25 Jun 2014

PENUTUPAN GUA MUSANG - GEMAS: SEKSYEN 106 AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Yang menarik untuk diperkatakan ialah SPAD suka mengugut mengunakan Seksyen 106, tindakan mengunakan Akta adalah sebagai "bullet" untuk menekan KTMB. 

Apakah mungkin SPAD berdendam dengan KTMB? Siapakah gerangan individu berkenaan? Inilah andaian RUM mengenai penutupan operasi Gua Musang – Gemas kerana tindakan SPAD menutup operasi Gua Musang – Gemas adalah meragukan.

Persoalannya yang menjadi tanda tanya RUM ialah dari mana lapuran teknikal yang Pihak SPAD dapat, adakah lapuran teknikal berdasarkan kajian SPAD melalui pelantikan Jurutera seperti termaktub dalam seksyen 106.

Apakah SPAD mengunakan lapuran teknikal KTMB dalam menuntut suntikan kewangan atau mohon bajet sebanyak RM 400juta kepada kerajaan untuk membaikpulih landasan sebagai satu rumusan, kajian SPAD dan lalu membuat keputusan menutup operasi Gua Musang - Gemas?

Sekiranya benar perkara ini, di manakah profesionalism SPAD dalam membuat kajian ini sehingga mengambil kesempatan "menangguk di air keruh" dengan mengunakan seksyen 106. Tindakan sedemikian merupakan satu tindakan tidak profesional yang menjuruskan kegagalan SPAD sebagai regulator.

Pihak RUM ingin mengetahui siapakah gerangan jurutera SPAD atau jurutera yang dilantik oleh SPAD dalam membuat kajian serta memutuskan dan menandatangani lapuran kajian sehingga memutuskan penutupan Gua Musang – Gemas selaras dengan peruntukkan seksyen 106.

Pihak kesatuan sebagai organisasi Kesatuan Sekerja yang didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja yang menyuarakan bantahan bagi mewakili Pekerja KTMB dan seluruh rakyat pantai timur khususnya penumpang keretapi akan menulis surat rasmi kepada SPAD memohon lapuran kajian tersebut.

Pihak kesatuan juga akan menyiasat apakah lapuran yang dibuat oleh SPAD itu kajian dari seorang jurutera yang dilantik oleh SPAD atau hanya berpandukan lapuran teknikal KTMB dalam menuntut bajet dari kerajaan bagi tujuan membaikpulih landasan Gua Musang - Gemas. 

Tindakan SPAD menutup operasi Gua Musang – Gemas sesungguhnya adalah sangat meragukan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB