Dalam memperkatakan sesuatu itu, memang pahit, apatah lagi, kalau ianya ibarat meludah ke langit terpercik ke muka sendiri.
Perlukah membisu, membenarkan terus perkara yang tidak diingini terus berlaku, tutup mulut, tutup telinga, tenguk sahaja, sedangkan perkara yang seumpama kerap kali berlaku, sebelum ini, RUM membisu, mendiamkan diri, apa yang berlaku, diperap bawah meja, demi menjaga nama, demi menjaga kononnya berjalan lancar, kononnya juga untuk menjaga keharmonian perusahaan.
RUM TIDAK INGIN BERSEKONGKOL LAGI!
Lawak, biarpun orang kata "STUPID", tapi "STUPID" itu bagus, baik, kerana " STUPID" lah teguran di buat secara terbuka, setelah teguran dibuat secara tertutup.
Keselamatan, penguatkuasaan, serta mematuhi segala peraturan telah pun dibangkitkan dalam setiap Mesyuarat Jawatankuasa Induk, Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan, tiada apa lagi yang nak dibangkitkan dah, dah abis...dah penat... dah bosan...
Pahit diterjemahkan, namun yang pahit pasti boleh jadi manis, kalau bijak mentafsirkannya.
RUM akan terus berjuang demi memastikan KTMB kembali kejalan sebenar, tempoh kesabaran telah lama tamat, apakah membuatkan atau membenarkan atau mendiamkan perkara yang terjadi ini akan dibaik pulih? Tepuk dada, tanya selera.
Terima kasih kepada sdr yang mengatakan kepimpinan RUM stupid, semoga dengan ayat stupid ini, akan menjadi pemangkin untuk terus menegur lagi, andai tidak mahu di tegur, bangkit n bangun dari tidur, jangan mengulangi kesilapan sehingga merugikan KTMB.
Kepada Datuk Presiden KTMB, malapetaka dalam KTMB telah kerap sangat berlaku, cukuplah Datuk Presiden KTMB, kami dah bosan, KTMB terus dirundung malang.
RUM sudah cukup-cukup kecewa!