02 Disember 2015

TAMBANG LRT & MONORAIL NAIK

RUM kat sini nak minta semua buat penelitian berdasarkan kenaikan PERKM kenaikan.

Berapa PERKM yang naik antara KTMB dengan LRT/MONORAIL?

Makanya kenaikan harga tambang KTMB adalah sangat rendah tidak menepati harga pasaran. KTMB seperti "ANAK TIRI", tapi KTMB dipersalahkan, sedangkan KTMB sekarang ini dikatogerikan "NAZAK".

GAMIS & PSM tolong buat kajian sebelum membuat bantahan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KUALA LUMPUR: Tambang Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail akan dinaikkan mengikut jarak perjalanan mulai 2 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata syarikat perkhidmatan rel itu akan mengenakan tambang kepada penumpang mengikut jarak perjalanan mereka.

Dalam sidang media pada Isnin, Azmi mengumumkan tambang baru tiket yang bermula dengan tambang 70 sen mengikut blok jarak perjalanan yang berbeza.

Katanya, tambang ini tidak semestinya dilihat sebagai satu peningkatan berbanding dengan yang telah berkuat kuasa pada Isnin.

Untuk empat kilometer pertama, penumpang LRT akan dikenakan 30 sen perkilometer perjalanan.
Tambah Azmi, lagi jauh penumpang itu pergi, tambang yang dikenakan untuk setiap blok jarak perjalanan akan dikurangkan.

Jarak 4.1 kilometer hingga 9 kilometer, penumpang akan dikenakan tambang 26.4 sen perkilometer. Untuk 9.1 kilometer hingga 14 kilometer, tambang 21.5 sen perkilometer.

Bagi 14.1 kilometer hingga 19 kilometer, tambang menjadi 18 sen perkilometer dan 19.1 kilometer hingga 24 kilometer, 14.4 sen perkilometer.

Untuk perjalanan melebihi 24 kilometer, tambang akan dikenakan sebanyak 10.8 sen perkilometer.
Perjalanan Monorail juga akan menggunakan blok jarak perjalanan dengan penumpang dikenakan 58.8 sen perkilometer untuk empat kilometer pertama dan 37.2 sen perkilometer untuk 4.1 kilometer hingga 9 kilometer blok.

Azmi menambah perjalanan yang akan dikenakan tambang istimewa Sistem.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menunjukkan tanda-tanda bahawa tambang LRT dan Monorail akan dinaikkan.

Syed Hamid berkata SPAD telah mendapat kelulusan Kabinet untuk menaikkan tambang.

Pada Julai, Prasarana berkata tambang LRT tidak berubah sejak 2002.

Pagi Isnin, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan tambang Komuter juga akan dinaikkan dari 11 sen per kilometer hingga 15 sen per kilometer mulai 2 Disember. [MStar]

Related Posts:

  • PRESENTATION TRANSFOMATION KTMB Hari ini Pegawai Utama RUM di jemput menghadiri Presentation Transformation KTMB 2015 - 2025 Turut hadir MOT, EPU, PEMANDU, SPAD dll. KOMEN RUM Satu perancangan atau plan transformasi atau hala tuju KTMB yang sang… Read More
  • Draf Perjanjian Bersama ke 8 Untuk ahli-ahli RUM sahaja.Buat pertama kali RUM mengedarkan draf Perjanjian Bersama secara "soft copy" melalui email pada semua ahli-ahli RUM. Keterbukaan ini untuk memberi peluang semua ahli-ahli mengetahui bahawa setiap tuntutan dari RUM adalah mela… Read More
  • Kiriman Draft Perjanjian BersamaSemua yang telah memberi email.. akan saya kirimkan draf perjanjian bersama sedikit masa lagi... oleh kerana ramai yang meminta... maka saya akan kirimkan bila saya kelapangan. In Syaa Allah. Pada Pengerusi / Setiausaha / Maj… Read More
  • PERJANJIAN BERSAMA KE 8 1 JANUARI 2016 - 31 DISEMBER 2018Hari ini 1 Oktober 2015, seperti mana yang diperuntukan dalam Perjanjian Bersama (CA), pihak kesatuan boleh menghantar draf seawal 1 Oktober 2015. "TRACK RECORD" Alhamdulillah, track rekord RUM semenjak CA yang pertama tidak … Read More
  • SYUKUR ALHAMDULILLAH RUM menyumbangkan seekor Lembu untuk di korbankan di Tumpat anjuran KTMB. Terima Sdr Pengerusi RUM Cawangan Tumpat, Barisan Jawatankuasa Cawangan Tumpat dan Ahli-ahli RUM Cawangan Tumpat. Salam Aidil Adha Maaf Z… Read More