04 Disember 2014

ZAHARIN MOHD YASIN

Seorang yang saya tidak pernah kenali dahulu, hanya kenalan dalam Facebook, antara penulis Facebook yang saya ikuti penulisannya, boleh dianggap saya salah seorang "peminat setia" yang tidak akan lepaskan peluang bila Abg Zaharin menulis pasti saya akan membaca dan cuba faham maksudnya.

Dari kacamata saya, seorang yang sangat berani membuat teguran terbuka, tulisannya sungguh memberi kesan, sehingga hal ehwal pekerja juga disentuh melalui penulisannya, malah isu RUM juga turut diambil perhatian.

Berbangga dan tidak pernah terasa rugi mengenali beliau, malah ada sekali beliau "deactivate", saya terus inbox, bertanya khabar, kesudian beliau reply dan memberi jawapan balas, melegakan saya.
Akhirnya saya berkesempatan berjumpa di Hotel Hilton, berbual mesra, bertukar pendapat malah menceritakan perkembangan kemelut RUM, beliau melahirkan rasa simpati dan akan usaha untuk membantu, dalam pertemuan itu turut menghadiahkan saya sebuah analogi tulisan beliau dalam Facebook, terima kasih, buku itu satu hadiah yang bererti buat saya.

Alhamdulillah, atas pertolongan beliau juga, maka kemelut RUM dapat perhatian, pertolongan beliau, tanpa sesen pun bayaran dengan tulus ikhlas membantu, kerana beliau dapat menyelami naluri pekerja yang berpendapatan rendah.

Terima kasih, pada Abang Zaharin pertolongan ikhlas beliau telah "menghighlightkan" isu sehingga banyak pihak membuka mata, kini telah sampai ke penghujung sebuah penyelesaian.

Semoga Allah Swt membalas kebaikan dan pertolongan Abang Zaharin.

Bagi pihak RUM saya ucapkan jutaan terima kasih. Teruskan menulis, kerana pena yang menulis lebih tajam dari sebilah pisau.

Presiden RUM.