RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

24 Disember 2017

FELDA VS KTMB

BEZA FELDA
NASI DAH JADI BUBUR, BARU JADI ISU..
KTMB..
BELUM BERLAKU..
MAKA TIADA ISU..

MAKA ORANG SEKARANG NAK BERLAKU DULU...
BARU ISU PANAS..
BARU SEDAP DIPOLITIKKAN...
KETIKA ITU..
PERIUK NASI PEKERJA DAH PUNAH..
KERETAPI TANAH MELAYU TERGADAI..
NAMA "TANAH MELAYU" TERKUBUR..

TIADA SIAPA KESAH PUN..
SEBAB APA?
BELUM BERLAKU...
SEBAB APA?
TAK BEST... TAK BOLEH DIPOLITIKKAN
SEBAB APA?
SEBAB IDEA...
MENTERI PENGANGKUTAN &
TIM MENTERI PENGANGKUTAN..

PRINSIP KITA...

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN!
TAPI..
ORANG TAK NAK DENGAR...
ORANG TAK NAK TOLONG...
MINTA TOLONG...
PUN TAK DILAYAN...

GAMAKNYA...
KITA TUNGGULAH MACAM APA YANG BERLAKU PADA FELDA... SAMA JUGA APA YANG BERLAKU PADA MAS!

KITA TUNGGU BILA NASI DAH JADI BUBUR!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Disember 2017

PESANAN PADA AHLI-AHLI RUM

Sebagai admin, saya berhak remove mana-mana komen yang boleh mengugat ahli2 RUM khususnya sehingga boleh diambil tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan KTMB, perlu disedari bahawa pihak pengurusan khususnya TMOD tidak mengambil kira komen tersebut sebagai "ahli kesatuan" sebaliknya mengunakan pendekatan sebagai "pekerja", al maklum pengurusan TMOD kurang arif atau boleh dikatakan "sifar" mengenai peruntukan Perjanjian Bersama apatah lagi tidak berpengetahuan tentang peruntukan akta yang berkaitan.

Tindakan remove komen yang dianggap berisiko adalah demi kebaikan ahli-ahli RUM itu sendiri, menjadi tanggungjawab admin bagi memastikan tiada mana-mana ahli RUM diambil tindakan tatatertib kerana menyedari kelemahan Jabatan TMOD yang sangat lemah dari sudut perundangan atau mungkin sifat atau dendam dikalangan pengurusan TMOD yang RUM ketahui bahawa pengurusan TMOD betaraf pra sekolah.

Justeru itu dinasihatkan ahli-ahli RUM tidak membuat sebarang komen yang boleh menimbulkan implikasi kepada diri sendiri, walaubagaimanapun pihak kesatuan mengalu-alukan "LIKE & SHARE" setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


21 Disember 2017

Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Admin difahamkan presiden rum dan s/u masih lagi berada di IPD Dang Wangi.

Sekadar berkongsi info:
AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967

Bahagian II
PERLINDUNGAN HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA MEREKA.

5. Larangan ke atas majikan dan kesatuan sekerja mereka berkenaan dengan tindakan-tindakan tertentu.

(1) Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan, dan tiada sesiapa yang bertindak bagi pihak seorang majikan atau kesatuan sekerja demikian boleh-

a) mengenakan apa-apa syarat dalam suatu kontrak pekerjaan bertujuan untuk menghalang hak-hak seseorang yang merupakan suatu pihak kepada kontrak untuk memasuki suatu kesatuan sekerja, atau untuk meneruskan keahlian di dalam suatu kesatuan sekerja;

c) mendiskriminasikan terhadap mana-mana orang berkenaan dengan pekerjaan, kenaikan pangkat, apa-apa syarat pekerjaan atau syarat-syarat bekerja atas alasan bahawa dia adalah atau bukan seorang ahli atau pegawai bagi suatu kesatuan sekerja;

d) memecat atau mengancam atau memecat seseorang pekerja, mendera atau mengancam untuk mencederakannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu-

i) adalah atau bercadang untuk menjadi atau bertujuan untuk menunjuk mana-mana orang lain untuk menjadi, seorang ahli atau pegawai bagi suatu kesatuan sekerja; atau

ii) menyertai penajaan, pembentukan atau aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja; atau.... etc.. etc...

Kenyataan Rasmi Kesatuan pekerja-pekerja KTMB


BERANI KERANA BENAR LAWAN TETAP LAWAN

Bila dibicarakan perkara benar, maka yang menerima amat pahit, malah akan menjadi satu tamparan yang hebat, namun bagi mereka yang kononnya merasa tidak bersalah tidak akan merasa apa-apa pada wajah tersuratnya, maka secara tersuratnya ia akan membuat lapuran polis bahawa kenyataan secara terbuka itu mungkin dianggap fitnah atau menghina atau satu tomahan bagi menegakkan benang yang basah atau mungkin merupakan satu ugutan untuk menakut-nakutkan kami.

Bagi kepimpinan kesatuan sekerja pula, kita melahirkan kenyataan terbuka selepas rayu demi rayu, tegas demi ketegasan sudah dilakukan, maka tindakan selanjutnya mengeluarkan kenyataan yang lebih berani secara terbuka dalam apa jua bentuk media kerana ianya adalah sebahagian dari senjata yang ada sebelum tindakan perusahaan diambil maka ianya dianggap sebagai "aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja".

Selagi "prinsip" mempertahankan Syarikat KTMB, Organisasi RUM, seluruh ahli-ahli RUM waima warga KTMB malah kepentingan pekerja seluruhnya termasuk kepentingan pengguna sedikit pun tiada rasa gentar, malah setiap cabaran itu akan diharungi dengan tabah dan penuh bersemangat, perjuangan tanpa rasa takut asalkan nawaitu menegakkan kebenaran, sebarang ugutan itu adalah satu permainan buat kami kepimpinan kesatuan sekerja.

Maka itu kami tetap berpendirian bahawa sebarang perkara yang melibatkan organisasi dan warga pekerja di bawah tanggungjawab kami, kami akan tentang abis-abisan, waima kami sendiri tergugur, gugur kami, gugur bermaruah, tidak sesekali bacul dengan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.

Semoga Allah Swt merahmati perjuangan kami menentang mereka yang zalim yang mengancam KTMB/RUM dan Warga KTMB demi periuk nasi kami.

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Disember 2017

Semoga kamu tewas dalam PRU14

"Second Operator" perjanjian yang akan ditandatangani pada 19/12/17 di Saloma Bistro akan diteruskan!

Terbaiklah MoT!!!

Satu kejayaan Kerajaan Hari ini yang dicetuskan ideanya oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lain Menteri Pengangkutan dan YB Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan!

Mudah-mudahan jahanamlah kau Pilihanraya kali ini!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Dato Seri Liow Tiong Lai hilang sokongan dalam PRU 14?

Alamak Tan Sri Lim Ah Lek...  RUM tau Dato Sri Liow Tiong Lai mantan Setiausaha Politik masa Tan Sri sebagai Menteri Sumber Manusia satu ketika dulu, RUM tidak merasakan Dato Sri Tiong Lai akan menang pada PRU 14 di Bentong, kecuali Tan Sri boleh cadangkan letak calon lain...

RUM sentiasa menghormati Tan Sri tapi tidak semua kita boleh bersetuju, dalam hal mengenai RNAA apa yang dilakukan oleh Dato Seri Liow Tiong Lai sewajarnya tidak disokong dalam PRU 14, malah mungkin dari satu aspek dia bagus tapi aspek lain cadangan mewujudkan RNAA Dato Seri Liow Tiong Lai tidak layak memegang jawatan Menteri Pengangkutan, justeru itu Dato Seri Liow Tiong Lai tidak sepatutnya diberi kemenangan di Parlimen Bentong.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 Baca sini 


18 Disember 2017

IMAMS VS RNAA

Ada juga yang salahkan KSU & TKSU..
Iya ada juga salah sebab mereka tiada pendirian!
Sedikit asakan maka akurlah mereka! Last sekali mereka jadi mangsa... sebab apa? Kata mereka.. saya ikut arahan boss... har...har..har...

Adeiiii... inilah permainan yang dilakukan seperti mana RNAA... cuma RNAA... RUM dah bising awal-awal.. sebab teknik RUM ialah sediakan "payung sebelum hujan", sesekali tidak mahu mengunakan teknik "dah terantuk baru terngadah" dah jadi isu baru melompat, lepas tu tegak benang yang basah... salahkan sana... salahkan sini....

Tapi mereka tetap degil terutamanya Yb Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan danYb Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Disember 2017

HENTIKAN RNAA@SECOND OPERATOR YB DATO AZIZ KARPAWI, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN.

RUM kerap marah dengan Menteri Pengangkutan Yb Dato Seri Liow Tiong Lai, malah Majlis Exxo telah buat keputusan untuk turun ke Bentong berusaha membantu pihak lawan sehingga Yb Dato Seri Liow Tiong Lai kecundang di PRU 14, sebagai tindak balas melaksanakan RNAA.

Kini pertama kali RUM secara terbuka melahirkan perasaan dukacita terhadap Yb Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan.

Kenapa RUM melahirkan perasaan dukacita?

1. Beliau seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan wajar memberhentikan RNAA, pejuang bangsa Melayu tidak sesekali membenarkan nama "TANAH MELAYU" terkubur.

2. Mustahil sebagai Timbalan Menteri tiada suara membantah!

3. Seingat kami dalam ucapan dalam Majlis Kesyukuran RUM pada 25/5/2015 yang dihadiri Yb Dato  Aziz Karpawi telah mengungkapkan dalam  ucapannya untuk melaksanakan "second operator" kononnya itu "idea" beliau, maknanya beliau telah menghighlightkan  dua setengah (2 1/2) tahun yang lepas.

4. Diakui benar saya selaku Presiden RUM memang mengenali beliau, tapi sayang...  just boleh katakan "I KNOW U, U KNOW ME!"

5. RUM benar-benar kecewa iaitu orang@individu yang kami hormati tidak mampu mempertahankan KTMB, malah beliau beriya-iya mahukan "second operator" malah dalam satu pertemuan yang tidak rasmi, beliau meminta saya  "bersetuju", wajarkah saya selaku Presiden RUM bersetuju sedangkan saya dilantik oleh ahli-ahli RUM, malah secara peribadi saya "sayangkan ktmb".

6. Kepada Yb Dato Aziz Karpawi, tidak sewajarnya kita bermusuh, sebaliknya dengarlah keluhan kami, hentikan RNAA, demi Keretapi "TANAH MELAYU" demi 90% pekerja melayu.

7. Kami merayu kepada Yb Dato Aziz Karpawi yang saya secara peribadi kenal baik dan sangat hormati, tolong hentikan RNAA dan hentikan "Second Operator".

8. Saya kenal Dato, Dato juga kenal saya, bersaksikan Dato Mejar, saya tidak boleh dipergunakan, kerana saya diberi "amanah" oleh ahli-ahli saya, saya bertanggungjawab kepada organisasi saya, ahli-ahli saya dan seluruh warga KTMB.

9. Tolonglah Yb Dato Aziz Karpawi, jangan buat begini... walaupun Dato pernah katakan, pedulikan pasal pekerja, fikirkan diri kau... thats not me... Dato... please...

10. Harapan besar kami, ikhlas Demi Allah, kami hanya fikirkan KTMB, warga KTMB dan Keretapi "TANAH MALAYU", kalau kami boleh fikir sebegini rupa, kenapa tidak Dato.

11. Maafkan RUM Dato Aziz Karpawi, kami ada "PRINSIP!", tidak sesekali mengadaikan ahli-ahli RUM dan perjuangan kesatuan sekerja.

Abdul Razak Md Hassan
PRESIDEN RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#TolongCopyPasteKenyataanIniPadaDatoAzizKarpawi


13 Disember 2017

SECOND OPERATOR AGGREEMENT ADAKAH MELALUI TENDER TERBUKA?

RUM sememangnya menentang sekeras-kerasnya kewujudan "second operator", mengikut maklumat yang RUM terima perjanjian antara Syarikat AFR Sdn Bhd dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang mungkin akan disaksikan oleh Yb Dato Aziz Karpawi akan diadakan dalam waktu terdekat.

Persoalannya mengapa ianya tidak melalui "TENDER TERBUKA"? Apa motif pula dalam keadaan tergesa-gesa tandatangan perjanjian dilakukan? Sedangkan RNAA melalui "consept paper" baru ditandatangan, sedangkan appendix 11 RNAA yang perlu dimuktamadkan masih tergantung berdasarkan RAC tidak mampu memberi gambaran jelas pelaksanaan RNAA.

Keraguan timbul bila ianya dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa malah mengikut maklumat yang diterima ada desakan melalui pihak tertentu agar menyegerakan  perjanjian ini, malah RUM melihat "TIADA KETELUSAN" Kementerian Pengangkutan dalam soal ini.

RUM menyedari bahawa kewujudan RNAA sememangnya mempunyai agenda tersirat, dalilnya memberi kuasa penuh kepada RAC dalam melaksanakan seperti mana terkandung dalam appendix 11 RNAA, sekiranya dipersetujui dan ditandatangani, manakala ini akan memberi ruang pelaksanaan agenda tersirat dengan campurtangan "TANGAN GHAIB" khususnya dari Kementerian Pengangkutan dalilnya perjanjian antara Syarikat AFR Sdn Bhd dengan RAC yang dijadualkan dalam waktu terdekat tanpa pengetahuan banyak pihak dibuat dengan begitu terancang , namun maklumat bocor juga bila sampai kepengetahuan RUM.

RUM berharap agar Kementerian Pengangkutan lebih telus dan berintergiti dalam pelaksanaan projek-projek samada mengunakan peruntukan  yang diberikan atau projek berdasarkan "atas kertas" kepada Kementerian Pengangkutan, kerana RUM sendiri melihat bahawa amalan Kementerian Pengangkutan tidak mengunakan "TENDER TERBUKA" mahupun "TENDER TERTUTUP", bila sistem ini dilakukan maka persepsi akan terwujud bahawa Kementerian Pengangkutan bukanlah satu kementerian yang berintergriti.

RUM dalam pertimbangan untuk membuat lapuran polis dan kemudiannya mengadu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk menilai kembali kemungkinan-kemungkinan ada penyalahgunaan kuasa yang dilakukan.

Kami Majlis Eksekutif RUM tidak akan berdiam diri dengan apa cara pun berusaha untuk menghentikan perancangan RNAA demi Selamatkan KTMB dan Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


12 Disember 2017

PIKET TANGGUH SECOND OPERATOR BAKAL DITANDATANGANI OLEH TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN DALAM WAKTU TERDEKAT.

Mesyuarat Ajk Kerja semalam 11.12.17 dengan mandat Majlis Eksekutif telah memutuskan untuk mengadakan Piket pada 20.12.17 di perkarangan Stesen Keretapi Batu Gajah berikutan kehadiran Yb Dato Aziz Karpawi untuk satu majlis di MYRA Batu Gajah berikutan pelaksanaan RNAA.

Atas saranan YBhg Encik Rani Samsuddin CEO KTMB malam tadi setelah dimaklumkan bahawa RUM akan mengadakan Piket membantah RNAA maka RUM menghormati saranan demi hubungan baik antara RUM dan CEO KTMB malah penjelasan beliau sedang berusaha gigih untuk membaikpulih KTMB seterusnya berusaha menolak RNAA bagi pihak KTMB, justeru itu Jawatankuasa Kerja hari ini 12.12.17  telah mengambil ketetapan menangguhkan tindakan Piket yang dijadualkan pada 20.12.17.

RUM tetap berpendirian akan terus membantah RNAA demi memastikan KTMB diselamatkan malah RUM tidak teragak-agak untuk berbuat demikian kerana PIKET adalah hak Kesatuan Sekerja yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) sebagai aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja.

Namun RUM sangat dukacita terhadap Yb Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan yang sangat berkeinginan perancangan RNAA khususnya larian "SECOND OPERATOR" yang mana bakal menandatangani perjanjian dengan Syarikat Asia Freight Railway (AFR) dalam waktu terdekat, usaha yang dilakukan adalah titik tolak penghancuran Keretapi "TANAH MELAYU"

RUM tidak akan memaafkan Yb Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan yang bertindak sedemikian rupa terhadap KTMB dan seluruh warga KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

---------

*gambar hiasan - Admin


10 Disember 2017

CORETAN AHAD SOLIDARITY HAMPEH

Bila kita sebut solidarity, maknanya sokongan moral terhadap rakan seperjuangan, memberi kerjasama yang baik dan saling bantu membantu, apatah lagi ianya disebut rakan walaupun bukan sahabat, sebaiknya susah sama susah, senang sama senang berlandaskan satu skop perjuangan yang sama, tiada perasaan irihati sebaliknya saling membantu.

RUM tidak pernah mengusik mana-mana organisasi atau mana-mana pihak, kalau ada masalah RUM terus hubungi pihak yang betul, kalau ada rakan, RUM minta tolong atau minta penjelasan bagi mendapat kepastian, sesekali tidak akan mencampuri rumahtangga orang, cuma RUM bertindakbalas sebab kenyataan tersebut mengusik organisasi yang RUM pertahankan, jangan pula RUM bertindak balas lebih agresif sehingga membogelkan kehancuran organisasi mereka kerana gagal disebabkan kelemahan pentadbiran kepimpinan itu sendiri.

Bila mengusik organisasi KTMB, kononnya melepaskan geram, sedangkan mereka tahu apa masalah dalam KTMB, adalah satu tindakan "bermotif jahat", sedangkan RUM berhempas pulas mempertahankan KTMB dari semua sudut demi kepentingan pekerja, bila disebut "pekerja" maka secara umumnya rakan yang dikatogerikan sebagai rakan seperjuangan yang kononnya memperjuangkan kepentingan pekerja secara tidak langsung telah merosakkan hubungan baik dan menganiya perjuangan kaum pekerja itu sendiri.

Inilah mentaliti kepimpinan yang merosakkan perpaduan dan kesatuan dikalangan perjuangan memertabatkan kaum pekerja itu sendiri.

Selagi sikap ini wujud maka perjuangan kaum pekerja tidak akan kemana dan semudah menjentik jari  memberi peluang keemasan  kepada musuh-musuh yang mahukan kesatuan sekerja hancur dibumi Malaysia, malah hari ini telah membuktikan bahawa kesatuan sekerja dalam negara ini tidak sekuat mana yang ada bertelagah sesama sendiri.

Cuma nak pesan pada mereka (segelintir) yang kononnya berjuang untuk kaum pekerja, sesekali jangan usik KTMB maka usik KTMB maka telah menyentuh RUM, KTMB adalah periuk nasi pekerja yang juga ahli-ahli RUM, maka RUM akan bertindakbalas/ lawan dan tibai balik! Dalam keadaan menghadapi halangan besar, kita tidak kesah siapa anda!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 Disember 2017

Mana lebih baik?

Mana lebih baik?
Yang belum jadi isu?
atau
Yang dah jadi isu?

Sama maksud..

Mana lebih baik?
Sediakan Payung Sebelum Hujan?
atau
Sudah terantuk Baru Terngadah?

Kalau RUM tidak mahu...
Nasi dah jadi bubur..
Masa tu semua dah terlambat..
Punah!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Disember 2017

RAKAMAN JUTAAN TERIMA KASIH KHUSUS DUA (2) LEMBAGA PENGARAH & PENGURUS BESAR KTMB YANG TERLIBAT DENGAN TERCETUSNYA RNAA.

Bagi pihak Majlis Exco RUM kami merakamkan jutaan terima kasih kepada dua (2) Lembaga Pengarah KTMB iaitu Ybhg Datuk Ir. Kamaruzaman Zainal dan Ybhg Dato. Sr. Ahmad Zainuddin Bin Jamaluddin bagi pihak KTMB yang telah menandatangani RNAA.

RUM juga merakamkan jutaan terima kasih khusus kepada Pengurus Besar yang terlibat sehingga tercetusnya RNAA.

Kami amat berbangga kepada ANDA sekelian yang benar-benar berjiwa "MELAYU" berdarah "KERETAPI" yang membawa satu perubahan kepada industri KTMB sejak kewujudan Keretapi di negara ini pada tahun 1885.

Syukur dengan kewujudan RNAA maka buat permulaannya "SEWA KUARTERS" untuk pekerja KTMB dinaikkan, ini satu penghormatan kepada kami khususnya kepada pekerja bukan eksekutif.

Kami juga berbangga dan amat berbesar hati bahawa laluan keretapi akan dikongsi dengan syarikat luar yang akan menjalankan perkhidmatan kargo, malah KTMB wajar berbangga customer KTMB diserahkan kepada pesaing KTMB.

Kami juga amat berbangga bahawa KTMB dikecil-kecilkan, dikoyak-koyakkan maka cebisan-cebisan atau saki-baki yang ada ditinggalkan untuk KTMB yang lainnya diserahkan kepada RAC, inilah "idea yang terbaik" pernah terwujud dalam tempoh seratus tiga puluh (130) tahun KTM.

Kami juga bersyukur bahawa pekerja seperti kami bakal ditamatkan perkhidmatan, satu penghargaan tertinggi kepada kami.

Kami juga amat berbangga bahawa Keretapi "TANAH MELAYU" akan terkubur, satu kejayaan besar yang menjadikan "ANDA" mencipta sejarah Perkeretapian Negara, malah nama "ANDA" tertinta dalam lipatan sejarah perkeretapian yang terwujud 130 tahun lampau.

Sesungguhnya sanjungan tinggi dari kami seluruh Majlis Eksekutif RUM adalah satu penghargaan tertinggi, semoga Allah Swt merahmati segala usaha anda, kerana "ANDA" adalah anugerah dari tuhan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#Ahli2RumDilarangKomen
#Ahli2RumDigalakkanLikeNShare


04 Disember 2017

SELAMATKAN KERETAPI "TANAH MELAYU" RUM MERAYU PERWAKILAN UMNO PERTAHANKAN "KERETAPI TANAH MELAYU"

Keadaan RNAA makin genting, namun ianya tidak mungkin dilaksanakan dalam waktu terdekat kerana Akta Keretapi tidak membenarkan, maka jalan yang ada adalah meminda Akta Keretapi bagi mewujudkan perancangan seperti yang terkandung dalam Akta Keretapi.

Bagi menghalalkan cara pihak Kementerian Pengangkutan telah pun mengangkat cadangan pindaan kepada pejabat Peguam Negara untuk semakan kemudiannya akan mengangkat ke Parlimen untuk sessi kelulusan.

Maklumat terbaru Pejabat Peguam Negara telah pun meluluskan semakan pindaan, maka pindaan ini akan diangkat ke Parlimen pada sessi akan datang, jangkaan pada Bulan Mac 2018.

Kita mengetahui bahawa jangkaan Pilihanraya Umum ke 14 berkemungkinan  suku tahun pertama, ada kemungkinan tiada kesempatan untuk membentangkan pindaan, mungkin secara bernasib baik ianya tidak dapat dibentangkan pada bulan Mac 2018, namun apa pun boleh berlaku.

Usaha "niat jahat" khususnya Kementerian Pengangkutan (MoT) tidak boleh diragui, akan mengunakan pendekatan pelbagai cara untuk menghalalkan RNAA, maka usaha mereka tersekat kerana memerlukan pindaan Akta Keretapi, pilihan yang ada ialah meminda Akta Keretapi.

RUM pernah menulis dalam ruangan ini, bahawa kewujudan "PENGSWSATAAN KERETAPI" yang dicetuskan oleh Kerajaan yang dipimpin ketika itu ialah Tun Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed telah membuktikan bahawa idea ciptaan "Pengswastaan Keretapi" adalah "GAGAL" dalilnya setelah dua puluh lima (25) tahun KTMB diswastakan KTMB tetap mengalami kerugian, kerana dasarnya KTMB adalah Perkhidmatan Awam memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan harga tambang dikawal oleh kerajaan maka pasti orientasi perniagaan berasaskan "keuntungan" tidak boleh dicapai.

Hari ini idea paling "BURUK" dalam "SEJARAH NEGARA" mengenai KTMB yang dicetuskan oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia bersama YB Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, "idea terburuk" ini adalah lebih "PARAH" dari idea Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, dalilnya Mantan Perdana Menteri Malaysia masih mengekalkan identiti nama Keretapi "TANAH MELAYU" sebagai "WARISAN NEGARA" malah masih milik "MUTLAK" Kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Dengan tercetusnya idea RNAA maka dalam satu tempoh pelaksanaannya "Keretapi "TANAH MELAYU" akan hilang dari bumi Malaysia tercinta ini.

Maka "SEJARAH" akan tertinta sekiranya pelaksanaan ini tetap diteruskan maka Kerajaan hari inilah yang akan menghapukan satu-satunya nama "TANAH MELAYU".

RUM menulis setelah mengkaji setiap inci perancangan sehingga perancangan masa depan untuk Keretapi Tanah Melayu, RUM tidak akan berbicara andai ianya satu "omongan", malah RUM bersedia "BERDEBAT" dengan YB Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pengangkutan dalam semua sudut mengenai RNAA dan masa depan KTMB.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan", ini pendirian RUM, maka RUM dah nampak apa yang bakal berlaku, tidak terlambat untuk menghentikan RNAA, tidak malu atau merasa gagal dalam implementasi RNAA, dari meneruskan agenda yang boleh meranapkan satu-satunya identiti "TANAH MELAYU".

Kami kepimpinan RUM masih mengharapkan, kerana ianya belum terlambat untuk menghentikan RNAA, janganlah kata kami "PEJUANG MELAYU" tapi hanya sekadar nama "TANAH MELAYU" tidak mampu dipertahankan, memperkata "SURVIVAL MELAYU", dimanakah "SURVIVAL MELAYU?" andai hanya nama beridentitikan "TANAH MELAYU" pun mahu di "KUBURKAN".

RUM merayu kepada semua Perwakilan UMNO yang akan bersidang minggu ini, bangkitlah isu ini, pertahankanlah demi Maruah Bangsa Melayu, andai Tun Mahathir Muhamad telah melakukan kesilapan apakah hari ini kita mahu mengulangi seperti mana KTMB telah diswastakan.

Bicaralah demi Maruah Bangsa dan Negara, andai "KERIS TERHUNUS" maka kita adalah "PAHLAWAN MELAYU" andai KERIS itu sekadar "HIASAN", Menangis dengan "AIR MATA DARAH" sudah tidak berguna lagi.

Hadamlah lagu "ANAK KECIL MAIN API"

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

#KamiBukanRacist
#90%PekerjaKtmbMelayu
#KamiSayangkanKTMB


MEMPERTAHANKAN KTMB DEMI MASA HADAPAN KITA SEMUA

COPY PASTE
(Dalam komen Wall Suara RUM)

Dalam isu teras kesatuan RUM MEMBANTAH SEKERAS²NYA perlaksanaan RNAA RAILWAY NETWORK ACCESS AGGREEMENT bukanlah di asaskan oleh dari bahan 'FITNAH' asal usulnya .. RUM tak perlukan itu semua malah RUM bukanlah berada di pentas POLITIK .. So 'FITNAH²' TAK MAIN LAH .. Perjuangan RUM berasaskan REALITI bukanlah sekadar TOHMAHAN DAN JUGA ASAS FITNAH .. NOT A RUM STYLE .. RUM membantah kerana ada UNSUR² melenyapkan KTMB hanya utk KEPENTINGAN INDIVIDU dan bukanlah utk KEPENTINGAN AWAM yang di WAR²kan oleh MOT/DMOT,itu hanya sekadar ALASAN utk MENGHALALKAN CARA mereka² UTK MENGAUT KEUNTUNGAN PERIBADI dgn menggunakan DANA AWAM DAN HARTA RAKYAT MALAYSIA IAITU KTMB .. RUM sejak dari awal telah MENGHIDU TAKTIK HODOH mereka² ini dgn ideal RNAA HAPRAK Mot/DMot .. RNAA bukanlah 'FITNAH' tp KENYATAAN yg tidak MENGUNTUNGKAN KTMB,PEKERJA KTMB DAN RAKYAT MALAYSIA KESELURUHANNYA .. INI MERUGIKAN RAKYAT .. KITA BANTAH SEBELUM 'NASI MENJADI BUBUR' .. KAMI RUM MEMERLUKAN SOLIDARITY RAKYAT MALAYSIA UTK BERSAMA² UTK MEMPERTAHANKAN KTMB DEMI MASA HADAPAN KITA SEMUA .. RUM NOT THE POLITIC BUT RUM IS UNIONIST ..

Mari kita lihat sempena PAU 2017 masih ada lagikah yang di katakan PEMIMPIN UMNO PERJUANGAN MELAYU UTK MEMPERTAHANKAN KHAZANAH NEGARA KTMB dari di binasakan oleh manusia² yg rakus dan tamak haloba atau hanya sekadar RETORIK semata² .

#DATOSERINAJIBRAZAK
#PERDANAMENTERIMALAYSIA
#PRESIDENUMNO
#AHLIMAJLISTERTINGGIUMNO
#PERWAKILANPAUUMNO2017
#KTMB
#RUM
#TOLAKRNAA
#MOTLIOWTIONGLAI
#DMOTAZIZKAPRAWI
#RAC
#SELAMATKANKTMBSELAMATLAHPEKERJA


FITNAH/ BERFIKIRLAH DENGAN WARAS

Saya duduk dalam banyak group, termasuk group politik, saya membaca dan kurang buat komen, sesekali sekiranya perlu.

Dalam group-group berkenaan hanya menceritakan soal "FITNAH" termasuk mereka mengunakan nas maupun apa sahaja ayat yang memperkatakan "FITNAH" itu berdosa besar.

Dalam facebook juga sebegitu, banyak yang dibaca samada berbentuk kenyataan maupun komen, berkaitan perkara sama iaitu "FITNAH", memang tidak menafikan bahawa trend hari ini "FITNAH" amat berleluasa, kadang-kadang boleh mengelirukan pembaca. Cuma saya tidak berminat mengenai "FITNAH", kerana saya mempunyai akal dan fikiran yang dianugerahkan oleh Allah Swt untuk berfikir dan menilai, yang mana satu betul dan mana satu tidak.

Biarlah mereka berkata apa jua, namun kita diberi akal mampu berfikir dengan waras samada ianya berbentuk samada fitnah atau pun tidak, malah paling tepat jangan percaya bulat-bulat.

Berbalik kepada soal RNAA, adakah kenyataan ini "FITNAH?" atau apa jua kenyataan yang dikeluarkan dalam laman SUARA RUM, adakah ianya berbentuk "FITNAH?", RUM sesekali tidak akan menulis sekiranya ayat yang terkeluar itu berbentuk "FITNAH", tambahan pula, setiap perkataan adalah "BLACK & WHITE", mungkin mereka boleh menafikan kerana ingin "MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH", sekiranya penafian dibuat dengan mengatakan kenyataan itu merupakan "FITNAH",  maka itu satu alasan "MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH" maka penafian itu satu "PEMBOHONGAN" tetap dikategorikan "BERDOSA".

Tapi inilah berlaku dialaf baru, dunia sudah berubah, pembawa fitnah telah bermaharajalela, pombohong juga bermaharajalela, maka gunakanlah akal dengan bijaksana fikir dengan waras, nilailah, sesekali pesan pada diri sendiri jangan kerana kepentingan diri @  imbuhan kita sanggup "MEMFITNAH", kita sanggup "BERBOHONG" kita sanggup "MENGANIAYA" kerana setiap perbuatan yang kita lakulan tetap akan "dI  HISAB", hari ini kita terlepas mungkin esuk kita terima pembalasannya.

Wallahualam.

Presiden RUM


01 Disember 2017

BIAR PAHIT, TETAP KU BICARA BANGKITLAH WAHAI GM KTMB

Kadang-kadang RUM nak mengamuk dan marah semua Pengurus Besar KTMB yang ada, puas RUM berceloteh, puas RUM memohon memberi kerjasama demi mempertahankan KTMB, malah RUM pernah bercakap bukan soal "UPAH" tapi demi "SAYANGKAN KTMB".

Mereka ini macam budak-budak kecil, tidak pro-aktif, tidak berfikir jauh diluar kotak, kalau belajar tinggi tapi sekadar ikut buku atau apa yang diajar oleh Pensyarah maka mereka ini tidak akan kemana, setakat itu sahaja, sekadar menerima arahan, kalau setakat terima arahan tidak membantu dari aspek "idea kreatif" maka itulah KTMB akan terus mundur.

RUM pernah katakan dengan KSU dan MKD yang merungut dengan Pengurus Besar KTMB (GM) dalam satu pertemuan, RUM terpaksa mengakui, walaupun pahit mengenang dikalangan mereka adalah kawan-kawan RUM, malah RUM terpaksa bercakap secara profesional demi KTMB, RUM menyatakan mereka yang gagal serta tidak mampu menjalankan tanggungjawab hendaklah ditamatkan perkhidmatan atau diberi kontrak selama dua (2) tahun sebagai peluang membuktikan kemampuan, sekiranya gagal, tamatkan kontrak mereka, seterusnya RUM mencadangkan ambil "experties luar" sebagai GM Kontrak atau dengan panggilan "Vice President" secara kontrak, dekat luar sana diperingkat antarabangsa ramai "experties" yang boleh dimasukkan demi kepentingan KTMB.

RUM dari dulu berjuang mempertahankan warga KTMB, malah CEO @ Presiden KTMB @ Pengarah Urusan KTMB hendaklah datang dari warga KTMB, malah ketika Marak Unggul Sdn Bhd ambilalih Pengurusan KTMB, ada GM yang kena cuci tandas, RUM pertahankan sampai dia dipulihkan jawatan kepada GM Fleet walaupun dia bukan berkelayakan sebagai "JURUTERA", RUM mempertahankan setiap inci untuk kepentingan warga KTMB tidak kira dari kalangan bukan "Bukan Eksekutif" maupun "Eksekutif".

Tapi hati ini, sejujurnya RUM kecewa dengan mereka secara majoriti, mereka seolah-olah hanya hadir sebagai seorang pekerja yang "makan gaji" tanpa sedikit pun perasaan "sayangkan KTMB".

Pernah RUM jumpa seorang Mantan GM, RUM bertanya "abang, saya nak rekemen abang jadi Presiden KTMB, tahu apa dia jawab? "Adik maafkan abang, kalau GM ini semua masih ada, mati abang, tak yahlah rekemen abg". (Ketika zaman kemelut Datuk Elias Kadir sebelum aku membuat "last decision" untuk memberi sokongan pada Tuan Haji Sarbini Tijan, kini bergelaran Dato' sebagai Presiden KTMB, MAAF TERPAKSA walaupun akhirnya aku di sebut "KUTIP")

Memang pahit nak luahkan, tapi apakan daya, demi KTMB dan warga pekerja yang sayangkan KTMB, RUM luahkan perasaan ini dengan harapan kesedaran akan timbul untuk kembali kepangkal jalan demi mempertahankan KTMB sebagai warisan negara.

Sedarlah wahai rakan-rakan ku GM, bangkitlah, bersama dengan En Rani CEO KTMB, untuk mencorakkan kembali kegemilangan KTMB, kalau kita lemah, ambil mudah, maka jangan salahkan sesiapa, kerana kita sendiri yang mengancurkan KTMB, kita sendiri yang mengancurkan warisan negara, nama kita akan ditinta sebagai pengkianat dan pemusnah warisan negara.

Mari kita bersama membangunkan Keretapi "TANAH MELAYU" warisan negara kita, Sayangi KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#AhliRumDilarangKomen


PERKHIDMATAN TREN KTM BERHAD KEMBALI PULIH SEPENUHNYA

BERITA BAIK TERKINI & PENTING

PERKHIDMATAN TREN KTM BERHAD KEMBALI PULIH SEPENUHNYA

30 November 2017 (Khamis) – KTM Berhad ingin memaklumkan bahawa operasi tren KTM Berhad bagi perkhidmatan ETS laluan Sektor Utara dan Sektor Selatan, juga perkhidmatan KTM Komuter Sektor Lembah Klang telah kembali beroperasi seperti biasa bermula pada jam 8.35 malam, hari ini.

Tempoh masa kembali pulih ini telah berjaya diperolehi lebih awal dua (2) hari dari jangkaan sebelum ini iaitu pada 3 Disember 2017 (Ahad), walaupun menghadapi kesukaran dari faktor cuaca di ibu negara yang tidak menentu yang telah mengganggu kelancaran jadual kerja dan kedudukan beberapa gerabak yang tergelincir terletak di dalam terowong juga stesen Bank Negara menyukarkan lagi kerja-kerja pengalihan gerabak kontena kargo yang terlibat.

Perkhidmatan tren telah terganggu berikutan kegelinciran 12 gerabak tren Kargo yang membuat perjalanan menuju ke arah Selatan di km 386.00, antara laluan Stesen Bank Negara – Stesen Kuala Lumpur pada jam 2.58 pagi, 23 November 2017 (Khamis) yang lalu. Insiden ini telah menyebabkan kedua-dua landasan keretapi terpaksa ditutup sementara di antara laluan Stesen Kepong - Stesen KL Sentral, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih dijalankan.

Sepanjang tempoh masa kerja-kerja baik pulih giat dijalankan pada tujuh (7) hari yang lalu, bermula 23 November 2017 (Khamis) hingga 30 November 2017 (Khamis), bilik gerakan telah ditubuhkan di lokasi kegelinciran untuk merancang pelan kerja-kerja baik pulih dan memantau progres setiap hari sehingga perkhidmatan pulih sepenuhnya berjaya dicapai lebih awal pada hari ini. Selain itu, kakitangan tambahan juga disediakan untuk bertugas di stesen-stesen utama bagi membantu memudahkan pergerakan para penumpang dan pengangkutan alternatif juga disediakan untuk pemindahan penumpang supaya para penumpang dapat meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju dengan selamat. Kerja-kerja baik pulih telah dilakukan 24 jam sehari demi memastikan perkhidmatan tren dapat beroperasi semula untuk kemudahan dan keselesaan para pengguna perkhidmatan KTM Berhad.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana perkhidmatan tren KTM Berhad telah beroperasi seperti biasa lebih awal dari jangkaan. Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan KTM Berhad yang terus menerus bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dan sanggup mengorbankan masa bersama keluarga, untuk bertugas demi memastikan kerja-kerja baik pulih dapat dijayakan dengan segera dan kebajikan para penumpang terus terjaga sepanjang tempoh perkhidmatan yang terjejas ini. Dikesempatan ini juga, kepada para pengguna perkhidmatan KTM Berhad, saya bagi pihak KTM Berhad ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesabaran anda semua.” kata Encik Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KTM Berhad.

Tambah beliau lagi, “Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dan lain-lain pihak seperti Prasarana dan MRT atas kerjasama dan juga sokongan yang diberikan kepada KTM Berhad sepanjang tempoh ini, yang telah memudahkan dan membantu kelancaran kerja di pihak kami. Selain itu, siasatan terperinci berkaitan insiden kegelinciran ini masih diteruskan lagi. Kami berharap dapat mengetahui punca sebenar berlakunya kejadian ini dan seterusnya menyediakan langkah-langkah pencegahan dan tindakan proaktif untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi di masa akan datang. Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan KTM Berhad”.

KTM Berhad sekali lagi memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan terima kasih diucapkan kepada para penumpang di atas kesabaran dan juga sokongan untuk terus setia menggunakan perkhidmatan tren kami.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman twitter rasmi KTM Berhad di @ktm_berhad atau hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200.