RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Disember 2018

SELAMAT TINGGAL 2018 (CATATAN RINGKAS 2018)

Alhamdulillah tiada banyak isu yang berlaku sepanjang enam bulan terakhir 2018, cuma 6 bulan pertama 2018 yang ada ialah kerisauan mengenai RNAA yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan terdahulu.

Hubungan dengan pengurusan KTMB dalam kategori baik setelah Pengurus Besar Sumber Manusia digantikan dengan yang baru, banyak isu-isu
berjaya diselesaikan.

RNAA masih kekal setelah ditandatangani oleh Mantan Lembaga Pengarah, malah usaha-usaha kearah merealisasikan tetap akan berlaku, pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pasti akan mengunakan dokumen RNAA sebagai dasar untuk merancang hala tuju RAC, kerana itu adalah dasar yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KTMB, pihak-pihak yang berkepentingan akan mengatakan bahawa RNAA telah pun ditandatangani kami tidak boleh buat apa-apa, satu ungkapan yang merepek.

Syukur pertemuan dengan Yb Encik Anthony Loke Menteri Pengangkutan telah memberi sedikit ruang untuk menilai dan mengkaji RNAA, malah dalam kenyataannya akan menjemput RUM terlibat dalam perbincangan, ini satu perkembangan sihat, kerana ruang perbincangan telah terbuka.

RUM juga rasa bersyukur bilamana semua Lembaga Pengarah KTMB telah melepaskan jawatan, sekurang-kurang idea-idea beku telah tiada lagi dalam KTMB, harapan kita Lembaga Pengarah yang baru nanti akan hadir dengan idealisma baru yang memangkin KTMB kearah yang lebih cemerlang.

Tidak dinafikan dalam tahun 2018, tiada sebarang pembaharuan dari segi perniagaan KTMB, kedudukan KTMB boleh dianggap masih mendatar, ini sesuatu yang tidak sihat yang perlu dipandang serius demi kelansungan perniagaan KTMB, sistem atau takuk lama masih terus berlegar tanpa ada sebarang perancangan jitu, kalau ada mungkin RUM tidak diberi penjelasan, namun dari pemantauan ianya tetap kekal mendatar.

2018 juga menyaksikan berita kesedihan  Mantan Setiausaha Cawangan Allahyarham Baharuddin dan Naib  Presiden RUM Allahyarham Roslan telah kembali kerahmatullah, satu kehilangan bagi kepimpinan RUM, semoga Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.

Isu-isu lain dalam tahun 2018 ialah penglibatan RUM mencabar pihak-pihak tertentu hingga ke Mahkamah Tinggi, ianya demi kebaikan organisasi RUM dan seluruh warga KTMB dari mereka yang berkepentingan dan menjejaskan perpaduan RUM, sikap mereka yang berniat tidak baik boleh merosakan perpaduan RUM, segelintir ini adalah pengkianat kepada organisasi RUM, kerana mereka tidak sedar apa itu "KULI dengan MAJIKAN" mereka tidak sedar apa yang berlaku siapakan yang dapat labanya?

Alhamdulillah Perjanjian Bersama ke 9 telah pun dihantar kepada pihak Pengurusan bagi menuntut penambahbaikan faedah-faedah untuk pekerja bukan eksekutif KTMB, kita harap rundingan segera dapat diadakan.

Hubungan Solidariti antara Kesatuan Keretapi di peringkat asean dan asia pacific kini bertambah erat, hubungan ini akan menjalinkan satu kekuatan solidariti untuk menjaga kepentingan pekerja keretapi dan organisasi keretapi dan kesatuan sekerja itu sendiri.

Apapun secara keseluruhan 2018 berada dalam situasi keharmonian perusahaan, hubungan baik antara RUM dan CEO KTMB sentiasa terjalin, hubungan ini kekal untuk memastikan kebaikan produktiviti KTMB dapat ditingkatkan malah keharmonian perusahaan sentiasa menjadi pegangan Railwaymens Union Of Malaya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


27 Disember 2018

AL FATIHAH

AL FATIHAH

Dengan rasa sedih saya ingin maklumkan Sdr Roslan Naib Presiden RUM telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Kami seluruh warga RUM rasa sedih dengan kehilangan seorang pejuang kesatuan sekerja yang banyak berbakti kepada RUM dan semua warga RUM, beliau seorang pejuang tulin dalam arena perjuangan RUM, jasa baktinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah kepimpinan RUM, segala sumbangan baktinya hanya Allah Swt shj yang mampu membalasnnya

Secara peribadi saya kehilangan seorang sahabat@adik yang sentiasa bersama saya, sesungguhnya Allah Swt lebih menyayanginya... Semoga Allahyarham Roslan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Disember 2018

SIJIL CUTI SAKIT PALSU (RUPANYA ADA LAGI KES BELI MC PALSU)

Cerita beli sijil sakit palsu ini tak abis-abis, dengar cerita masih berlaku lagi.

Nasihat RUM... nak cari kerja bukan mudah... dah dapat kerja... jagalah kerja baik-baik...

Dalam Perjanjian Bersama (CA) dah diberikan "CUTI REHAT", malah kalau benar-benar sakit pergi jumpa Doktor Bertauliah (Panel Klinik) peruntukan untuk "CUTI SAKIT LUAR" ialah 28hari setahun cuma Sijil Cuti Sakit ini adalah dari Doktor Bertauliah sahaja.

Yang gatal-gatal beli "SIJIL CUTI SAKIT PALSU" tu apa pasal? Ingat pengurusan itu bodoh sangat ke? Sampai tidak boleh kesan "CUTI SAKIT PALSU", kena tangkap "BUANG KERJA" tau... tak sapa boleh tolong... bawa mahkamah pun kalah...

Ada juga yang menipu pergi klinik panel, memang betul dapat "Cuti Sakit", malangnya terlampau bijak... diubahnya tarikh "CUTI SAKIT atau ditambahnya jumlah cuti sakit... macam RUM katalah pengurusan bukan bodoh tak kan tak boleh kesan pindaan atau tambahan tarikh tu... iya... kalau tak kena tangkap... untunglah.. kalau kena... nangis beb...

Macam RUM pernah tulis dalam Suara RUM sebelum ini... "kira pengurusan KTMB ini kira baik, tidak buat aduan ke pihak Polis, kalau bawa ke pihak Polis... dah lah kena buang kerja, masuk dalam pulak tau kerana "menipu".

RUM nak nasihatkan samada Ahli RUM maupun bukan Ahli RUM tidak kiralah siapa pun, asal nama pekerja, jangan beli "Sijil Sakit Palsu" dan janganlah "Pinda Tarikh Cuti Sakit" nanti bukan sahaja sendiri susah, nak cari kerja lain pun susah, Mak Bapak pun Malu...

Hentikan gejala tidak sihat ini!!!

Sebagai Kesatuan Sekerja (RUM) perkara-perkara sebegini adalah sangat mendukacitakan, kerana ianya perkara yang memalukan dan tidak berintergriti, malah RUM sendiri tidak akan mempertahankan mana-mana pekerja yang jelas dan nyata menipu Syarikat, kita sebagai pekerja perlu "JUJUR" pada Syarikat kerana inilah "PERIUK NASI KITA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


12 Disember 2018

HAD LIMIT 104 JAM SEBULAN KERJA LEBIH MASA (AKTA KERJA 1955)

Mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) bahawa setiap pekerja tidak boleh bekerja lebih masa lebih dari 104jam sebulan atau  tidak lebih dari 4jam sehari.

Itu mengikut peruntukan undang-undang, maka pihak majikan kena patuh kepada undang-undang agar tidak didakwa.

Dari sudut pekerja khususnya golongan B40 atau yang berpendapatan rendah, gaji yang diterima adalah tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, perlu disedari bahawa gaji minimum adalah RM 1100.00 yang berkuatkuasa pada 1.1.2019 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah rendah bagi menampung kehidupan bulanan.

RM 1100.00 belum lagi ditolak potongan KWSP dan Perkeso, belum lagi kos sewa rumah, kos utiliti, kos pengangkutan kos makanan dan lain-lain, maknanya kos gaji minima itu sendiri tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidup, itu belum lagi kos tanggungan isteri dengan anak, jadi kita boleh bayangkan kos pendapatan samada yang bergaji minima atau kategori keseluruhan di bawah B40 sebenarnya berada dalam keadaan "kais pagi makan pagi".

Pilihan yang ada bagi pekerja B40 untuk menampung kos sara hidup ada tiga (3) pilihan iaitu "kerja lebih masa" atau "kerja separuh masa" (part time) atau "meniaga kecil-kecilan".

Dari sudut ini maka bagi seorang pekerja  untuk mendapat masa berkualiti atau rehat yang mencukupi atau masa bersama keluarga atau masa untuk bermasyarakat boleh dianggap rendah kerana kesebukan mencari rezeki.

Kita tidak boleh menyalahkan pekerja mereka terpaksa bekerja lebih masa, apa pilihan yang mereka ada untuk menampung perbelanjaan bulanan? Mereka terpaksa berkorban demi sesuap nasi untuk menanggung keluarga.

Ada pekerja sendiri yang terkejar-kejar kerja lebih masa, ada pekerja yang sanggup bergaduh kerana kerja lebih masa, ada pekerja menyalahkan majikan kerana tiada kerja lebih masa, ini antara yang berlaku dalam situasi bila pekerja menghadapi masalah upah yang tidak mencukupi.

Begitu juga majikan, secara prinsipnya tidak mahu pekerja kerja lebih masa, sebab kadar pembayaran kerja lebih masa adalah tinggi, mereka mengarahkan pekerja bekerja lebih masa bukan sekadar suka-suka tetapi berdasarkan kehendak produktiviti malah dari sudut perkhidmatan di bawah "perkhidmatan perlu" maka keadaan untuk memastikan kepentingan awam maka kerja yang melintasi had kerja lebih masa  seperti terkandung dalam akta kerja dikecualikan, secara logiknya majikan yang mengalakkan kerja lebih masa atau terpaksa mengarahkan kerja lebih masa perlu menghadapi peningkatan kos perbelanjaan.

Maka itu dari sudut ini, kenyataan Yb Menteri Sumber Manusia adalah benar, namun sesuatu yang perlu di tekankan ialah sebelum sesuatu perlaksanaan dikuatkuasakan hendaklah diteliti dari semua sudut, contohnya kadar gaji minima perlu ditingkatkan atau faedah yang lebih baik seperti sewa rumah ditanggung oleh syarikat, subsidi berbentuk utiliti atau makanan atau apa jua bentuk yang boleh meringankan beban kepada pekerja bukannya terus mengeluarkan arahan tindakan terus diambil tanpa mengira keperluan atau kehendak pekerja.

RUM tetap tidak menolak hak akta, RUM juga tidak menolak bahawa kerja lebih masa yang melampau tidak mencambah produktiviti dari sudut fizikal, RUM juga tidak menolak dari sudut kesihatan pekerja namun setiap perkiraan perlu diambilkira demi kepentingan semua pihak, maka jalan terbaik adalah faedah yang lebih baik hendaklah ditingkatkan bagi mengurangkan bebanan kepada pekerja itu sendiri.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Disember 2018

KOMEN RUM MENGENAI KENYATAAN AKHBAR TUN MAHATHIR MOHAMED PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kesatuan Sekerja sentiasa menjalinkan kerjasama dengan majikan malah sentiasa mendahulukan keharmonian perusahaan.

Namun adakala Kesatuan Sekerja kena bertindak dengan mengambil tindakan perusahaan setelah melihat kepincangan dan kelemahan pengurusan dalam meningkatkan produktiviti atau dalam keadaan bila pengurusan tidak menitikberatkan kepentingan pekerja.

Adalah janggal sekiranya kesatuan sekerja berdiam diri dengan membenarkan pihak pengurusan membuat salah laku seperti korup atau apa jua yang boleh merosakkan kepentingan syarikat kerana setiap kelemahan pengurusan implikasinya adalah kepada pekerja itu sendiri.

RUM bagi contoh MAS, Utusan dan Media Prima yang mana Mas dan Utusan ramai pekerja telah diberhentikan manakala Media Prima pula dalam proses untuk memberhentikan pekerja, pada kacamata RUN kelemahan ini adalah berpunca dari pengurusan maka implikasinya adalah pembuangan pekerja.

Tidak salah seperti mana yang diperuntukan oleh undang-undang bahawa pihak kesatuan boleh mengambil tindakan piket cuma tindakan piket adalah jalan terakhir melalui satu tempoh yang munasabah setelah segala usaha yang dilakukan itu gagal.

Jadi untuk menekankan keharmonian perusahaan tanpa mengadakan tindakan perusahaan seperti piket maka pihak pengurusan juga perlu menjaga keharmonian perusahaan bukan hanya diletakan kesalahan semata-mata kepada kesatuan sekerja kononnya sengaja mengadakan piket.

Kesatuan Sekerja sentiasa bertoleransi tapi tidak sesekali jadi "yellow union".

Kerajaan juga perlu membantu kesatuan sekerja yang menghadapi masalah dalam mencari penyelesaian dan bukannya mengambil tindakan berat sebelah dengan menyebelahi pihak majikan, secara prinsipnya "win-win situation" adalah jalan penyelesaian.

Hentikan sikap kapitalis dan pekerja dianggap sebagai "hamba zaman moden" maka hubungan keharmonian pasti akan tercapai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB