Bila Bro Yamada Setiausaha Agung ICLS bagi presentation setiap negara.. wow.. hebat union negara luar.. berani... tapi bila mengenai RUM macam tiada isu... hehehe... isu ada.. cuma "time frame.." bersabar bila peralehan kuasa kerajaan... kenalah ada tempoh... jangan bulldozed je.. jangan nak hentam membabi buta... sekadar nak jadi hero.. tunjuk dunia luar kita hebat.. tapi mati katak.. buat apa? Itu failed!!!
Setiap perkara mesti berhati-hati.. ada tempoh yang munasabah... tengok persekitaran.. semua proses dah selesai... surat dah hantar bertimbun... layanan tetap tiada... awwww...
Presentation Bro Yamada... RUM macam tiada isu... kami tunjukan hubungan dengan pengurusan KTMB dalam keadaan harmoni... tunjukkan bahawa dengan kerajaan yang memerintah bahawa hubungan kita sangat baik.. ini yang kita lakukan... dalam memastikan tonggak "Keharmonian Perusahaan" sentiasa kami praktiskan... itu lah kami.... kami berpegang kepada prinsip... alasan yang munasabah... tempoh yang munasabah.. semua dipenuhi.. jangan salahkan kami... kami Unionist... berpegang kepada prinsip... dari pekerja untuk pekerja...
RUM always RUM!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
27 September 2018
ICLS PRESENTATION
25 September 2018
LAMA TAK BERCERITA..ULAAN BAATAR
Replies: 0
Alhamdulillah selamat sampai di ulaan baatar, mongolia, sebelum ini transit di seoul, rasa penat tak abis, yang sebelum ini ke Berlin untuk Inno Trans 2018 yang memakan masa berada di udara sangat lama, namun sempat pulang ke rumah sebentar untuk menukar beg yang berisi pakaian kotor dengan yang baru sebelum berlepas semula... tahun ini terasa paling banyak ke luar negara... macam seronok.. tapi keluarga mula dah complain.. hilang lama-lama.. ek ekleh.. hilang lama pun bukan tambah isteri... hehe...buat kerja je pun... hahaha... kata peribahasa "sayang isteri tinggal-tinggalkan.. sayang anak tangan-tangankan.. lebih-lebih sayang.. maka kena rela-relakan... opsssss... hahaha... laki-lakiiiiiiiiiiiiii... opssss... dah.. dah... jangan melalut lagi.... hahaha...
Terasa sebuk sangat dengan aktiviti-aktiviti demi kepentingan RUM, tak mengapa demi RUM tetap dilakukan walaupun penat tapi menariknya setiap pergerakan seperti aku yang bukan belajar sehingga ke "U" namun pengalaman yang ditimba adalah sesuatu yang berharga... ibarat kena "buang kerja dalam perjuangan" kerana apa yang aku terima hari ini adalah sesuatu yang sangat berharga melalui sebuah pengalaman, syukur ini satu anugerah buat aku demi perjuangan untuk pekerja dan RUM... hahaha... untuk lain-lain... jangan cuba-cuba.. setakat nak debat... nothing bro... hahaha... untuk organisasi lain... sorry dah tak berminat... kata uncle... "lantak kau lah".... hahaha... ala itu citer kosong... dah boring asyik duk dalam flight ini.. hati tetap rindu pada keluarga... tu yang mengarang... hahaha...
Namun dalam kesebukan aku.. aku tetap memikirkan kerja.. sesekali geram dengan pegawai ini... bila analisis.. macam ada tidak kena.. isu yang dah sebulan setengah aku arahkan untuk selesaikan tanpa campurtangan aku... masih gagal.. mulalah segala mood yang ada hilang begitu saja... angin satu badan... aku cuba relax... arahan aku selesaikan sebelum temperature aku benar-benar naik... prinsip aku mudah asal kepentingan pekerja.. darah aku cepat je nak naik... otak terus ligat... fikiran kacau bilau... panas je... last.. last.. arahan terakhir.. selesaikan untuk satu tempoh tertentu sebelum meletup.... bommmmmm.... hehe... ini cerita lawak dalam flight... dan tak tau nak wat apa... flight mongolia ini macam Air Asia je... hehe... tapi ok lah... standart aku.. ekonomi.. tu je yang mampu.... maklum... kuli-kuli je kan... yang penting bukan kelas flight tu... yang penting selamat sampai... yang penting tujuan dan matlamat itu berjaya... sesuatu yang dilakukan mesti ada tujuan atau matlamat sehingga tercapai goalnya...
Sian sahabat aku ni.. maniam.. dari tadi duk menung... agak-agak akulah tengah duk fikir isteri kat rumah... cuma terpaksa gagah untuk ke luar negara... hehe.. maklumlah kalau kat group... dia selalu kena bahan@kutuk... giling cili... takut bini... bagi pemimpin- pemimpin wanita... maniam ni bukan sahaja di panggil uncle... aparah... panggil uncle... panggillah abg maniam hehe... ingat tua sangat ke maniam ni.... kalau tenguk wajah dia.. tak lebih umur 26 tahun... atau kalau tak nak panggil abang.... panggil anne... tapi yang bestnya... pemimpin-pemimpin wanita mengelar anneini.. pencinta wanita asalkan isu wanita.. dialah dulu kononnya berjuang.... hehe.. tapi.. tak naklah panggil anne... haha... lebih mesra panggil uncle.. ada glomour sikit... ala..ala bahasa orang putih... hahaha.. kadang-kadang saya pun panggil maniam dengan gelaran uncle.. hahaha... bila panggil maniam.. uncle... saya terasa muda... awet muda... dan macam rasa 25 tahun je... hahaha... geng jangan jealous tau.... hahaha... nanti geng 3 AG ni mesti dengki.. hahaha... harap-harap dia orang tak baca... panjang sangat penulisan ni... hahaha.... selamatlah aku... hahaha..
Nama panggilan uncle ni lebih mesra... hehehe... uncle ni memang baik hati... seorang yang sangat dihormati serta disayangi oleh semua pemimpin Rum maupun ahli yang mengenali rapat dengannya samada di peringkat pusat maupun di peringkat cawangan... seorang yang baik hati dan penyayang... cuma bila sebut giling cili tu... kena fahamlah... sebenarnya takut binihahahaha... lantak kau lah uncle.... hahaha...
Rasa lama lagi nak sampai... tak tau apa nak wat... tak sabar... nak ke hotel... nak rehatkan badan dan jumpa kawan-kawan seperjuangan di seluruh asia pacific atas nama keretapi... kata uncle.. "once u be railwaymens u will always railwaymens".. jumpa kawan-kawan bertukar pengetahuan... bertukar pengalaman.. maka akhir kami belajar... belajar menyusun langkah.. menetapkam naluri hati kami.. dalam satu pejuangan membela pekerja.. pengetahuan yang diterima dikongsi kepada semua pemimpin-pemimpin RUM agar mereka mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk membela kaum pekerja... prinsipnya ialah setiap yang kita belajar hari ini.. kita kongsikan... kita perkukuhkan.. kita perkuatkan... demi memastikan... jangan pandang rendah pada pekerja... jangan pandang rendah pada RUM... jangan cuba-cuba dengan RUM...kami tidak peduli siapa anda... kami langgar... itu prinsip kami.. dah job speck kami gini... nak wat cam mana kan.. hahaha
Sekali kamu buat baik pada pekerja@RUM seribu kali kami hormat.. tapi sekali kamu cuba langgar pekerja atau RUM@bertentangan dengan mana-mana undang-undang.. maka jangan salahkan kami... hehe... cukup mudah prinsip kami... maka pentingnya sama-sama menjaga hati.. memahami prinsip keharmonian perusahaan... baru rumahtangga aman damai... tapi biasa.. seperti lagu P.Ramlee... "sedangkan lidah lagi tergigit"..
Alhamdulillah setakat ini kami "SELESA" dengan EN RANI..CEO KTMB.. pada individu tu... entah nama apa.. yang digelar Dato S berbangsa India yang menyebarkan sipolan tu akan jawat satu jawatan tinggi dalam KTMB pada 1 Oktober 2018... dari 1hb... ke 15hb.. datang balik 1hb... itulah cerita berulang-ulang.. skrip basi yang selalu dihebah-hebahkan... adoiiiiiiii..... Dato S.... nak jawab satu je... hahahaha... latuk tarak kenalsayaaa... sayaaa kenal latok.... hahaha... (tak faham maksud ni... tak pe... orang tu faham... hahaha...)
RUM ulang sekali lagi...
RUM "SELESA" dengan EN RANI SAMSUDDIN, KETUA PENGARAH EKSEKUTIF (CEO) KTMB!
So mantan-mantan tu udahlah... henti-hentikanlah... penatlah... bosanlah.. tak pandai mana pun... citer je... citer macam mampu "menongkat langit"... adooiiiiii.... kami kenallah mana satu "KACA N PERMATA"...
Oklah... dah berceloteh panjang untuk kali ini... saja-saja nak mengisi ruang dalam suara rum ini... janji ada update... hahaha... terima kasihlah yang sudi baca.. yang anggap panjang sangat tulisan ini atau tak suka penulisan ini... mudah je jangan baca... tapi paling mudah... like-likelah suara rum ini.. bukan susah pun...just click butang "like"... senangkan... hahaha...
Semoga semua yang mengenali RUM terus sihat... di beri kerahmatan dari Allah Swt... setiap hari.. adalah perjuangan... jangan sesekali mudah... putus asa... kerana perjuangan tidak pernah rasa kecewa... teruskan perjuangan dalam semua aspek...
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA
Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM
Coretan dalam flight ke mongolia dari Seoul... update di ulaan battar airport
20 September 2018
08 September 2018
KENYATAAN YANG TELAH DIPAPARKAN PADA 7/9/2016
1. BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA
2. PENTINGNYA KESATUAN SEKERJA
3. PEKERJA/MAJIKAN/KERAJAAN
Ramai yang marah apabila GAJI MINIMA antara Penjawat Awam dan Pekerja Swasta berbeza atau mungkin lain-lain faedah berbeza, penjawat awam dapat lebih dari sektor swasta, tapi ada juga sektor swasta yang dapat lebih dari sektor awam, sebagai contoh pekerja swasta mampu dapat bonus 3 hingga 5 bulan tapi penjawat awam hanya dapat RM 1,000.00 sahaja atau maksimanya berdasarkan track record yang ada tidak lebih dari satu bulan gaji. Ada gaji di sektor swasta lebih tinggi dari penjawat awam, malah KTMB sendiri sebagai sektor swasta banyak ketinggalan dari sektor awam dari sudut gaji bulanan dan elaun, sedangkan KTMB taukeynya tetap kerajaan.
RUM sedikit pun tidak marah, sebab RUM faham perjuangan CUEPACS untuk ahli-ahli gabungannya antara Kesatuan Sekerja (CUEPACS) dengan Majikannya (KERAJAAN MALAYSIA) kat sinilah berbeza antara syarikat swasta yang taukeynya dinamakan A, B atau C manakala penjawat awamnya taukeynya kerajaan Malaysia.
Andaikata pekerja swasta berkeinginan lebih baik, maka wujudkan kesatuan sekerja di syarikat masing-masing berjuang melalui perjanjian bersama, baru faedahnya dapat ditingkatkan.
Manakala sekiranya melibatkan seluruh pekerja swasta berkeinginan lebih baik atau sama dengan sektor awam (penjawat awam) yang perlu memainkan peranan ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) peranan MTUC sangat besar sekiranya diolah dengan baik dan gabungan kesatuan sekerja dapat ditingkatkan dengan lebih banyak merangkumi semua syarikat yang wujud di Malaysia, perpecahan dalam MTUC boleh menghakibatkan seluruh pekerja di negara ini menjadi mangsa.
Maka MTUC perlu mengerakkan langkah bagaimana nak meningkatkan faedah melalui pindaan Akta Kerja, MTUC perlulah bijak menyusun langkah dengan lebih tepat agar pekerja swasta dapat menikmati faedah yang lebih baik, pada RUM penghalang tradisi MTUC sebenarnya ialah Malaysian Employers Federation (MEF).
Jadi kita harus berfikiran terbuka untuk membezakan antara penjawat awam dan pekerja swasta, bukannya terus meletakkan kesalahan pada kerajaan kerana kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam, wajarlah majikan menjaga pekerjanya untuk memberi faedah yang lebih baik.
Kita pula kesatuan sekerja wajar juga melihat kantung (kewangan) syarikat, dalam masa yang sama mesti berani menegur syarikat yang tidak benar-benar mencari peluang perniagaan atau tidak bersungguh-sungguh memajukan syarikat, kerana implikasinya kepada pekerja dari sudut penyemakan gaji khususnya melibatkan Perjanjian Bersama, malah kegagalan pengurusan boleh menghakibatkan pembuangan pekerja, kebiasaannya pekerja sentiasa jadi mangsa.
Masalah sebenarnya ialah Majikan, ada majikan baik, ada majikan yang macam Haji Bakhil, ada juga majikan anggap pekerja "hamba", ada juga majikan beranggapan pekerja "aset", ini lumrah sikap yang ada pada manusia.
Sebagai kesatuan sekerja pula perlu bijak menanggani majikan yang baik dengan majikan yang tidak baik, kalau nak harap undang-undang, al maklumlah.. undang-undang ni kadang-kadang menyempitkan, maka cara yang terbaik mengajar majikan yang tidak baik hanya menerusi kekuatan, sejauh mana kekuatan mampu dilakukan?
Kerajaan pula akan memikirkan dari semua sudut termasuk kehendak Malaysian Employers Federation (MEF), cuma kadang-kadang kerajaan terikut rentak MEF, MEF juga bijak dalam menyusun langkah, maka kita pula sebagai pejuang kaum pekerja perlu memikirkan bagaimana mengatasi langkah MEF dan Kerajaan.
Sewajarnya kerajaan juga perlu "berhati perut" dalam membantu pekerja swasta, kerana mereka juga penyumbang kepada ekonomi negara bukannya mendengar dan menyokong sebelah pihak iaitu MEF atau mungkinkah kerajaan tidak mahu mendengar keluhan kaum pekerja melalui MTUC berdasarkan MTUC tiada kekuatan atau sebab-sebab yang tidak diketahui.
Dari aspek politik, kerajaan sewajarnya mendengar keluhan pekerja, kerajaan yang memerintah yang gagal menjaga kepentingan pekerja akan menghadapi masalah kerana pekerja adalah rakyat Malaysia yang menentukan siapakah kerajaan memerintah melalui pilihanraya umum.
Sebenar dalam apa perkara pun yang melibatkan perjuangan ialah bersatu padu diakhiri dengan kekuatan, sekiranya tiada kekuatan (kekuatan dari semua sudut) maka jangan haraplah nak mencapai "bintang dilangit".
Pokoknya perjuangan untuk pekerja datangnya dari Kesatuan Sekerja, maka itu Kesatuan Sekerja sangat penting kerana Kesatuan Sekerja adalah pelindung kaum pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 September 2018
RUM RAYU PERTIMBANGKAN KENAIKAN GAJI MINIMA YANG MUNASABAH BUKANNYA RM 1050.00
Biarpun dijanjikan dalam PRU gaji minima RM 1500.00 dalam tempoh 5 tahun, penganugerahan sekadar 5% dari gaji minima RM 1000.00 kepada RM 1050.00 adalah tidak munasabah.
RUM menjangkakan setidak-tidaknya gaji minima yang wajarnya diumumkan ialah menyamaratakan dengan gaji minima yang diperuntukkan dengan penjawat awam, jangkaan RUM meleset sekali, kerana RUM sentiasa memantau setiap janji, malah RUM amat memahami bila janji yang diwar-warkan adalah RM 1500.00 dalam tempoh lima (5) tahun, walaupun pendirian semua kepimpinan Kesatuan Sekerja berkehendakkan Gaji Minima sekurang-kurangnya RM 1500.00 seawal selepas kajian setiap dua (2) tahun sekali di bawah Majlis Gaji Negara selepas kenaikan RM 900.00 kepada RM 1000.00 pada tahun 2016.
Namun harapan yang diharapkan setidak-tidaknya RM 1200.00 yang disamaratakan dengan penjawat awam jauh meleset, perkiraan hanya berdasarkan "customer prize index" (CPI) yang menjadi kunci kepada kenaikan 5% ini jelas mengambarkan Kerajaan seolah-olah berfungsi sebagai Majikan dan bukannya sebagai Kerajaan Yang Memerintah yang bertanggungjawab memikirkan kedudukan pekerja yang berpendapatan rendah yang mengharapkan nasib mereka terbela.
RUM amat berharap Kerajaan Memerintah hari ini perlu memikir dan mempertimbangkan kembali pengumuman yang dibuat demi kelansungan hidup pekerja yang berpendapatan rendah khususnya golongan B40.
Kami yakin Kerajaan Memerintah mampu melakukan sesuatu bagi memenangi hati golongan pekerja yang berpendapatan rendah, kerana kami sedar bahawa sistem sebelum ini lebih kelangkah sistem kapitalis dan tidak mungkin kerajaan memerintah juga mengikut sistem lama berlandaskan sistem kapitalis.
Justeru itu RUM "MERAYU" Kerajaan Memerintah mempertimbangkan semula gaji minima yang telah diumumkan semalam kearah yang lebih munasabah, RUM yakin Kerajaan Memerintah mendengar keluhan pekerja, jangan biarkan pekerja berpendapatan rendah terus hidup dengan bebanan kos sara hidup dengan kehidupan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
06 September 2018
GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN RM 1050.00
DARI KACAMATA RUM
GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN ADALAH TIDAK MUNASABAH
Pada pandangan RUM kenaikan gaji yang diumumkan oleh kerajaan adalah berdasarkan peratusan (%), bukannya pada penilaian jumlah wang Ringgit Malaysia (RM), maka kenaikannya hanyalah 5% sahaja.
RUM juga melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak berdasarkan kepada kos sara hidup atau kos kehidupan harian maupun kos kehidupan bulanan setiap individu pekerja yang sudah berkahwin maupun bujang.
RUM juga menilai bahawa bahawa teknik kenaikan ini seperti teknik sistem Perjanjian Bersama (Collective Aggrement) yang mengunakan faktor customer prize index (CPI) yang dikira dua (2) tahun kebelakang berdasarkan kenaikan gaji minima yang terakhir adalah 2016, kadar CPI dianggarkan sekitar lima peratus (5%)
Apa yang RUM lihat kemungkinan kekangan dari sudut kehendak majikan yang mana Management Employers Federation (MEF) menentang kuat kenaikan gaji minima, seperti biasa kerajaan terpaksa tunduk dengan MEF, RUM beranggapan satu kemenangan MEF dan dari sudut lain kekalahan dari pihak MTUC sebagai badan induk mewakili kaum pekerja.
RUM tidak nafikan bahawa kenaikan ini ada buruk dan baiknya.
Buruknya ialah pekerja tidak mampu menanggung kos sara hidup yang kian meningkat.
Baiknya ialah syarikat-syarikat yang tidak berdaya saing atau menghadapi masalah kewangan tidak akan ditutup @ bankrap, kerana kalau syarikat tutup @ bangkrap maka implikasinya pembuangan pekerja berlaku malah menghakibatkan kadar pengangguran meningkat.
Namun dalam hal ini RUM melihat kepada skop yang lebih luas kepada statik sekiranya kenaikan lima peratus (5%) berapa banyak syarikat akan bungkus, andai sepuluh peratus (10%) berapa banyak syarikat akan bungkus begitu juga seterusnya, begitu juga jumlah pekerja yang terlibat berapakah jumlahnya, statik ini perlu dijelaskan bagi menyakinkan kami kepimpinan kesatuan sekerja agar tidak mempertikaikan kenaikan gaji minima sebanyak lima peratus (5%) yang diumumkan oleh kerajaan, kerana alasan kerajaan kenaikan ini adalah berdasarkan kemungkinan kenaikan gaji minima yang tinggi akan menghakibatkan syarikat bungkus.
Pada pandangan RUM kenaikan lima peratus (5%) yang diumumkan oleh kerajaan adalah amat rendah berbanding dengan nilai kos sara hidup bagi seorang individu pekerja yang berkahwin atau bujang, kenaikan ini memberi pengertian bahawa ianya bukan satu suntikan bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang tinggi.
RUM faham penjawat awam mendapat gaji minima RM 1200.00 malah kini CUEPACS juga telah membuat kenyataan dengan meminta kerajaan untuk meningkatkan kadar gaji semua penjawat awam, RUM tidak mempertikaikan Cuepacs kerana ianya adalah Kesatuan Sekerja Gabungan Penjawat Awam atau ertikata lain Cuepasc berhak menuntut kerana Cuepacs adalah Badan Perundingan bagi penjawat awam, namun sebaiknya diselaraskan dengan semua pekerja yang berada disektor swasta kerana kita menyedari walaupun niat kerajaan untuk menjadikan contoh kepada sektor swasta agar mengambil pendekatan yang sama dengan kerajaan namun sektor swasta tidak akan berbuat sedemikian maka akan wujudlah rasa ketidakpuasan hati kalangan pekerja yang beranggapan mereka seperti dianaktirikan, justeru itu kuasa menentukan gaji minima yang ada pada kerajaan perlu diambilkira agar disamaratakan seperti mana kerajaan bermurah hati menyamakan gaji minima antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak.
RUM pada dasarnya tetap menekankan gaji minima yang wajar adalah RM 1500.00 walaupun ianya masih lagi tidak boleh diertikan sebagai mengimbangi kadar kos sara hidup yang sebenar dan bukannya RM 1050.00 yang diumumkan oleh kerajaan.
Pendirian RUM atas prinsip perjuangan untuk Kesatuan Sekerja yang menyuarakan pandangan bagi pihak kaum pekerja khususnya suara Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
05 September 2018
KELUHAN SEORANG PEKERJA
RUM paparkan mesej seorang pekerja kepada RUM di bawah ini, agar pihak pengurusan membuka mata, betapa keluhan ini perlu diambil perhatian, "kuli" juga insan, perlu perhatian dan pertimbangan, maka dengan kebijaksanaan pengurusan perlu memikirkan kedudukan pekerja bawahannya, berilah peluang, wujudkanlah peluang agar mereka ini tidak rasa dianaktirikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
[04/09, 23:41] yang ni sengaja saya tulis macam ni chip... bukan apa chip... kadang2 saya bengang dgn sesetengah pegawai di jabatan saya ni... mereka tahu pekerja boleh buat kerja tapi tak mahu nak memberi peluang pada pekerja.. sedang kan kekosongan itu ada.. mereka tahu saya juga banyak habiskan wang sendiri untuk menyiapkan kerja tanpa saya berkira... bila saya cakap yang kami ni dijabatan ........ boleh pergi jauh setaraf pekerja profesional.. jawapan nya... ko perlu sabar.. ko perlu sabar.. sedangkan selama ini saya sebagai P.A selama tiga tahun telah banyak membantu buat kerja tukang... tak pernah kah mereka terfikir akan pengorbanan saya dan rakan P.A menyenangkan kerja yang diarahkan pegawai atasan... saya tulis begini sebab tak tahan dgn janji manis orang atasan chip..
[04/09, 23:41] saya mohon maaf chip
[04/09, 23:44] apakah kami ini didisminikasikan sebab kami ini kuli... saya terlalu terkilan chip...
[04/09, 23:44] bang ........... juga orang lama pun terasa
[04/09, 23:52] kami dijabatan....... ini bukan buat satu kerja tapi macam2 kerja... kami ini sudah boleh dikategori kan sebagai pekerja kumpulan multi skill setaraf profesional... seharusnya mereka yg diatas ni nampak dan hargai pengorbanan kami.. apatah lagi jika ada antara kami mempunyai sijil sudah tentulah mahu diberi peluang dan dihargai
# Paparan di atas adalah Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dan tiada kaitan dengan mana-mana individu atau jabatan, paparan ini juga adalah untuk kita menyelami hati dan keluhan seorang insan yang digelar pekerja.
02 September 2018
SALES AND SERVICES TAX (SST)
Terlalu awal nak buat komen, masih tunggu dan lihat, kefahaman yang jelas amat diperlukan, kami kesatuan sekerja perlu mengetahui impilasi kepada golongan pekerja.
Banyak yang viralkan resit-resit hingga menimbulkan kecelaruan sehingga ada dua (2) cukai dikenakan dalam satu (1) resit untuk pengguna iaitu "sales tax" dan "service tax". Kita memahami maksud "sales tax" maupun "service tax" namun bila tenguk resit-resit yang dipaparkan maka seolah-olah ada yang tidak kena, samada kerajaan membuat kesilapan dari sudut percukaian atau SST lebih teruk dari GST atau kurang memberi pencerahan kepada peniaga atau penjual mengambil kesempatan sengaja mengenakan dua (2) kali cas atau penjual tidak memahami sistem SST.
Namun sebagai organisasi kesatuan sekerja kami mengambil berat serta serius mengenai perkara ini kerana kita kuatiri kos harga barang akan meningkat naik dan menimbulkan implikasi kepada pekerja dari segi "take home pay" yang makin mengecil sehingga membebankan kos sara hidup pengguna iaitu pekerja yang berpendapatan rendah dan sewajarnya cas terakhir kepada pengguna tidak dikenakan, maksud yang kami faham mengenai SST kecuali "service tax" yang bukan di ambil oleh kerajaan tapi ianya adalah untuk peniaga yang menjalankan perkhidmatan (service) mengunakan pekerja contohnya restoran yang tidak mengunakan pendekatan "layan diri".
Namun kita masih mengharapkan ada sesuatu langkah yang diambil bagi tidak menimbulkan beban kos sara hidup kepada golongan pekerja yang berpendapatan rendah, sesuatu yang baru tetap baru maka sebarang penilaian mengenai SST terlalu awal untuk dibuat penilaian.
Kita tunggu perkembangan selanjutnya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB