RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

26 Januari 2019

BANYAK KES SIASATAN DALAMAN PUNCA DIANGKAT DALAM KERTAS KERJA MAJLIS BERSAMA PUSAT

Awal tahun ini banyak kes-kes melibatkan salah laku pekerja hingga dipanggil untuk siasatan dalaman.

Ini melibatkan golongan minoriti yang mungkin melakukan "kesilapan - kesilapan" atau mungkin ada yang jadi "kambing hitam" atau mungkin ada yang bersifat "membalas dendam" atau mungkin disebabkan "sengaja mencari salah", apa pun RUM bertanggungjawab untuk membela setiap "ahli berfaedah" untuk membuktikan setiap tertuduh "tidak bersalah", kepada "bukan ahli" RUM tidak dapat membantu, kerana tanggungjawab RUM adalah hanya kepada ahli-ahli yang berfaedah selaras dengan peruntukan Peraturan Kesatuan (Perlembagaan RUM)

Alhamdulillah ada kes yang lepas, ada yang sepatutnya mendapat hukuman berat tapi berjaya diringankan, usaha-usaha ini berdasarkan pengetahuan tinggi pemimpin-pemimpin RUM yang terlatih dalam mewakilkan tertuduh dalam kes-kes siasatan dalaman, pihak RUM akan berusaha sehingga berjaya bagi membuktikan tiada kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.

Ada kes melibatkan pindaan pertuduhan berulangkali, sehingga mengambil masa hampir setahun, tindakan ini amat mendukacitakan, kerana ada unsur yang tidak sihat, pihak RUM juga mengenal pasti individu-individu yang sengaja mewujudkan salah laku, walaupun tiada bukti kukuh yang dapat diutarakan, kes-kes sebegini amat dipandang serius oleh kepimpinan RUM, ada juga pihak pengurusan yang baik hati memberi peluang berdasarkan "amaran" agar tidak mengulangi kesilapan, RUM merakamkan ucapan terima kasih, kerana ada kes-kes tertentu perlu ada sifat budibicara berbentuk "memaafkan", agar kes salah laku tidak diulang lagi.

Namun dalam apa kes pun, pasti ada "puncanya", secara keseluruhan dalam kajian RUM bahawa puncanya ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, RUM tidak berniat untuk menghighlightkan secara terbuka, cuma untuk pengetahuan perkara ini telah dimasukkan dalam kertas kerja Majlis Bersama Pusat yang dijadualkan pada 12/2/2019, demi memastikan jangka masa panjang tiada kes-kes lagi melibatkan berlakunya penangkapan pekerja berdasarkan "salah laku" sehingga diambil tindakan tatatertib, namun kita juga perlu akui, setiap insan tidak lari dari membuat kesilapan, justeru itu setiap pekerja dinasihatkan tidak melakukan sebarang kecuaian atau sengaja mengambil kesempatan.

RUM sentiasa mengambil berat setiap perkara melibatkan setiap individu "ahli berfaedah" malah tetap mengambil berat setiap perkara melibatkan kepentingan warga KTMB, namun diulangi bahawa RUM tidak akan mewakili pekerja yang berstatus "bukan ahli" untuk siasatan dalaman.

Kepada pekerja khususnya ahli-ahli RUM harus memastikan bahawa kita yang diamanahkan dengan tanggungjawab perlu menjauhkan diri dari setiap  "kecuaian" atau sebarang "salah laku" bagi mengelakkan tindakan tatatertib, semua pekerja KTMB tertakluk dengan Prosedur Tindakan Tatatertib seperti termaktub dalam Perjanjian Bersama.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


25 Januari 2019

PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) RUM MENGHIDU SESUATU

RUM ingat bila Peneraju RAC lama bersara, digantikan Peneraju RAC Baru, jangkaan RUM RAC ni akan berwajah baru, idea baru, berinovasi, bervisi...

Tapi bila kenyataan akhbar 17hb Januari 2019 dikeluarkan, RUM terkejut... tidaklah sampai melompat... terkejut ketawa terbahak-bahak..  kihkihkih... rupanya termasuk "GENG CD CETAK ROMPAK"... adeiiiiiii.....

RUM terfikir apakah alaf baru menjelang 2020, adakah Malaysia ini mula ketandusan pakar-pakar idea berinovasi, atau mungkin meletakkan individu-individu yang "BLANK" tidak mampu mencetuskan idea yang berinovasi, kalau ginilah caranya makanya RAC kekal sebagai "wal hasil balik asal".

RUM sentiasa menekankan RAC tidak diperlukan seperti mana kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, kerana tugasan RAC adalah kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh KTMB malah KTMB jauh berkemampuan dari RAC.

Kalau dari segi kos pengurusan kewujudan RAC ianya boleh dianggap pembaziran berbanding dengan apa yang telah terwujud dalam KTMB, maka itu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan perlu mengkaji kedudukan RAC semula, cadangan RUM adalah RAC perlu dibubarkan seperti mana SPAD dan diletakkan di bawah KTMB, RUM yakin KTMB mampu mengendalikan RAC seterusnya mencetuskan idea-idea baru dari pembangunan hartanah seperti mana kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh En Rani Samsuddin CEO KTMB dalam kenyataan akhbar pada  awal tahun lepas.

Kerajaan perlu berani merubah dasar lama kepada dasar baru dan bukannya terus terima pakai dasar lama, kerana dasar lama telah dikesan banyak kelemahannya yang perlu diperbaiki.

Tambahan info yang dapat dikesan ialah pihak-pihak tertentu sedang beriya-iya melobi untuk mendapatkan pengunaan tanah di bawah kawal selia RAC samada untuk pembangunan seperti kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh RAC atau untuk pengunaan dan kepentingan pengusaha operator kargo, malah RUM juga dapat menghidu bahawa usaha-usaha gigih pihak tertentu serta ada kemungkinan kalangan pihak tertentu yang telah termakan budi berdasarkan pelaburan yang telah dibuat sebelum ini.

Justeru itu kita berharap seperti yang diwar-warkan oleh YAB Tun Mahathir Mohamed Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan ini bersih hendaklah dikekalkan, bukannya sekadar indah khabar dari rupa, RUM bergerak sebagai "watch dog" tidak akan berdiam diri malah akan bangkit menyuarakan tentangan sekiranya ada perkara yang melibatkan kepentingan KTMB, RUM tidak gentar untuk terus berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


10 Januari 2019

Mohon Berikan Sokongan Anda.

Buat rakan-rakan dan semua ahli RUM, mohon click link ini (https://www.labourstartcampaigns.net/show_campaign.cgi?c=4000) bagi sokongan rakan seperjuangan SRT Thailand (Kesatuan Keretapi Thailand) Sdr Presiden Keretapi Thailand dan rakan seperjuangannya, maklumat lanjut boleh baca di link tersebut.

Kerjasama semua yang memberi ruang masa dan menyokong kempen didahulukan dengan ucapan terima kasih. 


05 Januari 2019

Moga Terus Berjaya

Semoga sukses Dato Seri Sharipuddin KSU Kementerian Pengangkutan yang telah bertukar ke Kementerian Wilayah Persekutuan.

Seorang yang sangat baik, sentiasa membantu RUM serta memberi idea mengenai KTMB, walaupun kami sentiasa "argue" tapi "argue" kami secara profesional, hubungan rapat bukan sebagai seorang yang berjawatan tapi hubungan yang mesra bagai kenalan lama.

Semoga Dato Seri terus sukses dengan kementerian baru serta terus memberi perkhidmatan yang cemerlang, kami sentiasa mendoakan Dato Seri diberi kesihatan dan dirahmati Allah Swt.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


LAWATAN YB MENTERI KE CRRC BATU GAJAH. KENYATAAN YB MENTERI PENGANGKUTAN DALAM SIDANG AKHBARNYA.

RUM telah mendengar seluruh ucapan kenyataan akhbar Yb Anthony Loke Menteri Pengangkutan dalam sidang akhbarnya.

Dalam kenyataan dalam minit 12.44 - 14.44 Yb Menteri telah menekankan bahawa "selaras pendirian kerajaan semua projek adalah melalui tender terbuka", kenyataan ini mencerminkan kejujuran Yb Menteri Pengangkutan selaras dengan janji Yb Menteri dalam pertemuan dengan kami pada 15 November 2018 di Parlimen.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh RUM adalah lebih kepada kerisauan setelah Yb Menteri membuat lawatan CRRC Batu Gajah tambahan dengan kehadiran Duta Besar China ke Malaysia.

Biasa strategi mana-mana Syarikat akan membuat plan pemasarannya untuk memikat pengguna, maka pelbagai pendekatan plan pemasaran akan digunakan untuk mempengaruhi pengguna agar membeli produk mereka samada cara tersurat atau tersirat.

Sudah tentu kami "stake holder" menjadi risau, maka kerisauan kami perlu kami lahirkan supaya pihak yang terlibat samada dalam KTMB sendiri, Yb Menteri mahupun Kerajaan Pemerintah perlu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan plan pemasaran yang digunakan, kerana pendekatan yang terbaik secara telus ialah melalui tender terbuka kerana penilaian terhadap sesuatu produk yang dibeli boleh dibuat melalui  perbandingan terhadap produk lain seperti kos atau harga, kualiti, jangka hayat, teknikal, perpindahan teknologi, jaminan, alat ganti dan pelbagai lagi.

Kerana dasar lama yang dipelopori seperti pembelian set-set tren kepada KTMB ialah tanpa tender terbuka atau lebih tepat "direct nego" maka sudah pasti ada banyak kekurangan melalui perbandingan dengan produk lain.

Justeru itu penekanan dalam kenyataan RUM adalah mengingatkan agar kita tidak mengulangi cara lama yang lebih banyak buruk dari baiknya, namun RUM berkeyakinan tinggi bahawa Yb Anthony Loke Menteri Pengangkutan akan berpegang kepada janjinya malah dalam  kenyataannya di sidang akhbar tetap menekankan bahawa semua projek adalah melalui tender terbuka.

RUM masih beranggapan Yb Anthony Loke seorang yang telus dan berpendirian, sehingga hari ini RUM masih berkeyakinan tinggi Yb Menteri akan memegang janji dan sehingga hari ini Yb Anthony Loke Menteri Pengangkutan boleh dipercayai dan seorang Menteri yang sangat dihormati.

RUM sentiasa memantau setiap pergerakan demi kepentingan KTMB, kerana pengalaman mengajar kami, kami mahu yang terbaik untuk KTMB, kami mahu yang terbaik untuk pekerja kerana nikmatnya dinikmati oleh rakyat malah nama baik akan dipelopori oleh Kerajaan yang memerintah, kerana rakyat kini bijak menilai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Januari 2019

LAWATAN YB MENTERI PENGANGKUTAN KE CRRC BATU GAJAH, KOMEN RUM MENGENAI LAMBAKAN TREN CHINA DI KTMB DENGAN PEMBELIAN TANPA TENDER


Semua set-set tren yang dibeli tanpa tender terbuka dari China ialah SIX CAR SET (SCS) ELECTRIC TRAIN SET (ETS) DIESEL MULTIUNIT (DMU) di bawah ini disertakan gambar carta pembelian jumlah, tahun dan harga.

Strategi Syarikat Keretapi dari China pada tahun 2015 pula telah menawarkan secara pinjaman dua (2) unit Elektrik Lokomotif (E- Loko) bilamana Lokomotif Elektrik yang telah dipinjamkan kepada KTMB secara percuma selama dua (2) tahun telah berakhir dan kemudiannya membuat tawaran kepada kerajaan pada tahun 2017 untuk membekal seterusnya menjual kepada KTMB sebanyak tiga puluh (30) unit Elektrik Loko telah mendapat bantahan bukan sahaja dari RUM tetapi juga dari KTMB kerana ianya masih belum sampai masanya untuk digunakan, sekiranya dibeli, ia ibarat "gajah putih" iaitu pengunaan Electrik Loko ini adalah "terhad" berbanding dengan Diesel Lokomotif malah kalau KTMB  beli juga Elektrik Loko ini maka KTMB perlu menaiktaraf sistem ekektrifikasi melibatkan peruntukan sekurang-kurangnya RM 100 juta.

Namun usaha masih diteruskan sehingga sekarang dengan  memujuk agar dua (2) unit Elektrik loko yang dipinjamkan dapat dijual kepada KTMB atau dengan teknik penyewaan kepada KTMB, usaha ini juga telah ditolak, semuanya kerana secara bernasib baik PRU 14 bertukar kerajaan.

Alasan yang digunakan oleh Kementerian Pengangkutan terdahulu untuk membeli Elektrik Loko ialah mengenai Alam Sekitar, tapi mereka terlupa beribu lori, bas malah jutaan kereta bergerak di atas jalanraya, alasan mereka bukan sahaja tidak logik tapi tidak masuk akal belum lagi dari sudut perniagaan yang berorientasikan pendapatan (ravenue).

Melalui lawatan Yb Menteri Pengangkutan ke CRRC di Batu Gajah, pihak Syarikat berkenaan telah mengunakan strategi pemasaran yang hebat dengan berusaha untuk memasarkan produknya, persoalannya apakah strategi pemasaran itu akan memikat kerajaan memerintah hari ini melalui kehadiran Yb Menteri Pengangkutan? Namun melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh Yb Menteri seolah-olah ianya kearah positif atau kearah terpikat dengan pemasaran yang telah dibuat oleh Syarikat tersebut tambahan kehadiran Duta Besar China ke Malaysia itu telah mengambarkan bahawa kerajaan China tidak berputus asa selepas kerajaan lama tiada masih tetap berusaha memikat kerajaan baru dengan pelbagai usaha terutama melalui goverment to goverment (G TO G).

RUM sejak dulu sememangnya menolak pembelian set-set tren dari China berdasarkan track rekodnya seperti Lokomotif Dallian dan Six Car Set yang diketahui banyak masalah apatah lagi pembeliaan tren-tren dari China ini semuanya melalui pembelian cara rundingan terus.

Rum tetap berpendirian Kerajaan Baru hari ini hendaklah lebih telus dan terbuka dalam merencanakan kebaikan khususnya pembeliaan set-set tren yang berkualiti dan secara telus melalui Tender Terbuka khususnya untuk kepentingan KTMB dan jangan lagi membuat lambakan tren-tren set dari China atau berqiblat ke China kerana bantahan bukan sahaja dari RUM Kesatuan Sekerja Keretapi dari Malaysia malah banyak Kesatuan Sekerja diperingkat antarabangsa menghadapi masalah yang sama juga membuat bantahan.

RUM berharap khususnya Kementerian Pengangkutan, amnya kerajaan memerintah berpegang kepada janji untuk lebih telus dan terbuka.

Jangan sebelum PRU 14 kata lain, selepas PRU 14 buat lain, nanti rakyat kata "pi mai.. pi mai tang tu juga".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


03 Januari 2019

Jangan Jadikan Lambakan Set-set Train China Dalam KTMB

Menjadikan hub keretapi asean tidak mengapa cuma jangan jadikan lambakan set-set train China dalam KTMB seperti mana sekarang, dulu kita kata kerajaan lama berqiblat ke China, jangan pula kerajaan baru pula berqiblat ke China, nanti dikatakan 2x5.

Pendekatan Tender Terbuka seperti mana-mana yang dilaungkan oleh Kerajaan Memerintah sekarang hendaklah dipraktiskan malah RUM juga memegang jaminan Yb Menteri Pengangkutan dalam pertemuan dengan RUM beliau tiada berkepentingan dan berjanji akan memastikan semua-semua kontrak di bawah Kementerian Pengangkutan dengan telus secara Tender Terbuka.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Januari 2019

PENJELASAN RNAA

Suka saya jelaskan melalui pertanyaan kepada saya oleh ahli-ahli RUM, bahawa RNAA yang dikatakan akan dilaksanakan pada April 2019 adalah "TIDAK BENAR".

Ianya masih belum ada perkembangan malah tiada "hala tuju" atau "dasar yang jelas", sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui Exco/ Cawangan/Group Whatsapp Ahli maupun laman Suara RUM.

Justeru itu sebarang khabar angin jangan dipercayai dan sebaiknya mesej saya secara personal atau rujuk pada Pegawai Utama/ Exco/ Cawangan RUM untuk mendapat penjelasan yang tepat.

Presiden RUM


01 Januari 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019 HAPPY NEW YEAR 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

2018 dan berlalu, cerita-cerita 2018 tinggal memori, kini tiba tahun baru 2019, maka kita buka buku baru, cerita baru dengan azam baru.

RUM sendiri menaruh harapan isu-isu tertunggak dapat diselesaikan dengan jayanya, harapan dari pekerja untuk menerima faedah yang lebih baik melalui Perjanjian Bersama ke sembilan (9) adalah satu harapan yang tinggi tambahan kos sara hidup tiada banyak bezanya seperti sebelum ini, kehidupan tetap sama cuma andai Perjanjian Bersama ke 9 ini dapat ditingkatkan kos sara hidup yang menjadi beban akan dapat dikurangkan.

RNAA satu cabaran buat RUM yang sentiasa menekankan agar RNAA dapat dihentikan, RUM bergantung harapan dengan YB Menteri Pengangkutan.

Generasi muda khususnya perlu bangkit sedar tentang kepentingan kesatuan sekerja, mereka tidak boleh alpa atau ambil mudah atau terus merasa selesa, keadaan ekonomi masih tiada ketentuan maka kekuatan kesatuan sekerja dikalangan ahli maupun pekerja perlu ditingkatkan kita tidak boleh anggap bahawa tidak mungkin berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, utusan dan media prima satu contoh yang perlu kita lihat sebagai sempadan.

Kita juga berharap KTMB dapat mengorak langkah dengan lebih bergaya, idea-idea baru perlu dicungkil agar dapat menjana perniagaan yang lebih terancang, lokomotif dan wagon sebagai sumber pengangkutan kargo perlu diberi perhatian utama, pemasaran yang bijak mesra pelanggan agar mampu menarik sumber pendapatan yang lebih malah usaha terancang ini akan mampu menolak second atau multiple operator.

Desakan kepada kerajaan untuk terus membekal lokomotif dan wagon perlu dijadikan agenda utama, andai gagal alternatif dengan mengusahakan pinjaman bank untuk mendapatkan lokomotif dan wagon baru perlu diberi perhatian kedua, agar kerancakan industri kargo sebagai pendapatan utama KTMB dapat direalisasikan.

Kita sedar keutamaan rakyat adalah pengangkutan awam, penilaian umum terhadap KTMB adalah pengangkutan awam seperti komuter dan ETS, maka disini menjadi fobia kepada pengurusan KTMB sehingga menjadi penyebab mungkin pengangkutan kargo menjadi pilihan kedua dari sudut pendapatan (ravenue) hingga menjadi kegilaan pihak-pihak tertentu untuk menceburkan diri dalam industri rail kargo KTMB.

Namun 2019 akan memberi cahaya dengan penambahan set-set ETS dan DMU maka larian pengangkutan penumpang yang hambar akan kembali rancak, satu kebaikan kepada pengguna yang mengunakan perkhidmatan KTMB.

Perlu diberi ingatan tumpuan pada penumpang adalah melalui jabatannya, manakala penumpuan pada kargo pula melalui jabatannya justeru itu jabatan masing-masing wajar menentukan hala tuju agar tidak tengelam atau leka.

RUM juga perlu menegaskan sudah sampai masa penstrukturan carta organisasi KTMB diperbetulkan, carta organisasi di bawah Straregi Business Unit (SBU) perlu dibubarkan dengan mewujudkan carta yang lebih dinamik bagi memastikan hala tuju jabatan-jabatan lebih terarah, kepincangan di bawah carta organisasi telah menonjolkan keserabutan pentadbiran.

Kedudukan jabatan-jabatan perlu dikecilkan, kedudukan jawatan Pengurus Besar yang ramai perlu dikecilkan, jawatan-jawatan yang tidak perlu yang mewujudkan pertindihan tugas perlu ditangani dengan segera, struktur organisasi yang ada telah banyak menimbulkan kekeliruan perlu dikaji semula demi memastikan pengurusan pentadbiran terurus, sekiranya perlu pakar (experties) dari luar negara perlu diambil untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun untuk membantu serta menurunkan pengetahuan kepada pakar (experties) KTMB yang mungkin kurang keilmuan industri perkeretapian, usaha berani ini perlu dilakukan demi melonjakan KTMB kembali.

Tidak menolak dari aspek keselamatan yang menjadi agenda utama, penguatkuasaan terhadap keselamatan, kesihatan, persekitaran dan pekerjaan yang menjadi benteng kepada kelancaran operasi malah ianya merangkumi semua aspek material, hartabenda, nyawa setiap insan.

Sifat kerjasama dengan semua pihak yang berkentingan dengan KTMB hendaklah dilaksanakan secara profesional, sifat iri hati dengki atau berbentuk penganiayaan hendaklah dihentikan, matlamat utama adalah untuk kepentingan KTMB, semua ini sekiranya ada perlu dihentikan, kemajuan KTMB terletak kepada tahap perfesionalism yang kita sendiri susun aturkan.

Perjanjian Bersama adalah kitab untuk pengurusan dan pekerja kepada kedua-dua pihak pengurusan maupun pekerja agar patuhi dan tidak sesekali melanggar apa yang telah dipersetujui

Sedikit pandangan yang dilontarkan ini bukan berniat mencampuri urusan pengurusan tetapi adalah niat untuk memastikan satu perubahan pada tahun 2019 dengan satu langkah yang berani dan drastik demi kepentingan pekerja dan KTMB itu sendiri.

RUM juga berharap kepada Kerajaan memerintah dapat kiranya memberi perhatian yang lebih agar KTMB yang telah wujud lebih seratus tiga puluh (130) tahun terus kekal dipersada negara sebagai sebuah pengangkutan terulung yang sebelum ini sebagai anak tiri.

"To Asean and Asia Pacific Railway comrade we wish u Happy New Year 2019 with solidarity, successful and happiness, we will continue fight for workers railway right, unity make us strong".

Akhir sekali RUM mendoakan tahun 2019 ini memberi satu cahaya untuk menemukan kejayaan bukan sahaja pada individu pekerja tetapi kepada organisasi KTMB, malah 2019 dengan penuh yakin kita melangkah memberi perkhidmatan yang selamat dan terbaik kepada pengguna.

Kita juga berharap tahun 2019 akan memberi kesihatan yang baik, keharmonian perusahaan, produktiviti yang meningkat seterusnya kita akan menjadi seorang insan yang dirahmati Allah Swt.

Semoga 2019 adalah awalan kegemilangan untuk kita semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB