10 Februari 2017
RNAA: KERETAPI TANAH MELAYU BAKAL JADI MEMORI MARI BERSAMA PERTAHANKAN KTMB
Jumaat, Februari 10, 2017
RNAA
Keseluruhan landasan Kererapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Semenanjung Malaysia ialah 1699 km. Landasan berkembar yang siap sepenuhnya adalah antara Gemas ke Padang Besar yang boleh melarikan tren berkuasa letrik.
Setakat ini keseluruhan pengunaan landasan keretapi yang digunakan adalah lebih kurang 30% manakala 70% tidak digunakan kerana KTMB tidak mempunyai lokomotif, wagon, ets maupun komuter yang mencukupi.
KTMB yang diperkatakan oleh ramai pihak adalah perkhidmatan yang tidak pernah meraih keuntungan, ramai pihak luar maupun pihak tertentu menunding jari kepada KTMB kerana sejak pengswastaan KTMB kononnya gagal meraih keuntungan sedangkan KTMB adalah sebuah syarikat berorientasikan perniagaan.
Kenapa gagal? RUM pernah menulis kegagalan KTMB adalah kadar tambang samada Kargo maupun Pengangkutan Penumpang disebabkan sekatan pihak kerajaan sendiri yang tidak membenarkan kenaikan tambang mengikut kadar kos operasi, bila mana ini tidak dibenarkan sewajarnya kerajaan membayar ganti rugi berdasarkan perbezaan tambang kos operasi dengan kadar tambang yang dikenakan kepada penumpang, dukacitanya keadaan ini tidak berlaku, KTMB diibaratkan sebagai "pengemis" memohon suntikan kewangan malah pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyalahkan pengurusan KTMB kerana tidak tahu berniaga.
Maka terciptalah idea Railway Network Access Aggrement (RNAA) kononnya dengan mewujudkan RNAA maka KTMB boleh meraih keuntungan kerana semua perkara yang RUM utara melalui topik "APAKAH AKAN TERJADI KEPADA PEKERJA" akan dipindah milik kepada RAC, bermakna KTMB tidak lagi menanggung kos maintenance malah dapat menjimatkan pembayaran gaji pekerja,
KTMB hanya memfokuskan bidang "operator" atau dengan maksud lain hanya melarikan tren.
Jajaran tren yang mengunakan landasan tidak lagi dimonopoly oleh KTMB ianya akan dikongsi bersama dengan syarikat-syarikat luar yang menjalankan perniagaan yang sama kononnya satu persaingan yang sihat dari aspek mereka yang mengkaji dari satu sudut tanpa melihat sudut yang lain.
KTMB tidak lagi mempunyai sebarang harta malah bangunan yang ada juga adalah milik RAC semua harta KTMB akan dipindah milik, kalau ada tidak lebih dari 10% maka setiap item yang pernah menjadi milik atau kegunaan KTMB hanya berbentuk sewaan, KTMB akan membayar setiap sen pengunaan harta milik RAC, jadilah KTMB sekadar sebuah syarikat biasa yang tidak mempunyai sebarang pengertian.
Dikatakan persaingan itu sihat, tapi ramai yang tidak sedar bahawa landasan yang ada hanya satu (1) pergi dan satu (1) balik yang dipanggil landasan berkembar. Yang menjadi nadi pengatur cara pengunaan landasan adalah Operator Management Centrelise (OMC) boleh disebut sebagai "jantung ktmb) akan menjadi milik RAC, maka berebutlah antara operator-operator ini untuk mengunakan "landasan terhad" walaupun dikatakan hanya 30% pengunaan KTMB dalam pengunaan landasan kerana pengangkutan penumpang tidak boleh dilengahkan berdasarkan waktu bertolak dan kedestinasi telah dijadualkan. Disinilah masalah KTMB bilamana akan berlaku nanti KTMB melalui pengangkutan KARGO ketinggalan iaitu dikemudiankan untuk memberi laluan kepada syarikat lain (wait n see) maka KTMB dengan kekangan harga tambang, kargo bermasalah, kemudian gagal membayar sewa, maka akan dituduh bahawa KTMB tidak pandai berniaga dengan mengunakan dalil syarikat luar yang mengunakan landasan yang sama mampu memperoleh keuntungan, KTMB tetap akan jadi mangsa.
KTMB akhirnya dalam satu tempoh akan tinggal nama kerana anasir-anasir ini akan membunuh KTMB melalui cara senyap.
Maka kalau jujur dan ikhlas pertahankan khazanah negara maka RNAA hendaklah dihentikan, RNAA bukannya jalan penyelesaian untuk menjadikan KTMB mampu memperoleh keuntungan tetapi banyak kaedah lain yang boleh dan mampu menjadikan KTMB memperoleh keuntungan.
Dari A - Z RNAA adalah satu agenda yang tidak sihat kerana akan melumpuhkan KTMB dan mangsanya adalah pekerja, Keretapi Tanah Melayu hanya sebuah nama yang telah ditadirkan sebagai "MEMORI".
Kepada pekerja perlu sedar sdr/ i ibarat "telur dihujung tanduk" mungkin sdr/i berfikir ini bukan masalah, tapi bila "dah terhantuk baru terngadah", maka "nasi sudah jadi bubur", fikirkan Perjanjian Bersama yang telah meningkat bermula dari yang pertama (1) kini telah masuk ke lapan (8) bayangkan semua faedah ini telah tiada atau kalau ada sekurang-kurangnya kembali kepada "basic" atau lebih baik "sedikit" dari Akta Kerja dan "kurang banyak" apa yang telah kita nikmati melalui CA.
Konklusinya PENGSWASTAAN KTMB pada tahun 1.8.1992 totally "GAGAL" pencetusan idea "RNAA" kesinambungan kepada agenda yang sama mengagalkan KTMB. RNAA adalah lebih teruk agendanya dari Pengswastaan KTMB.
Marilah kita sama-sama tidak kira ahli RUM, bukan ahli RUM, pencinta keretapi, NGO, mana-mana pertubuhan bersama RUM mempertahankan KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB). KTMB milik rakyat @ milik negara idea cetusan Kementerian Pengangkutan melalui RNAA hendaklah ditolak.
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
09 Februari 2017
RNAA : APAKAH NASIB PEKERJA KERANI KAUNTER & PEMBANTU TRAFIK?
Khamis, Februari 09, 2017
RNAA
Kerani, kerani kaunter, pembantu trafik dan jurusemboyan adalah satu gred yang sama dengan skop gaji yang berbeza.
Kedudukan kerja yang selalu menarik perhatian umum sekiranya ada sedikit kesilapan, kebiasaannya kesilapan berpunca dari pengurusan sendiri, tapi kecaman yang diterima oleh mereka adalah dari nitezen kononnya mereka yang membuat kesilapan sedangkan kebanyakkannya adalah perancangan dari pengurusan bagi pihak pekerja mereka tidak boleh membantah sebaliknya hendaklah mematuhi setiap arahan maka jadilah mereka mangsa.
Dari sudut perkhidmatan pembantu trafik khususnya akan berada di barisan hadapan dalam membantu penumpang dalam apa jua keadaan, tidak kira penumpang yang bermasalah, pembantu trafik akan tetap memberi bantuan.
Kerani kaunter antara yang paling teruk berdepan dengan kecaman, sehingga ada yang tidak mempunyai "autority" kononnya membuat "test" sedangkan itu bukan bidangkuasanya sebaliknya memungkinkan "berniat jahat" atau menipu ktmb untuk mendapatkan tambang konsensi.
Apapun keadaan mereka menjalankan tugas dengan sesempurna mungkin, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna selaras dengan perkhidmatan sosial.
Tapi dengan kehadiran RNAA dimanakah nasib mereka, kita pernah dengar bahawa satu ketika perancangan untuk mengoutsorcekan kerani kaunter itu masih dalam KTMB, makanya dengan kewujudan RNAA tidak mustahil ianya akan dioutsorcekan, begitu juga nasib pembantu trafik, kekeranian nasib mereka ibarat "TELUR DIHUJUNG TANDUK".
RNAA ADALAH PENGANIAYAAN KEPADA WARGA KTMB, PILIHAN YANG ADA "TOLAK RNAA!"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#gambar ehsan dari rakan2 ahli RUM
RNAA : APAKAH NASIB PEKERJA KOMUTER & ETS MAINTENANCE?
Khamis, Februari 09, 2017
RNAA
PEKERJA KTMB telah dilatih khusus dalam kerja-kerja "MAINTENANCE" Komuter n ETS, pekerja ini adalah pekerja-pekerja mahir yang membuat kerja-kerja rutin membaikpulih Komuter dan ETS makanya MRO yang dicadangkan oleh pihak berkuasa telah pun dilaksanakan oleh pekerja-pekerja KTMB itu sendiri.
Malangnya Six Car Set (SCS) yang dibeli dari CHINA maintenancenya telah diserahkan kepada Syarikat Pembekal dari CHINA tanpa pertukaran teknologi kepada pekerja KTMB, usaha sebegini adalah tidak tepat kerana penghakisan teknologi kepada KTMB malah hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu apatah lagi kos maintenance yang dianugerahkan melalui "DIRECT NEGO" akan melibatkan kos yang tinggi sedangkan wang yang dibayar (payment) kepada Syarikat CHINA sewajarnya diserahkan kepada KTMB, ianya membantu KTMB untuk membuat maintenance seterusnya lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan lain.
Difahamkan kontrak SCS akan berakhir pada 14/2/2017 maka adalah diharapkan SCS diserahkan kerja-kerja maintenance kepada KTMB bukannya diserahkan kepada Syarikat Swasta berdasarkan kemampuan pekerja-pekerja KTMB melalui pengalaman yang ada melalui kerja-kerja maintenance ETS dan Komuter.
RUM ingin tegaskan bahawa RNAA tidak perlu kerana kemampuan dan kemahiran telah ada dalam KTMB malah kos pembayaran kepada Syarikat Luar adalah mahal berbanding kos yang dibuat dalam KTMB, formula mudah bila KTMB buat kerja KTMB tidak boleh diberi bantuan kewangan tetap bila syarikat luar buat dengan kos ratusan juta, kementerian pengangkutan boleh mengunakan bajet untuk membuat pembayaran.
Justeru itu pihak MoT perlu memikirkan kembali prosedur yang ada agar ia mampu menjimatkan wang kerajaan @ wang rakyat malah memperkembangkan KTMB dari sudut industri perkeretapian seperti mana CHINA mampu lakukan dan bukannya menyerahkan kepada CHINA.
RNAA tidak memberi faedah kepada pekerja malah menghakiskan kemahiran yang ada serta menganaktirikan pekerja dan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#gambar ehsan dari pekerja-pekerja komuter
ADUAN TERBUKA
Khamis, Februari 09, 2017
RUM terpanggil dengan komen terbuka ini dalam wall Pengerusi KTMB, setelah semua group Whatsapp yang ada memaparkan kenyataan tersebut. Justeru itu RUM ingin mengulas kenyataan tersebut, dengan harapan sebarang aduan dibuat melalui saluran yang betul.
Sehubungan dengan itu RUM berharap pada mana-mana pihak yang ingin membuat teguran biarlah ianya teguran membina malah teguran itu boleh dilakukan secara "profesional" dan bukannya cara keanak-anakan. Kerjasama semua pihak amat dihargai.
Jawapan RUM.
- Sebaiknya Tuan yang mengutarakan komen ini perlu menulis surat rasmi bukannya secara terbuka, ianya lebih bersopan dan beradap.
- Bila kenyataan terbuka sebegitu seolah-olah memburukkan seluruh pekerja KTMB, jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar.
- Perlu disedari pembekalan kasut kepada pekerja tidak diperuntukan dan menjadi tanggungjawab pihak pengurusan membekalkan kasut apatah lagi kasut keselamatan. Pihak RUM juga ingin menekankan kemungkinan ada alasan yang munasabah dalam keadaan tertentu dibolehkan memakai selipar, tertakluk kepada keperluan dari aspek kerja-kerja yang melibatkan keselamatan atau mungkin kaki pekerja kecederaan, maka itu sewajarnya jangan komen secara terbuka sebalik boleh mengemukakan aduan rasmi kepada pihak pengurusan, sekiranya kegagalan pekerja memakai kasut apa pula tanggungjawab penyelia @ pegawai atasannya? Semua sudut kena lihat, tapi bila mengeluarkan komen terbuka seolah-olah kita menjatuhkan hukuman sedangkan secara berhemah boleh menulis surat rasmi atau inbox aduan kepada mana yang berkenaan.
- Dari sudut uniform suka dijelaskan bahawa pihak pengurusan tidak membekalkan uniform kononnya bagi menjimatkan kos, maka ianya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pakaian lain atau pakaian yang tidak kemas, kerana menjadi tanggungjawab pengurusan membekal uniform selaras dengan Perjanjian Bersama, apakah ini juga salah pekerja? Adeiiii... tapi bila komen dalam wall secara terbuka.. apakah persepsi umum? Mereka akan menuduh atau mewujudkan tomahan kepada pekerja sedangkan itu adalah kesalahan pengurusan.
- Sekiranya ada pekerja yang mengisap rokok ianya adalah satu kesalahan, tapi dimana pegawai penyelia untuk menegur, dimanakah pemantauan dari penyelia atau pegawainya, sekiranya alasan digunakan tanpa bukti sekadar mengunakan alasan CCTV mengapa tidak tuan yang lagi hebat buat pemantauan secara serius di hentian rehat lebuhraya PLUS yang kini telah ditetapkan kawasan larangan merokok tapi tetap wujud perokok dikawasan larangan, mengapa tidak meminta pihak PLUS mengunakan CCTV untuk mengesan perokok yang mengisap dikawasan larangan, malah banyak tempat lagi kawasan larangan tetap ada perokok.
- Rum sebenar rasa sangsi niat komen secara terbuka, malah individu ini juga adalah friends RUM, andai benar ikhlas mengapa tidak inbox personal Suara RUM, RUM sendiri boleh beri penjelasan malah menyiasat setiap aduan, dukacitanya pihak RUMrasa terkilan dengan komen terbuka tersebut.
- Mengenai umur muda mengunakan tiket warga emas, ianya adalah satu kesalahan maka tindakan terhadap pengguna boleh diambil dengan cas tambahan, ada kemungkinan dalam kesebukan pekerja terlepas pandang, maka sewajarnya bila kebetulan ternampak sebegitu sebaiknya menegur terus pekerja tersebut bagi membetulkan keadaan, malah tindakan tatatertib boleh diambil kepada pengeluar tiket konsesi berdasarkan prosedur tindakan tatatertib, menjadi kemuskilan apa tujuan atau niat "TEST", sedikit keraguan yang boleh menimbulkan tandatanya.
Sehubungan dengan itu RUM berharap pada mana-mana pihak yang ingin membuat teguran biarlah ianya teguran membina malah teguran itu boleh dilakukan secara "profesional" dan bukannya cara keanak-anakan. Kerjasama semua pihak amat dihargai.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
08 Februari 2017
RNAA: SEWA KUARTERS KTMB DINAIKKAN
Rabu, Februari 08, 2017
RNAA
Kelebihan pekerja KTMB secara majoritinya ialah menikmati faedah perumahan (kuarters) dengan kadar sewa yang sangat murah malah lebih murah dari Pangsapuri Perumahan Rakyat (Bandaraya KL), faedah ini sekian lama terwujud dan telah termaktud dalam Perjanjian Bersama (CA).
Tujuan kuarters KTMB diwujudkan sejak dulu adalah memberi kemudahan kepada pekerja agar perkhidmatan keretapi yang diletakkan di bawah "perkhidmatan sosial" tidak terganggu dan menjejaskan perkhidmatan kepada pengguna malah takrifan "perkhidmatan sosial" suatu pengertian yang cukup mendalam demi kepentingan rakyat.
Dengan kewujudan RNAA maka faedah yang diterima "sewa rumah kuarters" sehingga kini akan terhapus bila mana antara cadangan RNAA adalah mengikut "Harga Pasaran", bayangkan dengan pekerja bergaji rendah maka terpaksa menampung kos sewa rumah yang tinggi maka gaji bulanan yang diterima akan dipulangkan kembali kepada Syarikat, manakala pekerja yang bernasib baik ditawarkan bekerja dengan syarikat swasta tidak lagi mempunyai keistimewaan menduduki kuarters malah segala faedah dalam CA terhapus.
Adakah ini menguntungkan pekerja? RNAA tidak memberi sebarang faedah kepada pekerja sebaliknya idea ini akan menghakis banyak faedah yang telah wujud dalam Perjanjian Bersama maka kerugian besar akan berlaku pekerja jadi mangsa.
RNAA IDEA PALING KARUT!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 Februari 2017
RNAA : APA NASIB PEKERJA STESEN?
Selasa, Februari 07, 2017
RNAA
Antara cadangan RNAA ialah semua stesen akan diserahkan kepada RAC, maka semua stesen bukan lagi milik KTMB, maka semua penyelenggaraan stesen berkemungkinan dilakukan oleh RAC malah kemungkinan urusan kerja-kerja stesen yang dilakukan oleh Pengurus Stesen, Porter, Penyelenggara Am, Penjaga Get akan diserahkan kepada RAC.
Kita ketahui bahawa dari sudut operasi pengetahuan RAC adalah sangat minima maka dari kacamata RUM maka ada kemungkinan kerja-kerja ini juga akan diswastakan malah sistem double track yang wujud kini yang dikendalikan oleh Operation Management Centrelised (OMC) akan diserahkan kepada RAC, maka disini kita boleh mengandaikan bahawa RAC akan berusaha untuk mengurangkan pekerja yang berjawatan Pengurus Stesen manakala kerja-kerja lain akan diswastakan kerana banyak syarikat luar mampu membuat penyelenggaraan dengan mengunakan pekerja asing.
Dalam sebelas (11) appendix yang dalam kajian pihak pengurusan KTMB pasti akan membuat perkiraan kos perbelanjaan dimana kos kerja-kerja stesen ini akan dijadikan sebagai kos penyewaan dengan sedikit keuntungan kepada pihak kontraktor dan RAC.
Yang pasti KTMB hanya operator tren sahaja yang lain akan dibayar sewa kepada RAC.
KTMB apa pun tarak.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#Gambar Ehsan dari Group Whatsapp Ahli2 RUM, terima kasih yang beri kerjasama dalam mengutarakan isu RNAA.
































































