RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Mac 2016

Sidang Akhbar: Membantah pengambilan aset2 keretapi oleh RAC





RUM & SOA dalam Sidang Akhbar baru sebentar tadi Membantah Pengambilan Aset-Aset Keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan memohon Kerajaan semua Aset yang dikendalikan oleh Perbadanan Aset Keretapi dikembalikan di bawah pentabiran KTMB.

RUM & SOA juga melahirkan sokongan penuh kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB & YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RUM & SOA MEMBANTAH PENGAMBILALIHAN ASET-ASET KTMB OLEH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

Buat pertama kali dua (2) Kesatuan Sekerja yang terdapat dalam KTMB iaitu RUM & SOA akan bergabung tenaga MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA pengambilalihan aset-aset KTMB diambilalih oleh RAC. Kedua-dua Kesatuan Sekerja RUM dan SOA adalah Kesatuan Sekerja yang SAH DAN DIIKTIRAF oleh KTMB melalui pengesahan yang terkandung dalam Perjanjian Bersama. RUM adalah Badan Tunggal yang mewakili Bukan Eksekutif manakala SOA mewakili Eksekutif.

Pengabungan diantara RUM & SOA menterjemahkan seluruh Warga KTMB akan mempertahankan KTMB dari mana-mana pihak yang berhasrat nak mengancurkan KTMB.

RUM & SOA tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mengambil kesempatan dalam usaha YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB & YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB yang berusaha untuk mengembalikan KTMB kearah kecermerlangan melalui Plan Transformasi KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


29 Mac 2016

LAWATAN KERJA BELIA RUM LAGI BERITA BERGAMBAR.

Biarpun hanya di Stesen kecil jauh di pendalaman, Belia RUM terus bertemu ahli-ahli untuk bersama dengan mereka melihat kepayahan pekerjaan yang dilakukan, menerangkan hala tuju KTMB & RUM, menerapkan semangat bekerja dengan penuh dedikasi agar bersama mempertahankan KTMB dan masa depan mereka, kita bersama menolak Plan Transformasi Perbadanan Aset Keretapi.

Sayangi KTMB, Sayangi RUM


LAWATAN KERJA BELIA RUM GUA MUSANG n MERAPOH

Terbaik BELIA RUM... kipidap...

RUM sentiasa BANGKIT untuk TERUS BERJUANG.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


LAWATAN KE PANTAI TIMUR

Bermula semalam barisan Belia RUM diketuai oleh Sdr Faizal Pengerusi Belia RUM membuat lawatan kerja di semua lokasi termasuk stesen-stesen bermula dari Mentakab sehingga ke Tumpat dalam sessi bertemu dengan ahli-ahli RUM.

Antara lain pertemuan ini adalah mengeratkan silatulrahim antara pemimpin dan semua ahli-ahl RUM, disamping menjelaskan kedudukan  semasa KTMB, sokongan serta bersama YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB, PAK, kempen penambahan ahli, CA, memperkukuhkan kekuatan RUM dan lain-lain.

RUM sentiasa berusaha untuk bergerak menuju kehadapan memberi keyakinan kepada ahli-ahli bahawa masa depan adalah berganding bahu secara bersama demi menjaga kepentingan KTMB dan RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


28 Mac 2016

PLAN TRANSFORMASI PERBADANAN ASET KERETAPI (PAK)

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 25.3.2016 memutuskan "MEMBANTAH PLAN TRANSFORMASI PERBADANAN ASET KERETAPI" antara lain hasrat PAK adalah untuk mengambilalih semua jentera (Lokomotif, ETS, SCS, OMC dll), hasrat ini akan mengecilkan KTMB yang hanya menjalankan kerja-kerja operasi sahaja, malah KTMB akan menyewa kembali jentera dan infrastruktur yang dimiliki oleh KTMB sebelum ini kepada PAK. PAK hanya sebuah agensi untung atas angin.

Implikasi kepada cadangan ini sangat teruk, sehingga boleh berlaku pembuangan kerja kepada pekerja-pekerja KTMB malah pihak RUM berkeyakinan bahawa Keretapi Tanah Melayu hanya akan tinggal nama, melalui persaingan yang akan diwujudkan iaitu "gunasama landasan", apatah lagi OMC (jantung KTMB) di ambilalih oleh PAK".

Hasrat "tersirat" amat diragui, tindakan yang tidak boleh dibenarkan, RUM telah memutuskan bahawa beberapa siri tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang akan diambil sehingga PAK menghentikan hasrat ini.

RUM yakin dan percaya bahawa YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang juga "warga KTMB" melalui Plan Transformasi KTMB mampu mengembalikan kegemilangan KTMB. RUM juga berkeyakinan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan semua Lembaga Pengarah KTMB sentiasa memberi komitmen yang tinggi demi nenjaga KTMB sebagai khazanah negara.

Pihak RUM akan menghantar memorandum kepada YAB DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA memohon usaha PAK dihentikan dan mencadangkan PAK dikembalikan kepada pentadbiran KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


27 Mac 2016

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Abd Razak Md Hassan .. Allah selamatkan kamu...

Semoga dengan bertambahnya usia menjadikan kamu insan yang mulia, semakin disayang Allah dan menyayangi Allah, semakin umurnya berkah, pahalanya bertambah, segala urusan dipermudahkan Allah..aamiinn ......

Ikhlas dari,
ahli Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM)

-admin


26 Mac 2016

ANCAMAN

KTMB hari ini, berada dalam keadaan getir, seperti mana kenyataan Presiden KTMB termasuk kekangan kewangan, termasuk ancaman dari dalaman maupun luaran. Sungguh sukar digambarkan.

Kelembapan suntikan kewangan dari MoF juga menjadikan keadaan bertambah rumit, namun RUM akan menggerakan jentera "MERAYU" kepada kerajaan agar "MEMBANTU DAN MENYUNTIK KEWANGAN" kepada KTMB dengan kadar segera, ianya diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja semalam.

Memetik mesej YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, ancaman paling teruk adalah dari "PENGGANAS", namun RUM tidak boleh menghighlightkan secara terbuka, sesungguhnya menjadi kerisauan buat semua kepimpinan RUM.

RUM menggesa pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) menyiasat dan menangkap mereka yang bertanggungjawab yang mewujudkan ancaman kepada KTMB.

Apa yang ada pada KTMB sehingga mewujudkan ancaman sebegini rupa? "UGUTAN MELAMPAU" ini seolah-olah "MENSABOTAJ KTMB".

Mesyuarat Jawatan Kerja semalam antara lain telah memutuskan membuat lapuran polis dengan menggesa  pihak POLIS menyiasat dan menangkap dengan kadar segera pihak yang bertanggungjawab.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#POLISDIRAJAMALAYSIA


MESEJ YBHG DATO HAJI SARBINI BIN TIJAN PRESIDEN KTMB DIKONGSIKAN UNTUK TATAPAN

Ass'kum wbt n salam sejahtra,
YB Dato', Dato'2, Tuan2, Puan2 n saudara/i sekelian.

Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini utk merakamkan setinggi tahniah dan penghargan saya diatas pengorbanan, bantuan n tunjuk ajar Dato'2  n Tuan2 untuk terus mengemudi Ktmb dlm suasana yg SANGAT2 MENCABAR SEKARANG. Kekangan kewangan, sumber2 terhad, susutnilai matawang, kenaikan tambang ETS/intercity ditangguh,kos operasi meningkat, kos CA baru, pengurangan perkhidmatan komuter akibat projek rehabilitation  KVDT, ancaman pengganas dan lain2 perlu ditangani dgn bijaksana bersama2 dlm agenda Ktmb bertransformasi kearah mencapai objektif utama untuk mencipta keuntungan dgn memenuhi kehendak pelanggan secara berterusan dan lestari disamping menjaga kebajikan pekerja. Saya yakin n percaya objektif ini boleh dicapai walaupun sukar tetapi tidak mu3stahil jika kita semua berkerja gigih seperti lebah sebagai satu pasukan yg kuat berusaha dan tolong menolong utk memastikan kejayaan kita bersama. Berkerja n beristiqamah serta berdoa semoga Allah swt mempermudahkannya n mengeratkan ukwah dikalangan keluarga besar Ktmb hingga ke puncak kejayaan selama2nya. Aamiin.



25 Mac 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja akan bersidang hari ini, jam 3 petang membincangkan cadangan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) di bawah Plan Transformasi PAK untuk mengambalih semua aset-aset keretapi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KEWUJUDAN PANEL KLINIK (FAEDAH TANPA LIMIT KLINIK SWASTA)

Ramai yang tidak tahu khususnya generasi baru bagaimana Panel Klinik KTMB terwujud dalam KTMB.

KTM pada dasarnya sebelum pengswastaan mempunyai dua (2) klinik yang dimiliki oleh KTMB yang mana Doktor yang berkhidmat digajikan oleh KTMB sendiri, Klinik ini hanya di Bengkel Sentul dan Ipoh sahaja, Klinik KTMB telah dihentikan perkhidmatannya pada 1997 oleh Marak Unggul.

Sebelum ini tiada satu pun Panel Klinik Swasta wujud, setiap pekerja yang sakit perlu mendapatkan rawatan di klinik keretapi atau klinik kerajaan atau hospital besar.

Bila Marak Unggul mengambilalih Kontrak Pengurusan KTMB, maka operasi Klinik KTMB dilupuskan dan mewujudkan Klinik Panel Swasta di semua negeri yang ada perkhidmatan KTMB, kemudahan ini dianggap baik kerana memberi kemudahan kepada pekerja yang ingin mendapatkan rawatan sebagai "pesakit luar".

Keistimewaan ini telah dimasukkan sebagai faedah dalam Perjanjian Bersama dan terus berkuatkuasa sehingga hari ini. Inilah satu-satunya peninggalan kebaikan oleh Encik Che Khalib Md Nor (sekarang Dato' Seri) Pengerusi Exco KTMB di bawah kontrak pengurusan Marak Unggul.

Kelebihan pekerja  dan keluarga KTMB yang mendapat faedah rawatan ini adalah tiada had atau limit jumlah
pembayaran bagi setahun di panel klinik swasta, ini satu faedah atau kelebihan kepada semua pekerja KTMB.

RUM cuba membandingkan dengan Pekerja Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA sebagai AGENSI KERAJAAN turut menyediakan faedah Panel Klinik Swasta, peruntukan yang diberikan oleh MARA kepada pekerjanya adalah Had Maksimum RM 2000.00 setahun bagi satu keluarga, lain rawatan adalah klinik kerajaan dan hospital besar.

Maksud had maksimum RM 2000.00 setahun ialah had yang digunakan oleh keluarga pekerja untuk pembayaran bil klinik swasta, sekiranya had maksimum RM 2000.00 telah habis sebelum tempoh satu (1) tahun  maka pekerja dan keluarga hendaklah bayar sendiri atau pergi ke klinik kerajaan atau hospital kerajaan.

Untungkan pekerja KTMB berbanding MARA sebuah Agensi Kerajaan dari aspek Faedah Hospital yang mendapat faedah panel klinik swasta dan semua kos hospital kerajaan termasuk Institut Jantung Negara (IJN) ditanggung oleh KTMB sepenuhnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Mac 2016

PERTANYAAN OLEH AHLI (CA & KENAIKAN TAHUNAN)

"saya dgr bnyak sngt berkenaan khabar angin mengenai isu c.a tiada kenaikan gaji,juga kenaikan gaji tahunan .maaf sekiranya saya bertanyakan soalan INI saya tahu saya adalah seorang budak mentah dalam mengenai isu INI,tetapi bila Ada seseorang ITU menceritakan sesuatu mengenai rum saya tidak dapat menerima.tambahan Dari golongan atasan."

JAWAPAN RUM

PERJANJIAN BERSAMA(CA)

CA difahamkan akan dibentangkan kepada "Sub Committe Board" oleh Panel Perundingan Pengurusan (Majikan) pada hari ini 23.3.16, "Sub Committe Board" akan menilai satu persatu artikel yang telah dipersetujui bersama oleh Panel Perundingan RUM & Panel Perundingan Pengurusan. (makluman yang disampaikan oleh GM TMOD) kemudian dijangka akan dibentangkan dalam Board Meeting pada bulan April 2016. Sekiranya diluluskan dan dipersetujui oleh RUM akan diangkat untuk kelulusan Kementerian Kewangan.

KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Kebiasaannya pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan adalah dalam bulan April setiap tahun, ini berdasarkan penerimaan borang PMS dari wilayah dalam tempoh bulan Januari atau Februari tertakluk berapa cepat Wilayah dan Ketua Jabatan mengemaskini data PMS, seterusnya semakan terakhir dari GM TMOD.

KESIMPULAN

Justeru itu RUM ingin menegaskan ianya tiada sebarang isu seperti yang diwar-warkan, isu yang dibangkitkan adalah provokasi berniat jahat.

RUM sentiasa berpegang kepada prinsip perundangan yang mana kedua-dua pihak Majikan dan Kesatuan Sekerja hendaklah patuh seperti mana termaktub dalam CA dan Akta Perhubungan Perusaahaan (Akta 177).

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


18 Mac 2016

KHABAR ANGIN DATUK ELIAS KADIR KEMBALI SEBAGAI PRESIDEN KTMB

RUM ingin menasihatkan pada semua ahli-ahli RUM jangan percaya bahawa Mantan Presiden KTMB akan kembali sebagai Peneraju KTMB.

RUM ingin menegaskan bahawa Mantan Presiden KTMB tidak mempunyai "KES YANG KUKUH" untuk kembali sebagai Presiden KTMB secara nyata bahawa tempoh kontrak Mantan Presiden KTMB adalah tiga (3) tahun berakhir 30 April 2015, maka perlantikan Presiden KTMB yang baru melalui surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berkuatkuasa pada 1 Mei 2015.

Perlu disedari bahawa untuk sesuatu kes di bawah Seksyen 20, Mahkamah Perusahasn mengenai tuntutan pemulihan jawatan akan mengambil masa yang lama iaitu sekitar 3 hingga 5 tahun atau mungkin lebih, justeru itu kenyataan mengatakan tuntutan itu MENANG adalah MELESET sekali berdasarkan tempoh kebiasaan yang dipraktiskan oleh Mahkamah Perusahaan, kalau ada pun hanya baru "SEBUTAN KES".

Hak perlantikan jawatan Presiden KTMB adalah HAK BUDIBICARA MUTLAK YAB DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, maka RUM ingin menjelaskan bahawa perlantikan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan berdasarkan kontrak adalah selama dua (2) tahun, justeru itu tiada sebarang isu dari segi "KONTRAK" maupun "KPI" kerana YBhg Dato' Haji Sarbini bin Tijan telah melaksanakan pekerjaannya dengan cemerlang sekali.

Sebarang usaha yang dikatakan SAMAN sekiranya TIDAK BERPUAS HATI tentang penamatan kontrak sebagai PRESIDEN KTMB tuntutan SAMAN adalah kepada KEMENTERIAN KEWANGAN dengan DEFENDANnya adalah :-

1. YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan 1,

2. Menteri Kewangan 2,

3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan,

4. Setiausaha Bahagian Persyarikatan

Justeru itu RUM berharap pada semua ahli-ahli RUM agar tidak mempercayai sebarang khabar angin.

Khabar angin yang sangat berleluasa ini adalah TIDAK SIHAT yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


17 Mac 2016

JAMBATAN KEMUBU TERIMA KASIH KEPADA YAB DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI, MALAYSIA.

Jambatan Kemubu berjaya dibaikpulihkan, usaha ini adalah berdasarkan gandingan mantap Presiden KTMB bersama Pengurusan KTMB serta Pekerja di dokong oleh YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan semua Lembaga Pengarah KTMB.

Pemulihan Jambatan Kemubu ini telah memulihkan perhubungan landasan keretapi yang terputus akibat Banjir Besar yang melanda di Pantai Timur.

Dengan hasil pemulihan ini maka faedah pengangkutan keretapi khususnya kepada Rakyat Pantai Timur dapat menggunakan perkhidmatan keretapi antara Tumpat - Johor Bharu, Tumpat - Kuala Lumpur sedikit masa lagi, selepas kelulusan SPAD, dijangka 1 April 2016.

Hasil pemulihan ini sebenarnya perlu diucapkan TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA kepada YAB DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kerana apa?

Kerana YAB DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA yang "MERESTUI" YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan sebagai PRESIDEN KTMB, tanpa "RESTU" perlantikan YBhg Dato Sarbini Tijan selaku Presiden KTMB pemulihan Landasan Pantai Timur sepenuhnya mungkin tidak menjadi kenyataan dan secepat ini.

Perlantikan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan sebagai Presiden KTMB menjadikan "TUNGGAK" kepada kejayaan pemulihan Jambatan Kemubu ini malah pemulihan ini bukan sahaja mengembalikan pengangkutan KTMB kepada Rakyat Pantai Timur tetapi nasib Pekerja di Sektor Pantai Timur berjaya diselamatkan.

Terima kasih juga kepada:-

YB Dato Seri Liow Tiong Lai
Menteri Pengangkutan Malaysia

YB Datuk Aziz Karpawi
Tim Menteri Pengangkutan Malaysia

Demi faedah PENGANGKUTAN KERETAPI untuk RAKYAT PANTAI TIMUR ianya telah berjaya di "BAIKPULIH" sepenuhnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 Mac 2016

JAMBATAN KEMUBU

Alhamdulillah... satu usaha melalui Gandingan Mantap antara Pengurusan & Pekerja berjaya melakukan, kehadiran YBhg Dato Haji Sarbini Tijan sebagai Presiden KTMB mengantikan Mantan Presiden KTMB dalil kenyataan RUM berdasarkan "KEMELUT" terbukti "BENAR".

Terima kasih YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, teruskan usaha dan buktikan kejayaan demi kejayaan.

RUM sentiasa menyokong kepimpinan Presiden KTMB demi "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua yang mengenali...

Pagi ni tak ada idea nak menulis, cuma nak bgtau hari ini ialah 16.3.2016... idea tarak ini hari... hehe...

16.3.2016 ... tak tau apa istimewanya... rasa... macam tak ada yang istimewa je... yang ada... macam tertenguk muka yang terhegeh-hegeh... ibarat kata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong... adeiiii..

Malunyaaaaaaa....  haha... tongkang jugak naik... opsssss... ada jugak mau ikut naik tongkang... lalalala...

Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Mac 2016

CUEPACS OWH CUEPACS

Kenyataan ini RUM telah pun menulis, dengan menyatakan tidak bersetuju buat masa ini, beri peluang anak muda pula untuk bekerja.

Pada yang dah lanjut umur tu pula tak usahlah lah nk terhegeh-hegeh nak kerja lagi, buatlah kerja yang lebih berfaedah, pada yang duk menyokong tu... simpanlah sokongan tu, tak kemana dah... angan-angan tak salah... tapi fokuslah untuk kepentingan masa depan.

RUM dan KTMB adalah sebuah organisasi, pasti yg bertanggungjawab kepada organisasi akan mempertahankan organisasi lebih dari diri sendiri...

RUM ada sini lagi... duk tgk je.. jgn ingat RUM ni mcm tak tau apa2..

Mcm RUM ckp...

I'm not stupid n never be stupid...

Senyum....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Mac 2016

HUBUNGAN BAIK RUM & PRESIDEN KTMB

RUM akui mempunyai hubungan keharmonian yang baik dengan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB, hubungan ini setelah menilai bahawa usaha-usaha yang dilakukan untuk pemulihan KTMB berjalan dengan lancar, malah IMEJ KTMB kembali pulih berikutan usaha-usaha yang sedang dijalankan.

Berbanding dengan MANTAN PRESIDEN KTMB selama 3 tahun tidak menampak sebarang hasil sebaliknya berlaku dalam sejarah RUM dan Negara pembuangan kerja "PEMIMPIN dan AHLI - AHLI RUM" seramai 97 orang hanya dengan hasrat SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Malah ramai EXPERTIES KTMB meninggalkan KTMB kerana SIKAP mantan Presiden KTMB yang menutup telinga apabila pandangan diberikan oleh EXPERTIES ini.

RUM pernah menasihatkan kepada Mantan Presiden KTMB jangan bila ada pihak yang memberi pandangan, secara depan-depan terus menutup telinga, sikap begini adalah tidak sihat, Mantan Presiden KTMB menerima teguran ini, tetapi tetap mengunakan pendekatan "MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI", kira ok jugak tidak menunjukan secara terbuka tetapi hasilnya idea-idea yang dikeluarkan oleh mereka yang memberi pendapat "DIBAKUL SAMPAHKAN".

Hasilnya selama tiga (3) tahun, di bawah pemerintahan Mantan Presiden KTMB ialah "NIL".

Berbalik kepada PRESIDEN KTMB kini, banyak perubahan telah dilakukan, walaupun kedudukan KTMB di paras kritikal dari segi kewangannya, namun usaha-usaha berjalan dengan lancar bagi mengembalikan kegemilangan KTMB, bukan sesuatu yang mudah, dengan bersungguh-sungguh untuk "MENCUCI TAHI".

Selagi usaha berterusan untuk memulihkan KTMB, maka adalah menjadi tanggungjawab RUM untuk bersama YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB seterusnya memberi sokongan kepada  Presiden KTMB demi kepentingan keseluruhan Ahli-ahli RUM dan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


12 Mac 2016

KEJAYAAN PRESIDEN KTMB & PEKERJA KTMB - LANDASAN PANTAI TIMUR

Tenguk hasil gambar di bawah ini, kejayaan siapa ini? Ini hasil usaha YBhg Dato' Haji Sarbini Bin Tijan dan Pekerja KTMB.

Hasil ini telah membuktikan dengan tidak sampai setahun dijangka 1 April 2016 operasi tren dari Tumpat ke Johor Bharu dan Kuala Lumpur akan beroperasi sepenuhnya, In Syaa Allah.

Usaha YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan dari awal kemasukkannya sebagai Presiden KTMB berusaha gigih melakukan pembaikpulihan landasan pantai timur.

Andai Mantan Presiden KTMB masih berkhidmat lagi, mustahil perkara ini dapat dilakukan malah hari ini semua pekerja di pantai timur telah bertukar dan bekerja di sebelah selatan, utara maupun tengah, keluarga ditinggalkan malah kuarters pun tiada.

Sejujurnya YBhg Dato Haji Sarbini Tijan mampu menarik pekerja bekerja bersama beliau untuk memulihkan KTMB.

Maka itu RUM berpendirian selaras dengan Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Majlis Bersama Pusat akan bersama dan menyokong kepimpinan YBhg Dato Haji Sarbini Tijan sebagai Presiden KTMB malah RUM akan bersama dengan Presiden KTMB memulihkan KTMB.

Tahniah kepada YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan dan semua yang terlibat dalam membaikpulih landasan di Pantai Timur.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja - Pekerja KTMB


10 Mac 2016

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN. (EGMM)

Oleh kerana ramai yang bertanya mengenai tuntutan EGMM, RUM ingin menjelaskan bagi tujuan pemahaman kepada semua ahli-ahli RUM, diharap dengan penjelasan ini, kekeliruan yang berlaku dapat diatasi, diharap juga penyelia dan pegawai atasan kepada pekerja memahami peranan dan keperluan EGMM mengikut undang-undang.

Elaun gantian masa makan adalah elaun yang dibayar kepada pekerja yang telah diarahkan bekerja pada "WAKTU REHAT" kerana kepentingan perkhidmatan.

Waktu makan bagi setiap pekerja tidak kira "pekerja pejabat, pekerja luar pejabat, pekerja syif dan pekerja di atas tren hendaklah "DIJADUALKAN", waktu makan yang telah "DIJADUALKAN" tidak boleh diubah sesuka hati oleh penyelia atau pengurusan atasan.

"DIJADUALKAN" bermaksud ianya telah diwartakan sebagai sebahagian dari memenuhi peruntukkan CA.

Bila sesuatu pekerjaan yang telah "DIJADUALKAN" waktu rehatnya, kemudian pekerja diarahkan bekerja, maka pekerja berhak menuntut EGMM dan hendaklah dibayar oleh pihak majikan, tiada mana pihak samada penyelia atau pengurusan atasan berhak memotong EGMM yang telah memenuhi syarat iaitu "DIJADUALKAN".

Berdasarkan peruntukan CA setiap pekerja diberi rehat selama 1 jam waktu makan, manakala peruntukan Akta Kerja, "pekerja tidak boleh bekerja lebih dari lima (5) jam secara berterusan, pekerja hendaklah diberi rehat selama 30minit", kecuali "pekerja di atas tren waktu rehatnya ialah 45 minit".

Justeru itu mana-mana pekerja yang waktu rehatnya telah "DIJADUALKAN" kemudiannya diarahkan bekerja adalah layak menuntut EGMM.

Dinasihatkan kepada PENYELIA & PEGAWAI ATASAN PEKERJA, sila menjadualkan waktu makan dengan betul agar tidak timbul kekeliruan sehingga timbul rungutan pekerja bahawa PENYELIA atau PEGAWAI ATASAN PEKERJA sengaja memotong EGMM.

Tindakan tidak "MENJADUALKAN" dan "SENGAJA"  memotong tuntutan pekerja yang memenuhi syarat adalah satu kesalahan dan penganiayaan kepada pekerja bukan eksekutif.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Mac 2016

BELIA RUM - LAWATAN

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Belia RUM dan khususnya ahli-ahli RUM yang menghadiri pertemuan dengan Belia RUM dicawangan Johor Bharu dan Gemas baru-baru ini.

Pertemuan itu sangat berjaya dan hasilnya penambahan ahli-ahli RUM yang sangat memberangsangkan.

Pertemuan ini adalah mengeratkan silatulrahim diantara Belia RUM dan ahli-ahli RUM disamping meminta kerjasama ahli-ahli RUM bekerja dengan penuh dedikasi bagi memulihkan KTMB serta menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh terhadap kerjaya yang diceburi.

Dalam masa yang sama Belia RUM mendengar setiap rungutan dari kalangan ahli-ahli untuk dibawa dalam perbincangan dengan pihak pengurusan bagi mencari titik penyelesaian yang terbaik melalui perbincangan diperingkat wilayah maupun diperingkat ibupejabat.

RUM merakamkan penghargaan terima kasih atas insentif Belia RUM turun padang kesemua rangkaian KTMB, In Syaa Allah sessi akan datang ke Pantai Timur, Utara dan Tengah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Mac 2016

PEMIMPIN RUM (NASIHAT... TIKA ANDA SEORANG PEKERJA)

Suka saya nasihatkan kepada setiap pemimpin RUM tak kira di peringkat cawangan maupun diperingkat ibu pejabat dalam menjalankan tugas sebagai seorang "PEKERJA", maka setiap peruntukkan yang ada dalam Perjanjian Bersama hendaklah dipatuhi.

Menjalankan tugas sebagai seorang "PEKERJA" dengan penuh bertanggungjawab dan berdedikasi. Tiada sebarang salah laku @ disiplin yang boleh diambil tindakan tatatertib.

Keperluan ini sangat penting bagi menjaga krebiliti sebagai seorang "PEMIMPIN RUM" serta menjaga "IMEJ RUM", justeru itu adalah diharapkan semua PEMIMPIN RUM mematuhi peruntukkan PERJANJIAN BERSAMA dan BEKERJA dengan penuh bertanggungjawab dan berdedikasi.

Dengan perlakuan yang baik, bekerja dengan penuh tanggungjawab serta berdedikasi maka Pemimpin RUM samada di peringkat cawangan maupun di ibu pejabat akan dihormati dan mempunyai "BARGAIN POWER", maka faedahnya akan dikembalikan kepada ahli-ahli RUM.

Kerana bila anda menawarkan diri sebagai "PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA" maka tanggungjawab dan amanah adalah berusaha memberi perlindungan dan faedah yang baik kepada ahli-ahli RUM disamping menjaga nama baik RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


03 Mac 2016

APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 5 (BERSABAR)

Saya mendapat makluman ahli-ahli di Bengkel Batu Gajah sekarang dalam keadaan "PANAS" @ "TERBAKAR", dalam isu yang melibatkan rasa tidak puas hati dengan SM dan Manager di Bengkel Batu Gajah.

Saya mohon semua ahli-ahli RUM bawa bertenang dan bersabar, jangan sesekali melakukan sesuatu yang bertentangan atau pergaduhan yang boleh melibatkan isu lebih besar, bersabar sehingga pihak RUM berusaha menyelesaikan isu ini.

Pihak RUM akan berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pihak RUM memohon kepada Pengurus Besar Fleet n Maintenance mengambil tindakan dengan kadar segera sebelum RUM mengambil ketetapan untuk mengambil sebarang tindakan yang lebih agresif.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


TULISAN SIPOLAN

Sekali lagi saya dimaklumkan oleh pegawai RUM mengenai sipolan itu, marah betul pegawai-pegawai RUM dengan sipolan itu... saya sebenarnya dah tak ambil pot pun sebarang tulisan yang mengata saya ataupun RUM... tak rasa kecil hati... tak rasa terkilan... saya sentiasa memaafkan mereka... semoga Allah Swt merahmati mereka....

Jawapan saya mudah... biarlah apa dia orang nak kata... dia orang nak nama pun... bagi je lah... kita tak rugi apa-apa pun... tak de untung pun... kalau kita ikut rentak dia... kita pun sama macam dia... dia meroyan... jangan kita pun ikut meroyan...

Kita fokus kerja kita... kita ada banyak kerja... ahli-ahli bergantung dengan kita... di hadapan ada cabaran yang lagi besar yang sedang menanti kita... maka lupakan apa mereka tulis...ingat pesanan saya... kita tak janji apa-apa... tapi kita membuktikan satu persatu hasil kerja kita.... kita tawarkan diri untuk buat kerja...maka kita buatlah kerja kita dengan ikhlas... yang lain kita serah pada Allah Swt Yang Maha Mengetahui.

"Beralah tak semestinya kalah"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Mac 2016

APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 4

Mesej yang diterima dipaparkan.. keluhan yang mewakili pekerja untuk tatapan umum di bawah ini... ianya dianggap kenyataan rasmi RUM... ianya melibatkan dari aspek pekerjaan sahaja... tiada aspek lain... harap maklum.
_______________________________________

Rugi ktmb lantik dia jd pegawai

Gua panas.....

Tolong siasat bro pengurusan workshop BT gajah. Org yg tak layak di beri acting manager ( Fauzi) pasal tu keja jadi Gila babi Yg peliknye tmod pun bole meluluskan apa kejadah ni. Acting TA plak ambik org luar ( import DEPOH) ape org bengkel semua x layak utk isi kekosongan tu ka. Yg import plk org sekapal dengan che ya apa suma mainan ini. Perkara ini perwakilan rum pun tahu n kenapa tutup mulut. Dok nmpak perwakilan yg bakal rum lantik org side pengurusan. Yg ni mau jaga2. Last sekali sampai ke tukang k2 pun diberikan acting kanan sedangkan servis belom cukup 5 tahun pun satu kapal ngan che ya..ape igt dlm bengkel ni xde orang senior lg  ke.. Mgkin yg ade org negeri lain. Harap org kelate jgn kecam sy yer.

Harapan kami..... bantulah kami demi selamatkn ktmb

Bkn kerana duit ktmb yg byk kluar sbb ktmb rugi.....sebenarnya ada pegawai yg xpandai handle keja....

tolong amik tindakan cpt kes ni......kami xsanggup lg dh.....di mana HAK KAMI SBG ASET KTMB?

klu.bleh 🐷🐷🐷 letak tmpat lain 2.. ktm skg masih ada org cmni memang hancur la.... nnti generasi akan datang lingkop bro...

millright bt gajah dah nak jadi setan bro  kerana dia x di tukar lagi......

Haram jadah....pundek btul pozi

Ktmb tmpt periuk nasi kami...
🐽🐷🐷🐷🐷🐷 letak dia tmpat lain bro...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


APA DAH JADI DENGAN FLEET DAN MAINTENANCE? PART 3

APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 3

Nak bagitau ni... pada SM n MANAGER FLEET n MAINTENANCE BENGKEL BATU GAJAH, nampak tak mesej ini, ahli RUM mendesak RUM, ini bukti bahawa pekerja kat Batu Gajah tu dah menyampah, sebab SM BATU GAJAH ini "FAILED" atau bahasa pasarnya... seolah-olah "HUKUM TEMBAK" atau "TAK BOLEH PAKAI" hantar "REJECT SHOP" pun dah tak laku.

Pekerja risau masa depan mereka, kalau masih macam ini yang berpegang kepada prinsip "KUANTITI", kini pekerja yang dapat peluang luar, dah menimba ilmu di Jabatan Fleet n Maintenace kemudian ilmu yang diterima, digunakan diluar... siapa rugi? Sebab mereka dah "fedup" dengan SM dan MANAGER FLEET BENGKEL, BATU GAJAH.

Yang tinggal ini yang sayang KTMB masih berusaha untuk memulihkan kelemahan yang ada dan bersedia untuk bekerja dengan penuh dedikasi, perlu disedari mereka ini ada "value" ada "market", so jangan sampai... 1 demi 1 berhenti kerja...

Mulut buaya... pulak ternganga luas... nunggu sahaja.. adeiiiii... tolonglah belajar sayang kerja, sayang KTMB...

RUM beri amaran keras, RUM tidak akan teragak-agak memaparkan wajah SM dan Maneger ini di paparkan dalam SUARA RUM, bahawa inilah muka-muka yang  kerja "MAKAN GAJI" serta "KERJA SAMBIL LEWA".

Cuba belajar kesian kat YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang berusaha gigih untuk memulihkan KTMB, sedangkan anda "aku bekerja makan gaji".... adeiiiiii....

Hahaha... ini mesej bukan peribadi tau, ini mesej adalah SUARA RASMI RUM, kalau agak-agak nak "SAMAN" dialu-alukan... kita tenguk seluar siapa terlondeh...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Kejatuhan harga minyak dunia

Hakikatnya kejatuhan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia, negara, syarikat dan individu/rakyat/pekerja. Ape pilihan kita skrg????

Jom beri pandangan Anda.... Pandangan anda dalam hal ini... sangat diharapkan... untuk tinjauan RUM...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


BELIA RUM

Orang mungkin pandang rendah, mereka beranggapan BELIA RUM ini tin kosong, BELIA RUM ini "PAK ANGGUK", kalau ini mereka andaikan... itu satu kesilapan...

Sejauh mana pengetahuan ku, pengalaman aku, semua aku curahkan kepada BELIA RUM, malah aku mencabar mereka jadi lebih baik daripada aku, kalau mereka mampu sahut cabaran aku... makanya satu lagi kejayaan peribadi aku.... andai mereka gagal...menyahut cabaran aku... maka aku GAGAL mewujudkan pemimpin pelapis RUM.

Jadi jangan pandang rendah kemampuan BELIA RUM, mereka akan jadi pelapis dan pejuang kaum pekerja yang sebenar, tiada kepentingan diri, tiada apa yang mereka dapat, kecuali menjadi sebatang lilin yang membakar diri.

Sejujurnya... ini yang aku harapkan... mereka jauh bijak... malah jauh lebih berani, mereka banyak belajar, "KEMELUT RUM" satu pengalaman, satu pengetahuan yang tidak akan mereka belajar dimana-mana Universiti...

Semoga dan harapan, aku mampu hasilkan pemimpin yang berani dan ikhlas berjuang...

#saluteyoungleader

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB