RUM mengalu-alukan kenyataan Yb Menteri Wilayah Persekutuan dalam usaha menurunkan harga tambang pengangkutan rel, langkah ini adalah selaras maksud "perkhidmatan sosial" maka sewajarnya harga yang lebih rendah diberikan kepada pengguna bagi mengalakkan pengguna mengunakan perkhidmatan rel seterusnya mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.
Namun hasrat ini tidak akan berjaya sekiranya kos perbezaan tambang bersubsidi dengan kos operasi tidak ditanggung oleh kerajaan, untuk makluman kos operasi pengendali pengangkutan rel ini sangat tinggi malah KTMB sendiri terpaksa menanggung kos subsidi pengguna tanpa bantuan kerajaan, akibatnya dari sudut pendapatan operasi KTMB menanggung kerugian.
Justeru itu Kerajaan wajar menanggung subsidi kepada pengguna bukannya ditanggung oleh syarikat pengendali perkhidmatan rel bagi memastikan pengendali perkhidmatan rel mampu menanggung kos operasi.
Sewajarnya Yb Menteri Wilayah Persekutuan berbincang mengenai perkara ini dengan Kementerian Pengangkutan bagi merealisasikan tambang murah pengangkutan rel, RUM sentiasa menyokong untuk kebaikan pengguna tapi tidak akan menyokong sekiranya bebanan diletakan kepada pengendali operasi tren seperti KTMB, kerana kami sedar selama ini kami menanggung beban kos operasi sehingga KTMB mengalami kerugian dari segi pendapatan operasi.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
11 Oktober 2018
Home »
» CADANGAN PENURUNAN HARGA TAMBANG REL
CADANGAN PENURUNAN HARGA TAMBANG REL
Khamis, Oktober 11, 2018