RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

24 Februari 2018

DASAR CAMPURTANGAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN HENDAKLAH DIHENTIKAN

Kalaulah dulu lagi penyewaan atau pembeliaan Lokomotif Diesel dapat dilakukan maka hari ini KTMB tidak bermasalah, kerana pendapatan KTMB akan bertambah malah keuntungan mungkin dicapai.

RNAA idea yang dicetuskan oleh Kementerian Pengangkutan juga tidak wujud, cetusan idea RUM mengenai Multiple Operator juga tidak wujud, tiada mana-mana pihak akan mengambil kesempatan

"Past is Past", sewajarnya lembaran baru dibuka, maka beri keyakinan kepada En Rani Samsuddin CEO KTMB memainkan peranan untuk memulihkan KTMB agar KTMB mampu bersaing sebagai sebuah Syarikat Pengangkutan yang berjaya.

Jangan banyak campurtangan khususnya dari Kementerian Pengangkutan sehingga KTMB menjadi mangsa keadaan.

KTMB milik Kementerian Kewangan makanya peranan utama adalah dari Kementerian Kewangan bukannya Kementerian Pengangkutan.

Maka Kerajaan perlu merobah dasar  yang ada dengan menarik balik hak Kementerian Pengangkutan yang diberi kuasa mengawalselia Operasi, hak ini perlu diletakkan dibawah Kementerian Kewangan selaras dengan hak milik 100% sahamnya adalah di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Selagi ianya diberi kuasa maka pasti KTMB akan terus bermasalah kerana campurtangan yang berterusan.

Biarkan CEO KTMB dan Lembaga Pengarah KTMB yang menguruskan perniagaan KTMB manakala Kementerian Kewangan pula mengawasi setiap perjalanan atau operasi KTMB ianya tidak mewujudkan diskriminasi, biokrasi dan campurtangan sehingga KTMB hilang arah kerana banyak sangat kepala yang berusaha untuk menunjukkan mereka mempunyai kuasa.

Hentikan kerja-kerja yang menyusahkan biarkan KTMB sendiri yang mencorakkan hala tujunya demi kebaikan semua pihak khususnya untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Perubahan perlu dilakukan bukan sahaja dari KTMB sendiri tetapi dari sudut perubahan dasar yang boleh dianggap telah lapuk atau ketinggalan zaman.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Februari 2018

KTMB raih untung RM4.6 juta

KTMB dah untung, apa perlu RNAA, kalau lokomotif cukup, ETS mencukupi lagi banyak untungkan, so idea RNAA ni tak boleh pakai, maksudnya yang cetuskan idea RNAA ni banganglah....

Mana ada bangang... kira pandailah.. sebab boleh cadang  outsource... boleh cadang second operator... boleh cadang beli lokomotif hibrid.... harharhar... pandai untung kat depa... harharhar...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 BH online 


KTMB raih untung RM4.6 juta



KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mencatat keuntungan sebelum cukai belum diaudit sebanyak RM4.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, berbanding RM8.9 juta pada tahun sebelumnya.





Bagaimanapun, syarikat masih mencatatkan kerugian terkumpul RM2.9 bilion bagi 2017, menurut KTMB dalam kenyataan hari ini.





Antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian positif itu, katanya adalah penjanaan pendapatan operasi sebanyak RM523.1 juta pada 2017 berbanding RM525.5 juta pada 2016.





Pendapatan berkenaan dijana oleh perkhidmatan tren ETS Padang Besar - Gemas, perkhidmatan tren Shuttle Tebrau dan perkhidmatan tren KTM Komuter Sektor Utara.





Pada tahun ini, KTMB optimis prestasi kewangan akan kekal positif dengan unjuran peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 59 peratus berbanding tahun lalu.





-BERNAMA




TRIP NAIK TREN OLEH TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN

RUM amat mengalu-alukan kehadiran YB Timbalan Menteri Menaiki Tren ETS ke Tanjung Malim pada 26/2/2018.

Harapan RUM peluang menaiki tren oleh YB Timbalan Menteri ini akan memberi satu kelebihan untuk meninjau sistem perkeretapian dan seterusnya membantu dengan "SEIKHLAS MUNGKIN" demi kepentingan KTMB dan pengguna KTMB iaitu Rakyat Malaysia.

Kemudiannya harapan tinggi RUM adalah apa jua cadangan dan idea yang dicetuskan oleh YB Timbalan Menteri mengenai RNAA secara tersurat dan tersirat hendaklah dihentikan setelah melihat kepentingan KTMB dan pengguna.

Bantu KTMB sehabis mungkin demi nama uniknya KERETAPI "TANAH MELAYU" kerana pasti YB Tim Menteri pejuang beridentitikan "Pejuang Melayu".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


21 Februari 2018

10 TEORI TUJUAN PEMBELIAN LOKOMOTIF HIBRID

1. Strategi untuk KTMB kekal dengan kekurangan lokomotif, kerana bajet yang ada hanya mampu membeli 16 - 17 buah lokomotif hibrid berbanding dengan peruntukan yang sama boleh membeli 30 buah lokomotif diesel.

2. Perancangan yang rapi untuk mengekalkan KTMB tidak mampu memperolehi keuntungan .

3. Mengekalkan rungutan @ kemarahan pengguna kepada KTMB agar memudahkan pihak berkepentingan camputangan kononnya untuk membantu KTMB.

4. Bila KTMB terus rugi maka RNAA yang ditangguhkan lebih mudah diimplementasi, kerana para 2 dan 3 digunakan sebagai alasan, outsorce jalan penyelesaian melalui RNAA.

5. Satu strategi untuk mengurangkan pekerja dan melumpuhkan RUM apabila RNAA dilaksanakan.

6. KTMB tidak mampu untuk melaksanakan projek kargo "cross border" kerana kekurangan Lokomotif.

7. Mengekalkan KTMB dengan kekurangan Lokomotif memberi ruang dan peluang mewujudkan "Second Operator".

8. Untuk mengembalikan larian Ekspress Rakyat, dan lain-lain  ekspress akan menjadi sukar kerana kekurangan Lokomotif Diesel.

9. Strategi kepentingan perniagaan bagi syarikat-syarikat tertentu  menjual set-set train dari China dan melaksanakan projek-projek perniagaan berorientasikan perkeretapian.

10. Untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


20 Februari 2018

KEHENDAK KTMB DIUTAMAKAN KAJIAN PIHAK BERKEPENTINGAN MENGENAI LARIAN "CROSS BORDER" ADALAH KARUT

Bila business KTMB melampaui sempadan (cross border) telah dikatakan tidak memberi keuntungan kepada KTMB, itu yang dikatakan oleh pihak yang berkepentingan untuk "membekal" lokomotif.

Kalau tiada keuntungan kenapa pula Kementerian Pengangkutan atau syarikat tertentu beriya-iya mewujudkan "second operator"?

Land Bridge terbukti mendapat pengiktirafan luar negara, idea yang cukup bernas dicetuskan oleh Mantan Pengurus Besar Kargo KTMB, sehingga menghasilkan pendapatan yang baik kepada KTMB, cuma masalahnya KTMB kekurangan Lokomotif manakala SRT  atau Keretapi Thailand juga kekurangan lokomotif, andai Land Bridge hendak diteruskan maka perjanjian yang dipersetujui antara KTMB dan SRT ialah larian "cross border" hanya melalui tren atau lokomotif milik KTMB, malah persetujuan antara RUM dan SRUT juga hanya membenarkan tren KTMB sahaja untuk melintasi sempadan "cross border".

Namun mereka boleh mengatakan bahawa larian "cross border" tidak memberi keuntungan "profit" kepada KTMB hanya semata-mata untuk menjual produk mereka, alasan ini disebabkan lokomotif hibrid tidak boleh melarikan tren ke Thailand kerana Thailand tidak mempunyai sistem elektrifikasi serta landasan keretapi Thailand tidak mampu menanggung bebanan lokomotif hibrid manakala lokomotif hibrid dengan kapasiti engin yang ada hanya mampu sebagai shunting loko sahaja.

Maka itu alasan yang diberikan oleh mereka tidak mencerminkan keikhlasan sebaliknya hanya berbekalkan percubaan dua (2) lokomotif elektrik selama dua (2) tahun yang produktifnya tidak mencapai kehendak dan keperluan KTMB secara maksimum, percubaan ini tidak boleh menjadi satu alasan sebagai keperluan untuk membeli kerana banyak alasan yang munasabah bagi menolak pembelian ini melalui kapasiti dan keperluan KTMB secara total.

Maka itu Kementerian Pengangkutan sewajarnya menolak apa jua alasan yang dikemukakan demi memastikan kehendak KTMB diutamakan.

Tiada alasan untuk Kementerian Pengangkutan menerima saranan seterusnya wajar menolak pembeliaan Lokomotif Hibrid.

Keperluan dan kehendak KTMB adalah Lokomotif Diesel.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Februari 2018

POTENSI PELUANG PERNIAGAAN (PEMBELIAAN PERALATAN)

Sesuatu perniagaan yang nak dibuka pasti perlukan kajian yang mendalam termasuk jangkaan pendapatan dan titik pulang modal, persekitaran maupun pelanggannya, asas ini juga akan diambil kira oleh pihak bank untuk membuat penilaian samada pinjaman yang diberikan mampu dibayar balik sekiranya sesuatu pinjaman dibuat untuk perniagaan berdasarkan potensi perniagaan.

Andai pembelian dibuat terhadap sesuatu jentera untuk kegunaan perniagaan juga perlu melihat jentera itu mampu mengeluarkan produktiviti yang tinggi bagi memastikan produktiviti mampu memenuhi pasaran dan kehendak pengguna.

Begitulah asas perniagaan agar setiap perniagaan tidak menghasilkan kerugian kerana kos permulaan yang dikeluarkan adalah tinggi manakala setiap perancangan yang dibuat perlukan analisis yang betul sekalipun perniagaan itu hanya membuka sebuah kedai dobi.

Dalam hal ini RUM ingin memberi contoh:-

CONTOH 1.

Peruntukan bajet adalah RM 360 juta.

Setelah kajian dibuat keperluan ialah membeli peralatan adalah bernilai RM 12 juta seunit dengan peruntukkan RM 360 juta maka peralatan boleh dibeli sebanyak 30 unit peralatan.

30 unit peralatan ini mampu menjanakan pendapatan yang tinggi malah dari semua sudut kualiti dan pengunaan peralatan ini boleh dimaksimumkan maka hasilnya dari kajian yang dibuat maka pembelian ini amat menguntungkan.

CONTOH 2

Peruntukan bajet adalah RM 360 juta

Mengikut satu cadangan lain ialah pembelian perlu dengan peralatan ini yang bernilai 75 % lebih mahal iaitu RM 21 juta, maka dengan peruntukan RM 360 juta maka peralatan boleh dibeli sebanyak hanya 17 unit sahaja.

Ada beberapa alasan yang berikan bahawa ianya adalah baik dari sudut persekitaran hijau dan dari sudut-sudut lain.

Setelah dinilai dari semua sudut perbezaan baik, buruk, untung, rugi persekitaran dalaman serta luaran maka jelas dan nyata contoh A lebih potensi malah menguntungkan malah perbandingan dari sudut persekitaran hijau yang dinyatakan juga boleh dianggap remeh dari sudut pengggunaan di negara Amerika dan Eropah yang mencetuskan persekitaran hijau dan dari sudut implikasi persekitaran hijau banyak pengunaan dalaman yang lebih kritikal sekiranya ianya digunakan satu alasan untuk membeli peralatan berkenaan, dari sudut bank sekiranya pinjaman hendak membeli peralatan ini, sudah pasti bank akan menolak pinjaman ini kerana ianya tidak berpotensi untuk membayar hutang setelah menilai titik pulang modal.

Keputusan yang wajar sekali dibuat ialah Contoh A  namun atas kehendak pihak-pihak tertentu maka gesaan demi gesaan dibuat untuk pembelian Contoh B.

Beginilah yang berlaku dan bakal berlaku dalam KTMB, KTMB akan sentiasa dirundung malang manakala pekerjanya pula akan sentiasa menjadi mangsa pada setiap tomahan yang dilemparkan kononnya KTMB tidak mampu meraih keuntungan maka cadangan yang paling baik dikemukakan ialah mewujudkan RNAA.

RUM hanya lontarkan pandangan asas dari sudut perniagaan al maklum RUM tidak berkelayakkan Master of Business, kepentingan RUM ialah mempertahankan KTMB dan Pekerjanya bagi memastikan KTMB mampu memberi perkhidmatan yang baik malah mampu meraih keuntungan kerana setiap faedah akan dinikmati oleh pekerjanya.

RUM akan menulis surat secara rasmi mempertahankan "KEHENDAK KTMB"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Februari 2018

BANTUAN KHAS RM 1500.00

Syukur Alhamdulillah hari ini semua pekerja telah menerima Bantuan Khas (Bonus) RM 1000.00.

RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada:-

1. YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK MENTERI KEWANGAN MALAYSIA merangkap PERDANA MENTERI MALAYSIA

2. TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

3. YBHG DATO SERI ISA MKD

4. YB DATO IR NAWAWI AHMAD, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB.

5. YBHG ENCIK RANI SAMSUDDIN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KTMB

SEMUA LEMBAGA PENGARAH KTMB..

atas kelulusan Bantuan Khas RM 1500.00 yang telah dibayar RM 1000.00 pada hari ini dan baki RM 500.00 di bayar sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Peruntukan ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 8 juta.

RUM ingin menekankan kepada pekerja, pilihan yang ada adalah bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh dedikasi demi meningkatkan kemajuan KTMB, sebarang arahan kerja yang diberikan hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang alasan kecuali yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama atau Syarat-syarat Perkhidmatan itupun mesti melalui RUM jangan beri sebarang alasan mempertikaikan sebarang arahan kerana kita ada ruang masa yang sedikit untuk menyelamatkan KTMB, malah dalam keadaan kerugian Sdr/sdri tetap menerima Bantuan Khas.

Kepada Pengurusan Pertengahan anda juga menikmati Bantuan Khas, hentikan hangky pangky, rancang kerja dengan baik agar anda terus dihormati, kerana kita perlu bersama untuk menyelamatkan KTMB.

Kepada yang "NAKAL" hari ini dah pun terima Bantuan Khas, jangan asyik buat provokasi malah mengeluarkan email palsu sehingga mengelirukan pekerja, kami tau siapa anda yang "NAKAL" ini, RUM nak ingatkan setiap REZEKI yang diterima adalah dengan "IZINNYA" maka sebagai orang beragama Islam wajar dirinya bersabar.

Sekali lagi RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


10 Februari 2018

KLANG VALLEY DOUBLE TRACK (KVDT) RUNGUTAN PENGGUNA

RUM menyedari bahawa kebelakangan ini banyak rungutan dari pengguna mengenai perubahan penjadualan tren di lembah klang, rungutan yang RUM baca secara umumnya ramai yang tidak berpuashati kerana menganggu situasi pengguna yang menganggu penjadualan waktu pengguna dari sudut jadual harian.

RUM amat memahami rungutan pengguna malah amat bersimpati namun kekangan permasalahan ini adalah demi kebaikan pengguna itu sendiri untuk memastikan keselesaan dimasa hadapan.

Gangguan ini disebabkan pembaikpulihan landasan seluruh kawasan Klang Valley Double Track (KVDT) bagi memastikan semua landasan dibaikpulih mengikut jadual malah RUM sendiri amat berharap ianya dibaikpulih mengikut jadual atau disegerakan namun tetap memastikan piawaian keselamatan tiada kompromi.

RUM menyedari bahawa kedudukan landasan khususnya KVDT berada dalam keadaan "tidak selamat" malah ada lokasi-lokasi tertentu perlu dibaikpulih dengan kadar segera, sekiranya gagal berbuat sedemikian maka ianya bukan sahaja menjadi risiko berbahaya kepada KTMB dari sudut kerugian malah dari sudut keselamatan akan memberi implikasi kepada pengguna itu sendiri.

RUM sendiri telah menghighlightkan isu keselamatan KVDT malah demi kebaikan dan kerancakkan perkhidmatan masa depan perlu dilaksanakan dengan kadar segera, walaupun sepatutnya pembaikpulihan ini sepatutnya dilakukan 7 - 10 tahun dahulu, syukur kerana kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar bernilai berbillion RM untuk membaikpulih landasan KVDT melalui Fasa 1 dan Fasa 2.

Kerajaan juga telah pun membeli sejumlah 19 set ETS yang dijangka sampai pada tahun 2019, malah difahamkan kerajaan akan menambah lagi set-set train bagi merancakkan perjalanan tren maka sudah pasti pembaikpulihan KVDT ini amat diperlukan, sekiranya tidak dilaksanakan pembaikpulihan KVDT maka ia akan menganggu gugat kerancakkan perjalanan tren pada masa hadapan.

Justeru itu RUM amat memahami keluhan setiap pengguna, namun ianya adalah demi kebaikan pengguna itu sendiri pada masa hadapan, RUM tidak menafikan dalam tempoh ini akan menimbulkan kesusahan kepada pengguna itu sendiri, RUM memohon agar pengguna dapatlah kiranya bersabar demi kebaikan masa hadapan, ibarat kata "susah dahulu senang kemudian".

RUM juga akan memantau syarikat berkenaan bagi memastikan semuanya dibaikpulih mengikut jadual, kerana RUM mendapati ada beberapa lokasi yang boleh dianggap perlahan, kerana setiap kelewatan yang dilakukan bukan sahaja menyusahkan KTMB dari sudut kerugian pendapatan, pekerja  akan dicemuh dengan teruk malah ada kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja turut terganggu dan yang paling penting jangan menyusahkan pengguna.

RUM merakamkan terima kasih kepada pengguna yang terus bersabar demi kebaikan masa depan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang mula memandang KTMB untuk membaikpulih KTMB, kepada Kementerian Pengangkutan RUM harapkan lebih telus demi kebaikan KTMB/ Pekerja dan Rakyat khususnya pengguna KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Februari 2018

TETAP MENUNGGU DENGAN SABAR KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO

Walaupun Mesyuarat MKT telah membawa isu RUM antara lain YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang juga Presiden UMNO telah bersetuju untuk menemui RUM dengan mencadangkan satu pertemuan  diadakan terlebih dahulu diantara MOT, MOF & RUM sebelum pertemuan dengan YAB Perdana Menteri dilakukan, keputusan ini telah dibuat pada Mesyuarat MKT pada September 2017.

Sehingga hari ini tiada sebarang Mesyuarat diadakan seperti mana keputusan yang tercatat dalam Minit Mesyuarat MKT.

RUM tidak hairan kenapa keputusan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat MKT tidak terlaksana sehingga hari ini yang dipengerusikan oleh  Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia kerana RUM sedar bahawa MoT tidak bersedia untuk bertemu dengan RUM malah tidak mampu berhujah dengan RUM, malah kami sedar bahawa tindakan keputusan MKT khususnya YAB Dato Seri Perdana Menteri yang tidak mahu membelakangkan Kementerian Pengangkutan, kalau dilihat dari sudut tempoh melangkaui tiga (3) bulan atau sudah melebihi seratus (100) hari, seolah-olah Kementerian Pengangkutan tidak ambil peduli dengan keputusan MKT.

Namun kami tetap bersabar dan mengharapkan walau tanpa pertemuan antara MoT dan MoF, YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sudi menemui kami beri kami peluang menjelaskan implikasi RNAA, andai pertemuan diantara MoT, MoF dan RUM diadakan dalam waktu terdekat kami juga bersedia untuk hadir, tiada masalah untuk kami berdepan dengan MoT.

Kami sedar hanya YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sahaja yang mampu menyelesaikan masalah kewujudan RNAA, kami tetap tidak berputus asa untuk menemui YAB Dato Seri Perdana Menteri untuk kami menjelaskan implikasi RNAA.

Semoga pertemuan yang kami harapkan dipermudahkan, kami terus bersabar dan tidak sesekali berputus asa untuk menghentikan RNAA.

Harapan kami sangat besar demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


05 Februari 2018

PEKELILING PERJANJIAN BERSAMA KE 9



Bil : (1) dlm RUM 058 (2019-2021)

Tarikh : 29 Januari 2018

Kepada :

Semua Pengerusi/ Setiausaha Cawangan
Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan
Semua Ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM)

Saudara / Saudari,

PEKELILING
PERJANJIAN BERSAMA KE 9

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa Perjanjian Bersama yang ke Lapan (8) akan berakhir pada 31hb Disember 2018 dan bagi maksud persediaan seperti mana yang termaktub di Artikel 4.2 Perjanjian Bersama, pihak kesatuan boleh mengemukakan satu notis bertulis tiga (3) bulan sebelum berakhir Perjanjian Bersama yang ke Lapan (8), untuk merundingkan satu perjanjian baru pada atau selepas 1.10.2018, maka pihak kesatuan perlu merangka dan menyediakan perjanjian bersama bagi maksud untuk menyampaikan pada pihak pengurusan pada atau selepas 1.10.2018.

2. Pihak Kesatuan menjemput saudara-saudari untuk mengemukakan pandangan atau cadangan kepada Ibu Pejabat Kesatuan untuk penyediaan Perjanjian Bersama. Untuk tujuan itu saudara boleh mengemukakan pandangan atau cadangan seperti berikut :-

2.1 Pandangan atau cadangan mestilah berbentuk kertas kerja,

2.2 Kertas kerja mestilah mempunyai :-

1.1.1 Pendahuluan

2.1.2 Sebab dan mengapa pandangan atau cadangan ini dituntut

2.1.3 Fakta

2.1.4 Konklusi

2.3 Kertas kerja ini hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Cawangan dan tarikh tempoh penyerahan kepada Setiausaha Cawnagan ialah pada 31hb Mei 2018 tidak lewat dari jam 5.00 petang.  

2.4 Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari selepas tarikh tamat tempoh penerimaan kertas kerja.

2.5 Jawatankuasa Cawangan hendaklah mengkaji, menilai, menambah, membantu mana-mana yang kurang dan memutuskan mana-mana kertas kerja untuk dipanjangkan kepada Setiausaha Agung.

2.6 Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan semua kertas kerja yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak lewat dari 15hb Jun 2018 jam 5.00 petang.

3. Sehubungan dengan itu, adalah diharap saudara dapat memberi kerjasama untuk menyampaikan segala pandangan atau cadangan dalam penyediaan Perjanjian Bersama yang ke Sembilan (9) 01hb Januari 2019 hingga 31hb Disember 2021. Kerjasama ini mencerminkan setiap individu ahli memainkan peranan untuk mendapat hasrat sebagai sebuah kesatuan yang berwibawa yang bertanggungjawab kepada sebuah organisasi yang disegani.

Sekian Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas,

(SUBRAMANIAM A/L M. RAMAKRISHNAN)
Setiausaha Agung
Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB

"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"