RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 April 2015

SYUKUR ALHAMDULILLAH

SYUKUR ALHAMDULILLAH
Itu yang dapat dikatakan..
Bukan wang...
Tapi kepuasan...
Kini kau tiada lagi...
Kini kau telah pergi...
Tidak sedikit pun rasa kecewa..
Tapi...
Bangga...
Kejayaan muncul akhirnya...
Inilah perjuangan...
Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja
Aku di buang kerja...
Aku di hina...
Aku di fitnah...
Cukup hebat cabaran ku...
Tp aku bangga...
Aku dilahirkan sebagai seorang pejuang...
Biar mati...
Tidak sesekali aku melutut...
Tanggungjawab ku...
Amanah ku...
Pegangan ku...
Peraturan Kesatuan...
Prinsip ku...
I am Unionist!
Bukan riak...
Tapi aku cukup sengsara...
Alhamdulillah...
Allah Swt...
Terus memberi kekuatan...
Akhirnya...
Dengan dokongan...
Barisan Terakhir RUM...
Kami menikmati kejayaan...
Pada Allah Swt...
Kami lahirkan...
Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah...
Dengan izin mu...
Kami mengecapi kemenangan...
Terima kasih...
Barisan Terakhir RUM...
Tanpa mu...
Kejayaan ini juga tidak tercipta...
Kita...
Barisan Terakhir RUM...
Berjaya...
Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja...
This is...
Railwaymen Union of Malaya
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Presiden RUM
Barisan Terakhir RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

28 April 2015

SOLIDARITY PIKET DI HADAPAN BRITISH AMERICAN TOBACCO ANJURAN MTUC

Presiden MTUC sedang membuat sidang akhbar.




Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 April 2015

PERJUANGAN

Tiada apa yang dicari...
Hanya Perjuangan...
Menentang Penganiayaan dan Kezaliman..
Tidak akan gentar..
Biar pun terhunus pedang...
Tidak akan tunduk...
Biar seribu tekanan..
Tidak akan melutut...
Demi menegakkan kebenaran...
Akan terus berjuang...
Demi pekerja KTMB...
Khususnya...
Ahli-ahli RUM...
This is...
Railwaymen Union of Malaya

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini hari Isnin..
Semua orang tau hari ini hari Isnin...
Lepas Isnin tentu lah Selasa...
Takkan selepas Selasa Khamis...
Tentulah Rabu..
Lepas Rabu baru Khamis..
Maka timbul pula hari Jumaat...
Hari Jumaat Penghulu Hari...
Hari Jumaat Hari Pekerja...
Selamat Hari Pekerja...
Buat semua Warga Pekerja...

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA

Anjuran MTUC
Pada : 1 MEI 2015
Tempat : DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM
Waktu : Jam 7.30 pagi - 11.30 pagi

Semua ahli-ahli RUM di jemput hadir.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 April 2015

UCAPAN PERASMIAN

Ucapan Perasmian Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali UNI-GLOBAL oleh Tan Sri Dato Zainal Rampak antara lain menyatakan bahawa jangan sesekali lari dari perjuangan, keadaan sekarang adalah tidak baik untuk Kesatuan Sekerja yang terdapat banyak "UNION BUSTING", "KWSP" "GST, "HARGA BARANG" dan lain-lain lagi, maka itu semua kesatuan sekerja perlu bersatu berjuang untuk kepentingan kaum pekerja di negara ini.

Jangan rasa takut dan gentar, rasa takut dan gentar akan memberi ruang dan peluang untuk pihak - pihak luar terutamanya majikan mengambil kesempatan.

Selain dari itu beliau menyarankan agar semua bergabung dengan MTUC bagi memperkukuhkan MTUC, di samping menegur MTUC yang kian lemah dan tidak prihatin dengan kedudukan pekerja dan masalah yang berlaku di negara ini, bertindak sangat perlahan tidak seperti zaman beliau dulu sebagai contoh kenyataan akhbar jarang sekali dikeluarkan atau membuat komen dengan segera dan gerakan melalui tindakan piket juga sangat lemah sehingga suara bantahan dari MTUC kurang kedengaran.

Beliau menyatakan ketika beliau jadi Presiden MTUC, setiap pagi beliau akan membaca semua akhbar, sekiranya ada sesuatu isu, beliau dengan segera membuat komen atau bantahan.

Antara lain kenyataan beliau ialah, walaupun ada yang berkehendakkan beliau menerajui MTUC kembali, beliau tidak berminat kerana faktor umur yang telah menjangkau 75 tahun dan kini memberi tumpuan kepada "Workers Institute on Teknology" satu - satunya Kesatuan Sekerja di dunia yang mewujudkan institusi berkemahiran tinggi bagi melahirkan pekerja berkemahiran tinggi, sehingga ini beliau berbangga kerana telah melahirkan 32,000 tenaga pekerja berkemahiran, inilah sumbangan dan bakti beliau kepada pekerja dan negara.

Beliau juga berharap agar Presiden Uni Global Dato Shafiee BP Mammal agar teruskan perjuangan, kerana beliau mendapati Uni-Global bergerak pro aktif malah kerap keluarkan kenyataan dengan kadar segera malah berjaya menubuhkan banyak kesatuan sekerja baru di negara ini yang bergabung dengan Uni - Global dan berjaya menyelesaikan banyak masalah Kesatuan Sekerja di bawah gabungan Uni Global.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

17 April 2015

ADUAN PENGGUNA

Ini mesej yang saya terima dari Mantan Pengurus Besar KTMB, yang memaklumkan bahawa beliau terima rungutan dari sahabat beliau seorang pengguna KTMB.


Maka apa yang boleh dikatakan ialah berlakunya kebocoran hasil, dimanakah kelemahannya.
Isu kebocoran hasil bukanlah perkara baru, tapi adalah perkara lama yang melibatkan kerugian jutaan ringgit Malaysia kepada KTMB.

Baru-baru ini RUM ada menerima sesalinan email yang mengatakan bahawa seorang Lembaga Pengarah KTMB akan turun pantau untuk melihat sendiri bagaimana kebocoran hasil boleh berlaku, RUM berharap dengan lawatan itu akan dapat memastikan kebocoran hasil dapat dielakkan.

Dari sumber maklumat, kami menerima aduan bahawa bukan salah pekerja "non eksekutif" khususnya pembantu trafik, tetapi adalah dari sudut merancang dengan berkesan, RUM tidak berniat melahirkan secara terbuka, tapi selepas MEI 2015, RUM akan berusaha untuk membantu memberi cadangan penyelesaian.

Teguran ini dipaparkan kerana RUM sayangkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SAYANG RUM, SAYANG KTMB

Apakah cara yang sesuai dan munasabah bila sebut soal "sayang"? Benar menyebut perkataan "sayang" sangat mudah, tapi untuk mempraktikkannya belum tentu mampu.

Sayang juga berkait dengan tanggungjawab, sayang akan memainkan peranan yang jitu dan padu iaitu sanggup berkorban, maka sayang perlu dengan pembuktian, maka buktikan pada keluarga dan sebagai pemimpin buktikan kepada organisasi yang dipimpin.

Maka bila kita sayangkan RUM kita akan berkorban untuk RUM bagi memastikan RUM tidak diletakkan di bawah pengaruh majikan atau tidak sesekali RUM boleh dijual beli.

Maka bila kita sayangkan KTMB kita akan pertahankan KTMB dari runtuh, rosak atau memastikan KTMB berada di landasan yang betul.

Kerana sayangkan RUM dan KTMB, maka secara langsung RUM mengungkapkan :-
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"

Kasih sayang yang diterapkan ini maka RUM berjaya sehingga hari ini sesekali tidak menjual "MARUAH RUM & KTMB, dalilnya:-

1. YTL yang pernah cuba ambil KTMB, Bangunan KTMB dan Stesen KL lama berjaya di pertahankan.

2. MMC gagal mengambilalih Bangunan KTMB dan Mengambalih KTMB, RUM berjaya pertahankan.

3. Berjaya mempertahankan ETS dari dianaksyarikatkan.

4. Masih kekal dan terus berjuang mempertahankan dan berusaha memastikan KTMB terus berada di landasan yang betul.

Kerana kami Pemimpin RUM adalah Pemimpin Tulin Kesatuan Sekerja, kami "UNIONIST"!
Perjuangan kami untuk semua pekerja KTMB dan juga untuk semua pekerja di negara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

16 April 2015

RAFIZI (Setiausaha Agung PKR) KWSP

Pendirian RUM sebagai Kesatuan Sekerja seiring dengan pendirian MTUC yang mewakili Kesatuan Sekerja di negara ini, secara tidak langsung mewakili seluruh warga Pekerja di Negara ini tetap berpendirian kekal seperti apa yang ada sekarang.

Cadangan RAFIZI Setiausaha Agung PKR tidak munasabah dan di bantah!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

CUEPACS MINTA NAIK GAJI

Pekerja KTMB yang diswastakan semenjak 1.8.1992 yang dulunya berdasarkan gred jawatan yang sama dengan penjawat awam, gaji pekerja KTMB mendahului sebanyak 10% + 2 mata gaji.

Kini pekerja KTMB ketinggalan berdasarkan "take home pay", kini CUEPACS minta naik gaji lagi, andai ini diterima maka Pekerja KTMB akan ketinggalan beribu batu.

Maka itu matlamat RUM ialah mencapai sasaran iaitu "GAJI IKUT PASARAN" atau Kembalikan lebihan perbezaan seperti mana kami pernah menikmati ketika kami di swastakan.

Seperti kenyataan saya pada YAB DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK ketika satu pertemuan tidak lama dulu...

"Kami tidak setuju diswastakan, tapi atas kehendak kerajaan maka kami pekerja bersetuju".

Kini kami ingin menuntut hak kami yang telah kehilangan iaitu perbezaan dengan penjawat awam, kerana kami berkhidmat di bawah "perkhidmatan sosial".

Semoga dan harapan ianya akan menjadi realiti.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


ADAKAH INI KENYATAAN MTUC PUSAT?

NO!!! Ini bukan kenyataan MTUC PUSAT! Ini kenyataan dari Andrew Lo Setiausaha MTUC Sarawak yang RUM anggap kenyataan berbentuk peribadi dan tidak pernah diputuskan dalam mana-mana Mesyuarat Majlis Am MTUC!

Tindakan beliau mengunakan nama MTUC sesungguhnya mengecewakan, apa tah lagi ianya tidak mendapat kelulusan dari Majlis Am.

Justeru itu, RUM akan menulis surat pada MTUC PUSAT mengambil tindakan terhadap Andrew Lo, Setiausaha MTUC Sarawak yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

RUM dengan jelas dan lantang membantah sekeras - kerasnya pengeluaran wang KWSP pada umur 60 Tahun dengan menegaskan bahawa pengeluaran KWSP ialah kekal seperti sekarang.

RUM juga akan mendesak MTUC mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan KWSP menghentikan hasrat menaikkan tempoh pengeluaran wang KWSP kepada 60 Tahun.

RUM mencadangkan kerusi Lembaga Pengarah KWSP yang diduduki oleh wakil MTUC perlu diboikot atau tidak hadir pada Mesyuarat Lembaga Pengarah KWSP tanda bantahan!

MTUC hendaklah bertegas mengenai perkara ini!

Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/295358

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

14 April 2015

PENGHARGAAN JASA MU DIKENANG.

Ramai yang tidak tahu mungkin tidak mengenali, siapakah di belakang tadbir yang banyak membantu RUM dan KTMB.

Beliau banyak membantu RUM dari aspek untuk mendapatkan "BONUS" pada satu ketika dalam tahun 1999 sehingga 2005.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam urusan pembangunan KTMB, bantuan tahunan operasi dan hal ehwal dasar pengangkutan KTMB, jasa beliau kepada KTMB sangat besar dan memudahcarakan kerja - kerja yang dilakukan oleh Pengarah Urusan KTMB. Bantuan yang beliau beri terhadap KTMB sehingga KTMB mampu mendapatkan landasan berkembar dan jentera jentera untuk digunakan oleh KTMB.

Beliau ialah Y.Bhg. Dato' Zaharah Shaari, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Malaysia.
Jasa beliau yang sangat besar, tidak boleh dilupakan.

Saya masih ingat lagi, mengenai "BONUS", ketika itu "BONUS" memang sangat sukar dinikmati oleh warga KTMB, maklumlah KTMB dalam keadaan rugi, dalam pertemuan dengan beliau, beliau sendiri melahirkan kenyataan, bahawa selagi beliau ada di Kementerian Pengangkutan, beliau akan berusaha memastikan "BONUS" yang dinikmati oleh kakitangan awam dipanjangkan kepada "warga KTMB"

Terima kasih Ybhg Dato' Zaharah Shaari, pertolongan besar, jasa dan bakti dari Y.Bhg Dato' kepada RUM dan KTMB tidak pernah kami lupakan malah sentiasa segar dalam ingatan, semoga jasa dan bakti Y.Bhg Dato' dibalas ganjarannya dari Allah S.W.T.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

13 April 2015

GATAL TANGAN!

RUM dah ingin berhenti menulis, RUM dah pun mengumumkan dalam media "SUARA RUM" tapi Si Kaki Bodek yang kononnya berjawatan Pemangku Pengurus ni, lebih sudu dari kuah, terlajak pandai, sehingga rumah orang pun nak masuk, biasa kalau perompak masuk rumah memang nak kena "parang", inilah akibatnya "GATAL TANGAN" nak mengusik RUM.

Esuk RUM menjawab surat si kaki bodek berjawatan Pemangku Pengurus ini, tapi bukan dekat dia, sebab dia "tidak layak" untuk menerima surat RUM, sebab Pemangku Pengurus ini standardnya setaraf "kaki lima".

RUM tunggu jawapan balas dari Pengurus Besar TMOD, kalau tak faham juga, RUM nak sekolahkan Pengurus Besar, TMOD.

atau...

Maka jelaslah Pengurus Besar TMOD memang tak layak memegang jawatan Pengurus Besar TMOD, so adalah lebih eluk bersara awal bagi sahaja pada "KAKI BODEK" Pemangku Pengurus, senang RUM nak heret ke Mahkamah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MOHAN /AL VYTHIALINGAM PEMANGKU PENGURUS PERHUBUNGAN PERUSAHAAN, KTMB.

Siapa gerangan orang ini, yang dilihat, baru sahaja memegang jawatan sebagai Eksekutif dan tak berapa lama telah dinaikkan pangkat tak sampai 2 bulan ke jawatan Pemangku Pengurus.

Hebat... cukup hebat... semua surat kini ditandatangani oleh beliau, wow... "marvellous"... sehingga terang-terangan dan sangat berani mencampuri urusan kesatuan.

Mana pergi Pengurus Besar, Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi, KTMB? aiyaaaa......
Selayaknya jawatan Pengurus Besar, Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi diberikan kepada "TUAN MOHAN (PEMANGKU PENGURUS)" sebab "KUAT MENGAMPU"!

Sebab individu ini cukup pandai "BULLDOZE" sehingga surat yang sepatutnya ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB tetap ditandatangai oleh "TUAN MOHAN".

Maka itu semua surat yang ditandatangan oleh "TUAN MOHAN" yang kononnya berjawatan PEMANGKU PENGURUS" (jawatan anugerah sebab mengampu) maka Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB telah "membakulsampahkan" berdasarkan surat berkenaan "UNVALID" atau "TAK LAKU".

Aiyoooooo..... what happen to KTMB...

Cukuplah... Boss u dah "NOKHTAH!

KENYATAAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB

11 April 2015

PENGHARGAAN (Sentiasa Dalam Ingatan)

RUM merakamkan ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua mantan pemimpin-pemimpin negara dari Part 1 - Part 8.




Pemimpin-pemimpin ini terlalu banyaknya berjasa dengan Kesatuan Pekerja2 KTMB.
Pertolongan mereka tidak boleh dilupa malah tetap segar dalam ingatan.

Jasa mereka kepada pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM sangat dihargai, banyak faedah dinikmati sehingga hari ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PANTAI TIMUR

Isu yang paling besar ialah di Pantai Timur setelah musibah yang melanda di KTMB melalui banjir besar.

Perjalanan Keretapi tergendala sehingga hari ini.

Jangkaan yang diperkatakan seawal dahulu dalam akhbar tempoh pembaikpulihan mungkin makan masa setahun, khabarnya kini akan melibatkan selama 2 tahun.

Pekerja khususnya ahli-ahli RUM akan menghadapi dilema bila mereka berkemungkinan diarah bertukar, masalah yang dihadapi akan melibatkan diri sendiri dan keluarga.

Rakyat khususnya penumpang akan menghadapi masalah dari segi pengangkutan tren penumpang, akan menimbulkan rasa kurang senang sekiranya pembaikpulihan mengambil masa yang lama.

Harapan RUM, pihak pengurusan boleh memikirkan jalan alternatif bagi membaikpulih sistem perjalanan tren iaitu bagi memastikan tiada pertukaran pekerja dalam tempoh pembaikpulihan sepenuhnya, malah penumpang setempat yang bergantung kepada perkhidmatan tren dapat mengunakan perkhidmatan tren bagi mengurangkan rungutan.

Semoga ini dapat dilaksanakan.

RUM sentiasa memikirkan kepentingan ahli-ahlinya, kini RUM akan memberi tumpuan masalah di Pantai Timur dapat diatasi dengan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

09 April 2015

PANDANGAN DAN HARAPAN (GST)

Setiap pekerja yang bekerja sentiasa menaruh harapan untuk meningkatkan kerjaya dan mencari pendapatan yang lebih baik, maka harapan ini juga bergantung kepada prestasi syarikat melalui sumber pendapatan yang boleh menghasilkan keuntungan.

Matlamat inilah menjadi perjuangan RUM, untuk memastikan taraf kehidupan yang dinamakan pekerja mempunyai taraf hidup yang lebih baik bagi menampung kos sara hidup yang meningkat, apatah lagi dengan kehadiran GST yang menyebabkan pendapatan seorang pekerja secara sedar atau tidak telah terdiskaun sebanyak 6%. Samada suka atau tidak Kerajaan tetap dan telah pun melaksanakan GST.

Maka itu Syarikat perlu mencari jalan meningkatkan prestasi perniagaan dengan memperkembangkan peluang - peluang perniagaan bagi memastikan pendapatan bertambah, peningkatan pendapatan mampu memberi pulangan yang baik kepada pekerja, seterusnya menggantikan kehilangan 6% berdasarkan cukai GST, maka pekerja dapat mengembalikan kehilangan wang yang terdiskaun, tindakan sedemikian perlu disegerakan atau dianggap "special case", tidak perlu menunggu sehingga perbincangan CA atau mana-mana syarikat yang tiada CA perlu mempertimbangkan kaedah ini iaitu menggantikan kehilangan wang yang terdiskaun.

Gaji Minima yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM 900.00, cuba kira andai wang yang terdiskaun sebanyak 6%, maka nilai gaji minima kini sebenarnya ialah RM 900.00 - 6% = RM 846.00, maka bagaimana kedudukan seorang pekerja yang berpendapatan RM 846.00, maka itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan kehilangan wang yang terdiskaun.

Syarikat perlu prihatin terhadap pekerjanya bagi memastikan setiap pekerja mendapat faedah yang baik, seterusnya dapat menghindarkan kehilangan wang yang terdiskaun, pekerja yang mempunyai kehidupan yang baik akan lebih produktif malah akan memberi pulangan yang baik kepada syarikat itu sendiri.

RUM menaruh harapan agar semua Syarikat dalam negara ini khususnya KTMB dapat mempertimbangkan "penganugerahan istimewa" menggantikan wang yang terdiskaun sebanyak 6% bagi mengimbangi pendapatan berdasarkan wang yang terdiskaun.

Pekerja adalah "ASET", maka jagalah pekerja, berilah mereka kehidupan yang lebih baik, dari mereka (pekerja) menjadikan Syarikat itu berjaya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

08 April 2015

FOKUS

Fokus RUM kini lebih tertumpu kepada "action plan" akan datang, beberapa perkara melibatkan penyelesaian kemelut antara RUM dan KTMB yang bakal diselesaikan sedikit masa lagi, tumpuan juga melibatkan masalah ahli-ahli di pantai timur, aduan yang diterima yang masih menunggu masa untuk diselesaikan, serta perkara dasar antara RUM & KTMB juga diberi perhatian khusus untuk diperbetulkan kembali, beberapa perancangan bagi mengkhususkan persediaan membuat perjanjian bersama dan matlamat utama ialah berusaha mencapai hasrat gaji mengikut pasaran.

In Syaa Allah, keharmonian perusahaan juga adalah matlamat RUM, ianya akan pulih seperti sediakala dalam waktu terdekat. Perkara ini dijadikan topik utama perbincangan pada hari ini oleh Ahli Jawatankuasakuasa Kerja.

Seperti mana yang telah dipaparkan dalam kenyataan RUM, kenyataan yang dikeluarkan adalah berkisar mengenai kemelut diantara RUM dan KTMB sahaja.

In Syaa Allah semua berjalan dengan lancar kearah mengembalikan RUM sebagai sebuah Kesatuan Sekerja yang disegani.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

06 April 2015

RUM VS PRESIDEN KTMB

Kenyataan RUM selepas ini mengenai kemelut RUM dengan Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB akan berhenti setakat ini, pihak RUM tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Kebenaran menyerlah

Kenyataan RUM selama ini adalah benar belaka...
So RUM tak perlu komen apa-apa...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

------------------------
Rugi RM 2.5 Billion, Presiden #KTMB Wajar Dipecat!

Datuk Elias Kadir adalah Presiden KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), salah satu syarikat Government Link Company (GLC) yang tertua di negara ini kini mencatatkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM 2.5 Billion sehingga tahun 2013 mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Persoalanya sekarang, walaupun mengetahui bahawa KTMB mencatatkan kerugian, apa yang kerajaan lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini?

Melalui kajian yang kami jalankan di #KLChronicle, sehingga tahun 2008, KTMB telah mencatatkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM 1.45 Billion. Namun dalam tempoh yang singkat iaitu 6 tahun, kerugian KTMB bertambah sebanyak hampir RM 1.05 Billion dimana secara purata kerugian tahunan yang dicatatkan KTMB adalah RM 120 juta setahun!!

Bagi kami di #KLChronicle, kegagalan kepimpinan Presiden KTMB sangat ketara dimana beliau dilihat gagal menghalang syarikat daripada mengalami kerugian dalam operasi. Malah, persoalanya sekarang, mengapa kerajaan masih mahu mengekalkan Datuk Elias Kadir walaupun ketahui bahawa beliau "tidak perform" dalam mentransformasikan KTMB menjadi salah sebuah syarikat yang membawa keuntungan kepada kerajaan?

Kegagalan Datuk Elias Kadir mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang dialami oleh KTMB sehinggakan "mungkin" terpaksa "bailout" KTMB seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat penerbangan negara MAS sekarang. Bailout ini akan menyebabkan keadaan kewangan negara semakin runcing sekaligus menyusahkan rakyat apabila kerajaan mungkin terpaksa menarik balik subsidi-subisidi tertentu supaya dapat terus menampung kerugian KTMB.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kami di #KLChronicle ingin mendesak kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersikap proaktif dan menggantikan Presiden KTMB yang ada sekarang dengan seorang yang lebih berwibawa sekaligus memastikan KTMB kembali mencatatkan keuntungan dan seterusnya memastikan mutu perkhidmatan turut dipertingkatkan bagi keselesaan rakyat. 

SURAT

Baru-baru ini RUM terima surat...

Persetujuan si A dan tandatangan si B

Yang menarik tarikh yang terkandung dalam surat itu dan tarikh keluar Notis Tunjuk Sebab pada Majlis Exco.

Kemudian RUM hantar surat, keperluan surat berdasarkan MoU.

Di balas kembali surat RUM merujuk surat persetujuan si A dan tandatangan si B.

Yang lucunya RUM tak tanya pun... awat hang jawab...

Senyum....

It's konspirasi?

Bagi "clue"...

Tunggu nak discuss dengan lawyer...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

04 April 2015

Iisu Kesatuan Sekerja Di Parlimen

Terima Kasih Dato Seri Noh Omar yang membentangkan isu Kesatuan Sekerja Di Parlimen.


Kami sangat hargai... TERBAIK

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MAHUKAH KITA JADIKAN RUM YELLOW UNION.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MAHUKAH KITA JADIKAN RUM YELLOW UNION.

"TEPUK DADA TANPA SELERA"

Datuk Presiden KTMB hampir berjaya menjadikan RUM "yellow union" malah hari ini saya yakin bahawa Datuk Presiden KTMB sedang tersenyum lebar, maka bila sampai time pengunduran dia... dia merasa bangga, puas, satu hasil atau kejayaan ketika beliau menerajui KTMB.

Kerana?
Berjaya menjadikan...
RUM YELLOW UNION!
Sedarlah...
Masih belum terlambat lagi...
Untuk mengekalkan RUM...

Sebagai Kesatuan Sekerja yang tidak dipengaruhi sesiapa (BERKECUALI)... kerana RUM adalah sebuah organisasi yang bermatlamat untuk kepentingan kaum pekerja khusus untuk ahli-ahlinya...
Ramai yang tidak akan faham.. walaupun ramai yang pernah duduk kerusi kesatuan, maka bila mereka tidak faham, maka akan wujud kelemahan, sekiranya ahli-ahli mendengar hanya satu aspek, tanpa mengkaji secara mendalam, akan akur dan benarlah kata-kata, tapi saya yakin ada yang faham, cuma masalah buat - buat tak faham, harapan saya ahli-ahli akan faham, kerana RUM adalah "PAYUNG" mereka.

RUM dari dulu adalah badan berkecuali sesekali tidak boleh dibenarkan di bawah "pengaruh" majikan, andai perkara ini di benarkan berlaku, maka RUM tiada lagi suara.

Bila SUARA tidak ada, maka suara ahli-ahli tertutup, bila tertutup kuasa "BARGAIN POWER" dah hilang.

Bila ini tiada RUM bukan lagi sebuah Kesatuan Sekerja, sebaliknya seperti sebuah "persatuan" dan akhirnya RUM atau mana-mana pemimpin RUM akan digelar "PAK ANGGUK" atau bersetuju apa sahaja kehendak pengurusan, sekiranya ahli-ahli bermasalah, tiada lagi jalan penyelesaian, bila tuntutan pelarasan gaji diberi rendah, RUM tidak mampu menuntut yang lebih tinggi, malah faedah dalam CA boleh ditarik balik.

Sesungguhnya Kesatuan Pekerja2 KTMB sudah tidak bermakna lagi...

Ahli-ahli selamanya akan jadi mangsa,

Ahli-ahli RUM yang juga "PEKERJA" adalah "HAMBA ZAMAN MODEN".

Lupakan perjuangan tuntutan :-

"GAJI MENGIKUT PASARAN"!

Generasi Y adalah mangsa utama, kerana mereka akan berkhidmat puluhan tahun lagi.
KTMB! kita udah tidak mampu pertahankan lagi.

Kerana....
RUM IS "YELLOW UNION".

Fikirkan...

"MENYESAL DAHULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

03 April 2015

APA ITU "YELLOW UNION"?

"YELLOW UNION" ialah "UNION ANGGUK" atau "PEMIMPIN YANG MEMIMPIN UNION ITU ADALAH PAK ANGGUK" atau "YES BOSS" atau "UNION DI BAWAH PENGARUH MAJIKAN ".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

YELLOW UNION

Company union

A company or "yellow" union is a worker organisation which is dominated or influenced by an employer, and is therefore not an independent trade union. Company unions are contrary to international labour law (see ILO Convention 98, article 2). They were outlawed in the United States by the 1935 National Labor Relations Act §8(a)(2), due to their use as agents for interference with independent unions. Company unions persist in many countries, particularly with authoritarian governments.

Some labor organizations are accused by rival unions of behaving like "company unions" if they are seen as having too close and cordial a relationship with the employer, even though they may be recognized in their respective jurisdictions as bona fide trade unions.[1]

International law

A "company union" is generally recognised as being an organisation that is not freely elected by the workforce, and over which an employer exerts some form of control. The International Labor Organization defines a company union as "A union limited to a single company which dominates or strongly influences it, thereby limiting its influence."[2] Under the ILO Right to Organise and Collective Bargaining Convention, 1949 (No. 98) article 2 effectively prohibits any form of company union. It reads as follows.

“ 1. Workers' and employers' organisations shall enjoy adequate protection against any acts of interference by each other or each other's agents or members in their establishment, functioning or administration.

2. In particular, acts which are designed to promote the establishment of workers' organisations under the domination of employers or employers' organisations, or to support workers' organisations by financial or other means, with the object of placing such organisations under the control of employers or employers' organisations, shall be deemed to constitute acts of interference within the meaning of this Article.

02 April 2015

Teori Konspirasi

Bila RUM terima sepucuk surat pada petang semalam dan semua dokumen - dokumen sokongan yang ada, berdasarkan penilaian dengan beberapa individu "expert", RUM beranggapan wujudnya teori... di bawah "konspirasi".

Walaupun RUM sedar sebelum ini sememangnya kewujudan "konspirasi", namun dokumen yang diterima semalam melengkapkan fakta seolah-olah sememangnya wujud konspirasi, pihak RUM sedang meneliti dengan lebih terperinci untuk tindakan selanjutnya.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Keputusan

Bila sesuatu keputusan dibuat, mungkin akan menimbulkan kepelbagaian persepsi serta andaian, malah akan mewujudkan kepelbagaian tuduhan.

Itu lumrah.. sebagai pemimpin maka semua itu asam garam dah perlu diterima, ibarat kata "jangan jolok sarang tebuan", "diam ubi tapi berisi", "alang-alang menyeluk pekasam biar, sampai ke pangkal lengan", "kuman sebarang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

Yang penting ialah melihat ke depan, hala tuju dan matlamat, andai kepentingan diri didahulukan, maka hari ini apa yang berlaku tidak mungkin terjadi, tapi semua ini berlaku hanya semata-mata "prinsip" memastikan masa depan ahli-ahli terbela.

Biar kita berlawan berdasarkan "sebelum hujan sediakan payung", jangan "dah terhantuk baru nak tergadah", "dah basah kuyup baru nak cari payung", masa itu semua dah terlambat, masa itu "baru kini kau sedar".

Puas bicara... "Ayuh Bersatu", "ayuh berjuang" tapi "pisau terhunus dibelakang"...
Jangan salahkan sesiapa, tengoklah cermin, "istikhamah", kenapa ini terjadi... "tepuk dada tanya selera"

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

01 April 2015

SOLIDARITY

Terima kasih kepada delegasi dari Egypt yang melawat RUM dan memberi sokongan "SOLIDARITY" kepada RUM, mereka juga memberi sokongan dan semangat untuk terus berjuang, mereka melahirkan sokongan bagi pihak semua kesatuan sekerja dari Egypt dan akan membantu RUM dari segi sokongan SOLIDARITY dan menulis surat ke kedutaan Malaysia di Egypt.



Terima kasih

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB