnya Rakyat yang berpendapatan rendah khususnya pekerja mendapat faedah dari kerajaan untuk menghadapi tekanan kos sara hidup yang meningkat, kos sara hidup yang meningkat menjadi satu bebanan, ianya cukup terasa apatah gaji atau upah yang diterima tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan kehidupan terutamanya adalah pekerja yang bergantung hidup gaji bulan.

Apapun semoga isu yang hebuh ini perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, janganlah menyusahkan rakyat @ pekerja yang berpendapatan rendah,  bantulah mereka, kasihanilah mereka, hentikan prosedur yang cerewet yang boleh menyusahkan rakyat@pekerja yang berpendapatan rendah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Mac 2017

Sokong kenyataan ini...

RNAA berapa banyak proposal dah masuk, dah ada ke surat sokongan?

Lupalak... berapa kali tel user, supaya user menyokong pembelian E-Loko?

RUM tanya je...
Tak kan tanya pun salah...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Mac 2017

SELAMATKANLAH...

Jika aku diberi pilihan, 1 Raja atau 5000 kuli untuk KU SELAMATKAN...

JAWAPANNYA, PASTI KU PILIH 5000 KULI, waima HAMBA ABDI....

selamatkanKTMBselamatlahPEKERJA..
BantahRNAA

selamatkan Khazanah 130 TAHUN NEGARA...

Kenyataan RASMI KPPKTMB
Pen SUA RUM....


04 Mac 2017

SIAPA KTMB?

SIAPA KTMB?
KTMB terdiri dari:-

1. Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
2. Semua Lembaga Pengarah KTMB
3. Semua Pengurusan KTMB dari Pengurus Besar hingga Eksekutif
4. Semua Bukan Eksekutif.

Maka yang akan mempertahankan KTMB itu siapa?

Kita... kita itu siapa... Kita itu yang disebut 1, 2, 3 dan 4.

Kalau tidak kita pertahankan siapa lagi ingin pertahankan?

Malu kalau orang luar kata Pengurusan KTMB tidak mampu berubah dan mempertahankan KTMB maka KTMB akan terhapus bukan dari orang luar tapi dari KITA.

Sedarlah kita bukan sahaja Selamatkan KTMB, bukan sahaja Selamatkan Periuk Nasi Kita tapi Kita Selamatkan Khazanah Negara malah kita Selamatkan "Perkhidmatan Sosial" untuk kepentingan Rakyat.

Sedarlah.. sedarlah...
Jangan KITA sebagai PUNCA..
KTMB tinggal kenangan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Kacang Lupa Kulit

Salam satu Malaysia..
Salam Sayang buat warga KTMB..

Baru memangku, dah memuat komen sebegini.. Jelas, selaku warga KTMB, ANDAI TIDAK PANDAI MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN, saya rasa lebih baik "TUTUP MULUT".. Itu lebih MOLEK..

Apa PERLU MEMUAT KOMEN YANG JELAS dan BISA MENJATUHKAN IMEJ SYARIKAT? IMEJ KTMB?

Apa maksud LUAHAN saudara?
Semua, kiri kanan dia nak SENTUH, nak KONDEM... KOMEN SECARA TERBUKA YANG BISA MENJAHAMKAN KTMB...MOHON PIHAK GM TMOD AMBIL TINDAKAN DENGAN KADAR SEGERA..

#selamatkanKTMBselamatkanPEKERJA
#bantahRNAA
#takperlutaburpasir5000pekerjaKTMB

Kenyataan Rasmi KPPKTMB..
PEN. SUA RUM..


03 Mac 2017

DALAM SETANDAN KELAPA TAK SEMUANYA BAIK

RUM akui dalam setandan kelapa tak semuanya baik, walaupun dihati kecil RUM mahukan semua terbaik, waima pengurusan sehingga pekerja, kerana tak semua baiklah maka kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

RUM merayu pada semua Pengurusan KTMB, Pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM dalam keadaan kritikal ibarat "telur dihujung tanduk" kita tidak boleh membuat sebarang kesilapan.

Diluar sana sedang memerhati, setiap kesilapan yang dilakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja, hari ini sosial media menjadi senjata utama, setiap kesilapan begitu mudah tersebar atau diviralkan, maka kerana yang busuk itu satu, maka seluruh organisasi akan terpalit termasuk RUM.

RUM MERAYU hentikan semua gejala yang tidak sihat yang boleh disabitkan dengan kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib, walaupun tindakan tatatertib boleh diambil harus disedari bukan mudah untuk memulihkan imej KTMB yang kian tercemar dari mereka yang sengaja mencari kesalahan.

Justeru itu RUM merayu semua pihak samada pengurusan, pekerja dan ahli-ahli RUM tolong hentikan gejala tidak sihat, andai terus lakukan sebaiknya pergilah cari kerja lain, kami RUM tidak mahu kerana setitik nila rosak susu belanga, kerana sorang ribuan jadi mangsa.

Maaf, tiada pilihan lain selain berterus terang, walaupun pahit, teguran perlu dibuat demi Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Mac 2017

PERMOHONAN MAAF WAN AHMAD

RUM sangat berbesar hati dengan permohonan maaf secara terbuka oleh Sdr Wan Ahmad terhadap  komen beliau dalam Astro Awani, pihak RUM menyedari bahawa umum tidak mengetahui masalah yang berlaku dalam KTMB semenjak KTMB di swastakan pada 1.8.1992.

Kami yang berada dalam RUM kekal mempertahankan KTMB bukan sahaja untuk kepentingan pekerja tetapi kepentingan Pengguna khususnya Nitezen yang mengunakan perkhidmatan KTMB.

Kami sendiri mempertahankan KTMB dari sudut "Perkhidmatan Sosial" yang memberi faedah kepada rakyat itu sendiri apatah KTMB yang telah wujud lebih 130 tahun boleh dianggap sebagai Khazanah Negara.

Marilah kita sama-sama mempertahankan KTMB, bagi kami, kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik walaupun kami menghadapi seribu kekangan.

Justeru itu saya bagi pihak rakan-rakan yang lain memohon maaf sekiranya ada salah kata yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, saya menarik balik kenyataan screen shot yang dikeluarkan sebelum ini.

Tkasih


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PROTON GAGAL PROJEK TUN RNAA

RUM tertarik dengan kenyataan ini satu keberanian kerajaan menyatakan bahawa Proton atas usaha Kerajaan telah dikatakan "GAGAL" dan ia adalah cetusan idea Tun Mahathir, RUM sangat mengalu-alukan kenyataan ini.

Bukan sesuatu yang mudah untuk kerajaan  memutuskan satu kenyataan seperti ini,  RUM memuji kenyataan berani ini.

Maka RUM dengan tegas menyatakan bahawa PENGSWASTAAN KTMB adalah GAGAL.

PENGSWASTAAN KTMB adalah cetusan idea TUN MAHATHIR ianya adalah jelas kegagalan TUN MAHATHIR sehingga menyebabkan KTMB mengalami kerugian sehingga hari ini, seperti mana kenyataan yang sama mengatakan PROTON GAGAL, maka itu saranan RUM dengan KEGAGALAN PENGSWASTAAN KTMB yang berasaskan IDEA TUN, maka Kerajaan juga hendaklah BERANI mengembalikan KTMB ke Sektor Awam kerana JELAS DAN NYATA kegagalan KTMB hari ini berpunca dari idea TUN MAHATHIR.

Bukannya mewujudkan RNAA kerana idea RNAA adalah lebih teruk @ amat buruk dari idea Pengswastaan KTMB sehingga satu tempoh Keretapi Tanah Melayu akan pupus di bumi Malaysia.


http://kinitv.com/video/45324O74

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KOMEN PEMBACA

Hebat pembaca ni.. dia punya komen kalah yang arif... lagi bijak pandai... patut dia ni layak jadi Presiden KTMB, masa tu dia tau... teloq dia ada ke tak de..

Ni RUM nak bgtau...

1. Cuba check dalam tempoh KTMB di swastakan pada 1.8.1992 berapa kerugian KTMB berbanding dengan Prasarana?

2. Cuba check harga tambang perkm antara komuter KTMB berbanding dengan LRT STAR, MONORAIL, LRT PUTRA, ERL?

3. Apa dia Rail Safety?

4. Kenapa cermin komuter pecah?

5. Tren SCS buatan mana?

6. Tahun lepas 2016 Prasarana dapat suntikan RM 600 juta, KTMB dapat berapa?

7. KVDT gi tanya SOR MOT dan MOT sendiri kenapa pembaikan landasan tidak boleh 8 jam sahaja, kenapa kehendak "USER" ditolak mentah2?

Buat kajian sebelum berbicara, jangan orang kata nanti "BINGAI" atau nak memandai-mandai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


BAJET

KTMB tiada duit..
Harga tambang murah..
Beli set train tak de kualiti..
Suntikan tak nak bagi..
Nak perbaiki perkhidmatan perlu kos..
Marhaein duk bising..
KTMB dipersalahkan...

Adeiiii....

Nasib.. nasib...

Kata Pak Menteri..

Sampai bila orang melayu nak sedar tak kan sentiasa nak beri subsidi... kita perlu tuju sebagai negara maju... katanya bila berbicara 6 mata.

Last sekali...

Lepas tu dengan senang hati SALAHKAN KTMB!

KTMB jugak kambing hitam...

RUM angin satu badan...

Kita wujudkan RNAA, ini akan bantu KTMB membaiki perkhidmatan...

Adoiiiiiii..
RUM ni bodoh sangat sangat...

Tak pe Dato... saya terima tawaran untuk ambil salah satu jabatan... saya akan senyap.. puiiiiiiiiiii.....

This is Railwaymens Union of Malaya

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


SET TRAIN DARI CHINA KTMB KAMBING HITAM RNAA

RUM pernah menulis pasal ETS buatan CHINA malah pernah menulis mengenai SCS buatan CHINA, dijangka 19set ETS yang bakal hadir ke KTMB pada tahun 2019 juga adalah buatan CHINA, begitu juga pembeliaan 13 set DMU yang bakal hadir pada 2019 juga dari CHINA.

YBhg Datuk Elias Kadir mantan Presiden KTMB telah menulis surat ke YAB DS PM mengenai kelemahan SCS sehingga YB Menteri Pengangkutan marah-marah dengan YBhg Datuk Elias Kadir begitulah kehebatan tren-tren dari CHINA.

Sejarah KTMB dengan pembelian set lokomotif kelas 29kelas yang mempunyai sejarah tersendiri juga adalah lokomotif yang paling bermasalah, rekod telah pun menunjukkan bahawa set-set train dari CHINA sememangnya bermasalah.

Lokomotif elektrik yang beriya-iya hendak dibeli juga dari CHINA kononnya berdasarkan "alam sekitar" tanpa melihat kemampuan KTMB dari sudut infratruktur yang ada malah sekiranya dibeli Lokomotif Elektrik boleh menjadi "gajah putih"

Berpuluh surat kesatuan telah dihantar menggesa kerajaan agar tidak membeli set-set dari CHINA dengan dalil-dalil yang ada malah kalau hendak dibeli, belilah melalui "tender terbuka" agar pemilihan boleh dibuat bukan sahaja dari sudut komercial tetapi dari sudut teknikal.

Apa yang ada ialah pembelian berterusan tetap dari CHINA kehendak atau pandangan "USER" tidak pernah diambil kira, maka hadirlah loko-loko dari CHINA yang ramai puji dari kecantikannya tapi perutnya penuh dengan ulat.

Malah kononnya pengantaran pekerja ke CHINA untuk pertukaran teknologi juga sekadar wayang dan yang menariknya YB Menteri kononnya melahirkan rasa bangga latihan telah diberikan kepada pekerja syarikat yang membuat maintenance dari CHINA dalam satu majlis penganugerahan sijil juga adalah wayang yang orang tidak tahu maksud cerita tersirat.

Maka akan berterusanlah KTMB akan dirundung masalah dan tomahan, KTMB sentiasa jadi "kambing hitam" yang untung "BROKER" yang menjalankan aktiviti-aktiviti "KAYUH".

Inilah nasib KTMB sejak zaman berzaman yang master mindnya ialah MoT malah kewujudan RNAA adalah untuk mempermudahkan pembeliaan set-set sebegini tanpa merujuk kepada "USER".

RUM benar-benar bosan dengan tunding jari kepada KTMB kerana tuduhan sebegini memberi implikasi imej kepada KTMB dan Pekerjanya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Cc YB Dato Ir Dato Ir Nawawi Ahmad


01 Mac 2017

KOMEN YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA BUKTIKAN KTMB TIDAK BERSALAH

RUM berharap pihak pengurusan KTMB bersikap jujur dan tanpa rasa takut hendaklah "BERANI"  untuk memberi penjelasan mengenai teguran YAB DS PM secara terbuka, ceritakan kedudukan dan kelemahan ETS yang sebenar termasuk dari aspek teknikal jangan terlampau berlapik malah dari sudut ticketing juga perlu dijelaskan kedudukan sebenar jangan duk bercakap melalut dengan membuktikan "KTMB TIDAK BERSALAH".

RUM sudah bosan dengan kelemahan yang berlaku kononnya berpunca dari KTMB, sedangkan pihak pengurusan maupun Lembaga Pengarah KTMB tidak mampu menjelaskan perkara sebenar.

Ambil kesempatan terhadap teguran terbuka ini menjelaskan perkara sebenar, sekiranya masih takut-takut maka teguran ini akan membuka ruang  yang lebih besar kewujudan RNAA.

Cukup cukup sudah... ini kali dengan keberanian buktikan KTMB tidak bersalah walaupun terpaksa meletakkan kesalahan kepada pihak yang benar-benar tidak membantu atau yang sebenarnya mewujudkan kelemahan.

Kalau pengurusan KTMB  gagal menjelaskan perkara sebenar maka memang sah teguran YAB DS NAJIB itu adalah "BENAR"  maka Pengurusan KTMB dan siapa yang bertanggungjawab perlu meletak jawatan.

Jangan jadikan KTMB dan Pekerja sebagai mangsa!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc

YB Dato Ir Nawawi Ahmad