Biarpun dijanjikan dalam PRU gaji minima RM 1500.00 dalam tempoh 5 tahun, penganugerahan sekadar 5% dari gaji minima RM 1000.00 kepada RM 1050.00 adalah tidak munasabah.
RUM menjangkakan setidak-tidaknya gaji minima yang wajarnya diumumkan ialah menyamaratakan dengan gaji minima yang diperuntukkan dengan penjawat awam, jangkaan RUM meleset sekali, kerana RUM sentiasa memantau setiap janji, malah RUM amat memahami bila janji yang diwar-warkan adalah RM 1500.00 dalam tempoh lima (5) tahun, walaupun pendirian semua kepimpinan Kesatuan Sekerja berkehendakkan Gaji Minima sekurang-kurangnya RM 1500.00 seawal selepas kajian setiap dua (2) tahun sekali di bawah Majlis Gaji Negara selepas kenaikan RM 900.00 kepada RM 1000.00 pada tahun 2016.
Namun harapan yang diharapkan setidak-tidaknya RM 1200.00 yang disamaratakan dengan penjawat awam jauh meleset, perkiraan hanya berdasarkan "customer prize index" (CPI) yang menjadi kunci kepada kenaikan 5% ini jelas mengambarkan Kerajaan seolah-olah berfungsi sebagai Majikan dan bukannya sebagai Kerajaan Yang Memerintah yang bertanggungjawab memikirkan kedudukan pekerja yang berpendapatan rendah yang mengharapkan nasib mereka terbela.
RUM amat berharap Kerajaan Memerintah hari ini perlu memikir dan mempertimbangkan kembali pengumuman yang dibuat demi kelansungan hidup pekerja yang berpendapatan rendah khususnya golongan B40.
Kami yakin Kerajaan Memerintah mampu melakukan sesuatu bagi memenangi hati golongan pekerja yang berpendapatan rendah, kerana kami sedar bahawa sistem sebelum ini lebih kelangkah sistem kapitalis dan tidak mungkin kerajaan memerintah juga mengikut sistem lama berlandaskan sistem kapitalis.
Justeru itu RUM "MERAYU" Kerajaan Memerintah mempertimbangkan semula gaji minima yang telah diumumkan semalam kearah yang lebih munasabah, RUM yakin Kerajaan Memerintah mendengar keluhan pekerja, jangan biarkan pekerja berpendapatan rendah terus hidup dengan bebanan kos sara hidup dengan kehidupan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 September 2018
Home »
» RUM RAYU PERTIMBANGKAN KENAIKAN GAJI MINIMA YANG MUNASABAH BUKANNYA RM 1050.00
RUM RAYU PERTIMBANGKAN KENAIKAN GAJI MINIMA YANG MUNASABAH BUKANNYA RM 1050.00
Jumaat, September 07, 2018