01 Mei 2015

SELAMAT HARI PEKERJA

Alhamdulillah, hari pekerja kali ini cukup bermakna bagi kami seluruh warga RUM, dunia ugutan dan kezaliman telah berakhir.

Maka berakhirlah titik hitam yang melanda kami. Sejarah RUM tertinta semenjak ditubuhkan pada tahun 1961, kami dizalimi!

I LOVE RUM

Selama setahun bermasalah, dengan ugutan, pembuangan kerja, dasar sumber manusia haru biru, hak Perjanjian Bersama tidak dipedulikan, hak Akta semuanya dilanggar, malah perjanjian yang ditandatangani adalah jelas dan nyata ia bertentangan dengan undang-undang.

In Syaa Allah semua kemelut akan kembali pulih seperti sediakala, hubungan perusahaan akan kembali terjalin, maka matlamat RUM ialah memberi kerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik malah akan berusaha memberi komitmen sehingga KTMB kembali ke mercu kecemerlangan.

Kita juga akan memastikan semua dasar dikembalikan selaras dengan Peruntukan Perjanjian Bersama dan undang-undang yang berkaitan.

Bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI, MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA, SEMUA VVIP YANG MEMBANTU, SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN DALAM KESATUAN SEKERJA SAMADA DALAM NEGARA MAUPUN LUAR NEGARA, SEMUA AHLI AHLI RUM, BARISAN MAJLIS EKSEKUTIF RUM DAN ISTIMEWA BARISAN TERAKHIR RUM.

JUTAAN TERIMA KASIH

Majlis Eksekutif dan semua warga RUM ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja, semoga pekerja terus dihormati dan diberi layanan yang adil kerana pekerja adalah aset bagi memajukan sesebuah syarikat.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dengan matlamat memajukan Syarikat kita Keretapi Tanah Melayu Berhad ke arah yang gemilang.

SELAMAT HARI PEKERJA

PRESIDEN

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB